1.0
PENGENALAN
Mengikut sejarah Malaysia , Sabah dan Sarawak
juga antara negeri yang tidak terlepas daripada menerima kemasukan pengaruh
luar dalam pemerintahan. Sebelum abad ke-19, dapat dilihat bahawa sistem poltik
Sabah dan Sarawak diterajui oleh ketua-ketua
tempatan yang memerintah kawasan bedasarkan etnik masing-masing. Namun begitu,
terdapat pengaruh kuasa luar yang
bertindak sebagai penguasa terutamanya dalam hal ehwal politik dan ekonomi
iaitu Kesultanan Sulu dan Brunei .
Masalah dalaman, huru-hara dan keinginan terhadap keuntungan perniagaan
merupakan pencetus kepada kemasukan kuasa Eropah yang seterusnya telah membawa
perubahan besar dalam mencorak sistem politik dan ekonomi di Sabah dan
Sarawak.Ini dapat dibuktikan melalui apa yang berlaku di Sarawak di mana
pemberontakan Datu Patinggi Ali menjadi punca utama yang telah membawa kepada
penguasaan Brooke ke atas Sarawak.
Penulisan kami secara amnya akan menyentuh aspek-aspek
berkaitan sejarah awal kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang merangkumi
sistem politik awal dan pengaruh Kesultanan Brunei dan Sulu terhadap kedua-dua
negeri ini.Seterusnya kami akan mengulas tentang bagaimana bermulanya kemasukan
dan pengasasan James Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di
Sabah.
2.0 SEJARAH AWAL
SARAWAK SEBELUM ABAD KE-19
Sebelum abad ke-19, Sarawak
dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya iaitu pada abad ke-10
hingga abad ke-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah persisiran
Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan
menetap di kawasan persisiran Sarawak . Orang
Melayu, ketika itu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan
pelabuhan Entrepot yang terpenting di Nusantara.[1]
Hal ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti, pasu zaman
Dinasti Han China di Santubong. Berkenaan dengan pasu tembikar tersebut, orang
Sarawak menggelarkannya sebagai “ tajau” dan masih disimpan di Sarawak hingga kini oleh orang Iban terutamanya puak
Bidayu. Mereka menganggap tajau tersebut sebagai benda suci dan sepatutnya
dihormati.[2]
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun ke-13, Sarawak
telah dikuasai oleh kerajaan majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu,
Raden Menteri Dipati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15 dan
berkahwin dengan Datu Permaisuri yang merupakan anak perempuan kepada Raja
Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Pada masa itu, beberapa buah
tempat di bahagian barat Kalimantan, Borneo
telah ditakluk oleh Majapahit. Hal ini dibuktikan apabila, Orang Iban puak
Bidayu di Sarawak menyebut nama tuhan mereka dengan perkataan “ Jewata” yang
berasal daripada bahasa Hindu asli dan dipercayai bahasa tersebut di bawa ke
Sarawak pada masa kerajaan Hindu Majapahit menguasai wilayah di Nusantara ini.[3]
3.0 SISTEM POLITIK MASYARAKAT SARAWAK
SEBELUM
PENGASASAN BROOKE
Masyarakat
Sarawak Bumiputera Asli terdiri daripada Orang Ukit, Orang Bukitan, Orang Punan
dan Orang Dayak. Selain itu, terdapat juga bangsa lain seperti Kayan, Kenyah,
Kedayan, Murut, Iban, Melanau, Bisaya dan Melayu. Bagi Orang Melanau,
sesetengah masyarakatnya beragama Islam dan ada juga yang beragama Kristian dan
Pagan. Mereka tinggal di Tanjong Kedorong dan Kuala Rejang. Orang Melanau
dianggap sebagai “ pagan” dan diperintah oleh ketua masing-masing. Kebanyakan
daripada mereka bekerja sebagai pengutip cukai, hakim tempatan dan pembantu
Pegawai Daerah.[4]
Selain Orang Melanau, di Sarawak juga terdapat orang Murut di mana seorang
ketua akan di pilih dalam kalangan ahli komuniti untuk mengetuai masyarakat
Murut. Dalam masyarakat Murut, orang tua memainkan peranan penting dalam
menjaga keamanan serta memberikan perlindungan kepada mereka. Manakala golongan
agama dan Bobohizan pula memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan.[5]
Selain itu, masyarakat Iban di
Sarawak merupakan suku kaum majoriti yang menetap di Sarawak .[6]
Masyarakat ini dikatakan berasal dari Kepulauan Riau-Lingga.[7]
Dalam kalangan mereka seorang penghulu akan dilantik daripada 20-30 buah rumah
panjang. Penghulu tersebut bertanggungjawab dalam mengekalkan peraturan dan
kawasan yang didiami mereka. Di samping itu juga, setiap pintu atau bilik akan
dilantik seorang ketua yang dikenali sebagai “ Tuai Bilek”. Masyarakat
seterusnya yang mendiami Sarawak ialah Orang
Melayu (sebelum kedatangan Islam) yang kebanyakannya berasal dari Sumatera.
