nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Kedatangan Barat pada abad ke-19 memberi implikasi terhadap perkembangan politik dan sosio-ekomomi di Asia Timur pada awal abad ke-20. Bahaskan.



1.0 PENDAHULUAN

Sepanjang abad ke-19, kuasa-kuasa Barat bertapak dan memberi kesan kepada negara di Asia Timur. Misalnya Negara China sendiri telah mengalami kemerosotan daripada pelbagai aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini kerana dasar dan sikap China yang memandang Barat dan orang luar sebagai Barbarian akhirnya membawa padah kepada China sendiri. Keegoaan China terhadap Barat ini juga akhirnya membawa kepada peperangan iaitu Perang Candu 1 dan Perang Candu II di China. Keadaan ini telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa Barat lain seperti Rusia, Jerman, Perancis dan Itali untuk turut sama memperluaskan kuasa di China. Misalnya, Rusia, Jerman dan Perancis turut masuk campur dalam menangani krisis antara China dan Jepun berhubung isu Korea pada akhir abad ke-19. China terpaksa menyerahkan Semenanjung Lioutong kerana tindakanya yang mendapatkan bantuan daripada tiga kuasa Barat tersebut.

Sepanjang abad ke-19 juga turut memperlihatkan beberapa kebangkitan rakyat China ekoran rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan China. Antaranya Kebangkitan Taiping (1850-1864), Kebangkitan Nien (1851-1868), Kebangkitan Orang Islam Yunnan (1855-1873), Kebangkitan Tungan (1862-1878). Kebangkitan rakyat meluas disebabkan sentimen anti-asing terutamanya terhadap Barat turut tercetus pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 menerusi Pemberontakan Boxer. Namun, pada awal abad-20 terutamanya selepas Pemberontakan Boxer 1900 yang dilihat telah menjatuhkan imej kerajaan dan untuk mengelak daripada terus ditekan Barat, kerajaan Ching cuba untuk memodenkan dan melakukan perubahan dalam pentadbiran negara disamping menggunakan cadangan daripada Gerakan Seratus Hari turut diaplikasikan dalam pembaharuan tersebut.

Sungguhpun begitu, keadaan Jepun pada abad yang ke-20 berbeza dengan keadaan China. Pada awal abad ke-20, Jepun mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial yang kukuh ekoran usaha pemodenan yang dilakukan oleh Meiji. Pemodenan yang dilakukan oleh Meiji adalah melalui 3 dasar utama iaitu Fukoku Kyohei (menjadikan Jepun kaya dan mempunyai tentera yang kuat), Shokushan Kogyo ( memperkembangkan industri dan meningkatkan perniagaan), serta Bumnmei Kaika ( meningkatkan kesedaran nasionalisme dan budaya Jepun). Dengan itu, teras yang digunakan oleh Jepun ini akhirnya memberi kesan kepada ekonomi Jepun yang semakin berkembang, mempunyai tentera yang kuat, nasionalisme rakyat semakin meningkat serta akhirnya menyebabkan Jepun muncul sebagai negara moden di Asia.



2.0 Perkembangan politik di China

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan kuasa Barat telah memberikan kesan kepada system politik di kerajaan Asia Timur termasuk juga di China. Namun, jika dilihat secara terperinci, pergolakan di China bukan sahaja disebabkan oleh kuasa Barat sahaja,tetapi terdapat juga faktor dalaman yang menyebabkan kepada peristiwa ini. Empayar China telah menjadi rebutan kuasa penjajah Barat dan Jepun. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan kegagalan pihak pemerintah untuk menangani kemaraan kuasa-kuasa asing di China.

2.1 Revolusi 1911

Revolusi 1911 merupakan salah satu daripada kesan kedatangan kuasa Barat ke China. Perasaan anti kerajaan Manchu dalam kalangan pemimpin revolusi seperti Sun Yat Sen. Oleh yan demikian, beliau mencadangkan idea untuk mengadakan revolusi di China untuk menggulingkan pemerintah kerajaan Manchu. Revolusi 1911 ini telah berlaku secara tidak sengaja apabila sebutir bom telah jatuh di landasan keretapi di ibu pejabat puak revolusi di Wuchang, Hupeh pada 9 Oktober 1911. Apabila mereka berjaya menjatuhkan Wuchang, Li Yuan-Hung telah dilantik untuk menjadi pemimpin revolusi. Sun Yat Sen tidak dilantik sebagai pemimpin adalah kerana beliau pada ketika itu berada di Denver, Colorado. Namun, setelah beliau kembali ke China, beliau kemudiannya menubuhkan Republik China dan menjadi presiden sementara. Dalam hal ini, terdapat persoalan yang timbul apabila Sun Yat-sen dikatakan merupakan presiden pertama Republik China. Namun sebenarnya, beliau hanya merupakan presiden sementara.

Pada masa itu, kerajaan Ch’ing masih lagi wujud namun goyah lalu mereka memberikan kuasa sepenuhnya kepada Yuan Shih Kai untuk mengetuai angkatan tentera untuk menghapuskan Revolusi 1911. Dalam penentangan angkatan oleh Yuan Shih Kai ini, mereka berjaya menawan Wuchang, Hankow dan seterusnya Hanyang. Peristiwa ini memberikan tamparan hebat kepada pihak revolusi dan mereka bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai. Rundingan ini mencapai persetujuan untuk melantik Yuan Shih-kai untuk menjadi presiden sementara republik China atas persetujuan Sun Yat-sen. Sebagai balasan, Yuan Shih-kai bersetuju untuk mendesak kerajaan Dinasti Ch’ing untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi. Pada 13 Januari 1912, maharaja turun daripada takhta dan pada masa inilah secara rasminya pemerintahan beraja ataupun feudal dimansuhkan. Dalam hal yang sama, Yuan Shih-kai mengangkat sumpah untuk menjadi presiden sementara dan berjanji akan meletakkan jawatan apabila parlimen memilih presiden baru.

2.2 Perpecahan Wilayah di China

Keangkuhan Yuan Shih-kai yang bersikap membelakangkan negara telah mengarahkan kepada masalah perpecahan wilayah di China. Hal ini demikian kerana pada tahun 1913, Yuan Shih-kai berusaha untuk mengubah undang-undang dan peraturan pilihan raya presiden. Dalam hal ini, Yuan Shih-kai telah mengarahkan tenteranya untuk mengepung parlimen dan ini menyebabkan parlimen terpaksa memilih Yuan Shih-kai sebagai presiden. Setelah persidangan yang dijalankan antara Yuan Shih-kai dan wakil dua delegasi daripada setiap wilayah China dan lapan daripada Mongolia, Tibet dan Chinghai. Satu perlembagaan baru telah dibentuk pada 1 Mei 1914. Hasil persidangan juga menyatakan bahawa jawatan presiden akan disandang selama 10 tahun dan boleh diperbaharui tanpa had serta presiden sendiri mempunyai kuasa untuk melantik penggantinya. Tidak lama kemudian, atas desakan anak sulungnya, Yuan Shih-kai ingin mengembalikan sistem monarki dan kemaharajaan di China dan dipersetujui oleh Dr. Frank J.Goodnow. Apabila Yuan Shih-kai mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja baru di China sekaligus dengan Perlembagaan Gemilang. Manakala, dalam perhubungan antarabangsa pula, beliau telah menerima desakan pihak asing seperti Tuntutan 21 dari Jepun, dan mengiktiraf kepentingan dan kedudukan Rusia di Mongolia Luar serta menandatangani pengiktirafan dan kedudukan British di Tibet.

