nuffnang

Friday, May 9, 2014

SEJAUH MANAKAH KERAJAAN JOHOR RIAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WARIS KEPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA

 PENGENALAN

          Kerajaan Johor Riau muncul sekitar abad ke 16-17 selepas kejatuhan kerajaan Melaka yang tewas kepada Portugis pada tahun 1511.Kejatuhan tersebut telah membawa kepada pembukaan Johor .Sultan Alaudin Riayat Shah merupakan Sultan yang pertama menaiki takhta Johor. Kesultanan Johor banyak mewarisi ciri-ciri daripada Melaka dalam pelbagai aspek.Perkataan waris boleh didifinisikan sebagai orang yang berhak menerima harta pusaka menurut kamus Perdana. Manakala dalam bahasa arab pula, waris bermaksud Al-mirrat,dalam bahasa arab berbentuk mashdar(infinitive) dari kata waritsa-yaritsu irsan miratsan iaitu perpindahan sesuatu kepada orang lain atau dari sesuatu kepada kaum lain. Dalam Konteks kerajaan Johor Dan Melaka perkataan Waris ini tidak terbatas seperti yang diterangkan dalam kedua-dua versi tadi tetapi mempunyai persamaan atau perwarisan daripada segenap aspek terutama sekali dalam bidang pentadbiran, tapak pemerintahan,dasar luar,perdagangan ,dan system social atau susunlapis dalam masyarakat itu sendiri baik dalam hearaki pentadbiran.Kerajaan Melaka mempunyai sejarah yang unggul sebelum jatuh kepada tangan portugis pada tahun 1511.ciri-ciri unggul ini diwarisi kesultanan Johor.Hal ini telah mengangkat Johor sebagai kuasa yang seolah olah mengantikan Melaka sekitar abad ke 16-17.


2.0  POLITIK DAN PENTADBIRAN                                                                           


2. 01 POLITIK

            Bidang politik dan pentadbiran amat penting dalam aspek pembentukan dalam sesebuah negara. Sistem politik ini mestilah tersusun secara,sistematik dan telus bagi memastikan pentadbiran sesebuah negara itu berjalan dengan lancar dan bebas dari
sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Politik berperanan dalam menentukan
pembukaan,perkembangan, kemajuan dan kejatuhan sesebuah negara.[1] Sistem politik
yang stabil akan membawa kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara yang
diperintah itu. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada perkembangan aspek-
aspek yang lain seperti ekonomi,sosial, dan sebagainya. Kekuatan politik yang stabil ini
seterusnya dapat diwarisi oleh zaman atau institusi kerajaan yang seterusnya.

Sistem politik yang diamal oleh kerajaan Johor-Riau ini mempunyai

kesinambungan dengan Kesultanan Melayu Melaka.Antara kesinambungan yang diwarisi

oleh kerajaan Johor-Riau dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah melalui kuasa

Raja.Walaupun Kesultanan Melayu Melaka telah runtuh pada 1511 setelah diserang oleh

Portugis, namun sistem politiknya masih wujud dan seterusnya diwarisi oleh kerajaan

Johor-Riau. Dalam hal ini,raja tetap menjadi ketua negara dan turus pemerintahan

sesebuah negara yang diperintah.Tugas seorang raja ini akan dibantu oleh para

pembesarnya bagi melicinkan sistem pentadbirannya.Kerajaan Johor-Riau juga

mewarisi jawatan sebagai ketua agama islam dan bertanggungjawab dalam menjatuhkan
hukuman terhadap pesalah seperti hukuman bunuh daripada Kesultanan Melayu
Melaka.Raja mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan hukuman tersebut tanpa
adanya sebarang pengaruh daripada orang lain.Raja juga dianggap utusan daripada Allah
dan  rakyat mesti patuh pada arahan raja. Siapa yang tidak patuh kepada raja,orang itu
akan terkena tulah akibat derhaka kepada raja.