Mereka tinggal di daerah Kuching, Sadung Simanggang dan Sibu. Pemerintah yang
terkenal dalam kalangan Orang Melayu ialah Datuk Andi dan anak-anaknya yang
terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki iaitu, Datuk Permaisuri
yang memerintah Kuching, Datuk Kembali yang memerintah Saribas, Datuk Terawah
yang memerintah Sg. Samarahan, Datuk Sabtu yang memerintah Sg. Rajang dan Datuk
Makam yang memerintah bahagian hulu Sungai Sarawak.[8]
4.0 SARAWAK
DALAM TAHUN 1839
Pada abad ke-19,
Sarawak diperintah oleh Kesultanan Brunei . Sultan Brunei telah melantik beberapa pembesar baginda
untuk memerintah Sarawak . Antara pembesar
tersebut ialah Syarif Sahap yang menjadi ketua di daerah Sg. Skrang iaitu
cabang batang Sg. Lupar di Sarawak. Selain itu, Sultan Brunei juga telah melantik Pangeran
Mahkota dan Datu Patinggi Ali untuk memerintah di Kuching. Semasa pemerintahan
Pangeran Mahkota di Kuching, beliau telah bertindak zalim terhadap orang
Melayu, Bidayu dan Cina yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali ketika itu.
Pangeran Mahkota dan pegawainya telah bertindak mengambil beras, ikan, sarang
burung yang merupakan hasil bagi Orang Melayu, Bidayu dan Cina tanpa membayar harga
barang tersebut. Beliau telah mengenakan cukai yang mesti di bayar kepadanya
oleh orang-orang Datu Patinggi Ali.[9]
Akibat daripada tindakan Pangeran
Mahkota, Datu Patinggi Ali bersama-sama dengan Orang Melayu , Bidayu dan Cina
menentang pihak Pangeran Mahkota dan orang-orang besar Brunei. Penentangan yang
dilakukan bertujuan untuk membebaskan Sarawak dari pemerintahan pembesar Brunei
yang zalim. Datu Patinggi Ali telah menghantar utusannya ke Betawi untuk
meminta pertolongan daripada Kompeni Belanda tetapi, tidak mendapat perhatian
daripada kompeni tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan Sultan Brunei
telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk memadamkan pemberontakan tersebut.
