Kampung Rahmat Changkat Sulaiman juga mempunyai
cerita sejarahnya yang tersendiri. Nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman
berasal daripada nama sebuah bukit yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai di kawasan kampung itu. Nama Changkat
itu sendiri mendukung makna ‘bukit’. Dikisahkan bahawa, pada sekitar tahun 1800
dahulu, terdapat sekumpulan orang dari Sumatera telah lari dari dikejar oleh musuh dan mereka menuju ke
hulu sungai untuk menyelamatkan diri. Pada masa itu, mereka terlihat
terdapatnya dua buah bukit di kiri dan kanan sungai yang dilalui oleh mereka.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bersembunyi di situ dan akhirnya
mendirikan penempatan di kawasan bukit tersebut. Nama Sulaiman pula diambil
bersempena nama ketua kumpulan yang mengetuai kumpulan tersebut waktu itu yang
bernama Sulaiman. Oleh hal yang demikian, terciptalah nama tempat tersebut
dengan nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman.[1]
Hendak ditakdirkan, pada tahun 1960
an- 1970 an, kawasan Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini sering dilanda
banjir. Oleh hal yang demikian, penduduk kampung telah memohonkepada kerajaan
untuk memeperuntukkan tanah kepada penduduk kampong dan akhirnya, hasil
daripada bantuan kerajaan penduduk telah berpindah sejauh 1 kilometer dari
tapak kawasan asal menuju ke kawasan penempatan yang baru. Maka, melalui
kejadian itu Kampung Rahmat Changkat Sulaiman telah diubah namanya kepada
Kampung Rahmat Changkat Sulaiman kerana ketua penduduk di situ waktu itu
bersyukur dengan penempatan mereka yang baru dan lebih selamat dari banjir.
Nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman itulah yang kekal digunakan sehingga ke
hari ini. [2]
Difahamkan bahawa keluasan Kampung
Rahmat Changkat Sulaiman ini adalah berjumlah sekitar 60 ekar. Semua penduduk
di Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini adalah Melayu dan uniknya mengenai
kampung ini ialah penduduknya dikatakan semuanya mempunyai pertalian saudara
sekiranya merujuk kepada keturunan asal mereka bermula dengan generasi pertama
sehinggalah sekarang.[3]
Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini mempunyai rangkaian kampung kecil
dibawahnya iaitu Kampung Rahmat Changkat Sulaiman I dan Kampung Rahmat Changkat
Sulaiman II. Kampung ini merupakan sebuah
kampung yang tersusun. Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini telah
melahirkan seorang pemain bola sepak yang telah mnewaikili negeri Perak dalam
Liga Perdana iaitu Mohd Noor HazrulBin Mustafa jersi no 19.[4]
Ketua kampung asal adalah Mohamad sapiaai bin Itam.. Mohamad b Jaafar adalah satu ibu
ReplyDeletelain bapa dengan sapiaai..dan juga bakar bin lodin juga pernah jadi ketua kampung.. Sekian terima kasih