Selain itu,kerajaan Johor-Riau juga mewarisi gelaran raja daripada kesultanan

melayu melaka.Pada zaman kesultanan  melayu Melaka,Parameswara merupakan raja

yang pertama di Melaka yang menggunakan istilah sultan setelah memeluk agama islam

dengan menukarkan nama baginda kepada Sultan Iskandar Shah.Gelaran ini seterusnya

diwarisi oleh sultan-sultan Melaka yang seterusnya sehinggalah ke zaman empayar

kerajaan Johor-Riau.Raja  yang pertama dalam kerajaan Johor-Riau yang mewarisi

gelaran sultan daripada kesultanan melayu melaka ialah Sultan Alaudin Riayat Shah.Hal

ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Johor-Riau mempunyai kesinambungan daripada

kesultanan melayu Melaka


3.0 EKONOMI

      
        Pada kurun ke-15 Melaka berjaya menjadi sebuah negeri yang makmur dari pelbagai

aspek terutama dari segi ekonominya.Hakikatnya negeri ini begitu kaya dari segi hasil

hutan dan lautnya.Hal ini telah berjaya menarik perhatian dunia luar untuk singgah

berdagang di Melaka.Rantau ini berganda untungnya disebabkan kedudukannya

dipersimpangan jalan laut diantara jalan benua China dan India,dan dihubungkan oleh

sistem angina monsun dengan pasaran besar dunia Asia.11 malangnya pada tahun 1511

selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis Melaka telah hilang kemasyurannya  sebagai

pusat perdagangan yang agung di mata dunia dan diganti pula dengan kebangkitan 

negeri Johor pada awal kurun ke-17.
    
          Selepas Melaka Pada awal kurun ke-17 kerajaan Johor telah bangkit menjadi Negara yang kaya terutama sekali dari segi ekonominya.Kebangkitan negeri ini bermula dari tahun 1636 setelah mangkatnya Raja Acheh Sultan Iskandar Muda dan keputusan VOC(Veenigde Oosstindishe Compagnie) mendapatkan bantuan Johor untuk menyerbu kota Portugis di melaka tumpasnya dua musuh  Johor  ini maka bermula maka bermula kemasyuran muka bumi johor sebagai pusat perdagangan Johor yang maju dan aman.Atas bantuan yang diberikan oleh Johor keatas pihak belanda sewaktu menumpaskan portugis di melaka.12belanda telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Johor yang tidak diberikan kepada negeri-negeri melayu yang lain. Belanda telah
membenarkan Johor untuk menjalankan aktiviti perdagangan di melaka sehingga Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang maju ketika itu mengantikan Melaka.Tambahan pula barangan yang dijual di Johor murah dan kemudahan yang disediakan amat memenuhi keperluan para pedagang ketika itu sehingga pedagang yang berdagang di Johor ada menyatakan kemudahan yang ada di Johor setanding dengan kemudahan yang ada di Melaka sewaktu kegemilangan dahulu.                                                                      Selain itu juga memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada Johor daripada serangan musuh-musuh luarnya terutama sekali dari negeri Acheh. Melalui perantaraan Belanda,Johor telah menandatangani satu perjanjian damai pada tahun 1641 dengan Acheh di mana kedua-dua kuasa itu bersetuju duduk dikerajaan sendiri dan semua tindakan permusuhsn dihentikan. Oleh itu,daripada penjanjian damai ini Johor telah bebas daripada ancaman musuh utamanya. Kesannya Johor dapat mengembangkan lagi ekonominya tanpa sebarang gangguan dan ancaman daripada pihak luar. Para pedagang pula mula tertarik untuk berdagang di Johor disebabkan tempatnya yang aman dan  selamat untuk berurus niaga.
            Pengurusan pentadbiran ekonomi Johor sama hebatnya dengan pengurusan

pentadbiran di Melaka. Hal ini dapat di lihat melalui peranan yang dimainkan oleh para