Walaubagaimanapun, kehadiran Pangeran Muda Hashim tidak diendahkan oleh
Pangeran Mahkota yang terus menentang Datu Patinggi Ali.[10]
5.0 KEDATANGAN JAMES
BROOKE KE SARAWAK
Pada awal 1939, sebuah
kapal Inggeris telah karam di laut yang terletak tidak jauh dari laut pantai
bandar Sarawak . Pangeran Muda Hashim telah
memberikan pertolongan serta makanan dan minuman kepada orang Inggeris (kelasi
kapal) yang karam itu dan telah menghantar mereka ke Singapura. Pertolongan
yang diberikan oleh Pangeran Muda Hashim telah mendapat penghargaan daripada
Gabenor dan ahli dewan perniagaan Singapura melalui penghantaran ucapan serta
hadiah kepada Pangeran Muda Hashim. Mereka telah meminta pertolongan daripada
James Brooke untuk menghantar ucapan terima kasih serta hadiah kepada Pangeran
Muda Hashim di Sarawak. James Brooke bersetuju dan telah memulakan pelayarannya
dengan kapal “ Royalist” ke Sarawak untuk
menemui Pangeran Muda Hashim.[11]
Pada 15 Ogos 1839, James Brooke telah berlabuh di Sg. Sarawak
yang bertentangan dengan rumah Pangeran Muda Hashim ketika itu. James Brooke
telah menemui Pangeran Muda Hashim dan menyampaikan ucapan serta hadiah
daripada Gabenor dan ahli dewan perniagaan Singapura. Semenjak peristiwa itu,
kedua-dua mereka menjadi sahabat baik dan James Brooke telah menetap di Sarawak selama sebulan. James Brooke telah meninggalkan Sarawak
dan Pangeran Muda Hashim telah meminta James Brooke datang kembali ke Sarawak .
6.0 JAMES BROOKE
DILANTIK SEBAGAI RAJA SARAWAK
Setahun
selepas itu, James Brooke datang kembali ke Sarawak
pada 29 Ogos 1840 untuk menemui Pangeran Muda Hashim. James Brooke mendapati,
keadaan di Sarawak tidak terkawal kerana
terdapat penentangan yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali terhadap Pangeran
Mahkota dan Pangeran Muda Hashim.[12]
Pangeran Muda Hashim telah meminta pertolongan James Brooke untuk mengamankan
Sarawak dan berjanji untuk menyerahkan Seniawan dan Sarawak kepada James Brooke
sekiranya berjaya mengamankan Sarawak . Beliau
juga berjanji untuk memberikan gelaran Raja Sarawak kepada James Brooke
sekiranya keadaan di Sarawak kembali aman.
Tawaran tersebut telah menarik perhatian James Brooke lantas membawa askarnya
seramai 10 orang putih dari kapal “ Royalist” bersama-sama dengan 2 buah meriam
besar naik ke darat untuk menentang Datu Patinggi Ali. Dalam penentangan
tersebut, James Brooke telah bergabung bersama dengan Pangeran Muda Hashim
untuk menentang Datu Patinggi Ali di Lidah Tanah. Namun begitu, penentangan
terhadap Datu Patinggi Ali menemui kegagalan.[13]
Pada 20 Disember 1840, berlaku
pertempuran di Sekudis antara pasukan James Brooke yang bersatu dengan Pangeran
Muda Hashim menentang pasukan Datu Patinggi Ali. Dalam pertempuran tersebut,
Pangeran Matusin ( Muhammad Husain) serta beberapa pengikut daripada kalangan
orang Melayu, Cina dan Bidayu telah menemui James Brooke untuk berdamai.
Permintaan untuk berdamai telah dipersetujui oleh James Brooke dan mereka
meminta James Brooke untuk menjadi Raja Sarawak.[14]
Hubungan baik antara Datu Patinggi Ali dengan James Brooke telah dicemburui
oleh Pangeran Muda Hashim dan beliau telah bertindak untuk bekerjasama dengan
Pangeran Mahkota menentang James Brooke.
Pada tahun1841, Pangeran Mahkota
telah menghantar seramai 2500 orang Iban dari Sg. Skrang ke Kuching untuk
membuat huru-hara dan membunuh orang Melayu, Cina dan Bidayu yang menyebelahi
James Brooke dan Datu Patinggi Ali. Ekoran daripada tindakan tersebut, James
Brooke telah membawa askarnya dari kapal “Royalist” dan “ Swift” yang lengkap
bersenjata dengan senapang serta meriam naik ke darat untuk menentang orang
Iban.[15]Penentangan
telah berjaya dipatahkan oleh James Brooke dan askar-askarnya dan menyebabkan
orang Iban pulang semula ke Sg. Skrang. Ini bermakna rancangan jahat Pangeran
Mahkota untuk menjatuhkan James Brooke telah gagal.
