PENDAHULUAN
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara merupakan
satu isu yang terus diperdebatkan dan dibincangkan oleh sarjana-sarjana
terutamanya oleh para Sarjana Islam. Terdapat juga perselisihan pendapat antara
satu sama lain dalam membicarakan tentang kemasukan Islam ke Asia Tenggara ini.
Hal ini terjadi berpunca daripada ahli sejarah khususnya yang mengkaji tentang
sejarah kedatangan Islam masih kekurangan bukti mengenai isu
tersebut.Seterusnya, telah menyebabkan timbulnya pelbagai pendapat tentang
masa, tempat dan arah tuju Islam di rantau Asia Tenggara. Antara tokoh-tokoh
orientalis yang pernah terlibat dalam perbahasan ini ialah J.P Moquette,
Pijnappel, R.A. Kern, R.O. Winstedt, G.E. Marrison, Snouck Hurgronje, J.B.O
Schrieke, Thomas Arnold, D.G.E. Hall, John Crawfurd dan lain-lain lagi.[i]Manakala antara sarjana-sarjana Islam ialah S.Q.
Fatimi, Hamka, Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan C.A. Majul.
Sementara itu,
terdapat sekurang-kurangnya tiga pendapat utama mengenai kemasukan Islam ke
Asia Tenggara iaitu Islam datang daripada Arab, China dan India.Namun demikian,
dikatakan bahawa secara umumnya sebahagian besar orientalis Barat mendakwa
bahawa kemasukan atau pertapakan Islam serta perkembangannya di Nusantara tidak
lebih awal daripada abad ke-13 Masihi.Ia dikatakan mula tersebar di Sumatera
diikuti oleh Melaka pada abad ke 15 Masihidan kemudiannya Pulau Jawa. Islam
juga merupakan agama yang kukuh dianuti oleh penduduk di Pulau Maluku pada
permulaan abad ke 16 Masihi, dan selepas itu berlaku pula pengislaman di Borneo
dan Filipina.
Namun,
menurut S.Q.Fatimi, beliau mengakui bahawa selewat-lewatnya pada abad ke-9
Masihi telah terdapatnya penempatan saudagar-saudagar Islam dari berbagai-bagai
negara di bandar-bandar Kepulauan Melayu dan Islam telah diperkenalkan di Asia
Tenggara sejak 674 Masihi lagi.Kita akan lihat pendapat para sarjana tentang
kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui Arab, India, dan China dan Champa.
Kedatangan Islam ke
Asia Tenggara dari Arab
Pendapat yang mengatakan kedatangan Islam ke
Asia Tenggara dari Arab merupakan antara pandangan yang dikemukakan oleh
golongan sarjana dan ahli sejarawan apabila membincangkan kedatangan Islam ke
rautau ini.Teori ini diperkenalkan oleh Profesor S. Keyzer pada tahun 1859.[ii]
Teori ini kemudiannya menjadi terkenal sekitar tahun 1860 dan mendapat sokongan
daripada golongan sejarawan dan juga golongan sarjana seperti G. W. J. Drewes,
G. K. Niemann, J. J. de Hollander dan Syed Naquib Al-Attas.[iii]Golongan
ini mempunyai pendapat masing-masing dalam menyokong teori Profesor S. Keyzer
ini.
Drewes berpendapat bahawa penyebaran Islam di
Indonesia dan Tanah Melayu dibawa oleh orang Arab.Hujah Drewes berkaitan dengan
pendapat beliau ini ialah:
“It Is obvious that in former times the spread
of Islam in Indonesiaand Malay Peninsula should have been ascribed to Arabs.
Seeing that Islam originated in Arabia it seemed self-evident to seek a link
betweenthis religion and the presence of Arabs wherever both Arabs and Islam
were encountered. In Indonesia and Malay Peninsula, Arabs were foundin many places.
So it seemed that they were the ones who had broughtIslam to the region.”(Drewes 1985, p. 7.)