pembesar Johor terutama sekali Shah Bandar. Shah Bandar juga dikenali  penghulu

bendahari kerana beliau memainkan peranan yang cukup penting dalam memeungut hasil

cukai, mengendalikan organisasi dan system perkapalan mengawal uruas niaga dan

urusan dagang serta menjadi pengawai kebajikan di bandar Johor. Shah Bandar ketika itu

boleh dikatakan sebagai ‘Raja Pelabuhan’ kerana kewibawaannya dalam menjalankan

tugasnya serta menjadi nadi dipelabuhan Johor. Peranan penting yang di mainkan oleh

Syah Bandar ini telah diwarisi daripada kerajaan melayu Melaka.Oleh itu,Johor dapat

menguruskan urusan perdangan dengan cekap seperti di Melaka


            Dari segi sistem urusan perniagaan di Johor pula,Johor mempunyai dua

bentuk urusniaga iaitu melalui pertukaran  barang dan proses jual beli.Melalui proses jual

beli, Johor telah menggunakan mata wang syiling yang digunapakai sewaktu

pemerintahan kesultanan melayu Melaka. wang yang digunakan adalah dalam bentuk

kepingan timah dan dipermukaannya terpahat nama sultan Melaka. penggunaan mata

wang daripada zaman kesultanan melayu Melaka ini tekah memudahkan lagi urusan jual

beli di Johor dan seterusnya dapat memenuhi kehendak manusia yang berbeza-beza

keinginannya.                                                                                                                                                           

           Johor juga tidak ketinggalan dalam mengunakan system timbangan dan sukatan seperti di melaka. sistem timbangan dan sukatan yang diguna pakai ketika itu ialah dacing yang digunakan untuk menimbang rempah, lada,belerang yang diukur dalam unit bahara. Penggunaan sistem timbangan dacing ini diwarisi daripada sistem timbangan Negara Cina. System timbangan yang terkenal di melaka ini amat membantu negeri Johor dalam menjalankan perniagaan dengan adil dan seterusnya bagi urusan perniagaan.


            Selain itu.Johor juga menjalankan kutipan cukai terhadap pedagang-

pedagang yang berniaga ditempatnya dengan kadar cukai yang sama dikenakan di melaka

hal ini dapat dilihat pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai import sebanyak 5%

manakala import barang-barang makanan pula bebas daripada pengenaan cukai.

Sementara pedagang dari India, Tanah Arab dan Siam dikenakan cukai sebanyak 6% dan

3% pula dikenakan para pedagang Johor berdasarkan hasil perniagaan mereka. Jumlah

cukai yang berbeza ini di kenakan mengikut kepentingan barang itu sendiri.

Daripada hasil cukai ini para pembesar Johor mendapat hasil yang lumayan dan

seterusnya menambahkan lagi ekonomi negeri ini.


2.05 HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR             
       
           
             Johor-Riau juga mengamalkan dasar luar seperti mana waris asalnya iaitu

Melaka.Pada zaman pemerintahan Parameswara baginda telah menjalankan dasar luarnya

dengan China.Hal ini kerana sewaktu pemerintahan baginda,Melaka berada di bawah

kekuasaan Siam.Oleh hal yang demikian Parameswara segera menghantar utusan ke

negeri China bagi meminta pengiktirafan dan pelindungan daripada negeri

China.Tindakan Parameswara ini adalah untuk mengelakkan Melaka daripada ancaman

Siam.Pada tahun 1405 Melaka telah menghantar utusan ke China untuk menjalinkan

hubungan.Pada tahun 1406 China pula telah menghantar utusan ke Melaka beserta cap

mohor,sepasang pakaian sutera dan payung kuning sebagi lambang pengiktirafan

rasmi dari maharaja negeri itu.