Orang-orang Melayu, Cina dan Bidayu
yang menyokong James Brooke telah mendesak James Brooke dilantik menjadi Raja
Sarawak. Tindakan Pangeran Mahkota yang berterusan ingin menghalau James Brooke
keluar dari Sarawak telah menyebabkan James Brooke membawa kapal “Royalist” ke
Sg. Sarawak yang berhampiran dengan istana
Pangeran Muda Hashim dan menghalakan meriam ke arah istana Pengeran Muda
Hashim. Beliau telah mendesak Pangeran Muda Hashim supaya menghalau Pangeran
Mahkota keluar dari Sarawak .[16]
Ekoran desakan yang di buat oleh James Brooke itu, Pangeran Muda Hashim telah
bertindak memecat Pangeran Mahkota daripada jawatannya sebagai wakil Sultan Brunei .
Pada 24 September 1841, satu
perhimpunan telah diadakan yang melibatkan penduduk Sarawak
di tanah lapang di bandar Kuching. Ketika peristiwa tersebut, Pangeran Muda
Hashim telah mengisytiharkan James Brooke sebagai Gabenor dengan membawa
gelaran “Raja Sarawak ”.[17]
Satu surat perjanjian pertukaran pemerintahan Sarawak telah diberikan kepada Brooke sebagai bukti James
Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak. Antara isi kandungan perjanjian tersebut
ialah James Brooke akan menjadi tuan punya kepada hasil cukai yang diperolehi
di Sarawak. Selain itu, James Brooke juga akan mengakui bahawa undang-undang
dan adat istiadat orang Melayu di Sarawak hendaklah sentiasa di hormati dan di
pelihara kerana negeri Sarawak tertakluk kepada Sultan Brunei, Pangeran Muda
Hashim dan Raja-Raja Melayu.[18]
Apabila James Brooke menjadi Raja
Sarawak, beliau telah bertindak memecat orang-orang besar Brunei dan melantik ketua-ketua
orang Melayu untuk memegang jawatan dalam kerajaan. Pada awal tahun 1842, James
Brooke telah menggubal undang-undang yang mudah difahami dalam bahasa Melayu
sebanyak 8 fasal.[19]
7.0 PENYERAHAN SARAWAK
OLEH SULTAN BRUNEI
PADA 1842
Pada 14 Julai 1842,
James Brooke telah ke Brunei
untuk mendapatkan pengesahan daripada Sultan Brunei mengenai perlantikannya
sebagai Raja Sarawak.[20]
Semasa berada di Brunei ,
James Brooke telah berunding dengan Sultan Umar Ali Saifuddin II yang ketika
itu menjadi Sultan Brunei .[21]
Pada 1 Ogos 1842, baginda telah membuat satu perjanjian dengan James Brooke
mengenai penyerahan Sarawak dan segala cukai yang diperolehi di Sarawak . James Brooke dikehendaki membayar sebanyak $2500
setiap tahun kepada Sultan Brunei .
James Brooke juga tidak boleh menyerahkan negeri Sarawak kepada pihak lain
tanpa persetujuan daripada Sultan Brunei . Selain daripada itu juga,
James Brooke diingatkan agar tidak sesekali menggangu agama serta adat istiadat
yang diamalkan oleh penduduk Sarawak . Setelah
selesai, James Brooke telah kembali semula ke Sarawak bersama-sama dengan surat perjanjian tersebut.[22]
8.0 SEJARAH AWAL SABAH
Sistem politik awal disabah
sebelum kedatangan Inggeris diperintah oleh dua sistem kesultanan iaitu
Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei . Pada masa tersebut sistem
politik di Sabah dibahagikan kepada tiga
sistem politk iaitu sistem politik kesultanan, sistem politik kesukuan dan juga
sisitem politik ketua bebas.
8.1 SISTEM POLITIK
SEMASA KESULTANAN BRUNEI .
