nuffnang

Friday, May 9, 2014

Pendahuluan
Kuala Selangor sebelum mempunyai sultan sudah didiami oleh orang laut yang diketuai oleh Upu Chendera Burung iaitu seorang perempuan. Beliau seorang yang bertimbang rasa dalam pemerintahannya sehingga menyebabkan rakyatnya bersumpah bahawa tidak akan melantik sebarang ketua melainkan ketua itu berketurunan Bugis. Nama Selangor diperoleh daripada sebuah pekan yang terdapat di pinggir Sungai Selangor.

Bukti-bukti lain yang menunjukkan bahawa Selangor mempunyai pemerintah lain ialah terdapatnya pemerintahan daripada golongan pembesar yang merupakan wakil daripada kerajaan Johor. Pada tahun 1800, Klang diperintah oleh Tok Engku Klang yang berasal daripada Negeri Sembilan. Kuala Selangor pula ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat Datuk Aru, Ulu Langat. Klang dan Selangor mempunyai corak pemerintahan yang berbeza dibawah pemerintahan kerajaan Johor-Riau. Ini menunjukkan bahawa Datuk Engku Klang hanya berkuasa di sepanjang kawasan Sungai Klang sahaja.

Daeng Chelak merupakan ayah kepada Raja Lumu[1] yang berketurunan  Bugis dan datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau kerana Daeng Mateko telah membuat pakatan dengan Raja Siak untuk mengacau ketenteraman  di Selangor. Daeng Mateko telah dapat dikalahkan oleh Daeng Chelak dan melarikan diri ke Siak. Pada tahun 1742, Daeng Chelak dan orang Bugis telah menyerang Perak dan telah tinggal di Perak untuk suatu tempoh.

Dalam buku Sejarah Melayu ada menyatakan tentang zaman pemerintahan Paduka Seri Maharaja yang memerintah Singapura terdapat seseorang dari Pasai yang bernama Tun Jana Khatib mempunyai dua orang sahabat dan mengarahkan mereka pergi ke Samarlingga iaitu Selangor dan seorang lagi pergi ke Bungoran dan beliau sendiri telah pergi ke Singapura. Terdapat pendapat menyatakan bahawa Klang berada di bawah pemerintahan Majapahit.

Pengukuhan kuasa Bugis
  Bagaimana Bugis mampu mengukuhkan kuasanya di Tanah Melayu khususnya di Johor dan Selangor?. Sebenarnya, Kuasa Bugis telah diperkukuhkan di Tanah Melayu dengan hadirnya saudara berlima iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Cellak dan Daeng Kemasi yang telah meninggalkan Riau akibat daripada pemusuhan Riau dengan kerajaan Belanda. Lima bersaudara Bugis ini telah berjaya membina pengaruhnya di Kuala Selangor, Klang dan Linggi yang merupakan kawasan penting di Tanah Melayu.[2] Di samping itu,  lima bersaudara Bugis ini turut membina pengaruhnya di Johor dan beberapa kawasan Nusantara yang lain seperti Jawa. Sebagai contohnya, Sultan Johor iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mengiktiraf atau melantik tiga daripada lima bersaudara Bugis menjadi Yam Tuan Muda Johor. Hal ini kerana baginda Sultan Sulaiman telah membuat perjanjian bahawa sekiranya lima bersaudara Bugis mampu atau dapat mengalahkan Raja Kehcil dengan mengangkat baginda sebagai sultan Johor, Sultan Sulaiman akan mewujudkan satu kedudukan atau pangkat yang penting khusus kepada lima bersaudara Bugis.[3] Setelah berjaya mengusir Raja Kehcil dari Johor, Daeng Marewah telah dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebagai Yam Tuan Muda Johor yang pertama. Selepas kemangkatan Daeng Maraweh, Daeng Cellak telah menjadi Yam Tuan Muda Johor kedua diikuti oleh Daeng Kemasi sebagai Yam Tuan Muda seterusnya.