           Hubungan ini diteruskan pada zaman Sultan Mansur Syah yang teleh berkahwin

dengan Puteri Hang Li Po.Selain itu juga Melaka turut memberi ufti kepada China dan

para pedagang yang datang berdagang di Melaka turut juga turut diberi

keistimewaan.Perhubungan Melaka dengan China yang pada masa itu sebuah kuasa yang

besar telah dapat melindungi Melaka daripada ancaman luar dan dapat mengukuhkan

Kedudukannya

Selepas kejatuhan kerajaan Melaka,Sultan Mahmud telah melarikan diri

kebeberapa buah tempat.Akhirnya baginda membina empayar di Johor.Seperti mana

Melaka, Johor turut mengamalkan dasar luar.Hal ini terbukti apabila Johor  telah

menjalinkan hubungan dengan Portugis.Tindakan ini diambil berikutan Johor

bimbangkan kuasa Acheh yang ingin menguasai Johor.Oleh hal yang demikian Johor

menjalankan hubungan dengan Portugis bagi mengusir orang Acheh dari Johor.
         
            Pada tahun 1605 pula,Johor telah menjalinkan hubungan dengan Belanda kerana

negeri itu sedang diancam Portugis.9 Dalam bulan Mei 1606 satu perjanjian telah

ditandatangani dengan negeri Johor.Dalam perjanjian itu Matelief telah bersetuju untuk

membantu Johor menentang Portugis dan menawan kembali Melaka.Jika serangan itu

berjaya Melaka akan diserahkan kepada Belanda,tetapi serangan itu tidak berjaya.Selepas

gagal mengerang Melaka,Matelief telah menandatangani perjanjian baru dengan Sultan

Johor dalam bulan September 1606.Dalam perjanjian ini Sultan hendaklah memberi

sekeping tanah kepada Belanda untuk menempatkan barang-barang,ubat bedil,tempat

merawat kakitangan yang sakit dan tempat kediaman.Namun Sultan telah menolak

permintaan Belanda.

            Selain daripada itu,Johor kembali menjalinkan hubungan dengan 

Portugis.Hubungan ini terjalin semasa pemerintahan Sultan Ahmad Syah,baginda telah

menjalinkan dasar luar dengan Portugis supaya Portugis tidak menyerang Johor dan
                                                                                    
membantu Johor mengusir orang Acheh yang berada di  Melaka.10 hubungan ini juga terjalin disebabkan Johor tidak puas hati terhadap Belanda yang enggan menolongnya menentang Acheh. Sementara itu orang Portugis pula telah mengalami kekalahanan di laut telah bersetuju untuk menjalin persahabatan dengan negeri Johor Hubungan di antara Portugis dengan Johor ini terjalin pada bulan Oktober 1610.Ini jelas membuktikan Johor mewarisi dasar luar kesultanan Melayu Melaka.
2.06 NEGERI NAUNGAN JOHOR
            Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511.Namun begitu beberapa buah negeri bawah naungan Melaka masih meneruskan taat setia kepada kesultanan Melayu Johor. Hal ini adalah kerana Johor masih diperintah oleh waris kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Alaudin Riayat Shah II.

           Antara negeri naungan yang terletak di pantai timur Sumatera ialah Siak. Rupat, Rokan, Kapar dan Bengkalis. Manakala kawasan tanah Melayu seperti Pahang, Kedah, Kelantan, Perak dan Terengganu turut diwarisi oleh Kesultanan Johor. Kesemua negeri-negeri naungan ini diperintah oleh bendahara yang dilantik oleh Sultan. Corak pemerintahan dan pentadbiran adalah berbeza mengikut negeri naungan .Namun begitu hubangan politik dua hala dijalinkan secara lansung.Hal ini jelas menunjukkan Johor mewarisi kekuasaan dan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka.