SISTEM
POLITIK KESUKUAN
Sistem politik kesukuan
yang diamalkan di Sabah diamalkan oeh kebanyakkan suku kaum, ini termasuklah
kaum Dusun, Murut, Orang Sungai serta beberapa kaum minoriti lain lagi di Sabah . Setiap kaum ini
mempunyai identiti yang berbeza.Setiap kaum mempunyai ketua yang berbeza
yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal komuniti kaumnya, sistem poltik ini
dikatakan berdasarkan ikatan kekeluargaan dan juga sanak saudara. Sistem
politik ini juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh sistem adat. Mengikut adat
mereka lebih mengutamakan golongan tua dan golongan ini diberi keutamaan dalam
menerajui pentadbiran dan kebiasaanya mereka akan memegang jawatan ketua
kampung. Ketua kampung pastinya yang dipilih itu mempunyai kredebiliti sebagai
seorang pemimpin iaitu mempunyai keberanian, kebijaksanaan serta adil dan
saksama ini bagi menjamin keharmonian dalam masyarakat yang ditadbirnya. Selain
itu kemahiran dan pengetahuan yang luas terutamanya dalam adat, tradisi, dan
salasilah keturunan juga perlu diketahui oleh ketua kampung tersebut. Peranan
ketua kampung bukan sahaja berat kerana dia dianggap sebagai ketua bukan sahaja
kepada dirinya tetapi kepada masayarakat. Antara tugas ketua kampung ialah
memelihara keamanan, memimpin kampungnya dalam peperangan, bertindak sebagai
hakim, penyiasat pentaksir serta tugas-tugas yang lain[23].
Dalam pada masa yang sama ketua tidak dibayar gaji ketika melaksanakan
tugasnya.Ketua amat dihormati ketika dikampungnya, menurut Rutter dalam
mengerjakan sawah padi ia dibantu oleh orang kampungnya sendiri dan dia akan
diajak ke majlis-majlis keramaian[24].
Peranan ketua
kampung terutamanya dalam bidang kehakiman amatlah penting kerana bagi menjamin
institusi sosial yang diperintahnya dalam keadaan amani dan damai. Ketua yang
dilantik haruslah bijaksana dan adil ketika membuat keputusan .selain itu ketua
juga berperanan ketika berlakunya perebutan atau pertikaian harta pusaka
disamping menghakimi dan menguatuasakan undang-undang dan menjalankan hukuman
sekiranya berlaku sumbang muhrim atau zina dikalangan masyarakatnya[25].
Selain itu
majlis kampung yang terdapat dikampung merupakan institusi sosial yang kedua
terpenting selepas ketua kampung. Badan ini merupakan badan yang
bertanggungjawab dalam memilih ketua kampung dan merangkap sebagai pembantu
kanan kepada ketua kampung. Badan ini dianggotai oleh kebanyakkan orang tua
dikampung tersebut serta menjadi institusi terpenting untuik menyelesaikan apa
saja masalah yang berkaitan orang kampung[26].
Selain majlis
kampung terdapat golongan yang dominan selepasnya iaitu golongan agama
.Golongan ini merupakan golongan yang diberi pengiktirafan yang tinggi oleh
masyarakat kerana kewibawaanya dalam bidang agama. Golongan ini begitu sinonim
dengan sebagi pendukung kepada adat serta perubatan tradisional. Mereka diberi kepercayaan dalam merawat
pesakit. Golongan ini juga menjadi tunjang kepada masyarakat dalam memandu
mereka kearah sikap yang baik serta mengikut adat serta lunas-lunas dalam
masyarakat[27].
SISTEM
POLITIK KESULTANAN.