Kesultanan kerajaan Selangor juga dikatakan bermula di Kuala Selangor kerana terdapat kesan peninggalan yang membuktikan kedatangan Bugis ke kawasan tersebut. Pada akhir kurun ke-17, dikatakan terdapat seorang raja yang berketurunan Bugis dari negeri Gua Tanah Bugis yang bernama Arang Pasai di mana anaknya telah berkahwin dengan Daeng Perani iaitu salah seorang daripada lima bersaudara anak raja Bugis. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Daeng Perani telah mendapat seorang anak yang bernama Puteri Berima. Semasa Daeng Cellak iaitu ayahanda Raja Lumu berada di Kuala Selangor, penduduk Kuala Selangor telah meminta Daeng Cellak untuk terus tinggal di Kuala Selangor. Namun, permintaan ini telah ditolak oleh Daeng Cellak.


Salasilah keturunan Bugis [4]

 






Asal usul Raja Lumu
     Raja Lumu atau Sultan Salehuddin merupakan anak kepada Yam Tuan Muda Johor yang kedua iaitu Daeng Cellak. Sementara itu, ibu baginda pula bernama Daeng Masik Arang Pala yang merupakan anak seorang pemerintah dari Selangor.[5] Perlu diketahui bahawa kedatangan  Daeng Cellak ke Kuala Selangor bertujuan memerangi atau menentang Daeng Mateko yang telah membuat kacau di Kuala Selangor. Kedatangan Daeng Cellak dengan membawa angkatan perang atau tentera dari Riau telah menyebabkan Daeng Mateko terpaksa berundur dan melarikan diri ke Siak. Selepas mengalahkan Daeng Mateko, Daeng Cellak telah menjadi pemimpin di Selangor khususnya Kuala Selangor setelah baginda didesak oleh masyarakat Kuala Selangor agar menjadi ketua dan pemimpin di kawasan itu. Walaupun Daeng Cellak telah menjadi ketua di Selangor namun baginda  selalu berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Akibat daripada ulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor, Daeng Cellak telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Daeng Masik Arang Pala dari Riau. Perkahwinan antara Daeng Cellak dengan Daeng Masik Arang Pala telah dianugerahi tiga orang cahaya mata termasukklah Raja Lumu yang merupakan anak sulung daripada hasil perkahwinan tersebut.[6]

Sebagaimana yang kita ketahui, Raja Lumu mempunyai enam orang adik-beradik yang terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Yang lelaki bernama Raja Ali yang merupakan tokoh atau pahlawan Bugis yang terkenal. Sementara itu. Adik-beradik perempuan Raja Lumu ialah Tengku Hitam, Tenku Putih dan Tengku Kamariah. Tengku Putih dan Tengku Hitam merupakan anak hasil perkahwinan Daeng Cellak dengan Tengku Mandak yang merupakan saudara kandung Sultan Sulaiman pemerintah negeri Johor. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa Raja Lumu ialah anak kepada pemerintah Bugis yang telah mencari pengaruhnya di Tanah Melayu. Raja Lumu merupakan pemerintah Selangor yang berasal dari Tanah Arang Bugis yang terletak di Sulawesi Selatan.[7] Di samping itu, ketinggian darjat Raja Lumu jelas apabila baginda telah dibesarkan di dalam keluarga yang berpestij dan terkenal disebabkan baginda adalah waris atau berketurunan raja di Riau. Keturunan  Raja Lumu turut terkenal akibat daripada kecekapan dalam kegiatan pelayaran dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan.dari keturunan. Hal lain pula menunjukkan bahawa Raja Lumu turut memperolehi kecekapan dalam pentadbiran, tegas, gagah dan mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi apabila berhadapan dengan musuh.[8]