Maka, Drewes, berdasarkan pendapat beliau di
atas, telah menyokong teori kedatangan Islam di Asia Tenggara dibawa secara
terus dari Arab. Tidak dapat dinafikan bahawa Islam sememangnya bermula di
Semenanjung Tanah Arab iaitu di kawasan yang mendapat gelaran Al-Hijaz yang
mana meliputi Makkah dan Madinah.Persoalannya ialah benarkah orang Arab dari
Semenanjung Tanah Arab yang membawa Islam ke Asia Tenggara?Sekiranya mengambil
kira pendapat Drewes ini, siapakah pula golongan Arab yang dimaksudkan oleh
beliau itu?Adakah mereka golongan pedagang atau golongan ulama yang datang
bersama-sama dengan pedagang Arab Muslim yang berdagang ke rantau ini?
Golongan sarjana dan
ahli sejarawan berpendapat bahawa terdapat dua golongan yang bertanggungjawab
dalam membawa dan menyebarkan Islam ke Asia Tenggara iaitu golongan pedagang
Arab Muslim dan golongan sufi atau ulama. Bagi memahami kedatangan Islam di
Asia Tenggara, haruslah melihat kembali pada akar umbi hubungan antara Arab dan
Asia Tenggara itu sendiri iaitu hubungan perdagangan.Hubungan perdagangan
antara Arab dengan India dan China telah berlaku sebelum kewujudan Islam lagi
iaitu pada zaman kerajaan-kerajaan bandar seperti kerajaan Main, Qatban, Sa’ba
dan Himyar.[iv]Abdul
Rahman Abdullah juga menyebut tentang sumber Yunani iaitu Periplus of the Erytraean yang menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan
ini pernah mempunyai armada yang besar untuk membawa barang-barang perniagaan
dari Somali, India, Sumatera dan China ke pelabuhan Yaman.[v]Daripada
sumber ini, telah terbukti bahawa hubungan perdagangan antara Arab dan Asia
Tenggara telah wujud sejak dahulu lagi.Hubungan ini kemudiannya berterusan
sewaktu pemerintahan Islam di Arab seperti mana yang dinyatakan oleh Sebastian
R. Prange iaitu pedagang-pedagang Muslim telah berlayar ke pelabuhan-pelabuhan
di Sumatera sewaktu bermulanya kerajaan Abbasiyah pada pertengahan abad ke-8.
Abdul Rahman Abdullah
juga turut menyebut mengenai peringkat persinggahan dalam pengislaman di Asia
Tenggara yang mana peringkat ini berlaku pada zaman Nabi Muhammad dan Khulafa’
al-Rasyidin dan juga merupakan penerusan aktiviti perdagangan Arab di Asia
Tenggara sebelum kemunculan Islam di Mekkah.[vi]Menurut
Abdul Rahman Abdullah lagi, pedagang-pedagang Arab-Parsi Muslim yang singgah ke
Nusantara dikatakan telah bercampur dengan penduduk Sumatera sejak abad
ke-4.Percampuran antara pedagang-pedagang Arab-Parsi dengan masyarakat tempatan
sudah semestinya akan membawa kepada proses asimilasi budaya dan kepercayaan
sesama mereka. Keadaan ini akhirnya membawa kepada pengislaman masyarakat
tempatan seperti mana yang dikatakan oleh Tan Ta Sen iaitu pengislaman
merupakan proses akulturasi yang mana berlakunya pertembungan antara dua
kumpulan budaya yang berbeza dan seterusnya membawa kepada pembentukan satu
corak budaya baru oleh salah satu atau kedua-dua kumpulan dan akhirnya membawa
kepada penerimaan kesemua atau sebahagian daripada budaya yang dibawa oleh
salah satu pihak. Dalam konteks ini, budaya yang bertembung dengan budaya
masyarakat Asia Tenggara ialah budaya Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang
Arab Muslim.