Walau bagaimanapun, usaha YuanShih-kai menjadi maharaja telah mendapat tentangan daripada wilayah-wilayah China. Hal ini secara tidak langsung telah mengarahkan kepada perpecahan apabila terdapat beberapa wilayah yang mengisytiharkankemerdekaan dan penentangan terhadap Yuan Shih-kai. Misalnya di Yunan pada 23 Disember 1915, Yuan Shih-kai diberikan amaran oleh gabenor wilayah itu untuk menarik balik tindakan beliau menjadi maharaja. Apabila Yuan Shih-kai enggan, maka beberapa buah wilayah turut bertindak mengisytiharkan kemerdekaan. Contohnya pada 27 Disember 1915, Kweichow mengikut Jejak Yunan dan ini diikuti oelh Kwangsi pada 15 Mac 1916. Keadaan bertambah serius apabila berlakunya perpecahan dalam kalangan tentera Yuan Shih-kai di Peking. Atas desakan dan tentangan pegawai dan rakyat, akhirnya Yuan Shih-kai bersetuju untuk menghapuskan system monarki dan kemaharajaan yang hanya berusia 83 hari. Namun, tindakan beliau ini gagal meredakan keadaan kerana terdapat beberapa buah wilayah lagi yang mengisytiharkan kemerdekaan seperti Kwangtung, Chekiang, Shansi,Szechwan dan juga Hunan. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa tindakan Yuan Shih-kai yang melaintik dirinya sebagai maharaja China merupakan punca berlakunya perpecahan wilayah di Negara tersebut.

2.3 Pergolakan Politik

Kesan seterusnya adalah pergolakan politik di China. Setelah Yuan Shih-kai meninggal pada 6 Jun 1916, pada tahun seterusnya iaitu 1917, Sun Yat-sen telah menubuhkan kerajaan di selatan China yang berpusat di Canton. Namun begitu, beliau tidak mempunyai banyak kuasa kerana kuasa sebenar adalah di bawah ketua wilayah Kwangsi iaitu Lu Yung-t’ing yang merupakan seorang panglima perang bagi Kwangtung dan Kwangsi. Hasrat Sun Yat-sen untuk menyatukan semula China tidak dipersetujui oleh panglima perang dan beliau disingkirkan daripada kerajaan tentera lalu beliau melarikan diri ke Shanghai. Pada Oktober 1920 iaitu setelah Chen Chiung-Ming dan dua orang rakannya berjaya merampas Canton dari puak Kwangsi, mereka menjemput Sun Yat-sen untuk menubuhkan kerajaan baru di Canton. Dalam hal ini, Sun Yat-sen telah dilantik menjadi presiden manakala Chen Chiung Ming pula menjawat jawatan gabenor. Namun berlaku perselisihan faham antara kedua pemimpin ini apabila Sun Yat-sen masih lagi ingin meneruskan hasratnya untuk menyatukan China lalu Sun Yat-Sen memecat Chen Chiung-ming.

Pada masa yang sama situasi politik di utara China berubah dengan kumpulan Wu Pei-fu berjaya merampas kerajaan Peking. Dengan ini, Wu Pei-fu mendesak supaya Sun Yat-sen meletak jawatan sebagai presiden. Dalam hal yang sama, Wu Pei-fu juga memberi sokongan kepada Chen Chiung Ming untuk merampas kuasa. Hasilnya, ibu pejabat Sun Yat-sen telah dibom dan beliau melarikan diri ke Hong Kong dengan pertolongan british. Kemudiannya, beliau ke Shanghai dengan menaiki kapal Rusia iaitu The Empress of Russia pada 1922. Pertemuannya dengan Soviet Union telah mengubah nasibnya kepada lebih baik apabila bertemu dengan Adolf Joffe. Sementara itu, dengan sokongan panglima-panglima perang, Sun Yat-sen berjaya menyingkirkan Chen Chiung Ming dan menguasai semula Canton. Kesedaran beliau tentang kerapuhan kedudukannya telah menyebabkan Sun Yat-sen telah mencapai kesefahaman dengan Adolf Joffe dan membawa kebangkitan KMT pada tahun-tahun 1920an dan 1930an.

2.4 Kemunculan Panglima Perang

Kesan seterusnya adalah kemunculan panglima perang. Selepas kematian Yuan Shih-kai, tiada seorang pemimpinyang berani untuk mengambil tempatnya sebagai pemimpin yang berkuasa di China. Walaupun beliau telah menamakan calon penggantinya iaitu Xu Shichang, Li Yuan-hung dan Tuan Chi-jui, namun tidak seorang pun yang berani untuk menerima tawaran tersebut.Pada akhirnya, Li Yuan-hung telah dilantik untuk menjadi presiden walaupun Li Yuan-hung tidak berkeyakinan untuk menjawat jawatan tersebut. Hal ini menyebabkan beliau senang untuk dimanipulasikan oleh pemimpin-pemimpin tentera iaitu panglima-panglima perang. Panglima perang yang paling kuat pada ketika itu ialah Anhwei, Fengtian dan Chihli yang terdiri daripada bekas jeneral tentera Peiyang. Mereka inilah yang menguasai sesuatu kawasan dengan pemerintahan autonomi.

Oleh kerana kelemahan kerajaan republic maka pihak kerajaan gagal untuk mengawal kumpulan ini dan memperoleh kesetiaan mereka. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan ketiadaan pemimpin yang kuat untuk menguasai wilayah-wilayah China. Hal ini menyebabkan wilayah-wilayah China ini jatuh ke tangan kumpulan-kumpulan tentera yang bebas untuk memerintah beberapa wilayah. Selain itu, mereka juga membentuk undang-undang, mengeluarkan wang dan juga mengenakan cukai di wilayah masing-masing. Semasa era panglima perang ini, kehidupan rakyat ditindas dengan membayar cukai yang tinggi disamping berkhidmat untuk keperluan perang. Keadaan ini juga menyebabkan sering berlaku perang saudara di China antara wilayah-wilayah tertentu.

