Pendahaluan
Pemerintahan Johor yang
memerintah Johor pada 1528 ialah Sultan Alauddin Riayat Shah II yang telah di
lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada masa itu.. Beliau juga
merupakan sultan Johor yang kedua.
Sultan Alauddin Riayat Shah telah berangkat ke negeri Johor dengan
bendahara, Di sana, menurut sejarah
Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berkahwin dengan Puteri Kesuma Devi dan
mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja Fatimah.
Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan
melayu Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam
bidang politik, ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu
Melaka juga merupakan negeri penaklukan di kawasan Asia Tenggara secara amnya.
Selepas kejatuhan Melaka ini, maka bermulalah persaingan antara pewaris
kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak kedaulatan masing-masing
daripada jatuh dan musnah.
Dalam persaingan yang
melibatkan Johor, Acheh dan Portugis, terdapat beberapa faktor iaitu dari segi
politik yang melibatkan kepada
kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting dalam hubungan perdagangan
antara Timur dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai Muda yang dalam
dan amat strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angin kencang
sehingga boleh memusnahkan kapal-kapal yang datang. Selain itu, faktor agama
juga memainkan peranan yang penting dalam persaingan ini. Bagi Acheh mereka
lebih mementingkan agama Islam dan menegakkkan Islam di Nusantara, dan Acheh
juga dikenali sebagai pusat penyebaran Islam. Keadaan ini amat berbeza dengan
Portugis yang bermatlamat menyebarkan agama Kristian di Timur. Hal ini telah
menimbulkan peperangan diantara dua kuasa ini. Dan faktor seterusnya melibatkan
ekonomi yang cukup menguntungkan pada masa itu iaitu perdagangan. Pada zaman
pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III
berlakunya peperangan antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah
merupakan abang kepada Raja Abdullah
telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang Belanda
yang bernama Oranje. Perbincangan ini juga berkisar kepada teknik untuk
menyerang Melaka yang di bawah penguasaan Portugis.
Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad ke-16 lagi.
Namun ia semakin sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam.
Latar belakang kerajaan
Johor.
Sultan
Alauddin Riayat Shah ii telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan
Johor pada tahun lebih kurang 1528. Beliau dilantik sebagai sultan Johor kedua.
Sultan Alauddin Riayat Shah dengan bendahara telah berangkat ke negeri Johor,
Di sana, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berkahwin dengan Puteri Kesuma
Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja
Fatimah. Beberapa tahun kemudian, Sultan Alauddin Riayat Shah serta Bendahara
berangkat Pekan Tua dan menjalankan pemerintahan di sana.Pada tahun 1533,
disebabkan Sultan Alauddin menghukum utusan Portugis, Portugis telah menyerang
Pekan Tua. Sultan Alauddin dan pembesarnya berundur ke Sungai Hulu dan membuat
tempat kediaman di Sayong. Sejak itu, ia sudah menjadi pusat pemerintahan. Pada
tahun 1536, Sultan Alauddin menghantar utusan perdamaian tersebut dipersetujui
oleh Portugis dan balik semula ke Melaka.
Pada tahun 1539 dan 1540 Acheh menyerang Aru. Ratu Aru
telah meminta bantuan kepada Sultan Alauddin bagi melawan Acheh. Sultan
Alauddin dan Ratu Aru berangkat ke Kampar dan berkahwin di sana . Semasa Acheh menyerang Aru ,Sultan
Alauddin telah mengumpul anggota perang dan Berjaya menewaskan Acheh. Sejak
itu, Aru takluk di bawah perintahan Johor.Sultan Alauddin telah membuat tempat
pusat pemerintahan baginda di Johor Lama sejak awal tahun 1540 dan ia menjadi
pusat kerajaan bagi Johor. Pada tahun 1564, Sultan Alauddin Riayat Shah
Al-Qahhar iaitu Sultan Acheh telah menghantar anggota perang mengalahkan Negara
Aru dan menyerang serta mengalahkan negeri Johor. Sultan Alauddin serta anak
isterinya ditawan dan dibawa ke Acheh. Mengikut Bustanu ‘s-Salatin dan
buku-buku sejarah Acheh menyatakan Sultan Alauddin Riayat Shah telah ditawan
dan baginda telah mangkat dibunuh di negeri Acheh. Mengikut Sejarah Melayu,
disebabkan baginda mangkat di Johor Lama mendapat nama Marhum Johor Lama.