Sistem
pentadbiran di Sabah dibahagi kepada dua bahagian iaitu dibahagian pantai timur
ia diperintah oleh Datu-Datu dari Kesultanan Sulu manakala dibahagian baratnya
pula ia diperintah oleh wakil Kesultanan Brunei . Dibawah pentadbiran
Kesultanan Brunei
sungai-sungai serta penduduknya dibahagi kepada tiga bahagian.[28]
Pertama sungai dan penduduknya disifatkan sebagai sungai kerajaan dan
penduduknya sebagi hamba kerajaan, manakala kategori kedua pula dipunyai oleh
empat orang wazir negeri yang digelar sebagai sungai kuripan iaitu menteri yang
berada dibawah pemarintahan Kesultanan Brunei . Manakala yang ketiga pula
dikenali sebagai sungai Tulen yang dimiliki oleh sultan ataupun golongan
bangsawan dimana ia merupakan pemilikan persendirian.[29]
Pada asasnya pemilikan tanah serta penduduk adalah milik sultan namun apabila
kewujudan golongan bangsawan Brunei
menyebabkan pembahagian kuasa antara mereka. Golongan ini mempunyai kuasa
tersendiri dikawasan yang diperintah oleh mereka, pemilikan ini menjadikan
mereka berkuasa terutamanya dalam sumber kekuasaanya serta sumber pendapatanya.
SISTEM
KETUA BEBAS
Kategori ketiga
dalam sistem politik di Sabah pula ialah Ketua
Bebas. Kebanyakkan ketua bebas ini mempunyai pertalian secara langsung dengan
kesultanan Brunei ,
sulu ataupun keturunan Arab Sahif. Mereka ini wujud kerana keberanian,
ketangkasan,dengan mencabar kekuasaan sultan yang berada di pesisir pantai[30]
. golongan ini mempunyai kekuasaan sendiri dalam menolak undang-undang seta
menentukan undang-undangnya sendiri. Golongan ini juga tidak mengiktiraf
kedaulatan sultan kerana menganggap mereka mempunyai kuasa serta autoritinya
sendiri.
8.2 SISTEM KESULTANAN
SULU
Sulu merupakan sebuah
kerajaan yang agak terkemuka dan dikatakan mengalami zaman keagungannya sekitar
abad ke-18 serta abad ke-19. Suatu ketika dahulu, penduduk daerah pantai Timur Borneo juga
dikatakan telah membayar ufti kepada Sultan Sulu tetapi keadaan ini telah
diberhentikan oleh masyarakat tempatan sendiri[31].
Menurut Casino dalam bukunya yang bertajuk The Jawa Mapun (1976) menerangkan
bahawa dalam kerajaan sulu ini terdapat tiga golongan pentadbir atau pembesar
utama iaitu Datu, Pangeran, serta Syarif. Gelaran Datu merupakan gelaran yang
amat terkenal dalam masyarakat Filipina sebelum kedatangan kuasa Sepanyol lagi.
Gelaran Pangeran pu;la merupakan gelaran yang berasal daripada pembesar Jawa
yang didapati di Mindanau, Sulu, dan Borneo . Manakala gelaran bagi sarif atau syarif pula
merupakan gelaran yang sama seperti Syed yang berasal daripada perkataan arab
yang membawa maksud tuan ataupun pembesar. Gelaran ini bukan sahaja untuk
golongan tertentu tetapi juga untuk diberikan kepada golongan tertentu untk
membuktikan kekuasaanya. Dikatakan
Datu merupakan pembesar tertinggi
dalam sistem kesultanan Sulu tetapi kuasa Datu ini hanyalah terbatas kepada
kawasan yang dimilikinya sahaja kecualilah mereka mendapat sokongan daripada
Sultan Sulu untuk meluaskan kuasa atau pengaruhnya. Sultan sulu menguasai
pendalaman Sabah dan kekuasaan ini adalah
melalui sultan itu sendiri ataupun pembesarnya iaitu Datu. Secara teorinya
dikatakan sultan merupakan ketua agama dan politik tetapi realitinya kekuasaan
sultan bergantung kepada kekayaanya, personaliti, dan sumber kewangannya dimana
barulah dia boleh bersaing dengan Datu. Kerajaan sulu tidak mempunyai
pentakrifan yang baik terutamanya dalam struktur institusi korporat di
peringkat pusat. Kelemahan dan kekuatan sultan terletak dibawah kekuasaan Datu
dimana jika Datu itu patuh kepada sultan maka sultan itu akan berkuasa dan
begitulah sebaliknya. Sultan kadangkala menggunakan sistem pembuangan atau
pelupusan sekiranya kuasa Datu melebihi mereka kerana mahu menjaga kekuasaanya.