2.02 KONSEP DAULAT

            Apabila berlakunya perubahan sistem kepercayaan dalam agama iaitu daripada pengaruh agama Hindu-Buddha kepada pengaruh pengaruh agama islam, konsep mengenai perajaan turut berubah iaitu mitos salasiah raja-raja dan kepercayaan suci turun temurun bermotifkan politik dan pembinaan daulat.[2] konsep ‘Zuli’ Ilahi –Fil –Alam( ganti Allah dalam dunia)[3] mengambil alih konsep dewa raja tradisi kerajaan Hindu Buddha.Kalimat keramat, kutukan sang Dewata Mulia Raja dalam konsep daulat-derhaka ditanah melayu telah berubah menjadi kalimat dilakanati Allah[4] terdapat juga gabungan dan percernaan dengan kepercayaan dan kalimat setempat seperti ditimpa atau di makan sumpah bias kiwi, tiada selamat sampai anak cucu seperti tembatu dibelah. Konsep daulat amat penting bagi memberi legemitasi kepada intitusi raja dan masyarakat.
            Konsep daulat ini dapat dilihat dengan jelas dalam kerajaan Melayu Melaka
sendiri, walau kerajaan Melaka telah runtuh warisan kerajaan Melaka masih dapat berfungsi sebagai pengesah daulat raja-raja melayu yang lain, biarpun pusat pemerintahan telah berpindah ke Johor, contohnya di Johor sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai raja yang berdaulat dimana sewaktu baginda diatas julang ketika ingin sembahyang jumaat. Baginda sempat melontar kerung kearah megat Seri Rama. Akibat daulat yang dimiliki sultan mahmud , kaki megat Rama telah tumbuh rumput selama 4
tahun. Ini menunjukkan Raja Johor juga mempunyai daulat seperti Raja Melaka.

2.03 TAPAK PEMERINTAHAN YANG BERUBAH-UBAH

            Tapak pemerintahan di Johor sering berubah-ubah contonya pada tahun 1529, Sultan Alaudin Riayat Shah II bersama-sama paduka tuan ( Tuan Isap Barakat dan lain-lain orang besar) telah keluar berangkat dari negeri Kampar Ke negeri Pahang. Tidak lama kemudian Sultan Alaudin Riayat Shah serta bendahara dan orang-orang lain kembali ke hujung tanah berbuat negeri dan bersemyam di tempat bernama pekan tua dan membuat kota di ulu sungai Johor.[5] Perubahan tapak pemerintahan dikatakan penting kerana mahu mengelakkan di ketahui musuh, menyusun strategi pepereangan dan susunan angkatan perang, memastikan sultan selamat contoh ketika Johor menyerang Kopak, walaupun Sultan Ahmad tidak mahu bergerak dari istan baginga, orang-orang besar terutama Nara diraja(Tun hamzah) memaksa Sultan Mahmud meninggalkan Kopak dan lari hutan kerana beliau risau akan keselamatan Sultan ini.[6] Oleh itu kita dapati tapak yang sering berubah ubah pentingketika itu untuk mengukuhkan kedudukan dan menjamin keselamatan raja.

2.04 SISTEM PEMBESAR
           
            Dalam kerajaan Johor turut mengamalkan sistem pembesar yang diwarisi oleh kesultanan melayu Melaka.Antaranya ialah sistem pembesar empat lipatan,lapan lipatan,dua belas lipatan,enam belas lipatan dan tiga puluh dua lipatan.sistem pembesar empat lipatan yang digunapakai dalam pemerintahan kerajaan johor terdiri daripada bendahara,laksamana,syahbandar dan penghulu bendahari.
            Setiap pembesar mempunyai tugas masing-masing.tugas bendahara ialah menjadi ketua pentadbir dalam kerajaan,penasihat sultan dalam hal ehwal Negara dan menjatuhkan hukuman mati dengan persetujuan sultan.Selain itu,bendahara juga berhak memilih dan melantik bakal penganti sultan.Contohnya selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Shah I,bendahara Johor telah melantik Raja Umar iaitu suami kepada raja Fatimah yang menjadi sultan Johor yang keempat yang diberi gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II. [7]Seterusnya,penghulu bendahari menjalankan tugas sebagai ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan,serta menguruskan kewangan.selain itu penghulu bendahari mengetuai syahbandar dalam urusan pentadbiran.
            Temenggung pula menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri Johor, menyelesaikan kes-kes jenayah kecil dan jenayah ringan selain memastikan sukatan dan     yang timbangan betul dalam perniagaan.
           