Tetapi sebenarnya baginda mendapat nama ini disebabkan sempena berakhirnya
pemerintahan baginda di Johor Lama.[1]
Setelah Sultan Alauddin Riayat Shah iii mangkat di Acheh
,saudaranya, Raja Abdullah menjadi sultan Johor. Beliau digelar sebagai Sultan
Abdullah Ma’ayat Shah dengan persetujuan Sultan Acheh. Pada tahun 1617, Johor
telah berbaik dengan Portugis dan Sultan Ma'ayat Shah telah merasa bosan
berbaik dengan Acheh. Beliau telah menceraikan isteri baginda iatu puteri
Acheh. Pada tahun 1618, sultan Abdullah telah berpindah ke Pulau Lingga
disebabkan kedudukannya di Batu Sawar tidak begitu selamat. Belioau juga telah
berbaik dengan Portugis bagi mendapat hasil kerajaan membuka jalan. Selepas lima tahun, pada awal 1623
tahun, Sultan Acheh menghantar anggota tentera bagi menyerang pusat
pemerintahan kerajaan Johor di Pulau Lingga. Sultan Abdullah telah berundur
diri ke Pulau Tambelan. Pada bulan mac 1623, Sultan Abdullah Ma’ayat Shah telah
mangkat di Pulau Tambelan.
Raja Mahmud pula naik taktha apabila Sultan Ibrahim Shah
mangkat. Tetapi Ibu baginda iaitu Paduka Tun Abdul Jamil berkuasa sebenar dalam
pemerintahan. Ini adalah kerana pada waktu Raja Mahmud masih muda iaitu berumur
10 tahun. Pada tahun 1685, Paduka Tun Jamil telah menandatangani perjanjian
perdagangan dengan orang belanda atas desakannya. Selepas 3 tahun, Bendahara
Seri Maharaja telah memusuhi Paduka Raja Tun Abdullah Jamil yang gila kuasa dan
menyingkirkan beliau daripada kerajaan Johor. Selepas itu, Bendahara menjadi
orang yang paling kuasa. Sultan Mahmud Shah ii hanya sebagai raja boneka.
Bendahara telah menandatangani satu perjanjian dengan
orang-orang Belanda. Syarat-syarat perjanjiannya ialah orang Belanda bebas
berniaga, orang India
tidak boleh tinggal di Johor, orang-orang Siak dibenarkan menjual kayu-kayan
balak kepada orang-orang Belanda dan perahu-perahu rakyat Johor yang datang
berdagang ke Sungai Siak, hendaklah diperiksa. Nampakkan, orang Belanda ini
mencuba menyekat orang-orang melayu berdagang Sultan Mahmud telah menghantar
utusan ke Betawi tetapi tidak Berjaya. Sultan Mahmud Shah mempunyai tabiat
pelik seorang bengis yang telah pedulikan beliau , mereka selalu berunding
dengan Bendahara.
Sultan Mahmud Shah ii mangkat pada bulan ogos 1699. Masa
itu beliau berusia 24 tahun. Cerita sebenarnya baginda telah dibunuh oleh
pembesar kerana kezaliman dan kebengisan beliau.
SEBAB-SEBAB
PERSAINGAN
POLITIK
Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah
muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu Melaka yang cukup kuat dan mempunyai
sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik, ekonomi, dan perdagangan.
Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan penaklukan di kawasan
Asia Tenggara secara amnya. Penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang
seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks
zaman itu, kedatangan kuasa barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya
memerangi dan menaklukinya.[2]
Pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka telah mengalami kejatuhan di kuasa
Portugis dan seterusnya beberapa percubaan waris-warisnya untuk merampas semula
Bandar Melaka daripada kuassa tersebut.
Selepas kejatuhan
Melaka ini, maka bermulalah persaingan antara pewaris kerajaan Melaka dan
Portugis untuk mengembalikan hak kedaulatan masing-masing daripada jatuh dan
musnah. Persaingan ini melibatkan persaingan dari sudut yang berbeza. Bagi
Johor, mereka ingin mengembalikan kegemilangan Kerajaan Melaka yang sebelum ini
merupakan pelabuhan entrepot, manakala bagi Portugis pula, ia adalah untuk
mengekalkan Melaka sebagai kawasan tanah jajahan takluknya. Pada tahun
1600-1699 juga merupakan zaman kemunculan kuas-kuasa penaklukan baru antaranya
Acheh yang begitu menonjol dan cuba
mendapatkan kerajaan Melaka. Keadaan ini telah meninbulkan persaingan antara
tiga buah kuasa iaitu Johor, Portugis, dan juga Acheh. Faktor-faktor persaingan
atau pencetus kepada peperangan ini ialah antara Johor, Portugis,dan Acheh yang
dapat dilihat dari sudut politik, eonomi dan juga agama.