Untuk membuktikan kekuasaannya, sultan sulu menyuruh supaya dibacakan namanya
ketika khutbah jumaat berlangsung. Manakala kekuasaan Datu pula akan disahkan
melalui cop atau edik dimana ia biasanya akan dibacakan di mahkamah.
9.0
KE ARAH PEMBENTUKAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO
UTARA 1881
Sebelum tertubuhnya Syarikat Berpiagam Borneo Utara,
Sabah dikendalikan oleh secara persendirian
oleh individu-individu tertentu. Hal ini
berlaku kerana Sultan Brunei
tidak berminat untuk membangunkan Sabah
sebagai bidang ekonomi sebaliknya hanya menyerahkan tanah untuk dipajak untuk
menghasilkan keuntungan. Antara yang
terawal mengusahakan kawasan di Sabah ialah
Lee Mosess yang telah mendapatkan 2 konsesi pajakan daripada Sultan Brunei
pada ketika itu. Namun, Mosess juga
melihat kawasan yang beliau perolehi lambat berkembang serta keuntungan yang
beliau perolehi pula adalah sedikit.
Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual pajakan
tersebut kepada dua orang rakyat Amerika di Hongkong iaitu William Torres dan
B. Harris serta seorang pedagang cina pada ketika itu iaitu Wong Han.
Torres telah
menubuhkan The American Trading Company yang telah ditaja oleh British.[32] Torres juga telah menjalankan aktiviti
penanaman komersial seperti tebu, lada dan padi namun perusahaannya juga
mengalami kerugiaan. Torres pula telah
menjual semula hak pajakannya kepada Gustavo Baron de Overback pada tahun 1877. Overback cuba menarik minat pelabur asing
untuk melabur dalam perusahaannya tetapi tidak berjaya. Overback kemudiannya telah menawarkan
perkongsian kepada adik beradik Dent untuk meluaskan modalnya.
Pada tahun 1877, seorang Inggeris bernama Alfred
Dent telah mendahulukan modal bagi membolehkan konsul besar Austria di
Hongkong, Baron von Overback membeli kawasan pajakan Amerika di Borneo Utara
yang belum diusahakan itu yang akan tamat tempohnya. Dengan sokongan kuat daripada William
Treacher, Gabenor muda di jajahan takluk Inggeris Labuan (kemudiannya menjadi
Residen-Jeneral kedua di NNB), Overback telah merundingkan kawasan pajak yang
baru seluas 17 252000 hektar dari Sultan Brunei dengan bayaran sebanyak $15
000 setahun. Satu ciri penting dalam
perjanjian ini adalah Borneo Utara dari semua segi adalah bebas dari kerajaan Brunei . Tidak lama kemudian, dengan ditemani oleh
Treacher, Overback telah pergi ke Jolo iaitu ibukota Sulu. Di sana ,
Sultan Sulu telah menyerahkan hak-haknya di Borneo Utara dengan sewa setahun
sebanyak $5000 dan menjadikan Overback ‘agung dan merdeka’.[33]
Pada 22 Januari 1878, satu perjanjian telah ditandatangani dan Sultan Sulu
bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan hak pertuanan meliputi kawasan dari
Sungai Sibuku hingga Sungai Padasan di Sabah kepada syarikat kepunyaan Overbeck
dan Dent.[34]
Pada September 1880, Overbeck menjual hak miliknya
dalam syarikat perkongsian itu kepada Alfred Dent setelah gagal mendapat
bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan di Sabah. Ini menjadikan Dent
sebagai pemilik tunggal konsesi di Sabah ,
tetapi beliau tidak mempunyai cukup modal untuk menjalankan perniagaan secara
bersendirian.[35]
Dengan bantuan orang saudagar British, Dent menubuhkan sebuah syarikat yang
dikenali sebagai Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad (British
North Borneo Provisional Association Limited). Beliau menjual saham
syarikat untuk mendapatkan modal dan memohon piagam diraja daripada kerajaan
British.[36]
Piagam ini merupakan titik tolak penting kepada
perkembangan syarikat yang telah ditubuhkan oleh Overbeck kerana ini menandakan
peningkatkan nilai perniagaan syarikat hasil daripada pengiktirafan kerajaan
British serta mendorong kepada pengukuhan kuasa British sebagai kuasa Barat
tunggal yang bertapak di Sabah . Pada 1
November 1881, kerajaan British bersetuju memberi piagam diraja kepada
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Sejak itu nama syarikat ini
telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (British North Borneo
Chartered Company)[37]
10.0
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan
bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai sistem
pentadbiran yang tersendiri sungguhpun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
etnik dan budaya. Keadaan ini berbeza dengan situasi di negeri-negeri Melayu
dimana pemerintahan didominasi oleh pembesar-pembesar berbangsa Melayu
berasaskan sistem kesultanan Melayu melaka. Dapat dikatakan bahawa Sabah dan Sarawak
mempunyai pelbagai kaum dan setiap kaum itu mempunyai ketua masing-masing.