Selain daripada
pedagang Arab Muslim, golongan sufi atau ulama juga memainkan peranan penting
dalam proses pengislaman di Asia Tenggara. Menurut Sebastian, R. Prange,
kawasan yang amat berkait rapat dengan aktiviti perdagangan dan keagamaan di
Malabar dan Asia Tenggara adalah Hadhramaut yang terletak di Yaman. Menurut
Mohammad Abu Bakar pula, penghijrahan secara besar-besaran golongan Sayid
Alawiyyah dari Hadramaut ke Jawa, Sumatera, Acheh dan Tanah Melayu berlaku
sejak abad ketujuh belas hinggalah awal abad dua puluh.[vii]Namun
begitu, Abdul Rahman Abdullah menyatakan bahawa golongan Sayid Alawiyyah ini
telah menetap di Campa sejak abad kelapan lagi apabila mereka melarikan diri
setelah kalah dalam sebuah pemberontakan.Golongan ini mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kalangan masyarakat tempatan Asia Tenggara sehinggakan mampu
menubuhkan kerajaan Islam di Asia Tenggara seperti kerajaan Syiah di Perlak
pada tahun 804 Masihi.Golongan ini juga telah berjaya mengislamkan pemerintah
di Asia Tenggara seperti Maharaja Derbar Raja II yang telah menukar nama kepada
Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk Islam melalui usaha dakwah Syeikh Abdullah
Yamani yang datang dari Arab pada 1136 Masihi.
Oleh itu, berdasarkan
fakta yang dikemukakan di atas, kewujudan Islam di Asia Tenggara kesan daripada
aktiviti perdagangan pedagang Arab Muslim dan golongan ulama adalah sesuatu
yang tidak boleh disangkal. Oleh itu, pendapat Drewes yang mengaitkan
kedatangan Islam di Asia Tenggara dengan orang Arab adalah sesuatu yang
benar.Orang Arab Muslim sememangnya merupakan golongan yang membawa Islam ke
Asia Tenggara.
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India
Antara tokoh yang
mengemukakan Islam datang ke Asia Tenggara melalui India adalah daripada
pendapat sarjana iaitu Pijnappel.Beliau menyatakan bahawa Islam datang ke
kawasan Asia Tenggara melalui sebuah kawasan di India iaitu Gujerat.[viii]
Beliau memberi pendapat sedemikian kerana beliau memberi pandangan bahawa Islam
datang terus ke kawasan di Asia Tenggara ini melalui Gujerat dan Malabar,dan
bukan datang terus daripada Tanah Arab.Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui
kewujudan penduduk Islam di kawasan pantai timur pulau Sumatera dan kawasan
timur laut pulau Jawa.
Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah
diperdebatkan dalam kalangan para sarjana sama ada kedatangan Islam di kawasan
ini adalah datang daripada China,India mahupun tanah Arab itu sendiri.Terdapat
berbagai fakta yang telah diutarakan oleh sarjana-sarjana mengenai bagaimana
Islam bertapak di Asia Tenggara.Antara sarjana yang memberi pendapat bahawa
Islam bertapak di Asia Tenggara melalui India adalah M.B.Hooker di dalam buku
beliau iaitu Islam in South-east Asia.
Antara bukti yang menunjukkan bahawa agama Islam dibawa daripada India
ke Asia Tenggara adalah melalui batu bersurat di daerah Pasai,utara
Sumatera,yang bertarikh sekitar separuh abad pertama abad ke-15,dan satu lagi
batu bersurak di Gresik di timur Jawa yang bertarikh tahun 1419.[ix] Kedua-dua
batu bersurat ini dipercayai mempunyai asal-usul dari India.Selain itu,terdapat
juga batu-batu bersurat yang ditemui di timur Jawa yang bertarikh 1298 hingga
1397 yang mempunyai transkripsi Tralaya juga antara bukti-bukti menunjukkan
bahawa agama Islam dibawa ke Asia Tenggara daripada India.
Selain daripada bukti batu bersurat,terdapat juga bukti lain yang
membolehkan sarjana M.B.Hooker ini mengatakan bahawa agama Islam bertapak di
Asia Tenggara melalui tanah India.Antara buktinya adalah catatan rekod
pelayaran pelayar-pelayar zaman dahulu.Antara bukti catatan pelayar dahulu
adalah pelayar terkenal,Marco Polo telah melawat Pasai pada tahun 1345 dan
mengatakan bahawa penduduk di kawasan tersebut beragama Islam. Selain
itu,terdapat juga catatan daripada pelayar lain iaitu Tome Pires di dalam karya
Suma Oriental,dan beliau mengatakan
bahawa Pasai pada abad ke-14 adalah seperti sebuah kota kosmopolitan dan di
dalam komuniti masyarakat Pasai tersebut terdapat populasi Muslim yang penting
dan populasi tersebut terdiri daripada orang-orang Benggali.