Riwayat hidup Raja Lumu
 Harus diketahui bahawa Raja Lumu merupakan punca kesultanan awal kerajaan Selangor. Sebelum pemerintahan baginda, Selangor telah pun mempunyai pemerintahan sendiri yang diketuai oleh seorang pembesar ataupun ketua. Namun begitu, pemerintah-pemerintah yang memerintah negeri Selangor ketika itu tidak pula mendapat pengiktirafan daripada mana-mana sultan terutamanya pengiktirafan daripada Sultan Perak yang merupakan waris langsung daripada keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Oleh sebab itu, Raja Lumu telah berjumpa dengan Sultan Perak yang ketika itu bersemayan di Kota Lumu bagi tujuan mendapat pengiktirafan. Selepas mendapat perkenan atau pengiktirafan daripada Sultan Perak iaitu Raja Lumu telah diberi gelaran oleh Sultan Perak sebagai Sultan Sallehuddin yang merupakan pemerintah Selangor secara rasminya.

Raja Lumu telah memerintah Selangor bermula daripada tahun 1766 Masihi sehingga 1778 Masihi iaitu selama 12 tahun. Sebelum menjadi Yam Tuan Muda Selangor pada tahun 1766 Masihi, Raja Lumu atau lebih dikenali sebagai Sultan Sallehuddin telah ditabalkan di Pulau Pangkor yang disaksikan sendiri oleh Sultan Muzaffar Syah dan pembesar-pembesar negeri Perak. Sejurus  pertabalan diri baginda sebagai Sultan Selangor, baginda telah kembali  ke Kuala Selangor dan telah bersemayam di Bukit Melawati. Baginda merupakan sultan yang pertama menjadikan Bukit Melawati sebagai tempat bersemayamnya raja-raja Selangor. Pada tahun 1778 Masihi, baginda Raja Lumu telah mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor. Hari ini,  makam baginda Sultan Salehuddin pemerintah pertama Selangor dikenali sebagai Marhum Salleh.

Sebelum kemangkatan baginda, Raja Lumu telah meninggalkan empat orang anak hasil daripada perkahwinan dengan anak saudara Sultan Perak. Anak-anak baginda bernama Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh, dan Raja Sharifah. Kemangkatan baginda pada tahun 1778 Masihi menyebabkan tampuk pemerintaha Selangor telah diambil alih oleh putera sulung baginda iaitu Raja Ibrahim yang telah memakai gelaran Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim telah memerintah negeri Selangor daripada tahun 1778 Masihi sehingga 1826 Masihi.[9] Sultan Ibrahim dikatakan seorang sultan yang mempunyai keberanian, berhati waja dan mempunyai begitu banyak pengalaman. Hal ini kerana baginda telah didedah sedari kecil tentang pengalaman dan pergaulannya di dalam masyarakat.  Menariknya tentang Sultan Ibrahim, baginda merupakan seorang putera raja yang seringkali mengikut ke mana sahaja ayahandanya pergi. Malah ikutan tersebut telah menyebabkan bagindah telah sampai ke Riau, Siak, Muar dan Johor.
Rentetan peristiwa
 Sebelum pemerintahan Raja Lumu sebagai Yam Tuan Muda Selangor yang pertama, Ayahanda Raja Lumu iaitu Daeng Cellak merupakan orang terpenting dalam mentadbir pemerintahannya di Kuala Selangor. Hal ini kerana Daeng Cellak telah menerima tanggungjawab tersebut akibat desakan daripada penduduk kawasan Kuala Selangor yang menginginkan baginda menjadi ketua pemerintahan di kawasan tersebut. Kemangkatan Daeng Cellak pada tahun 1158 Masihi, telah diganti oleh Daeng Kemboja yang merupakan anak Daeng Perani dan abang kepada Daeng Cellak.[10] Kita perlu mengetahui bahawa sebelum kemangkatan Daeng Cellak pada tahun 1158, baginda telah mewasiatkan bahawa Kuala Selangor harus diberikan kepada puteranya yang sulung iaitu Raja Lumu sebagai pemerintahan negeri Selangor.[11]