Persaingan dalam
politik dapat dilihat melalui pewaris kesultanan Melaka oleh Sultan Johor.
Kerajaan Johor mendakwa mereka merupakan pewaris Kesultanan Melayu Melaka dan cuba menbuat
tuntutan mahupun Melaka dan tempoh tuntutan kembali itu memakan masa selama 111
tahun. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Sultan Mahmud dan pengikut-pengikut
baginda melakukan tidak lebih lima serangan ke atas
orang Portugis di Melaka (1512,1516,1519,dan 1521).[3]
Usaha ini tidak berhenti pada tempoh ini sahaja, tetapi diteruskan oleh
puteranya iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah. Antara serangan yang paling besar
pernah dilakukan ialah pada tahun 1551 yang mana baginda Berjaya mengepung kota Melaka selama tiga
bulan. Bagi pihak Portugis pula, meraka telah berjaya memerangi Sultan Mahamud
dan tidak kurang dari sepuluh kali iaitu dari tahun 1511 sehingga 1536. Namun
usah ini di teruskan oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah 11(1586, 1567,
1589). Tetapi kesudahannya mereka pula terpaksa meninggalkan Melaka kerana
ditewaskan oleh orang-orang Portugis.[4]
Persaigan ini bertujuan untuk mengembalikan kekuasan dalam politik dengan
harapan Kesultanan sMelayu Melaka kembali kepada warisan Johor.
Selain persaingan politik diantar Johor dan Portugis
juga, Acheh juga telah muncul sebagai persaigan baru dalam perebutan Melaka.
bagi Acheh meraka mahukan perluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. dan
Nusantara. Dasar perluasan wilayah dan politik yang agresif di bawah
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1607-1613. Ini telah
menimbulkan persaingan dalampolitik antara Johor dan Acheh.
Bagi Portugis persaingan dalam bidang politik
meraka tidak berapa jelas dan bukan
matlamat Portugis. Pihak Portugis pula sentiasa memerangi orang melayu kerana
ingin mengekalkan serta mengukuhkan kedudukan mereka di sebuah pelabuhan yang
menurut pandangan mereka sangat mewah dan strategik.[5]
Portugis kepada 3G yang dibawa dari negara mereka. Menurut Andaya, Portugis
dikatakan lebih berminat kepada ekonomi dan bukannya faktor politik sahaja dan
lebih berminat untuk menguasai Selat Melaka dan guna tenaga untuk tawan Selat
Melaka.
EKONOMI
Selain daripada persaingan dalam politik, terdapat juga persaingan
dalam ekonomi. Dalam persaingan ini, perlu dilihat juga kepada kepentingan
Selat Melaka sebagai jalan terpenting dalam hubungan perdagangan antara Timur
dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai Muda yang dalam dan amat
strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angina kencang sehingga boleh
memusnahkan kapal-kapal yang dating di Melaka[6].
Bagi Portugis persaingan ini disebabkan oleh mereka mahukan perdagangan yang
lebih luas di kawasan Timur, Portugis juga mahukan barang mentah untuk memenuhi
permintaan pasarana Eropah terutama dalam bidang makanan dan perubatan. Harga
rempah yang mahal biasanya mereka dapati dari pelabuhan Venice
dan Genoa ,
Itali, yang dibekalkan oleh pedagang Asia Barat.[7]
Bagi Johor,
persaingan dalam ekonomi dilihat dari segi kegemilangan Selat Melaka itu
sendiri. Sebagai satu jalan perdagangan yang mashyur. Bagi kerajaan Johor,
mereka meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat
perdagangan yang penting. Di sini, jelaslah Portugis bersaing untuk ekonomi dan
tidak begitu minat untuk vampur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu.
AGAMA
Persaingan dalam agama lebih melibatkan antara Acheh dan
Portugiskan. Persaingan timbul daripada perbezaan agama antara Acheh dan
Portugis. Bagi Acheh mereka lebih mementingkan agama Islam dan menegakkkan
Islam di Nusantara, dan Acheh juga dikenali sebagai pusat penyebaran Islam.
