nuffnang

Sunday, May 26, 2013

KONFLIK UMAT ISLAM DI SELATAN FILIPINA

Selatan Filipina juga dikenali sebagai Pulau Moro yang meliputi Pulau Mindanao iaitu pulau kedua terbesar di Negara tersebut. Dengan keluasan 1116,895 km persegi, iaitu sepertiga Filipina serta komposisi 20 juta orang terdiri daripada 12 juta penduduk yang menganut agama Islam manakala selebihnya adalah menganut agama Kristian. Pulau Moro sememangnya menjadi tumpuan Negara lain kerana hasil buminya yang kaya termasuklah dalam hasil perlombongan. Tetapi, disebabkan pengabaian Manila terhadap Selatan Filipina tersebut menyebabkan ekonomi dan wilayah ini tidak digilap dan terus malap. Bangsa Moro pula terbahagi kepada tiga kelompok terbesar iaitu Tausung atau Sulu, Magindanao dan Meranau. Ketiga-tiganya mengamalkan budaya dan bahasa berlainan. Namun, satu-satunya yang menjadi persamaan adalah agama Islam yang dianuti mereka.
Konflik umat Islam di Selatan Filipina adalah disebabkan oleh perbezaan agama yang telah menimbulkan banyak masalah yang berlarutan. Hal ini telah menyebabkan konflik sehingga bangsa Moro bertekad untuk mewujudkan Negara Islam yang merdeka dan terpisah dengan Kerajaan Filipina. “Jihad Moro” telah bermula pada era penjajahan Sepanyol selama 377 tahun (1521-1898), hal ini telah diikuti dengan siri pemberontakan 47 tahun menentang Amerika (1898-1946) sebelum memasuki era seterusnya yang membawa kepada penindasan Bangsa Moro oleh kerajaan Manila sendiri sejak 1946 sehingga abad ke- 21. Pemberontakan pernah berlaku oleh umat Islam Moro kerana pada tahun 1971, orang Kristian di Filipina telah membunuh sebanyak 70 orang bangsa Moro di Majid menyebabkan orang Islam Moro marah dan membidas kembali perbuatan tersebut.
Pada 1972, MNLF telah ditubuhkan oleh Nur Misuari. Ramai yang turut serta dalam pembentukan awal penubuhan tersebut. Perjanjian bersama kerajaan dalam memberikan kawasan autonomi Moro telah berjaya dilakukan pada 1996. Namun, perjanjian tersebut tidak memuaskan dengan kehadiran peneroka Kristian yang telah memonopoli tanah tersebut sehingga sebanyak 72.5 peratus adalah terdiri daripada orang Kristian pada tahun 2000
Walaubagaimanapun, kemuncak perjuangan bangsa Moro berlaku apabila wujudnya penubuhan organisasi yang memperjuangkan nasib bangsa Moro iaitu “Moro Islamic Liberation Front” (MILF) pada 1981 yang bermatlamat untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Moro yang bebas dan merdeka. Penubuhan tersebut adalah hasil daripada perpecahan dalam bangsa Moro iaitu MNLF dengan MILF. Hal ini disebabkan masalah dalaman MNLF iaitu Nur Misuari telah menyeleweng bantuan kerajaan Filipina ketika menyandang jawatan Gabenor pertama Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), maka MILF telah ditubuhkan pula oleh Murad dan Salamat setelah keluar dari MNLF bagi meneruskan perjuangan asal mereka. MNLF akhirnya kehilangan pengaruh dan Nur Misuari dipenjarakan di Manila. Sejak dari itu, pertempuran sering berlaku di selatan Filipina. Lebih memburukkan keadaan apabila terdapatnya campur tangan dari luar di Mindanao.

Namun, sehingga tahun 2012, Perjanjian Pemilikan Tanah Warisan  antara MILF dan kerajaan Filipina  telah ditandatangani. Perjanjian tersebut adalah berkaitan dalam kedudukan tanah warisan, hak dan keadilan Bangsa Moro. Ia merupakan titik awal Bangsa Moro dalam mencorakkan kedamaian di Mindanao. Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa perjuangan umat Islam di selatan Filipina patut dipuji kerana mereka telah bermati-matian dalam memperjuangkan hak dan agama mereka tanpa jemu. Walaupun perkara tersebut sudah berlaku bertahun lamanya.

No comments:

Post a Comment