Namun begitu, semasa kematian ayahandanya Daeng Cellak, Raja Lumu ketika itu masih kecil dan tidak mengetahui cara menguruskan kerajaan. Oleh sebab itu, pemerintahan Selangor telah diberikan kepada Daeng Kemboja yang merupakan Yam Tuan Muda Johor menggantikan ayahanda Raja Lumu. Pengambil alih tapak pemerintahan Kuala Selangor oleh Daeng Kemboja telah diiktiraf atau dipersetujui oleh Sultan Johor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Daeng Kemboja juga amat disenangi oleh pihak Bugis. Sebagai waris dan pemegang hak sebenar sebagai pemerintah Selangor, Raja Lumu telah ke Kuala Selangor dengan tujuan menjadikan dirinya sebagai seorang pemerintah Kuala Selangor. Bagi tujuan tersebut, Raja Lumu perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah Selangor dengan mengisytiharkan diri baginda sebagai pemerintah bebas. Apa yang penting sebenarnya ialah tujuan Raja Lumu ingin mengisytiharkan diri baginda sebagai Raja yang bebas kerana ingin merungkai atau membebaskan Selangor dari belenggu atau pengaruh daripada pengaruh Johor-Riau.

Bagi membebaskan Selangor daripada pengaruh Johor-Riau, Raja Lumu telah mengambil langkah yang baik dan betul di mana baginda telah mengambil langkah berbaik-baik denga Sultan Perak Iaitu Sultan Muzaffar Shah. Perkara ini jelas apabila Raja Lumu telah menghantar surat utusan kepada Sultan Perak. Surat tersebut jelas menunjukkan bahawa Raja Lumu telah beria-ia ingin membaiki hubungan yang telah renggang akibat daripada peperangan yang telah berlaku pada zaman ayahandanya. Utusan yang dihantar oleh Raja Lumu telah disambut baik oleh baginda Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Shah. Akan tetapi, hubungan baik yang cuba dibina oleh Raja Lumu dengan Sultan Perak telah dihalang oleh pihak Belanda yang sebenarnya turut mempunyai muslihat tertentu atau  ingin mendapatkan kepentingan di Kuala Selangor.

Kemahuan atau semangat ingin membebaskan Selangor daripada pengaruh luar menyebabkan Raja Lumu telah ke Pulau Pangkor bagi mendapat daulat atau pengiktirafan daripada Sultan Perak. Setelah sampai di Pulau Pangkor, dikatakan Raja Lumu tidak berani melabuhkan kapalnya di pantai Pulau Pangkor. Kedatangan Raja Lumu ke Pulau Pangkor telah didengari oleh Sultan Muzaffar Shah dan baginda telah menghantar seorang utusan agar menjemput Raja Lumu ke tempat baginda bersemayan. Setelah dijemput oleh utusan Sultan Perak, Raja Lumu dan Sultan Muzaffar Shah telah bersana-sama menaiki sampan merentasi sungai Bernam menuju ke Kota Lumu.

 Di Kota Lumu, Sultan Muzaffar Shah dan Raja Lumu telah membuat satu perjanjian yang merupakan penanda kepada pembaikian hubungan antara Selangor dan Perak. Semasa berada di sana, Raja Lumu telah menandatangani satu surat perjanjian yang mana Raja Lumu telahmengaku taat setia atau sumpah taat setia kepada kerajaan Perak dan sultannya. Tambahan lagi, perjanjian tersebut juga membincangkan tentang cara menjaga hubungan baik antara Raja Lumu dengan Sultan Perak. Selepas perjanjian tersebut ditementerai, Sultan Perak telah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama. Sultan Perak turut memberi gelaran yang baru kepada Raja Lumu iaitu dengan memakai gelaran Sultan Sallehudin.[12] Pengiktirafan baginda Raja Lumu sebagai Sultan Selangor telah dilakukan di Pulau Pangkor telah disaksikam oleh pembesar-pembesar negeri Perak. Tetapi, petabalan Raja Lumu sebagai pemerintah bebas telah dilakukan di Selangor bukannya di Perak dengan pertabalan tersebut dilakukan di hadapan rakyat Kuala Selangor.

