Peranan
ulama di Nusantara sememangnya sangat penting dalam menyebarkan agama Islam di
Nusantara. Pada abad ke-17 Masihi dapat dilihat bahawa peranan ulama sangat
menonjol dalam menyebarkan agama Islam di Nusantara. Kehadiran mereka di
Nusantara sememangnya telah disambunt baik oleh masyarakat tempatan. Hal ini
kerana dengan sifat-sifat terpuji yang mereka ada telah menyebabkan masyarakat
tempatan berasa selesa dan tertarik untuk menerima Islam. Antara sifat-sifat
yang perlu ada dalam diri seorang ulama adalah perlu berani, jujur, amanah,
tajam fikiran, alim, tidak mempercayai khurafat, berilmu, mengikut cara atau
sunnah nabi, tidak berputus asa dan tidak memberi peluang kepada orang lain
untuk berputus asa dan bersifat murni. Jadi, dengan sifat-sifat yang mereka ada
telah memberi kemudahan kepada para ulama untuk masuk dalam sesebuah
masyarakat. Namun, tanpa restu dan kebenaran daripada pemerintah, usaha dalam
melakukan dakwah sememangnya sukar untuk dilakukan. Jadi, dalam perjuangan
mereka,peranan mereka ini dapat dilihat di dalam tiga aspek iaitu aspek politik,
ekonomi dan social. Dalam aspek politik, dapat dilihat bahawa ulama telah
memainkan peranan penting iaitu menjadi pendamping kepada pemerintah. Buktinya,
ulama Nuruddin Al-Raniri telah mendapat tempat yang baik di sisi Sultan
Iskandar Thani di Acheh dan telah memangku Jabatan Syaikh Al-Islam iaitu salah
satu kedudukan tertinggi di Kesultanan di bawah Sultan sendiri. Peranan beliau
antaranya adalah sebagai penasihat kepada Sultan. Beliau sendiri sangat
dikagumi oleh para wakil pedagang Belanda telah menggelarnya sebagai “Moorish
Bishop” (Paderi orang muslim). Hal ini telah memudahkan penyebaran agama Islam
dan membuktikan bahawa peranan ulama di Nusantara sangat penting dalam aktiviti
dakwah. Dalam aspek ekonomi pula, ulama telah memainkan peranan mereka dengan
menggunakan ilmu Islam yang mereka ada dalam menyelesaikan masalah-masalah
ekonomi yang ada di Nusantara. Sebagai contohnya, ajaran Islam yang mengajar
umatnya supaya bersifat jujur dalam menjalankan urus niaga tanpa pengamalkan
riba dan rasuah. Penerapan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai
pedagang-pedagang tertarik dengan ajaran Islam. Dalam aspek social pula, ulama
telah banyak memainkan peranan dalam menghasilkan kitab-kitab yang banyak dan
bermanfaat. Buktinya, dapat dilihat pada ulama Nuruddin Al-Raniri di Acheh.
Walaupun beliau merupakan seorang yang sangat sibuk. Namun, beliau telah
berjaya menghasilkan banyak karya yang terdiri daripada perlbagai bidang ilmu
Islam seperti ilmu fiqh, hadith, sejarah, akidah, tasawwuf, dan perbandingan
agama. Antara hasil karyanya adalah Hidayat Al-Habib fi al-Targhib wa
al-tarhib, Bustan al-Salatin dan lain-lain.beliau telah menulis karyanya
kebanyakannya dari bahasa Jawi agar penduduk tempatan dapat membacanya. Manakala,
ulama Abd Al-Rauf Al- Sinkli pula telah menghasilkan tafsir al-Quran secara
lengkap dalam Bahasa Melayu iaitu karya bernama Tarjuman al- Mustafid. Banyak lagi karya yang ditulis oleh beliau
yang berunsur ilmu agama. Antaranya adalah dalam bidang hadith, ilmu zahir,
tasawuf dan lain-lain.Selain daripada itu, dari segi seni bina, dapat dilihat
dengan pembinaan masjid-masjid bagi menyemarakkan lagi aktiviti dakwah mereka. Selain
daripada itu, dalam bidang politik ini, ulama telah menyebabkan terhapusnya
undang-undang kejam yang dilakukan oleh pemerintah kepada pesalah-pesalah yang
melakukan jenayah. Sebagai contohnya, amalan menjilat besi dan mencelup minyak
terhadap pesalah.Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ulama telah banyak
memberikan sumbangan yang besar kepada Nusantara dengan menyebarkan ajaran
Islam dan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat tempatan. Dengan
sumbangan-sumbangan yang besar mereka dalam penghasilan karya, seni bina, adab,
undang-undang mengikut Islam dan lain-lain telah menyebabkan keharmonian kepada
penduduk dan mengurangkan masalah-masalah sesebuah Negara dari segi politik,
ekonomi dan social.
No comments:
Post a Comment