Di China, sebagai kesimpulannya, kedatangan kuasa Barat sememangnya telah memberikan perubahan besar dalam politik. Perebutan kuasa dan ketidakpuashatian dalam pemerintahan yang akhirnya mengarahkan kepada berlakunya Revolusi 1911 telah memberikan banyak kesan di China. Sebagai contoh adalah seperti perpecahan wilayah, pergolakan politik dan kemunculan panglima perang yang bersikap autokratik dalam memerintah wilayah mereka. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan Negara, malah rakyat China sekali yang turut hidup menderita. Namun, keruntuhan China bukan sahaja disebabkan oleh kedatangan Barat, namun disebabkan oleh faktor dalaman Negara itu sendiri kerana sering berlaku perebutan kuasa dan perselisihan antara pemimpin sehingga Barat mengambil kesempatan itu untuk campur tangan. Dalam hal ini juga kita dapat lihat bahawa sistem maharaja juga telah dilupuskan.

3.0 Perkembangan Ekonomi Di China

Ekonomi China berbeza berbanding dengan ekonomi Jepun. Kedatangan Barat telah membawa perubahan bukan sahaja dari segi politik dan sosial tetapi telah menyebabkan kemerosotan ekonomi di negara China. Hal ini juga berkaitan dengan dasar dan sikap pemerintah China yang memandang rendah terhadap orang Barat dan menganggap orang luar sebagai barbarian telah menyebabkan China mengalami pelbagai masalah. Ekonomi di China mula berubah selepas kedatangan Barat. Sebelum kedatangan Barat, China mementingkan ekonomi sara diri. Mereka beranggapan tidak memerlukan barangan daripada negara lain. Oleh itu China mengamalkan dasar tutup pintu pada waktu sebelumnya. Namun demikian, China mengamalkan dasar buka pintu setelah Barat menembusi perdagangan China dengan membawa masuk candu sehingga berlakunya Perang Candu. China banyak terlibat dengan peperangan sehingga menyebabkan ekonomi China terjejas dan ia berlarutan sehingga abad ke-20.



3.1 Modal Pembangunan

Negara China memerlukaan modal-modal asing untuk pembangunannya. Oleh itu, wakil kerajaan asing menganggap sudah tanggungjawab menentukan supaya modal negaranya mendapat sama banyak pertimbangan untuk pelaburan dan menjaga kepentingan penanam modal dari negaranya. Negara China memerlukan modal asing kerana mereka telah mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil kerana sebelum ini mereka telah berhadapan dengan peperangan misalnya perang Jepun-China. Orang Barat mula melakukan tekanan terhadap China yang memiliki politik yang masih terbelakang. Orang asing ingin memonopoli perniagaan atau keistimewaan hasil bumi China.

3.2 Pelabuhan

Perkembangan perdagangan selepas kedatangan Barat ini menyebabkan kawasan pelabuhan berkembang seperti Canton. Pengeksportan teh melalui Canton sebanyak 20 miliion setahun yang dimonopoli oleh Syarikat India Timur. Kemajuaan pelabuhan ini berkembang ekoran China hanya membenarkan peabuhan yang tertentu sahaja untuk urusan perniagaan. Namun begitu, pada abad ke-20, kerajaan China telah gagal memastikan standard kualiti perdagangan teh sehingga Japan dan India telah mengambil pasaran dunia jauh dari China. Negara China juga mengalami perubahan dalam ekonomi apabila berlakunya kemajuan dalam pengangkutan air. Misalnya di pelabuhan Canton, sesiapa yang melalui pelabuhan ini akan dikenakan sistem Kiangsi dan Hunan. Dengan adanya pengangkutan air, ia dapat menanggung kos perjalanan yang tinggi dan menjimatkan masa ke tempat yang lebih jauh disamping mempergiatkan urusan perdagangan. Perkembangan perjanjian perdagangan pada akhir abad ke-19 merupakan kebangkitan semula perdagangan komersil yang sudah ada semasa pra-Rebellion China.

3.4 Penubuhan Bank

Penubuhan bank dan institusi kewangan telah wujud sekian lama. Terdapat juga bank-bank asing yang berperanan menjadi pengeluar modal untuk aktiviti import dan eksport di China. Hal ini demikian kerana Barat ingin memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan dengan lancar dan dapat mengaut keuntungan serta pertukaran mata wang dapat diuruskan dengan cepat. Kedatangan Barat telah membuka bank di China. Pembukaan bank ini supaya Barat dapat menghantar keuntngan mereka ke negara asal dengan hanya menggunakan pertukaran sahaja. Bank pertama ditubuhkan di China ialah Britsh-Chartered Oriential Banking Corporation. Cawangan bank ini terdapat di Hong Kong pada tahun 1845 dan Shanghai pada tahun 1848. Kemunculan bank dari Barat ini di China telah menyebabkan China berasa disaingi. Berikutan dengan itu, China telah telah menubuhkan Commercial Bank of China pada tahun 1898 dengan modal sebanyak 5 juta tael. Pada tahun 1905, Hu-pu Bank telah ditubuhkan dan ditukarkan kepada Bank of China pada tahun 1912. Pada awal abad ke-20, bank-bank tempatan semakin bertambah dan jumlahnya telah mencapai 59 buah. Hal ini jelas sekali memperlihatkan penduduk China mampu bersaing dengan Barat.



3.5 Penanam Kapas

Kegiatan penanam kapas semakin meningkat secara mendadak di China. Hal ini kerana permintaan kapas yang tinggi sebagai bahan mentah utama dalam industri pemintalan kapas terutama di Tientsin dan Shanghai. Selain itu juga, kapas menerima permintaan industri kecil di kawasan luar bandar dan sehingga abad ke-20, ia menjadi aktiviti utama di China. Kegiatan industri di China tidak begitu berkembang ekoran negara China berhadapan dengan masalah ekonomi yang semakin merosot disebabkan memilik hutang yang tinggi dan juga telah berhadapan dengan pelbagai peperangan. Selain itu, ekonomi di China juga terhad kerana mereka hanya menetapkan pelabuhan Canton untuk menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara luar. Selain daripada kapas, China juga berkembang dalam industri sutera. Permintaan kain sutera tinggi dari Barat dan China juga telah mendapat peralatan dengan meniru peralatan daripada Barat untuk mempercepatkan lagi proses pembuatan dalam perindustrian.

4.0 Perkembangan Sosial di China

Idea pembaharuan China pada abad ke-20 ini disokong oleh Junglu, Chang Chih-tung dan Liu Kun-i. Hal ini kerana, mereka mula faham bahawa negara China bukannya kerajaan yang kuat dan orang Barat harus difahami. Keadaan ini menunjukkan secara perlahan-lahan pengaruh Barat diserapkan dalam sosio - budaya masyarakat China. Di China, kehadiran kuasa Barat telah mencabar beberapa institusi tradisional China. Salah satu institusi tradisional awal yang dicabar ialah konsep Anak Syurga dan pusat dunia (Middle Kingdom ). Dengan itu, kuasa Barat menuntut supaya persamaan harus dijalankan dalam usaha menjalin hubungan dengan mereka. Namun demikian, pihak China telah menolak sebarang persamaan dengan negaranya. China juga memandang kuasa Barat sebagai kuasa yang tidak bertamadun dan tidak layak dilayan sebagai sebuah kuasa yang suci seperti negara China sendiri. Oleh itu, perwakilan Barat diminta untuk melakukan adat kow tow iaitu sujud kepada Maharaja China dan dianggap sebagai negara pembawa ufti kepada maharaja China. Sikap tertutup China ini dibalas dengan kekerasan oleh kuasa Barat. Namun demikian, sikap China terhadap kuasa Barat masih tidak berubah sepenuhnya walaupun telah dikalahkan oleh pihak Barat. Sikap anti-British semakin jelas dilihat pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20.