Selain itu, setiap pelajar perlu meneliti pandangan lain dalam rentetan petabalan Raja Lumu mengikut pandangan lain. Dikatakan bahawa Raja Lumu merupakan anak Daeng Cellak telah berlayar dari Riau dengan tujuan mencari negeri batu di utara Melaka untuk dijadikan sebuah negeri yang baru. Pelayaran yang dilakukan oleh Raja Lumu turut disertai oleh Daeng Loklok dan beberapa orang pengikutnya. Ketika di dalam pelayaran, Raja Lumu dan pengikutnya telah keputusan air minuman yang menyebabkan baginda telah singgah di Pulau Angsa. Walaubagaimanapun, Pulau Angsa tidak mempunyai air tawar untuk dijadikan minuman dan Raja Lumu serta pengikutnya terpaksa menyusuri Sungai Selangor dalam menambah dan mencari air minuman.

Akhirnya, rombongan ini telah berhenti di satu kawasan atau  tempat menyabung ayam. Menariknya,  kedatangan rombongan Raja Lumu ini telah disambut baik oleh penduduk di situ disebabkan oleh baginda Raja Lumu merupakan pelayar yang keturunan Bugis dan dari Bugis. Apabila penduduk tempatan mengetahui bahawa Raja Lumu ialah anak kepada Daeng Cellak maka mereka telah mendesak Raja Lumu menjadi pemaerintah Selangor. Keadaan iini menyebabkan hasrat Raja Lumu untuk mencari air tawar untuk dijadikan air minuman luput dari ingatan. Permintaan penduduk setempat supaya Raja Lumu menjadi ketua di kawasan tersebut telah dipersetujui oleh Raja Lumu. Melalui peristiwa tersebut, Raja Lumu telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Selangor yang pertama dan Daeng Loklok yang merupakan pengikut setia Raja Lumu telah dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela di Selangor.

Berita yang mengatakan bahawa Raja Lumu telah menjadi Yam Tuan Besar Selangor di Kuala Selangor telah didengari oleh Sultan Muzaffar Syah yang merupakan Sultan Perak dan telah bersemayam di Beruas. Menurut Tuhfat al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Haji, Raja Lumu telah dijemput oleh Sultan Perak supaya mengadap baginda di Pulau Pangkor. Dalam pertemuan tersebut, baginda Sultan Perak bersetuju melantik Raja Lumu sebagai Yam Tuan Besar Selangor dengan gelaran Sultan Sallehudin. Pelantikan atau petabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor  telah dibuat atau dilakukan dihadapan rakyat Selangor dengan penuh adat istiadat.

Unsur-unsur lain
            Secara ringkasnya, Klang diperintah oleh empat orang datuk yang mempunyai  jawatan atau kedudukan yang sama iaitu Datuk Engku, Datuk Aru, Datuk Penggawa dan Datuk Kecil. Pembesar-pembesar ini telah menggelar diri mereka sebagai Orang Kaya Klang setelah mendapat persetujuan daripada Datuk Engku yang merupakan pemimpin utama ketika itu. Disebabkan mereka mempunyai kuasa dan kedudukan yang sama, mereka telah mengambil keputusan  untuk menjemput seorang raja sebagai penaung. Disebabkan hal ini, Raja Lumu dari Bugis telah dijemput khas untuk datang ke Selangor menjadi Yam Tuan Besar Selangor yang pertama dengan persetujuan ayahandanya, Daeng Chelak.