Keadaan ini sangat berbeza dengan Portugis yang bermatlamat menyebarkan agama
Kristian di Timur. Kerajaan Acheh menimbulkan isu agama Islam untuk bekerjasama
dengannya yang bertujuan mahu memperluaskan pengaruhnya. Acheh muncul sebagai
pusat perdagangan bagi orang Islam yang dating dari Gugusan Kepulauan
Melayu,Asia Barat, India dan juga Negara-negara dari rantau ini[8].
Ini telah menimbulkan persaingan antara Acheh dan Portugis.
Jika dilihat secara
keseluruhannya, ketiga-tiga kuasa ini mampu menawan Selat Melaka. Contohnya
Portugis di tengah perairan Selat Melaka, Johor di Selatan Selat Melaka dan
Acheh di Sumatera Utara. Berdasarkan faktor inilah maka, timbullah persaingan
antara ketiga-tiga ini untuk mengekalkan dan memperluaskan pengaruh
masing-masing.
Persaingan
Rententan Peristiwa Antara Johor dan
Portugis
Pada tahun
1597, Raja Abdullah telah mengambil alih pentadbiran oleh Raja Mansur Syah selepas kemangkatannya. Seterusnya pada
tahun 1602, Raja Abdullah dan orang-orang besar Johor telah bersahabat dengan
orang-orang Belanda yang datang ke negeri Johor.[9]
Oang-orang Portugis di Melaka mendapat tahu perhubungan persahabat antara
orang-orang Johor dengan orang-orang Belanda. Jadi, orang-orang Portugis
menasihati Sultan Alauddin Riayat Syah III supaya jangan bersahabat dengan
orang Belanda yang disifatkan sebagai ‘pencuri’. Namun begitu, Sultan Alauddin
tidak mengindahkan amaran orang-orang Portugis itu.
Pada tahun 1604, angkatan
Laut Portugis yang dipimpin oleh Panglima Perang Portugis bernama Andre Furtada
de Mendoca, telah datang memudiki Sungai Johor.[10]
Orang-orang Portugis itu telah menduduki Johor Lma dan Kota Batu dan telah mula
mengepung Batu Sanzar tempat Sultan Johor bersemayam. Orang-orang Portugis yang
datang ke negeri Johor itu bercadang hendak menjadikan Kota Batu di
Tanjung Batu kepunyaan orang Portugis.
Tujuannya adalah untuk menyekat orang-orang Melayu membuat hubungan berniaga
dengan Belanda dan juga untuk melawan orang-orang Belanda. Namun cadangan
orang-orang Portugis itu tidak jadi dilakukan oleh orang-orang Portugis.
Seterusnya, pada tahun
1606, Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di atas kapal perang Belanda
bernama Oranje di hujung pelabuhan Melaka itu, mereka berunding kerana
hendak menyerang Bandar Melaka dalam perintah Portugis itu.[11]
Selain itu, dalam pertemuan itu juga Raja Abdullah meminta orang-orang Belanda
menolong Johor memerangi Acheh. Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di akhir
rundingan telah membuat perjanjian akan bantu-membantu menyerang dan mengambil
negeri Melaka dari tangan Portugis. Seterusnya, askar-askar Belanda itu telah
menyerang Kota Melaka dan serangan mereka ditentang dengan bersungguh-sungguh
oleh askar-askar Portugis tetap mempertahankan Kota Melaka walaupun terpaksa
menanggung derita. Oleh itu, orang-orang Portugis telah meminta bantuan
daripada pihak Goa .
snya, pada bulan Ogos
1606, berita sebanyak empat belas buah kapal perang Portugis yang besar dan
sungguh kuat dari Goa telah sampai ke pelabuhan
Melaka. Pada 17 0gos 1606, berlakunya peperangan antara Portugis dan Belanda
dengan sangat hebat.[12]
Peperangan berlaku selama seminggu antara Belanda dan Portugis dan kedua-duanya
telah kehilangan dua buah kapal perang. Namun begitu. Banyak askar-askar Portugis
telah terkorban di dalam peperangan tersebut dan Belanda telah berjaya dalam
peperangan tersebut.