Dalam budaya China ini juga telah berlaku pemulihan iaitu melalui larangan yang dikenakan mengenai perkahwinan campur di antara orang-orang Manchu dan orang-orang Cina. Larangan tersebut ditarik balik secara langsung sebagai langkah untuk menyatupadukan orang-orang Cina. Hal ini kerana, penyatuan orang China amat penting untuk membentuk masyarakat china berkerjasama antara satu sama lain bagi mengelakkan berlakunya pengaruh Barat. Sejurus selepas itu, puak-puak nasionalis cina telah membatalkan pemakaian Taucang yang dipaksa ke atas orang-orang Cina yang membezakan mereka antara cina atau Manchu. Wujud juga gerakan kebudayaan Baru melalui Ch’en Tu-hsiu (1879-1942) yang menolak budaya menyusahkan seperti perkahwinan yang diatur, mengecilkan kaki dan mengutamakan anak lelaki. Namun begitu ada juga dikalangan rakyat China disarankan membina China baru dan bukanya menerusi budaya China yang sudah lama dan ketinggalan misalnya yang dilakukan oleh Sun Yat Sen melalui revolusi 1911 yang berjaa membentuk China baru dari aspek politik ekonomi dan sosial mengikut cara Barat.

Pada tahun 1901 satu dikri dikeluarkan untuk menyusun semula sistem pendidikan negara sejajar dengan pendidikan di Barat. Dalam dikri itu, buat pertama kalinya kanak-kanak perempuan dibenarkan menuntut ilmu. Seterusnya, pendidikan Barat termasuk sains, matematik, kejuruteraan dan geografi telah dibenarkan diajar di sekolah-sekolah. Sistem peperiksaan lama telah dihapuskan pada 29 Ogos 1901. Ianya telah digantikan dengan peperiksaan baru berdasarkan sejarah China dan pengetahuan tentang negara asing. Orang China mula dihantar ke Eropah dan Jepun untuk mempelajari sains baru, ekonomi dan pemikiran baru. Kementerian pendidikan juga ditubuhkan pada tahun 1906. Sekolah-sekolah wilayah pula dibina atas peruntukan kewangan daripada gabenor wilayah. Usaha juga dibuat untuk menyeragamkan sistem persekolahan China yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi. Manakala, Universiti Imperial Peking ditubuhkan dengan melantik Dr. W.A.P. Martin sebagai ketua Fakulti Hal Ehwal Luar. Perkembangan sistem pendidikan ini adalah penting bagi menggerakkan negara China supaya semakin mengamalkan anti-Barat. Hal ini kerana dengan pendidikan masyarakat China akan memiliki cara pemikiran yang boleh melawan Barat supaya tidak terpengaruh dengan dasar yang dilakukan oleh Barat. Namun, dasar pendidikan juga bukan satu penghalang bagi budaya Barat untuk disebarkan kepada masyarakat China.

Melalui pendidikan penubuhan Universiti yang ditubuhkan juga turut menghasilkan kesedaran terhadap pelajar berpendidikan tersebut dan mulai berani menyuarakan pendapat serta pandangan mereka terhadap budaya China. Umumnya, gerakan yang berlaku pada 4 Mei 1919 banyak menentang pemikiran lama harus diganti dengan pemikiran yang lebih maju. Alternatif yang mereka cadangkan ialah penyerapan tamadun Barat ke dalam tamadun China. Daripada pemikiran ini menjadikan pemikiran pelajar China lebih matang untuk menangani bukat setakat soal budaya tetapi juga menyentuh soal negara. Keadaan inilah yang mencetuskan insiden 4 Mei 1919 yang membantah Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil. Salah satu kesan penting dalam gerakan ini ialah lahirnya fahaman baru dalam pemikiran rakyat China melalui kesedaran pendidikan.

Dalam bidang kesusasteraan pula, pada abad ke-20 telah berlaku reformasi sastera China. Keadaan itu berlaku kerana kelemahan tamadun China menghadapi cabaran kuasa Barat. Reformasi tersebut turut membawa perubahan dalam pemikiran masyarakat cina. Selain itu, pemodenan dalam bidang pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang tampil untuk mengubah pemikiran masyarakat China menerusi kesusasteraan. Peristiwa 4 Mei 1919 menunjukkan reformasi penting dalam kesusasteraan kerana munculnya keprihatinan penulis sastera yang cuba membawa kesusasteraan untuk semua orang tanpa mengira darjat ataupun kedudukan dalam masyarakat itu sendiri. Oleh itu, gerakan beliau ini dinamakan sebagai zaman kesusasteraan baru.

Kemasukan agama kristian yang dibawa oleh orang Barat menjelang abad ke-20 telah mengancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China seperti Konfusius,Taoism dan Buddha. Di bawah perjanjian Tientsin golongan mubaligh dibenarkan bergerak ke pedalaman China. Manakala konvensyen Peking pada tahun 1860 memberi hak kepada gerakan mubaligh untuk menyewa dan membeli tanah untuk tujuan pembinaan gereja. Ini bermaksud golongan mubaligh ini berjaya bergerak bebas di China.Dalam usaha mengembangkan agama kristian,pertubuhan-pertubuhan kristian berlumba-lumba untuk mengkristiankan orang China. Pada masa yang sama,pertubuhan ini juga berusaha meluaskan pengaruh wilayah mereka.Oleh itu,para mubaligh bersedia untuk melindungi pemeluk agama kristian daripada tindakan undang-undang. Sepanjang abad ini,terdapat beberapa kes pertelingkahan agama dan golongan mubaligh ini juga turut membantu mereka yang terlibat dalam perselisihan penduduk tempatan.

Perasaan anti-golongan kristian ini berterusan dengan tersebarnya khabar angin menerusi risalah dan poster yang membuat pelbagai tuduhan ke atas ajaran kristian.Antaranya adalah dengan mengatakan bahawa golongan mubaligh ini akan mengcungkil mata kanak-kanak untuk tujuan membuat barangan logam yang berharga. Golongan mubaligh ini juga menggunakan kesempatan daripada dikenakan undang-undang China dan perlindungan daripada kuasa asing untuk meluaskan pengaruh mereka.Antara mereka yang cuba mengambil kesempatan ialah Joham Baptist Von Anzar yang merupakan ketua penggerak agama kristian dan dikenali sebagai The Society of The Divine World.(S.V.D). Anzar menjadi tokoh penting dalam mendesak kerajaan Jerman untuk menghantar tentera mereka ke China selepas berlaku Insiden Chuyeh (1897). Keadaan inilah yang berlaku di China setelah kedatangan Barat yang turut menyebarkan agama kristian dan memberikan pelbagai implikasi terhadap perkembangan agama di China menjelang abad ke-20.