Keterangan ini juga diikuti oleh satu keterangan yang lain di mana sebelum kedatangan Raja Lumu, Selangor telah pun mempunyai seorang ketua atau orang besar yang bergelar Datuk Engku Pinang Tunggal. Hal ini dapat dibuktikan melalui makamnya masih terdapat di Sungai Way, Selangor. Datuk Engku Klang iaitu Engku Pinang Tunggal mempunyai lima orang adik beradik. Sebenarnya, Datuk Engku Klang merupakan anak kepada seorang pembesar  yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Bendahara Sekudai. Datuk Engku Klang telah tinggal atau memerintah Klang akibat daripada arahan ayahnya iaitu Bendahara Sekudai.  Sementara itu, keempat-empat adik beradik Engku Klang Selangor pula  telah bertapak di Linggi atau sekarang dikenali sebagai Negeri Sembilan.

Setelah empat keturunan yang memerintah Klang dan Kuala Selangor melalui pemerintahan Datuk Engku terutamanya pada zaman pemerintahan Datuk Engku Naga Menghulur, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat di kawasan tersebut menginginkan atau mahu seorang raja sebagi penaung di kawasan tersebut. Oleh kerana Selangor berada di bawah pengaruh Bugis, maka raja ini mestilah diambil daripada keturunan Bugis yang sedia ada di Selangor. Pemilihan ini telah jatuh ke tangan Harun Pasarai dengan di tabal oleh Datuk Engku Klang serta diberikan cop mohor. Selepas beliau mangkat, Raja Siti iaitu adiknya telah menggantikan tempatnya di Klang dan selepas Raja Siti mangkat, telah berlaku kekosongan tampuk pemerintahan kerana Raja Siti tidak meninggalkan zuriat. Hal ini telah menyebabkan Raja Lumu diminta untuk menjadi Yamtuan Muda Selangor iaitu di Kuala Selangor.

Terdapat beberapa pendapat lain yang menjelaskan tentang bagaimana Raja Lumu menjadi Yam Tuan Selangor pada tahun 1766. Antaranya ialah pendapat yang diutarakan melalui buku Misa Melayu iaitu buku yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Abdul Hamid. Pendapat yang terdapat di dalam buku ini agak berbeza dengan pendapat-pendapat lain, tetapi ianya mempunyai sedikit persamaan dengan keterangan buku “The Abode of Grave” tulisan Barbara Watson Andaya. Menurut buku Misa Melayu, Raja Lumu telah diisytiharkan oleh Sultan Mahmud Syah Perak sebagai pemerintah bebas Selangor. Menurut buku ini lagi, tujuan Sultan Mahmud Syah mengistiharkan Raja Lumu sebagai pemerintah bebas Selangor adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan Raja Lumu. Selain daripada itu, pengistiharaan ini juga adalah sebagai alternatif untuk Raja Lumu membebaskan diri daripada cengkaman Johor-Riau ketika itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan gelaran Sultan Sallehuddin oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ketika mengirim surat kepada Raja Lumu.[13] Menurut sejarah Johor, pada 30 Januari 1756, Sultan Sulaiman telah berangkat ke Riau. Apabila banginda tiba di sana, baginda mendapati Sultan Sallehuddin telah menjadi pemerintah Selangor dimana Sultan Sallehuddin itu merupakan abang kepada Raja Haji, putera Daeng Cellak Yam Tuan Muda Riau yang sulung.[14] Berdasarkan keterangan yang dijelaskan di dalam buku Misa Melayu, jelaslah bahawa Raja Lumu telah ditabalkan oleh Sultan Muzaffar Syah III Perak sebagai Yamtuan Selangor kira-kira sebelum tahun 1756.