Rententan Persaingan Johor
Dengan Acheh
Persaingan
antara Johor dengan Acheh telah bermula
sejak abad ke-16 lagi. Namun ia semakin sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh
diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Hal ini kerana, pada zaman
pemerintahannya, baginda giat menjalankan dasar penaklukan secara besar-besaran
terutamanya di sekitar Nusantara misalnya Aru, Kedah dan beberapa kawasan yang
lain. Raja Acheh ini giat melakukan perluasan kuasa adalah disebabkan untuk
mencapai hasratnya menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menghalang
pengaruh Barat di Negaranya kerana bimbang status Acheh sebagai sebuah pusat penyebaran Islam sudah tidak
dihormati lagi. Pada awal tahun 1610, Johor telah dikatakan cuba berhubungan dengan Portugis di
Melaka dan turut bersahabat dengan Belanda.[13]
Hal ini diketahui Acheh lalu Johor telah diserang Pemerintah Johor, Sultan
Ala’udin Riayat Syah III telah ditawan dan telah dibawa ke Acheh.
Semasa di Acheh, Sultan
Ala’udin Riayat Syah III dilayan dengan baik begitu juga dengan tawanan yang
lain seperti Raja Abdullah sehinggakan beliau telah dikahwinkan dengan adik
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.[14]
Pada 25 Ogos 1614, Sultan Ala’udin Riayat Syah telah dihantar pulang bersama
seorang wakil Acheh.[15]
Pada ketika itu juga wakil Belanda telah datang melawat Johor seperti yang
telah dijanjikan oleh Raja Abdullah dengan Admiral Pieter Verhoeff dalam tahun
1609.[16]
Malangnya, Raja Abdullah tidak dapat menerimanya kerana pada ketika itu, Johor
di bawah naungan Acheh. Namun pada sekitar Oktober 1614, ada juga orang-orang
Belanda telah menjalankan perniagaan di Johor.
Disebabkan Belanda
menjalankan aktiviti perniagaan di Johor, kerajaan Acheh mula berang dengan
tindakan Raja Abdullah yang membenarkan mereka masuk ke Johor. Oleh yang
demikian Sultan Acheh telah memanggil Raja Abdullah bagi membincangkan hal
berkenaan. Namun pada masa yang sama Sultan Ala’udin telah membuat satu
perjanjian dengan Portugis dan hal ini telah diketahui oleh Acheh. Pada bulan
November, kerajaan Acheh telah menyerang Johor. Namun, Sultan Ala’udin tidak
dapat bertahan dan telah berundur ke Seluyut dan dapat ditawan oleh askar-askar
kerajaan Acheh.[17]
Baginda kemudiannya dibawa ke Acheh dan telah dihukum bunuh.
Selepas kemangkatan
Sultan Ala’udin Riayat Syah III, Raja Abdullah telah dilantik oleh Sultan Acheh
sebagai Sultan Johor. Hal ini kerana , Sultan Acheh mempercayai Raja Abdullah
di samping mempunyai hubungan sebagai suami adiknya. Pada tahun 1617, Johor
sekali lagi telah membangkitkan kemarahan Sultan Acheh di mana Johor telah
berbaik-baik dengan Portugis bagi mengistiharkan Raja Bujang sebagai Sultan
Pahang. Oleh itu, satu angkatan perang dihantar dan serangan ini telah
memusnahkan daerah Pahang. Hal ini telah membuatkan Raja Abdullah tidak suka
untuk berbaik-baik dengan Acheh kerana dianggap sebagai negeri takluknya.
Baginda pun menceraikan adik Sultan Acheh dan menghantarnya pulang ke Acheh
semula.
Pada tahun 1618, Sultan
Abdullah telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Batu Sawar ke Pulau
Lingga kerana bimbang terhadap keselamatan Batu Sawar kerana sering menjadi
tumpuan serangan dari Acheh.[18]
Di sini, Baginda telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan beberapa kawasan
termasuklah Melaka (Portugis) dengan mengenakan bayaran cukai tertentu. Hal ini
dilakukan kerana Sultan Abdullah ingin mengukuhkan ekonominya dan memudahkan
baginda untuk menstruktur pentadbiran di Pulau Lingga. Namun setelah lima tahun baginda
berkerajaan di situ, Acheh sekali lagi menyerang pusat pemerintahan tersebut
kerana Sultan Acheh berasa terhina dengan penceraian adiknya. Serangan ini
telah menyebabkan Sultan Abdullah dan keluarganya terpaksa berpindah. Tidak
beberapa lama selepas itu, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Raja
Bujang dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah III. Perlantikan Sultan Abdul
Jalil ini tidak dapat diperjelaskan mengapa baginda dipilih sedangkan Sultan
Abdullah memiliki puteranya sendiri.[19]
Semasa pemerintahan
Sultan Abdul Jalil, baginda tidak berani datang ke Tanah Besar dan menyebabkan
ramai rakyat Johor telah diusir oleh Acheh. Namun hal ini bukanlah menunujukkan
kelemahan baginda. Dikatakan semasa pemerintahan baginda, hubungan Johor dengan
Belanda adalah baik.[20]
Pada 27 Disember 1636,
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat dan digantikan oleh Raja Ahmad yang
berasal dari Pahang. Ini menyebabkan Pahang telah berhubungan baik dengan
Acheh. Pada tahun 1637 Sultan Abdul Jalil membuat perjanjian dengan Belanda
untuk melawan Portugis. Disebabkan Sultan Abdul Jalil tidak suka Pahang
berhubung baik dengan Acheh, baginda telah berpakat dengan Belanda menyerang
Pahang. Hal ini kerana Sultan Abdul Jalil merasakan bahawa Pahang merupakan
naunganya kerana baginda pernah memerintah Pahang. Disebabkan tindakannya itu,
ramailah rakyat Pahang terseksa. Peristiwa ini telah diketahui oleh Raja Ahmad
dan baginda telah membuat bantahan kepada Belanda kerana berhubung dengan
Johor. Acheh tidak akan membantu Belanda dalam membuat serangan ke atas
Portugis. Walaupun tanpa bantuan Acheh, Belanda berjaya menawan Melaka. Pada
15 Februari 1641, Sultan Iskandar Thani,
(Raja Ahmad) telah mangkat.