Kedatanga Barat ke China pada awal abad ke 20 turut membawa perubahan dalam bidang ketenteraan. Pembaharuan dari segi ketenteraan ini adalah dengan menyusun semula Tentera Lama China untuk menjadi tentera yang kuat.Sebelum pembaharuan,tentera ini diuruskan oleh pihak kerajaan pusat.Pemimpin wilayah lebih awal mengadakan pembaharuan seperti Yuan Shi-Kai yang mewarisi tentera Peiyang dari Li Hung-chang dan Chang Chih-tung. Pada 1901,pihak kerajaan pusat menyeru kerajaan wilayah menyusun semula tentera mereka.Pada masa yang sama,sistem peperiksaan tentera China dihapuskan dan usaha juga dibuat untuk mendirikan akademi tentera.

Pasukan tentera lama diserap menjadi tentera simpanan.Pada tahun 1904, pihak kerajaan mendirikan tentera baru yang terdiri daripada 36 divisyen dengan setiap unit terdiri daripada 12 500 orang. Selain itu terdapat juga unit dibentuk sebagai simpanan yang dikenali sebagai First Call dan second Call.Tentera Baru ini akan diletakkan dibawah kawalan Kementerian Tentera. Manakala bahagian tentera laut dipisahkan daripada kementerian ini dan wujud sebagai sebuah organisasi kerajaan tersendiri.

5.0 Perkembangan politik di Jepun

Dari segi politik di Jepun, dengan termeterainya Perjanjian Kanagawa pada 31 Mei 1854 antara Amerika Syarikat dengan Jepun telah membuka pintu Negara Matahari Terbit tersebut kepada kuasa Barat. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pencerobohan kuasa Barat ini telah membawa kesan daripada pelbagai aspek termasuklah politik Jepun. Proses asimilasi kuasa Barat ini dapat dilihat di Jepun terutamanya pada zaman pemerintahan Maharaja Meiji. Hal ini demikian kerana, pemodenan yang dilakukan oleh Meiji adalah mengikut cara Barat.

Dalam corak perlembagaan, Dewan Negara iaitu dajo-kan telah diwujudkan. Dewan Negara ini dipimpin oleh seorang pengerusi dari keturunan bangsawan iaitu Sanjo Sanetomi ini mempunyai tiga pembahagian. Pertama adalah Dewan Kiri yang berperanan menjaga perihal perundangan. Kedua adalah Dewan Kanan yang bertugas untuk mengawasi kementerian manakala Dewan Pusat pula mengawasi dua dewan yang lain serta membentuk pejabat peperangan Shinto.

Selain itu, Meiji juga mewujudkan sistem pemusatan kuasa. Dalam hal ini, Edo telah dipilih menjadi ibu Negara yang baharu dan maharaja pula ditempatkan di istana kepunyaan syogun. Setelah Tokugawa digulingkan, Meiji melakukan pemusatan kuasa di kawasan yang sangat luas yang pernah dimiliki oeh Syogun Tokugawa. Namun, kawasan ini pula dibahagikan kepada wilayah dan pentadbiran di kawasan-kawasan lain dibawa secara beransur-ansur ke dalam sistem yang digunakan di wilayah baru. Dalam masa yang sama juga, cukai dan halangan ekonomi antara wilayah dihapuskan.

Di samping itu, penghapusan daimyo juga berlaku. Dalam hal ini, daimyo telah digantikan dengan gabenor. Kebanyakan daimyo yang bersetuju menjadi gabenor adalah disebabkan ketakutan mereka untuk kehilangan hak istimewa mereka pada masa hadapan. Pada bulan Ogos 1871, maharaja telah menghapuskan semua wilayah dan menjadikan 75 buah wilayah kepada 45 sehingga pada hari ini.

Penghapusan sistem feudal lama kurang mendapatkan tentangan daripada rakyat. Ketiadaan penentang mesti juga dilihat sebagai petunjuk untuk penembusan pengetahuan Barat dan implikasi antarabangsa dalam kalangan pemimpin tempatan,yang berpendidikan di seluruh Jepun. Lagipun, ganti rugi untuk daimyo yang lama adalah sangat banyak. Kebanyakan mereka yang menjadi gabenor tidak lagi menghadapi masalah kewangan oleh kerana mereka terlepas daripada membayar cukai kepada samurai, kos pentadbiran dan hutang daerah. Namun, dalam hal ini, golongan samurai pula yang tidak berpuas hati kerana gaji mereka telah dikurangkan sebanyak 5o peratus kerana telah tidak dibayar lagi oleh daimyo lama. Keadaan ini telah menyebabkan mereka berasa kurang senang dan menghadapi kesukaran hidup terutamanya golongan samurai bawahan.

Pada tahun 1879, satu perhimpunan telah dibuat dan pemilihan dan agenda dilakukan. Oleh kerana surat khabar laris di pasaran, kerajaan telah mengenakan Undang-Undang Surat Akhbar 1875. Perhimpunan hendaklah mendapatkan permit daripada polis. Konflik antara peminjam kerajaan konservatif dengan lawan mereka telah mencapai kemuncak pada tahun 1991. Oleh itu, Okuma Shigenabu mencadangkan pilihan raya dijalankan pada tahun 1882 dan ahli kabinet haruslah bertanggungjawab kepada parlimen mengikut undang-undang British. Pada tahun 1890, terdapat beberapa parti politik ditubuhkan seperti Parti Jiyoto iaitu sebuah Parti Liberal yang dipimpin oleh Itagi dan Goto Shojiro dan Rikken Kaishinto yangmerupakan Parti Progresif bawah pimpinan Okuma masing-masing mendapat pengaruh daripada fahaman politik Perancis dan Inggeris.

Manakala Ito, telah mengetuai misi ke Eropah pada tahun 1882 untuk mengkaji sistem kerajaan di sana jelas membuktikan bahawa beliau serius dalam aspek pembinaan negara. Beliau telah melawat ke beberapa buah Negara namun merasakan bahawa Jerman merupakan negara yang paling sesuai untuk dicontohi sistem politiknya oleh Jepun. Setelah kembali, beliau menggubal beberapa dasar ke arah demokrasi terkawal dan dirancang dengan teliti. Pada tahun 1884, gelaran bangsawan yang baharu yang diperlukan untuk membentuk Dewan Pertuanan dalam usaha mengusulkan perlembagaan telah dibentuk. Ia mengandungi lima tahap kedudukan iaitu putera raja, marquis, count, viscount dan baron. Manakala kabinet menggantikan dajo-kan di bawah pemerintahan maharaja dan ini memberikan Ito lebih kuasa. Pada tahun 1888 pula, Majlis Privy ditubuhkan untuk menasihati maharaja. Kemudian, Perlembagaan Meiji diumumkan pada Februari 1889 dan menjadi sistem perwakilan kerajaan pertama yang digunakan di Asia. Perlembagaan ini dilihat sebagai hadiah maharaja kepada penduduk Jepun. Hal ini kerana baginda merupakan komander tertinggi dalam angkatan tentera darat, dan laut. Secara tidaklangsung, keadaan ini memberikan Ito kuasa veto. Dalam Dewan Pertuanan terdiri daripada para bangsawan yang mewakili bangsawan bawahan. Manakala, Dewan Perwakilan pula mengandungi 300 ahli yang berusia lebih 25 tahun dan membayar cukai 15 yen setahun. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada 466 orang. Selain itu, Perdana Menteri juga turut dilantik oleh maharaja dengan nasihat daripada pegawai-pegawai yang berpengalaman.

