Dalam membahaskan tentang teori kedatangan
Islam ke Kepulauan Melayu, terdapat tiga teori yang diperdebatkan oleh para
sejarawan. Teori pertama adalah kedatangan Islam adalah dari Arab. Sebelum
kelahiran Islam, masyarakat Arab memang terkenal dengan aktiviti perdagangan.
Mereka telah merantau ke nusantara untuk mendapatkan keperluan barang-barang
dagangan seperti emas, kapur barus rempah-ratus dan lain-lain. Kedatangan
Khalifah Umar Al-Khattab (634-644M) ke Rumawi dan Parsi telah menyebabkan ramai
orang dari Parsi telah memeluk Islam. Orang Parsi kemudiannya telah datang ke
Perlak pada masa tersebut dan sekaligus menyebarkan agama Islam. Pedagang Arab bukan sahaja melakukan aktiviti
perdagangan, mereka juga turut menetap di Kepulauan Melayu seterusnya
berlakunya proses asimilasi agama Islam di Kepulauan Melayu samada melalui
kegiatan dakwah ataupun perkahwinan dengan penduduk tempatan. Di dalam
Hikayat-hikayat Melayu Lama misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Acheh,
Sejarah Melayu dan sebagainya ada menyebut tentang kedatangan
pendakwah-pendakwah Arab ke Kepulauan Melayu sekaligus menguatkan lagi
kenyataan tentang teori kedatangan Islam adalah dari Arab.Teori kedua
kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu adalah dari China dan Champa. Aktiviti
perdagangan juga menjadi faktor utama penyebaran Islam dimana China merupakan
kawasan pertemuan antara perdagang-pedagang terutama dari Arab.Menurut kajian
sejarawan, seramai 120,000 orang Islam berada di Canton ketika peerintahan Tang
kemudian pada tahun 879M, satu pemberontakan telah berlaku di China oleh kaum
tani terhadap Dinasti Tang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan telah
mengarahkan supaya semua pertempatan asing di pelabuhan dimusnahkan. Kesannya,
ramai orang-orang Islam yang tinggal di kawasan pelabuhan tersebut melarikan
diri ke selatan terutamanya ke Champa, Kedah dan Palembang. Kedatangan Islam
dari Champa telah dibuktikan dalam Sejarah Melayu dimana ada menyebut bahawa
Indra Vermu anak kepada Raja Champa telah melarikan diri bersama-sama
pengikutnya ke Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1450-1374M)
dan beliau telah disambut dengan baik dan kemudiannya telah dijadikan Menteri.
Catatan lain pula ada menyatakan bahawa seorang raja Champa telah datang ke
Acheh untuk menubuhkan kerajaannya di sana.Teori ketiga kedatangan Islam adalah
dari India. Kajian mendapati bahawa masyarakat India amat bergantung kepada
aktiviti perdagangan selain dari pertanian. Sebelum kelahiran nabi Muhammad
lagi, hubungan perdagangan India telah pun berlaku antara Parsi dan Asia Barat.
Pada kurun ketujuh Masihi lagi dikatakan pedagang Islam telah menjadi orang
tengah di antara pedagang-pedagang Timur seperti India dengan orang-orang
Eropah. Aktiviti perdagangan ini secara tidak langsung telah menyebabkan agama
Islam tersebut tersebar di antara pedagang-pedagang. Bukti yang diberikan oleh
sejarawan terhadapa teori tersebut adalah dari aspek sosio-budaya dimana masyarakat
Kepulauan Melayu banyak mengadaptasi budaya dari India di dalam kehidupan
seharian mereka. Namun, pendapat ini dikatakan banyak pertentangan dan diragui.
Bukti-bukti yang diperdebatkan kebanyakannya tidak logic dan bercanggah
daripada fakta.
No comments:
Post a Comment