Antara intrepretasi sarjana mengenai bukti-bukti kedatangan Islam di
Asia Tenggara adalah melalui India melalui bukti batu bersurat
adalah,sarjana-sarjana akan mentafsirkan epigrafi yang boleh dibaca daripada
batu bersurat tersebut,dan memberi perkaitan dengan catatan awal pelayar.Kaitan
yang dibuat sarjana melalui bukti yang didapati daripada batu bersurat dengan
catatan awal pelayar adalah dengan memberi perkaitan antara geografi dengan
peluasan agama Islam itu sendiri.
Bukti yang menyatakan Islam bertapak di Aisa Tenggara melalui India
yang dibuktikan dengan catatan Marco Polo dan Tome Pires.Sarjana M.B Hooker
memberi interpretasi bahawa catatan pelayaran yang ditulis oleh Marco Polo dan
Tome Pires menunjukkan bahawa catatan mereka boleh dikaitkan dengan bukti-bukti
daripada Sumatera,yang mempunyai perkataan-perkataan yang berasal daripada
Parsi dan perkataan Parsi yang digunakan itu berasal daripada kawasan pantai
barat India.Secara tidak langsung,bukti-bukti yang diperolehi tersebut
membolehkan sarjana mengaitkan kedatangan Islam di Asia Tenggara dikatakan
berasal daripada kawasan India.
Selain daripada kedatangan Islam dari kawasan Gujerat
dan selatan India, para sarjana juga turut memperkatakan perkara tersebut
berasal dari kawasan Bengal dan Colomandel dan Malabar.S.Q. Fatimi mengatakan
bahawa Islam di bawa dari Bengal.[x]
Beliau menyatakan bahawa batu nisan makam Malik al-Saleh itu sama sekali
berbeza dengan batu nisan di Gujarat tetapi sama dengan batu nisan dari kawasan
Bengal.Di samping itu, S.Q. Fatimi berpendapat Islam dari kawasan Bengal bukan
sahaja berdasarkan batu nisan tetapi juga berasaskan kepada catatan Tom Pires
iaitu Sultan Malik al-Saleh berketurunan India dari Bengal.[xi]Hal
demikianlah yang menyebabkan S.Q Fatimi mengukuhkan lagi pandangannya mengenai
teori kedatangan Islam dari kawasan Bengal.Jika dilihat teori ini sebenarnya
lemah kerana kawasan Bengal dan Nusantara sebenarnya berbeza mazhab.Penganut
Islam di kawasan Bengal bermazhab Hanafi manakala kawasan Asia Tenggara
bermazhab Syafi’i.
Terakhir adalah pendapat sarjana yang menyatakan Islam
itu dari kawasan Colomander dan Malabar.Teori ini dipelopori oleh Thomas W.
Arnold.Beliau mengemukakan pandangannya berasaskan kepada persamaan mazhab yang
dianuti oleh penduduk di Colomandel dan Malabar dengan kawasan Asia Tenggara
iaitu mazhab Syafi’i.Hal Ini diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian yang
dilakukan oleh Ibnu Battutah apabila beliau melawat kawasan ini.Pandangan
Thomas W. Arnold ini disokong oleh sarjana lain iaitu Morrison. Morrison
menyatakan bahawa tidak mungkin Islam itu berasal dari Gujerat kerana sewaktu
tegaknya kerajaan Islam Pasai yang dianggap sebagai kerajaan Islam di
Nusantara, Gujerat masih belum lagi dikuasai oleh Islam.[xii]Hal
ini juga turut diperkatakan oleh Thomas W. Arnold yang menyatakan kawasan
Colomandel dan Malabar sememangnya terlebih dahulu menerima Islam dari Gujerat.
Tambahan pula, Saifullah dan Samsul Adabi (2009) menyatakan bahawa kedatangan
Islam di Pasai adalah lebih awal berbanding perkembangan kota Gujerat yang baru
berkembang sekitar 1402 Masihi.[xiii]Bukan
itu sahaja, peranan pedagang dari kawasan Colomandel dan Malabar sememangnya
memainkan peranan penting dalam perdagangan antara India dan kepulauan Melayu
sebelum kedatangan Islam lagi.Dengan tersebarnya Islam ke kawasan ini maka
pedagang yang terdiri daripada orang Islam secara tidak langsung terlibat dalam
penyebaran agama baru iaitu Islam ke kawasan dagangan mereka.
