Melaka
dikatakan berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Kepulauan Melayu dengan
melihat kepada tiga aspek utama iaitu ekonomi, politik dan sosial . Dari segi
ekonomi, pada kurun ke-15 Melaka telah menjadi pusat perdagangan terpenting di
Nusantara kerana kedudukannya geografinya yang strategi iaitu berada di antara
Lautan Hindi dan China. Kedudukan tersebut telah menjadikan Melaka sebagai
pusat tumpuan oleh para pedagang untuk berhenti dan berlindung daripada angin
monsun. Melaka kemudiannya telah menjadi kawasan tumpuan untuk pengumpulan
hasil perdagangan dari pelbagai kawasan. Kepesatan aktiviti pedagangan di
Melaka tersebut telah mendorong kepada perkembangan Islam di Melaka. Hal ini
kerana pedagang Islam yang berdagang juga telah memperkenalkan agama Islam
kepada penduduk tempatan dan juga pedagang-pedagang lain yang turut berdagang
di sana. Sifat-sifat terpuji yang ditonjolkan oleh pedagang Islam telah menarik
minat pemerintah, pembesar dan rakyat Melaka untuk menerima ajaran Islam
tersebut. Dalam mengembangkan agama Islam, pemerintah Melaka sendiri telah
menggalakkan pedagang-pedagang Melaka turut melakukan aktiviti dakwah ke tempat
lain dengan menggunakan pelabuhan-pelanuhan pantai dari utara Jawa, Maluku,
Palembang, Tanjung Pura, Gerisek, Puntianak, Sulawesi dan lain-lain. Hasilnya,
Islam dapat berkembang dengan lebih pesat lagi ke serata Kepulauan Melayu.
Seterusnya adalah faktor pemerintah
sendiri yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Melaka sebagai pusat
penyebaran Islam di Kepulauan Melayu. Parameswara
merupakan pemerintah pertama yang telah membangunkan kerajaan Islam di Melaka
kerana baginda merasakan bahawa Islam mempunyai daya tarikan yang kuat untuk
mendapatkan kemenangan dan pengaruh yang luas di bumi nusantara berbanding
agama Hindu dan Buddha. Satu bukti yang dapat diberikan untuk menunjukkan
bahawa pemerintah bersungguh-sungguh mempelajari Islam adalah Sultan Mansur
Syah yang gigih mengkaji dan mempelajari kitab Dur al-Manzum dengan Maulana Abu
Bakar sehingga menerima pujian dari Maulana kerana kepintaran beliau dalam
pengajian tersebut. Pada zaman baginda, baginda telah meminta putera pelarian
dari Cempa (Champa) yang datang memohon perlindungan di Melaka bersama
orang-orangnya memeluk agama Islam.
Selain daripada itu, Melaka juga
telah berperanan dalam menyebarkan agama Islam di bawah jajahan taklukannya.
Penaklukan oleh Melaka telah berlaku dengan pesat pada zaman Bendahara Paduka
Raja Tun Perak (1456-1498M). Empayar Melaka adalah meliputi Pahang, Terengganu, Kedah, Pattani,
Johor, Kelantan, Kampar, Siak, Rokan, Inderagiri, Siantan, Kepulauan
Riau-Lingga, Jambi dan lain-lain. Islam telah diterima secara baik oleh
penduduk jajahan taklukan Melaka tersebut dengan pelbagai faktor iaitu
keselamatan nyawa, ingin mendapat pangkat, mengambil hati dan yang paling
penting adalah faktor kemurnian agama Islam itu sendiri. Hal ini sekaligus
menyebabkan hubungan Melaka dengan negeri jajahan tersebut semakin erat atas
alasan mempunyai agama yang sama.
Faktor lain yang
menjadikan Melaka berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Kepulauan Melayu
adalah politik yang stabil di Melaka. Hal ini dapat dilihat antara hubungan
Melaka dengan China yang baik dan akrab. Antara buktinya adalah melalui
perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah yang menjadikan hubungan yang
lebih erat antara Melaka dan China terjalin. Selain daripada itu, hubungan
diplomatic yang dilakukan Melaka terhadap kuasa-kuasa asing seperti Siam,
Majapahit dan China menjadikan kedudukan Melaka berada dalam keadaan yang
selamat.
No comments:
Post a Comment