            Walaubagaimanapun peranan laksamana lebih menonjol dalam politk di Johor berbanding degan peranan bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka.Ini terbukti semasa pemerintahan abad ke-17 dan 18,laksamana Tun Abdul Jamil[8] memikul tanggunjawab mengetuai angkatan laut dan pengairan serta menjaga ketenteraman di laut.Selain itu.beliau turut menjaga keselamatan bendahara dan pembesar-pembesar yang lain.Laksamana juga ditugaskan menjadi pengawal peribadi sultan.Gelaran Seri Bija Wangsa diberikan kepada yang menjadi timbalan laksamana.Gelaran ini diubahsuai daripada gelaran Seri Bija diRaja semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
            Hakikatnya pewarisan dan Kesultanan Melayu Melaka inilah yang membantu

kebangkitan kerajaan Johor yang unggul.

4.0 SOSIAL                                                                                                                           
 4.01 SUSUN LAPIS MASYARAKAT 
            Dalam aspek sosial,kita boleh membincangkan dari segi aspek lapisan masyarakat,agama,komposisi masyarakat dan bahasa.Dari aspek ini kita boleh lihat sama ada kerajaan Johor-Riau mewarisi kesultanan melayu Melaka.kita juga boleh mengkaji melalui masyarakat melayu Johor.Melalui struktur masyarakat Johor yang dikatakan mewarisi struktur masyarakat melayu Melaka.Hal ini dibuktikan sewaktu zaman kegemilangan Melaka.Johor merupakan negeri jajahan Melaka.tetapi setelah kejatuhan Melaka yang diserang Portugis sultan Melaka itu Sultan Mahmud Shah telah berpindah randah sehingga ke Kampar dan seterusnya telah meninggal dunia.setelah itu baginda telah diganti oleh Sultan Alaudin Riayat Shah dan telah membina kediaman di sungai Johor.Dalam hal ini jelas menunjukkan kewujudan sultan di Johor adalah diwarisi dari kesultanan melayu Melaka.13
            Selain itu struktur masyarakat Johor mempunyai dua lapisan yang utama iaitu golongan aristokrat ataupun golongan bangsawan dan lapisan yang kedua adalah golongan yang diperintah iaitu rakyat biasa dan hamba.Walaupun susun lapis ini dibahagi kepada dua terdapat banyak lagi lapisan dalam kelas pemerintahan dan yang diperintah.dalam hal ini golongan pemerintah iaitu raja berada dalam hieraki yang paling tinggi dalam struktur masyrakat.golongan selepas raja ialah kerabat diraja.Pada kebiasaanya kerabat diraja akan diberi jawatan sebagai bendahara, temenggung, golongan yang kedua ialah menteri, pegawai cendikiawan dan ulamak.14Menteri(bendahara,laksamana,temenggung dan penghulu bendahari) golongan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu raja menguruskan hal pentadbiran.Selain itu golongan ulamak juga penting dalam struktur ini iaitu berperanan dalam menyebarkan agama dalam masyarakat.
            Lapisan masyarakat ini juga mempunyai lapisan dalam rakyat biasa.Golongan ini ditentukan berdasarkan kedudukan politik,ekonomi dan sosial.Golongan yang diperintah merupakan rakyat biasa dan hamba.Rakyat biasa merupakan rakyat bebas seperti golongan petani,nelayan,pedagang,tukang dan orang asing serta orang laut.Orang laut memainkan peranan dalam menjaga keselamatan para pedagang yang datang berdagang.
            Selain itu,golongan hamba dikelaskan kepada hamba raja,hamba berhutang dan hamba abdi.Hamba abdi ialah hamba abdi seseorang tuan dan boleh dijual beli oleh tuannya.Manakala hamba hutang pula ialah hamba yang berhutang yang akan hamba menjadi hamba untuk melunaskan hutang-hutangnya.Hamba raja ialah hamba yang berasal daripada rakyat bebas.Hamba ini mempunyai status paling tinggi daripada hamba-hamba lain.