Setelah Belanda
menawan Melaka, hubungannya dengan Johor bertambah erat. Acheh pula telah
menerima Pemerintah wanita iaitu isteri Sultan Iskandar Thani yang menggunakan
gelaran Puteri Seri Alam Safiatuddin Shah. Memandangkan pemerintahan di Acheh
ini tidak sehebat zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulu, Johor sudah
tidak lagi bimbang dengan ancaman Acheh malah rasa terbela dengan hubungan
baiknya dengan Belanda. Oleh yang demikian, Belanda telah berusaha mendamaikan
permusuhan antara Johor-Acheh yang berlaku sejak sekian lama.[21]
STRATEGI
Pada zaman
pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III
berlakunya peperangan antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah
merupakan abang kepada Raja Abdullah. Namun, selepas kematian Sultan Alauddin
Riayat Syah III, adiknya Raja Abdullah telah mengambil pemerintahan tersebut
yang bergelar Raja Bongsu, Raja di Hilir dan Yang Dipertuan Hilir. Pada tahun
1602, kerajaan Belanda telah menjadikan Johor sebagai sebuah negeri di bawah
taklukannya. Namun, pada tahun 1605, kerajaan Portugis di bawah pimpinan Andre
Furtado de Mendoca telah mencuba untuk membuat serangan ke atas ke atas Batu
Sawar. Walau bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dilancarkan kerana
campur tangan dari Belanda.[22]
Sultan Abdullah telah berpindah ke Lingga dan mendirikan
sebuah kota di sana . Setelah lebih lima
tahun berada di sana ,
pada awal tahun 1623 Sultan Iskandar Muda Acheh telah menghantar angkatan
perangnya untuk menyerang kerajaan Johor di Lingga.[23]
Oleh keranan
desakan daripada Belanda tahun 1685, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah membuat
perjanjian dengan orang-orang Belanda. Orang-orang Belanda yang menginginkan
bijih timah yang terdapat di Siak iaitu sebuah daerah takluk Johor. Surat perjanjian tersebut
turut telah ditandatangani oleh orang-orang besar Johor yang lain.[24]
Pada 11 April 1689, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah mewakili
pihak Johor dalam suatu perjanjian baru yang ditandatangani dengan pihak
Belanda.