Walaubagaimanapun, corak pemerintahan awal ini telah berubah dengan kemasukan
pengaruh daripada kesultanan Brunei ,
Sulu dan seterusnya Barat.
11.0
BIBLIOGRAFI
www.wikipedia.org/
sejarah Sarawak
Haji
Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur :
1974.
Bob
Reece, The White Rajahs of Sarawak : A Borneo Dynasty, Archipelago Press, Singapura: 2004.
Ismail
Yusof, Politik dan Agama di Sabah,
Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Selangor: 2004.
D.S
Ranjit singh, The Making Of Sabah
1865-1941, Universiy Malaya Press, Kuala
Lumpur : 2003.
Ismail
Yusof, Politik dan Agama di Sabah,
Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Selangor: 2004.
Dr.
Nazir Hj Abdullah, Sejarah Malaysia , (Pentadbiran British), Universiti
Kebangsaan Malaysia ,
Selangor: 2004.
Barbara
Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia ,
Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur : 1982.
K.
G. Tregonning, Under Chartered Company Rule(North Borneo 1881-1946), University of Malaya Press ,
Singapore :
1958.
A.
F. Porter, Land Administration in Sarawak ,
Kuching: 1967.
[3]A. F. Porter, Land
Administration in Sarawak, Kuching: 1967, hlm 10.
[16] Bob
Reece, The White Rajahs of Sarawak : A
Borneo Dynasty, Archipelago Press, Singapura: 2004, hlm. 25.
[20] Bob
Reece, The White Rajahs of Sarawak : A
Borneo Dynasty, Archipelago Press, 2004, Singapura, hlm. 25.
[23] Ismail Yusof, Politik dan Agama di Sabah, Universiti
Kebangsaan Malaysia ,
Selangor: 2004, hlmn 35
[24] D.S Ranjit singh, The Making Of Sabah 1865-1941, Universiy
Malaya Press, Kuala Lumpur :
2003, hlmn 206
[25] Ibid, hlmn 47
[28] Ibid,hlmn 37
[29] D.S Ranjit singh, The Making Of Sabah 1865-1941, Universiy
Malaya Press, Kuala Lumpur, 2003, hlmn 66
[30] Ismail
Yusof, Politik dan Agama di Sabah, Universiti
Kebangsaan Malaysia ,
Selangor: 2004, hlmn 38.
[31] Dr. Nazir Hj
Abdullah, Sejarah Malaysia , (Pentadbiran British), Universiti Kebangsaan
Malaysia ,
Selangor: 2004, hlmn 206.
[32] Barbara
Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia , Macmillan
Publishers(M) Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1982, ms 214.
[33]Ibid., ms 215.
[34] K.
G. Tregonning, Under Chartered Company Rule(North Borneo 1881-1946), Singapore : University of
Malaya Press ,
1958, hlm 14.
No comments:
Post a Comment