Faktor-faktor Raja Lumu memohon pengiktirafan daripada sultan Perak
Terdapat beberapa faktor yang mendorong Raja Lumu memohon pengiktirafan menjadi Yam Tuan Selangor daripada Raja Perak. Faktor utamanya ialah Sultan Perak merupakan waris kepada Sultan Melaka.[15] Menurut Salasilah Perak dan Sejarah Melayu, Sultan pertama di Perak ialah Sultan Muzaffar Syah.[16] Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Syah, iaitu Raja Melaka yang terakhir. Sebelum ini, Sultan Muzaffar Syah merupakan Raja Muda di Melaka, tetapi, beberapa tahun selepas itu, Sultan Mahmud telah memberikan kuasa pemerintahan kepada adik tiriya iaitu Raja Ahmad. Oleh itu, baginda meinggalkan Melaka dan pergi ke Siak dan seterusnya ke Kelang. Sewaktu di Kelang, baginda telah berkenalan dengan seorang pedagang, dan menurut Sejarah Melayu, baginda telah dibawa ke Perak oleh pedagang tersebut dan akhirnya telah ditabalkan sebagai Sultan Muzaffar Syah. Oleh itu, bermulalah sistem pemerintahan agung yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka. Oleh sebab inilah Raja Lumu meminta pengiktirafan daripada baginda  kerana kedudukannya sebagai Yam Tuan kelak terjamin sekiranya diiktiraf oleh waris Kesultanan Melayu Melaka disamping mendapat kepercayaan masyarakat setempat.

Faktor lain yang menyebabkan Raja Lumu berbuat sedemikian adalah kerana Raja Perak mempunyai peralatan kebesaran di Raja. Peralatan ini digunakan ketika upacara pertabalan berlangsung. Tanpa peralatan ini, raja-raja yang bakal ditabalkan tidak akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat kerana dianggap tidak sah disisi undang-undang. Sultan Muzaffar Syah mempunyai segala peralatan kebesaran Diraja yang diwarisi daripada ayahanda baginda iaitu pemerintah Melaka, Sultan Mahmud Syah. Hal ini menyebabkan Raja Lumu pergi menghadap baginda kerana Raja Lumu pada masa tersebut tidak mempunyai peralatan kebesaran Diraja.  Antara peralatan kebesaran yang dimiliki oleh Raja Muzaffar Syah ialah Pedang Cura Si Manja Kini, Keris Taming Sari, dan Mohor Kecil Cap Halilintar.[17]

Selain daripada itu, tanpa peralatan muzik seperti Nobat atau Nafiri, upacara pertabalan seseorang raja tidak akan lengkap. Oleh kerana Raja Lumu tidak mempunyai peralatan muzik ini, maka baginda telah memohon Sultan Muzaffar Syah melantiknya sebagai Raja Selangor yang pertama.[18] Antara alatan muzik yang dimiliki oleh Sultan Muzaffar Syah ialah Gendang Nobat, Nafiri ( 2 buah ), Gendang Nangka ( 2 buah ), Serunai ( 2 buah ), Serunai ( 2 buah ), dan Gendang Perengkah ( 2 buah ). Kesemua peralatan ini mempuyai fungsinya tersendiri. Contohnya, Nafiri digunakan untuk memulakan sesebuah lagu, Gendang Nangka pula untuk membawa lagu, manakala Serunai pula sebagai alat untuk menyanyikan lagu. Kebanyakan alat-alat muzik ini berasal dari Kerajaan Melaka. Oleh sebab itulah Raja Lumu memohon Raja Perak mengktirafnya sebagai Raja Selangor pertama. Gendang Nobat merupakan alat muzik yang terpenting dan hanya digunakan dalam Istiadat Diraja sahaja. Menurut istiadat Negeri Perak, tanpa bunyian Gendang Nobat ketika pertabalan, sultan itu akan dianggap tidak berdaulat. Nobat diraja Perak dipalu dan dibunyikan ketika upacara dan istiadat kebesaran Perak sahaja seperti sesuatu yang mempunyai kaitan dengan peribadi Sultan Perak . Perlantikan Raja Lumu adalah berkaitan dengan urusan peribadi baginda kerana Raja Lumu mempunyai hubungan dengan Raja Perak. Menurut Vincent Tung ( 1999 ), Raja Lumu telah dijodohkan dengan Puteri Raja Perak dan dinobatkan dan digelar Sultan Sallehuddin Syah oleh Sultan Mahmud Syah iaitu Sultan Perak yang ke-16. Kemudiannya, Raja Lumu ini ditabalkan pula dihadapan rakyat Selangor dengan membunyikan Nobat.[19] Dengan ini, jelaslah bahawa Raja Lumu memohon pengiktirafan daripada Sultan Perak kerana Baginda tidak mempunyai alatan muzik membolehkan Baginda didaulatkan sebagai pemerintah Selangor.