PERJANJIAN
Raja
Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal
perang Belanda yang bernama Oranje. Perbincangan berkisar kepada teknik untuk
menyerang Melaka yang di bawah penguasaan Portugis. Perjanjian tersebut telah
ditandatangani pada 17 Mei 1606 dan telah menetapkan waktu untuk melakukan
serangan ke atas Melaka.[25]
Setelah kemangkatan
Sultan Abdullah Ma’ayat Syah, Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengambil kuasa
bendahara dengan melantikkan Raja Bujang menjadi Sultan Johor yang bergelar
Sultan Abdul Jalil Shah III. Pemerintah tersebut telah membuat satu perjanjian
dengan orang Belanda untuk melawan Portugis di Melaka. Manakala pihak Belanda
pula cuba menolong Sultan
Abdul Jalil III untuk membina sebuah kota
yang kuat di Batu Sawar.[26]
Sebagai ganjaran
kepada Johor menawan Melaka, Belanda telah memberi hadiah berupa perlindungan
daripada ancaman Portugis dan Acheh. Di samping itu, hubungan persahabatan
Johor dengan Belanda menjadi semakin baik. Laksamana Tun Abdul Jamil telah
menerima banyak hadiah daripada Belanda kerana bantuan yang dihulurkan untuk
menakluk Johor.[27]
Sultan Johor dan
orang besar baginda telah berkeinginan untuk bersahabat dengan orang-orang
Portugis. Namun, seorang putera baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu
puteri Raja Siak. Keluarga tersebut bersahabat baik dengan orang-orang
Portugis. Raja Abdullah tidak suka bersahabat dengan Portugis. Seorang pegawai
Portugis yang bernama Jao Lopez d’ Amoreira iaitu pemerintah di Melaka telah
membuat perjanjian damai dengan Sultan Johor. Selepas peristiwa tersebut Johor
dengan Portugis telah berdamai. Namun, Sultan Johor iaitu Raja Abdullah tetap
melindungi Belanda untuk kepentingan Belanda di negeri Johor.[28]
KESAN -KESAN
Persaingan diantara
Johor dengan Portugis dan Aheh pada kurun ke-17 telah menimbulkan beberapa
kesan. Pada tahun 1641, Belanda telah mengukuhkan kedudukannya di Melaka dan
seterusnya menggunakan sistem Portugis dalam memunggut cukai dan menggunakan
pas kebenaran. Johor telah membuat perjanjian dengan Belanda. Perjanjian ini
memainkan peranan penting bagi Johor untuk mengusir dan membatasi kegitan Acheh
dan Portugis. Melalui sistem perjanjian ini Belanda-Johor ini, Johor telah
memperolehi peluang untuk mendapatkan semula kedudukannya untuk berkuasa dalam
bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu.[29]
Selain itu,
Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah membolehkan
keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera. Selain itu juga,
Pemerintah, Bendahara dan Orang kaya Johor telah diberikan keistimewaan untuk
berniaga di Melaka malahan telah dianugerahkan pas kebenaran istemewa kerana
sebagai balasan atas peranan mereka ini dalam perang menakluki Melaka yang
dikuasai oleh Portugis pada tahun 1641.[30]
Selain itu juga, perdagangan di Melaka telah mula
merosot, namun Kerajaan Johor telah berjaya menghidupkan kembali ekonomi
entrepot dalam waktu yang singkat. Perlabuhan Riau yang terletak di
persimpangan lalu lintas Maritim yang merupakan kedudukan yang strategik dan
suasana yang baik telah merupakan tarikan utama kewujudan perdagangan entrepot sesuatu masa dahulu.
Johor telah mengembalikan kebudayaan melayu Islam dengan merebut kembali
kerjaan yang baru. Riau telah dijadikan pusat Islam yang penting. Keadaan ini
telah membolehkan ramai ulama yang datang dari Gujerat serta dunia Arab datang
untuk berhimpun di Riau bagi mentafsirkan pengajaran Islam kepada penganutnya.[31]
Di samping itu, berlakunya perubahan di dalam sistem
politik, penjajah Barat telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan
daripada pemimpin Islam kepada pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional
hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa autoriti dalam
menjalankan pentadbiran malahan mereka terpaksa mengikuti lunas-lunas
perlembagaan sebuah negara demokrasi. Kejatuhan Melaka menyebabkan berlakunya
kebangktan empayar lain di sekitar Kepulauan Melayu seperti Empayar Johor,
Acheh, Sulu , Brunei . Melaka tidak mampu
mengulangi semula zaman kegemilangannya akibat penjajahan dan pengaruh kuat
Barat yang sering kali berganti dan terpaksa berhadapan dengan perubahan yang
dialami oelh seluruh corak pentadbiran.[32]
Pengaruh Kristian, merupakan agama yang dianuti oleh
orang Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap
ganas dan perhubungan mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di
Tanah Melayu. Agama Islam telah berkembang dengan pesat di Melaka dan jajahan
takluknya. Keadaan ini telah dipersetujui oleh N.J Reyan yang menyatakan:
Inilah julung kali Islam menjadi agama yang dianuti oleh raja, Baginda bukan
sahaja seorang ketua politik, agama dan negara malah kumpulan yang paling
berpengaruh di istana juag terdiri daripada orang-orang Islam( N.F,Ryan, 1976
).