6.0 Perkembangan Ekonomi Di Jepun

Barat mula menjalankan hubungan dengan Jepun melalui perjanjian. Amerika Syarikat banyak kepentingan dengan Jepun terutamanya dalam ekonomi. Hal ini berikutan dengan aktiviti penangkapan ikan paus. Kapal Amerika Syarikat terlah terkandas di pinggir laut Jepun dan Jepun telah memberi layanan yang buruk. Berikutan dengan peristiwa itu, Komonder Perry telah datang kali kedua ke Jepun pada 1854 dan memaksa Jepun untuk membuat “Perjanjian Kanagawa”. Faktor lain ialah perkembangan perniagaan dengan China menerusi Canton, terbukanya California sebagai Rebutan Emas tahun 1849 dan kemajuan dalam bidang pelayaran menggunakan tenaga wap. Kedatangan Barat ke Asia Timur pada abad ke-19 ini telah membawa perubahan dan kesan kepada sistem ekonomi di China dan Jepun pada awal abad ke-20. China telah mengalami kemerosotan ekonomi berbanding Jepun yang semakin kukuh dalam ekonomi.

6.1 Perbankan

Sistem perbankan telah ditubuhkan bagi memulihkan mata wang yang digunakan oleh negara Jepun. Penubuhan bank ini merupakan satu langkah yang diambil pada tahun 1872 dimana ianya mencontohi bank-bank di Amerika Syarikat bagi memulihkan sistem ekonomi Jepun. Bank kebangsaan pertama yang dikenali sebagai “First National Bank” telah ditubuhkan pada tahun 1873 dengan gabungan dua keluarga terkaya di negara Jepun. Mereka melakukan pemulihan kewangan dalam tahun 1872 apabila bank-bank ditubuhkan oleh kerajaan. Sementara itu berlaku masalah dalam Sistem Bank Negara kerana sistem tersebut melibatkan wujudnya sebuah badan pusat iaitu Bank Jepun yang dijadikan sebagai cawangan kewangan kerajaan. Fungsi bank ini semakin berkembang apabila perdagangan dengan dunia luar membawa banyak keuntungan dan berlakunya pengaliran mata wang asing ke Jepun. Pada tahun 1882, Bank Pusat telah ditubuhkan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai agen kewangan kerajaan Jepun. Terdapat juga bank lain ditubuhkan bagi menjalankan tugas membiayai perdagangan asing dan mengawal pertukaran wang iaitu Bank Yokohama. Kemudian Bank Hokkaido dan Bank Formosa ditubuhkan.



Berikutan dengan penubuhan bank ini, Jepun dapat membina satu sistem kewangan dan urusan-urusan bank yang kukuh secara beransur-ansur utnuk membangunkan negara. Penubuhan bank ini diwujudkan ekoran kemajuan dalam sistem perdagangan. Hal ini kerana Barat perlu menyimpan duit dan menghantar duit untuk urusan perdagangan. Oleh itu, bank telah diwujudkan setelah kedatangan Barat bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa kerana untuk menghantar kewangan ke negara asal ia akan mengambil masa yang lama dan akan menjejaskan sistem perdagangan yang dijalankan. Selain itu, kewujudan bank ini juga bagi menstabilkan ekonomi Jepun. Justeru Jepun telah membuat Sistem Bank Negara sendiri bagi menyayingi bank asing yang bertapak di Jepun.

6.2 Perindustrian

Kemajuan perindustrian ini didorong oleh perkembangan daripada bidang pertanian. Ekonomi sara diri yang diamalkan di Jepun telah mewujudkan perindustrian. Hal ini menunjukkan bahawasanya Jepun memiliki ekonomi yang semakin berkembang meningkat. Menjelang tahun 1920, pengeluaran industri sudah meningkat sehingga 20 kali ganda. Namun begitu, berlakunya ekonomi pesat yang bergantung kepada eksport berikutan pasaran dalam negara yang pesat. Selain itu, jurang pendapatan kegiatan pertanian dengan perindustrian ini telah melahirkan satu kelas pekerja dan kemudian mempengaruhi perkembangan politik. Kewujudan perindustrian ini di Jepun setelah Barat memperkenalkan cara untuk mewujudkan industri-industri di Jepun. Barat cuba untuk menerapkan kegiatan ekonomi mereka di Jepun bagi memudahkan pemprosesan barang dengan lebih cepat kerana barangan mentah senang untuk diperolehi. Industri berat dan industri kimia dapat dilihat semakin berkembang pada tahun 1930-an. Perkembangan ini juga disebabkan Barat telah menjemput pakar dalam penyelidikan indutri bagi mengembangkan lagi industri di tanah Jepun yang kaya dengan hasil bumi.

Berikutan dengan perkembangan perindustrian, bidang pertanian semakin tenggelam dan kerajaan tidak menitik beratkan kegiatan pertanian. Pada tahun 1920, pengeluaran industri sudah berjaya mengatasi pertanian sebagai penyumbang utama kepada ekonomi. Sumbangan industri berat dan industri kimia memenuhi pasaran sehinggakan sumbangan industri ringan seperti tekstil mulai menurun daripada 80 peratus kepada 50 peratus. Kumpulan perniagaan seperti Zaibatsu, Mitsui, Mitsubishi dan Sumitomo semakin menonjol dan semakin menguasai ekonomi di Jepun. Namun begitu, lewat tahun 1920 dan awal tahun 1930, masalah kemelesetan ekonomi telah menyebabkan industri terpaksa membuat perubahan struktural yang menyeluruh untuk meneruskan persaingan di peringkat antarabangsa. Industri tekstil paling laris disebabkan harganya yang murah. Berbanding dengan negara lain, Barat lebih suka untuk mendapatkan barangan industri daripada Jepun ekoran Jepun telah banyak menghasilkan sutera sehinggakan harga barang yang dihasilkan itu menjadi murah. Penghasilan sutera yang banyak ini disebabkan Jepun memelihara ulat sutera yang banyak dan sesuai dengan iklim di Jepun.