4.02 AGAMA
            Dari segi aspek agama kerajaan Johor-Riau juga merupakan pewaris kepada kesultanan melayu Melaka.Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah memeluk islam dan telah menggunakan gelaran Sultan Iskandar Shah.Pemelukan agama islam yang bermula dari sultan ini menyebabkan golongan rakyat turut memeluk islam.Keadaan ini turut berlaku pada kesultanan Johor-Riau.Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan gelaran sultan.Selain itu,golongan rakyat di Johor-Riau ini turut menganuti agama islam.Jelaslah disini,agama kerajaan Johor-Riau adalah sama seperti di Melaka dan merupakan warisan dari kesultanan melayu Melaka.

BIBLIOGRAFI

Shaharom Husain,1995.Sejarah Johor Dengan Negeri Melayu.Kuala Lumpur:Fajar Bakti
Mohammad Yusoff  Hashim,1998.Kesultanan Melayu Melaka.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhd Yusuf Ibrahim,1999.Sejarah Malaysia 1400-1641.Universiti Kebangsaan Malaysia

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya,1983.Sejarah Malaysia .Petaling Jaya:

Macmillan Publishers(M)Sdn Bhd

W.G Shellabear,1961.Edisi Sejarah Melayu.Singapura

A Samad Ahmad,1995.Kerajaan Johor Riau.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Leonard Y Andaya,1975 The Kingdom Of Johor 1641-1728.Kuala Lumpur :Oxford

University Press

Azmah Abdul Manaf,2001.Sejarah Sosial Masyarakat.Kuala Lumpur:Utusan Publication

dan Distributrs Sdn Bhd

Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal Abidin Borhan,1994.Johor Dahulu dan

Sekarang.Kuala Lumpur:Persatuan Museum Malaysia



[1] Muhd Yusof Ibrahim,1999.Sejarah Malaysia1400-1641.Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia.Halaman 253 
11 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya,1983,Sejarah Malaysia,PETALING JAYA’Macmillan Publishers (M)Sdn Bhd.Halaman 40
12 Ibid.Halaman 78
9R.B Smith,Sejarah Tanah Melayu.Halaman 53
10Ibid.Halaman 55
[2] Mohamad Yusoff Hashim,Kesultanan Melayu Melaka.DBP,Kuala Lumpur,1998.Halaman 355
[3]W.G. Shellabear.(ed),Sejarah Melayu,Singapura1961.Halaman 190 
[4] Ibid.Halaman 355
[5] Haji Buyong Adil,Sejarah Johor,DBP,Kuala Lumpur.Halaman 17
[6] Ibid.Halaman 14
[7] Haji Buyong Adil,Sejarah Johor ,DBP,Kuala Lumpur.Halaman 33
 [8] Leonard Y.Andaya,The Kingdoms Of Johor 1641-1728.Halaman 63
13 Shaharom Husain,1995,Sejarah Johor Dengan Negeri Melayu.Kuala Lumpur,Fajar Bakti Sdn Bhd.Halaman 5
 14Diselenggara oleh A Samad Ahmad,1995,Kerajaan Johor-Riau,DBP KPM,KL.Halaman 78

                                                                                                

6 comments:

  1. Thank you for this information 😊
    This information can help me to do kajian kes at school 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha me too.Thank you to the author for writing these imformation for us.

      Delete
  2. thank you sooooo much the tittle is the same as my case and it help me so much about the report thank you again..:)

    ReplyDelete