Jika dilihat dari keempat-empat kawasan yang
diperkatakan oleh sarjana mengenai dari mana Islam itu datang, teori Thomas W.
Arnold adalah paling menonjol berdasarkan pandangan beliau mengenai persamaan
mazhab, peranan pedagang dan bukti bahawa Islam terlebih dahulu diterima oleh
penduduk di kawasan Colomandel dan Malabar berbanding Gujerat. Mengenai teori
dari Gujerat, Selatan India dan Bengal, kawasan ini mungkin bukan kawasan
pertama yang menyebarkan Islam tetapi tidak dinafikan bahawa kawasan ini juga
turut menyumbang kepada kedatangan Islam ke kawasan Asia Tenggara.
Walaupun para sarjana telah membuktikan bahawa Islam
itu datang dari India, namun teori ini dapat disangkal kerana menurut dakwaan
orientalis, Islam itu tersebar ke Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi.
Kebanyakan teori yang dikemukakan oleh para sarjana adalah berasaskan catatan
Marco Polo dan Ibnu Battutah yang mana mereka ini melawat kawasan ini sekitar
abad ke-13 Masihi dan abad ke-14 Masihi.S.Q Fatimi menyatakan bahawa Islam
diperkenalkan di Asia Tenggara sejak 694 Masihi lagi.Beliau juga turut mengakui
bahawa selewat-lewatnya pada abad ke-9 Masihi sudah terdapat penempatan
saudagar Islam daripada pelbagai negara di bandar-bandar pinggir kepulauan
Melayu.[xiv]
Tetapi proses islamisasi besar-besaran berlaku pada abad ke-13 Masihi oleh para
sufi.
Bukan itu sahaja, terdapat batu-batu nisan yang lebih
awal dijumpai yang dapat membuktikan bahawa Islam telah datang sebelum abad
ke-13 Masihi lagi seperti Batu Nisan Syeikh Abdul Qadir Bin Husin Syah Alam di
Langgar, Kedah bertarikh 903 Masihi; Batu Bersurat Phan-Rang di Kemboja
bertarikh 1025 Masihi; dan Batu Nisan di Pekan, Pahang bertarikh 1028 Masihi.
Para sarjana kebanyakannya melihat kepada jumpaan batu nisan apabila
memperkatakan tentang kedatangan Islam, sebenarnya batu nisan merupakan barang
dagangan yang boleh dijual oleh sesiapa sahaja sama ada seorang Islam atau
tidak. Jadi, tidak tepat menyatakan bahawa batu nisan yang dijumpai di sesebuah
kawasan itu dari India membuktikan Islam datang dari India. Teori dari India
ini sememangnya dapat disangkal kerana kedatangan Islam ke Nusantara sejak abad
ke-7 Masihi lagi.Namun, tidak dinafikan bahawa pendakwah dari India juga turut
memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam ke Nusantara sekitar abad
ke-13 Masihi dan abad-abad selepasnya.
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China
dan Champa
S.Q Fatimi juga
merupakan salah seorang sarjana yang mengemukakan pendapat berkenaan kedatangan
Islam di Asia Tenggara. Selain menyatakan bahawa Islam datang dari kawasan
Bengal di India, beliau turut menyatakan bahawa Islam di Asia Tenggara ataupun
alam Melayu ini berkemungkinan dibawa dari sebelah timur iaitu dari China ataupun
Indo China[xv] dan
pendapat ini sekaligus menyokong pendapat lain yang menyatakan bahawa
pergerakan para pedagang Arab adalah melalui jalan darat. Jalan darat yang
dimaksudkan di sini adalah perjalanan yang diambil oleh para pedagang Arab
iaitu bermula dari Syria atau Iraq ke Khurasan, utara Farsi ke Afghanistan,
kemudiannya ke negara China seterusnya ke Gugusan Kepulauan Melayu.Teori yang
dikemukakan oleh Fatimi ini diperkukuhkan dengan penemuan batu nisan yang
terdapat di Nusantara. Antaranya batu nisan di Pekan, Pahang bertarikh 1082
Masihi, batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303 Masihi, duit
syiling emas di Kubang Labu, Kelantan bertarikh 1181 Masihi dan batu bersurat
Telok Cik Munah, Pahang bertarikh 419 Hijrah.Seperti yang diketahui hubungan
antara orang Arab dengan Cina sebenarnya telah bermula sejak pemerintahan
Dinasti Sui pada sekitar tahun 581-681 Masihi, iaitu sebelum kelahiran Islam
lagi.