6.3 Kemajuan Teknologi

Kemasukan teknologi juga telah mendorong kemajuan dalam perindustrian Jepun. Ia dipelopori oleh pengurus baharu firma yang mengutamakan keuntungan. Contoh teknologi yang diperolehi ialah nilon dan poloster, industri keluli, perkapalan, petrokimia dan jana kuasa air. Dalam industri kereta moto pula, teknologi dari Eropah telah berjaya memperbaiki mutu kualiti kereta Jepun yang mula dieksport secara besar-besaran selepas tahun 1965. Manakala institusi kewangan telah membantu dalam menyediakan modal untuk industri seperti Bank of Jepun, Bank of Tokyo dan bank-bank lain. Jepun juga turut mendapat bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat dan juga mendapat teknologi baru seperti Toy Rayon dan Dupont. Kemunculan teknologi ini bagi mempercepatkan proses penghasilan sesuatu produk. Oleh itu, Barat berusaha untuk memperkenalkan teknologi yang belum sedia ada di Jepun bagi memudahkan urusan mereka terutamannya dalam memajukan industri yang kian mendapat sambutan di pasaran perdagangan.


6.4 Sistem Pengangkutan memajukan ekonomi

Perkembangan dalam sistem pengangkutan darat dan laut telah memudahkan lagi proses ekonomi komersial dijalankan di Jepun dan China. Begitu juga perkembangan dari segi perhubangan seperti telegraf, perkapalan dan jalan raya. Di Jepun, penduduk di kawasan bandar banyak terlibat dengan kegiatan ekonomi komersial. Salah satu ekonomi komersial yang dijalankan di Jepun ialah perusahaan kapas. Peningkatan pengeluaran kapas di Barat Jepun untuk tujuan komersial turut menggalakkan pertumbuhan industri sampingan seperti penanaman indigo untuk dijadikan perwarna. Selepas itu, perusahaan secara persendirian digalakkan. Menjelang tahun 1894, sepanjang 2118 batu jalan raya telah dibina dan digunakan. Hal ini berikutan untuk untuk pembangunan dalam perniagaan. Barat cuba untuk mengubah sistem pengangkutan tradisional kepada sistem yang lebih cepat dan mudah untuk mempercepatkan lagi perkembangan ekonomi. Apabila kegiatan ekonomi dapat dhantar dan diproses dengan cepat maka keuntungan dapat diperolehi dengan lebih cepat juga.

6.5 Sistem Kapitalis

Sistem pengeluaran kapitalis juga diamalkan oleh penduduk Jepun walaupun prosesnya amat pelahan dan hanya ketara di kalangan syarikat besar, manakala syarikat kecil masih lagi dengan cara pengeluaran tradisional. Sistem ie yang menekankan kerjasama secara berkumpulan turut mendorong kepada usaha dalam bidang komersial. Pengusaha baharu yang terdiri daripada bekas bushi, petani kaya dan saudagar kecil turut memberi sumbangan kepada bidang komersial. Antara kapitalis yang berjaya ialah Eiichi Shibusawa yang dikaitkan dengan bank kerajaan Daiichi dan kilang kertas Oji, Takeo Yamanobe dengan kilang tekstil Osaka Spinning dan Yutaro Iwasaki dengan industri perkapalan. Keluarga Mitsui pula telah menceburi bidang baharu seperti perbankan, insurans, tekstil, gula dan pengeluaran jentera. Pada suku abad ke-20, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah bertukar kepada Zaibatsu atau kapitalis monopoli yang mempunyai kuasa besar selepas mereka menjalinkan hubungan rapat dengan pemerintah. Sebelum bangkitnya sistem kapitalis, iaitu semasa wujudnya sistem feudal, manusia belum lagi memajukan cara-cara untuk menguasai dunia semulajadi atau untuk menghasilkan barangan yang mencukupi bagi setiap insan. Oleh itu, Barat telah memperkenalkan di Jepun dimana kapitalis ini merupakan sistem ekonomi yang lebih besar dan pengeluarannya lebih banyak. Ini akan menguntungkan pihak Barat dan diikuti oleh Jepun.

Pada sekitar tahun 1904 sehingga tahun 1905, telah berlakunya penambahan pelaburan oleh sektor swasta. Ini jelas sekali kedatangan Barat telah memperkenalkan sektor swasta dalam ekonomi Jepun. Barat memperkenalkan sektor swasta ini bagi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak berbanding bergantung dengan kerajaan semata-mata. Sektor pertanian masih lagi dianggap sebagai ekonomi utama negara Jepun tetapi keadaannya masih seperti pada zaman feudal. Perniagaan yang lebih dianggap moden ialah pengeluaran tekstil dan bir oleh Kirin dan Sappora. Pengeluran sake pula masih menggunakan cara tradisional.

7.0 Perkembangan Sosial di Jepun

Pemodenan Meiji merupakan satu revolusi yang dimulakan dari atas oleh golongan elit tradisional dan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum dan selepas tahun 1880-an. Peringkat pertama dicirikan oleh kemasukan pengaruh Barat tanpa sekatan sehingga menggugat nilai-nilai tradisi di samping pemBaratan yang lebih terpilih untuk diasimilsikan kepada keadaan tempatan. Pada peringkat pertama pemodenan Meiji kerap juga disebut sebagai era bunmei kaika. Perkara ini turut merangkumi ciri seperti pandangan negatif terhadap tamadun tradisonal Jepun, harapan yang tinggi terhadap masa depan, mengutamakan contoh budaya dari Barat termasuk dari segi pemakanan dan cara hidup misalnya makan daging lembu, memakai topi dan membaca kitab injil serta terdapat juga ciri-ciri berkaitan komitmen yang menyeluruh terhadap ilmu sains, teknologi serta ilmu yang mempunyai nilai utiliti dan pandangan baharu terhadap kemanusiaan termasuk menentang stratafikasi sosial Tokugawa tetapi tidak semestinya bersifat demokratik.

Disamping itu juga, aspek makanan seperti makan daging dengan menggunakan menggunakan cara tradisional iaitu percampuran cara pemakanan Barat dan tradisional akhirnya melahirkan sejenis masakan yang dinamakan sukiyaki yang turut ada sehingga pada masa kini. Percampuran cara dan budaya hidup ini juga disebabkan oleh perkahwinan campur dengan orang eropah untuk mendapatkan zuriat yang baik disamping penggunaan bahasa asing sebagai bahasa komunikasi.

Keadaan Jepun yang berubah mengikut cara Barat telah menjadikan masyarakatnya lebih maju dan berfikiran dengan bijak dalam menjalankan kehidupan mereka. Hal ini kerana cara hidup Jepun yang berubah kepada gaya Barat menyebabkan orang-orang Jepun menukar sikap memusuhi orang-orang luar kepada ‘dasar buka pintu’. Pemikiran rakyat Jepun juga telah terpengaruh dengan perkara-perkara berbentuk kebendaan dan berbanding buah fikiran, nilai-nilai moral dan sosial yang datang dari Barat. Perubahan cara pemikiran Barat ini sekaligus secara beransur-ansur rakyat Jepun dan pemimpin Jepun mula tahu akan perubahan semasa yang berlaku di Jepun. Fesyen baharu dalam berpakaian dan stail, tabiat dan kelaziman semakin menjadi ikutan dan kemuncaknya sampai tahun 1980-an. Misalnya, rambut Samurai di bahagian atas kepala dicukur dan rambut selebihnya diangkat ke atas, terbukti tidak praktikal dengan pengenalan topi moden pakaian seragam tentera, jadi potongan rambut cara Barat mula menular. Wanita pula berlajar menggunakan mesin jahit baharu untuk menghasilkan pakaian berstail Barat. Budaya moden Barat mula dilihat menyerlah juga di Jepun pada 1920-an seperti di Amerika Syarikat yang digelar ‘flapper’ atau ‘moga’ melalui panggilan orang Jepun yang bermaksud ‘modern girl’.