Walaubagaimanapun, selepas kejatuhan Melka pedagang
Islam tidak meyenangi kehadiran Portugis di Melaka, maka mereka telah beralih
ke perlabuhan-pelabuhan lain seperti Acheh, Sulu, Brunei, Maluku, Betawi dan
lain-lain lagi. Acheh telah muncul sebagai sebuah kerajaan Islam yang terkuat
bagi mengantikan Melaka, Sehingga Acheh telah digelarkan sebagai Serambi Mekah
kerana telah menjadi tumpuan sarjana Islam dari pelusuk dunia. Keadaan ini
menunjukkan penjajah hanya berjaya dari segi pembaratan dari aspek kehidupan
manakala ketinngian Islam msaih tetap terpelihara dalam kalangan masyarakat
Melayu.[33]
Kesimpulan
Dalam perbincangan ini dapat disimpulkan
bahawa terdapat banyak kesan-kesan daripada persaingan diantara Johor dengan
Portugis dan diantara Johor dengan Acheh. Peperangan diantar Portugis dengan
Acheh dan Johor telah menyebabkan empayar Melaka sebagai sebuah pelabuhan
entreport telah merosot denagn teruknya. Selain itu, Pengaruh Kristian,
merupakan agama yang dianuti oleh orang Portugis tidak dapat disebarkan secara
meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas dan perhubungan mereka yang terbatas
dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu.
Kesan daripada
itu juga telah berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah Barat
telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam
kepada pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka.
Sultan tidak lagi mempunyai kuasa penuh Johor juga telah mengadakan perjanjian
dengan Belanda. Melalui sistem perjanjian diantara Belanda-Johor ini, Johor
telah memperolehi peluang untuk mendapatkan semula kedudukannya untuk berkuasa
dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu. Selain itu, Belanda
turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah membolehkan keadaan
politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera.
BIBILIOGRAFI
Haji Buyong
Adil,1979, Sejarah Johor, Kuala Lumpur , Dewan Bahasa
dan Pustaka.
AF YASMIN
dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855),
Yayasan
Warisan Johor..
Leonard Y
Andaya, Terjemahan Shamsuddin Jaafar, Kerajaan
Johor 1641- 1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
1987 Kuala Lumpur , cetakan 1.
Barbara Waston
Andaya dan Leornard Y andaya,1983, Sejarah
Malaysia,Kuala Lumpur : Macmillan Publishers (M) sdn Bhd.
Afifah Abu Yasid,
2003,Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke -2,
Kuala Lumpur :PTS
Publications
& Distrubutors Sdn Bhd.
Universiti
Kebangsaan Malaysia ,1999, Sejarah
Malaysia
1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi Selangor.
[1] Haji Buyong Adil, Sejarah
Johor, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 27.
[2] Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Sejarah Malaysia
1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi Selangor, 1999, hlm.5.
[3] Ibid
[4] Ibid, hlm.25.
[5] Haji Buyong Adil, Sejarah
Johor,Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,25
[6] Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Sejarah Malaysia
1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi Selangor, 1999.hlm.28.
[7] Ibid,hlm.237.
[8] Ibid,hlm.262.
[9] Haji Buyong, Sejarah Malaysia ,
Kuala Lumpur ,1971,hlm.55.
[10] Ibid, hlm.57
[11] Ibid, hlm.58.
[13] Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68.
[14] AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor
(1529-1855), Yayasan Warisan Johor, hlm. 7.
[15] Ibid,hlm. 7.
[16] Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68
[17] Ibid, hlm. 73.
[18] AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor
(1529-1855),2002, Yayasan Warisan Johor, hlm. 8.
[19] Ibid.
[20] Ibid.
[21]Ibid.
[22] Haji Buyong Adil, Sejarah
Johor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 56-57.
[24] Ibid., hlm 92.
[25] Ibid., hlm 58.
[26] Ibid., hlm 76.
[28] Ibid., hlm 65.
[29] Leonard Y Andaya, Terjemahan Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641- 1728 Pembangunan
Ekonomi dan Politik, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1987 Kuala Lumpur , cetakan 1, hlm
75.
[30] Ibid, hlm 77.
[31] Barbara Waston Andaya dan Leornard Y andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) sdn Bhd. 1983, Kuala Lumpur, hlm 91.
[32] Afifah Abu Yasid, Pengajian
Tamadun Asia Edisi Ke -2, PTS Publications & Distrubutors Sdn Bhd,
2003, Kuala Lumpur, hlm 76.
[33] Ibid, hlm 78-79.
No comments:
Post a Comment