 Faktor yang turut mendorong Raja Lumu memohon pengiktirafan dari Raja Perak adalah untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemerintah Selangor yang sah. Hal ini kerana tarikh baginda ditabalkan sebagai Raja Selangor adalah sama dengan tarikh kemenangan Raja Haji memenangi Kedah iaitu pada tahun 1770. Ketika itu, mereka datang serentak ke Perak dari Selangor dan dari situ, Raja Lumu telah pergi ke Kedah untuk mendapatkan abangnya itu.[20] Oleh hal yang demikian, jelas menunjukan bahawa tindakan baginda bagi mengekalkan kedudukan baginda serta anak cucunya sebagai Raja Selangor yang sebenarnya dan bukan lagi dibawah taklukan Sultan Johor. Dengan itu, amat jelas skali kenapa Raja Lumu memohon pengiktirafan daripada Raja Perak.

Raja Lumu memohon pengktirafan daripada Raja Perak adalah kerana tiadanya daulat. Jika dikaitkan dengan asal-usul Raja Lumu, beliau  merupakan pendatang yang berketurunan Bugis, bukannya anak jati Selangor. Oleh kerana itulah beliau memohon Raja Perak menabalkannya sebagai Sultan Selangor kerana beliau tahu, jika tidak berbuat demikian, rakyat Selangor tidak akan mengiktirafnya sebagai sultan dan semua ini berkait rapat dengan konsep daulat. Mana-mana raja yang tidak berdaulat, mereka tidak layak disembah dan dihormati. Sultan yang telah ditabalkan mempunyai daulat dan kewibawaan serta mejadi lambang perpaduan dan kemakmuran negeri. Oleh itu, rayat perlu taat dan tidak boleh menderhaka. Secara rasionalnya, Raja Lumu tidak mempunyai daulat, disebabkan inilah beliau memohon Raja Perak mengiktirafnya sebagai Raja Selangor yang pertama.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, petabalan Raja Lumu sebagai Yam Tuan Muda Selangor  telah mewujudkan satu institusi kesultan di Selangor. Yang jelas, sebelum kedatangan kuasa-kuasa Bugis, Selangor khususnya Klang dan Kuala Selangor hanya diperintah atau dipimpin oleh seorang ketua   





[1] Sharom Husain, Sejarah Johor, Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd, 1995, hlm 36.
[2] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers Sdn. Bhd., 1983, hlm 112.
[3] Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 117.
[4]
[5] Ibid, hlm 79
[6] Ibid, hlm
[7]
[8] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers Sdn. Bhd., 1983, hlm 92.
[9] J.M Gullick, A History of  Selangor ( 1766-1939 ), Kuala Lumpur: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, 1998, hlm. 7.
[10] Virginia Matheson Hooker, Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm 123.
[11] J.M Gullick, A History Of Selangor ( 1766-1938 ), Selangor: A Revised Edition, 2004, hlm. 1
[12] J.M Gullick, A History Of Selangor ( 1766-1938 ), Selangor: A Revised Edition, 2004, hlm 5.

[13] Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 130.
[14] Ibid, hlm. 129.
[15] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publisher, hlm. 67.
[16] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor: Fajar Bakti, 2004, hlm. 7
[17] Adid  Vincent Tung Bin Abdullah, Adat Pusaka Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan,     Ipoh: Compese Life Sdn.Bhd, hlm. 5.
[18] Ibid, hlm. 112.
[19] Yusuf Hashim, Jugra Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Thra Publishing and Trading Sdn.Bhd, 1983, hlm. 5.
[20] Hj. Buyung B. Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 20

No comments:

Post a Comment