Hubungan ini
seterusnya telah mewujudkan penempatan awal orang Islam di China iaitu di
Canton sekitar tahun 627-650 Masihi.Penempatan yang dinyatakan ini disokong
oleh Syed Naquib Al-Attas menerusi kajiannya berkenaan catatan pengembara Cina
yang menyatakan bahawa pada 55 Hijrah(674 Masihi) sudah terdapat penempatan
orang Islam di Sumatera Timur (San Fu Chi- Srivijaya- Palembang).[xvi]
Menurut catatan Cina itu juga tertulis penemuan Fo-lo-an atau Terengganu di
sebelah Laut Cina Selatan yang menunjukkan Islam telah sampai di Pantai Timur
Tanah Melayu dan hal ini turut disokong oleh Syed Naquib Al-Attas dan Prof. Abdul
Jalil Hassan.Selain itu juga dikatakan bahawa sebelum abad ke-8 sudah terdapat
masyarakat Arab di sebelah utara Sumatera serta kawasan perdagangan lain di
Asia Tenggara seperti Phang-Rang, Vietnam Selatan, dan terutamanya di
Canton.Kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China ini juga turut disokong
oleh seorang saintis Sepanyol, Emanuel Godinho Eradia pada tahun 1613
Masihi.Beliau menyatakan bahawa,
“Aqidah Muhammad telah diterima terlebih
dahulu di Patani dan Pan dipesisiran Pantai Timur dan selepas itu barulah
diterima dan disebarkan oleh Permicuri (Parameswara) di Melaka pada tahun 1411
Masihi.”
Selain dari China,
terdapat juga pendapat bahawa Islam telah dibawa ke Asia Tenggara dari Champa
atau Kemboja. Pendapat ini telah dikemukakan oleh R.A. Kern yang menyatakan
bahawa orang-orang Islam di Nusantara berasal dari Indo-China dan dikatakan
orang-orang Melayu telahpun mengadakan hubungan dengan penduduk-penduduk Champa
dan Kemboja. Islam dikatakan telah berkembang di Champa iaitu di daerah Phan-rang
sejak abad ke-8 Masihi lagi. Pendapat ini telah disokong oleh S.Q Fatimi yang
menyebut bahawa wujud hubungan “Melayu-Polynesian” dari kerajaan Champa dengan
penemuan batu nisan di Leren, Jawa Timur bertarikh 1082 Masihi.
KESIMPULAN
Kedatangan Islam di Asia
Tenggara pada awalnya amat berkait rapat dengan aktiviti perdagangan serta
bidang pelayaran.Sungguhpun golongan sarjana sehingga ke hari ini tidak dapat
memberi kata muktamad akan kedatangan Islam di Asia Tenggara sama ada dari
Arab, India atau China, tidaklah boleh disangkal bahawa pada awalnya
pedagang-pedagang Arab muslimlah yang membawa Islam bertapak di Asia Tenggara.
Namun begitu, oleh kerana berlaku perdagangan antara pedagang-pedagang Arab
Muslim dengan India dan China, maka, tidak hairanlah sekiranya golongan
pedagang dari India dan China yang berlayar melalui Kepulauan Asia Tenggara
turut menyumbang dalam menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan bahawa ketiga-tiga teori kedatangan Islam di Asia Tenggara adalah
benar. Ketiga-tiga teori ini boleh dikatakan saling berkait antara satu sama
lain dan gabungan teori-teori inilah yang akhirnya menjadikan agama Islam
dianuti di setiap negara di Asia Tenggara sama ada dalam kelompok majoriti
seperti di Malaysia dan Indonesia ataupun dalam kelompok minoriti seperti di
Myanmar dan Thailand.
Yacenfaca German Cirulis https://wakelet.com/wake/-1RTZ5uXioh9PEdFkauJN
ReplyDeletenabseiteti
tincthaZon-ko_1992 Cyndi Peacock click
ReplyDeleteLink
kizrisoper