Perubahan yang diperoleh daripada cara Barat ini juga mewujudkan sistem pendidikan yang semakin baik dan semakin berkembang setaraf dengan negara maju. Hal ini kerana berikutan pembaharuan Meiji telah memberikan kesedaran kepentingan ilmu pendidikan dalam kehidupan zaman moden. Mereka menyedari masyarakat yang cekap dari segi teknikal amat diperlukan untuk kuasa moden. Pihak tentera juga memerlukan tenaga yang mampu membaca dan mempelajari teknik-teknik Barat. Industri zaman moden juga memerlukan pekerja terlatih dan sebilangan besar mereka yang mahir dari segi teknikal untuk membina kemakmuran dan kekuatan negara. Pada tahun 1871, kerajaan telah mewujudkan Kementerian Pendidikan dan mula memperkenalkan pengajian peringkat university yang mengikut corak Barat.

Perkembangan pendidikan ini adalah penting bagi melahirkan generasi yang professional dalam membangunkan Jepun untuk menjadi sebuah negara yang maju. Misalnya, dasar pendidikan yang dikeluarkan pada tahun 1890 sebenarnya bertujuan menekankan keharmonian dan kesetiaan rakyat Jepun. Usaha memperkembangkan pendidikan juga dilihat apabila menjelang abad ke-20, boleh dikatakan bahawa semua kanak-kanak di Jepun telah mendapat pelajaran masing-masing di sekolah. Sistem pendidikan asas selama enam tahun telah diperkenalkan diikuti dengan pemilihan pelajar secara lebih terperinci untuk melanjutkan pelajaran selama lima tahun di sekolah menengah, dan selama tiga tahun di sekolah tinggi serta akhir sekali pengajian selama tiga tahun di peringkat universiti.

Dalam bidang kesusasteraan moden Jepun pula bermula dengan Tsubouchi Shoyo ( 1859 - 1935 ) yang menegaskan sastera itu perlu dianggap sebagai bidang seni yang bebas. Kebebasan yang dibuat dalam bidang kesusasteraan ini sangat mudah bagi Jepun menyedarkan rakyatnya dalam meningkatkan semangat nasionalisme mereka. Begitu juga mereka bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka melalui cara pemikiran mereka khususnya perbezaan antara pemikiran tradisional mereka dan cara pemikiran mereka selepas kedatangan Barat. Disamping itu, kesusasteraan Inggeris juga telah dijadikan model sastera model Jepun dengan memberi perhatian kepada emosi manusia dan keadaan sebenar kehidupan manusia. Kemudian terdapat pula cabaran untuk menulis novel poltik seperti Shiba Shiro pada tahun 1885 yang menyentuh keadaan semasa khususnya di Jepun dan Timur Jauh. Dalam bidang kesusasteraan juga terdapat permintaan yang meningkat terhadap terjemahan bahasa karya-karya Barat. Antara terjemahan yang paling popular iaitu karya Jules Verne. Novel-novel yang ditulis oleh penulis Jepun mempersembahkan perlakuan yang baharu dan berani serta ada antaranya mengisahkan pergerakan revolusionari di pelbagai tempat. Dengan itu ia dianggap mempunyai sedikit sahaja nilai seninya.

Begitu juga puisi turut menerima pengaruh dari Barat. Peminat-peminat puisi Jepun mendapat ‘haiku’ atau ‘waka’ ( juga dikenali dengan tanka atau puisi pendek ), mempunyai kekurangan untuk melahirkan perasaan atau idea-idea baharu. Kumpulan ini turut menggalakkan penterjemahan puisi Barat selain mewujudkan puisi baharu yang berasaskan karya agung dari Barat. Misalnya, Masaoka Shiki (1867 – 1902 ) yang begitu memandang rendah karya puisi Kokinshu yang tidak menggambarkan semangat sebenar orang Jepun berbanding Manyoshu yang bercirikan sifat kelakian sejati ungkapan yang berterus terang dan keikhlasan. Varley berpendapat bahawa aspek penting yang difokuskan oleh pemuisi Jepun ialah realisme yang kemudianya menjadi nilai estetik moden terpenting dalam tradisi kesusasteraan Jepun. Oleh itu, dengan adanya kesusasteraan ini memberikan manfaat kepada rakyat Jepun memperkembangkan lagi kebolehan mereka dalam pelbagai pengetahuan. Keadaan ini juga sekaligus menyebabkan pemikran rakyat sentiasa berkembang untuk membangunkan negara Jepun sebagai sebuah negara maju.

Perubahan dalam bidang seni bina berlaku setelah kedatangan Barat di Jepun menjelang abad ke-20. Pada mulanya iaitu sebelum pengaruh Barat tersebar dalam bidang seni bina, kayu merupakan asas kepada seni bina tradisional Jepun sama ada untuk membina rumah ibadat, rumah sekuler, istana atau rumah orang biasa. Ini dapat dilihat melalui biara Horyuji, Istana Katsura dan keramat Ise yang dibina semula setiap 20 tahun berasaskan reka bentuknya. Selain kayu,bahan lain yang turut digunakan dalam pembinaan bangunan tradisional ialah paper screen, tatami, plaster, tanah liat dan genting untuk atap.

Selepas tahun 1868,berlaku perubahan besar dengan kemasukan barangan baharu seperti simen,konkrit,besi,batu bata selain bentuk seni bina Barat.Seni bina Barat mula dilihat di Ginza yang telah dibangunkan semula pada tahun 1874 melalui 300 rumah batu dua tingkat. Bagunan baharu ini telah berjaya menjadi tarikan orang Jepun ketika itu.Kini bagunan lama zaman Meiji sudah jarang kelihatan kecuali di Hakodate atau universiti lama seperti Todai dan Kyodai selain tempat pelancongan yang kurang dikenali bernama Meiji Mura ( kampung Meiji).Tempat ini mempamerkan replica bangunan Meiji termasuk hotel Imperial yang terkenal.

Menjelang abad ke 20,teknik pembinaan berasaskan konkrit semakin diterima walaupun bangunan-bangunan yang terkenal seperti Muzium Kebangsaan di Ueno,Tokyo dan Okumeikan ataupun Hotel Imperial masih direka bentuk oleh arkitek asing termasuk yang menjadi tenaga pengajar di Todai seperti Josiah Conder. Hotel Imperial yang direka bentuk oleh Frank Llyod Wright diterima umum sebagai hasil penting seni bina Jepun moden yang menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden.Lewat tahun 1920-an,mereka semakin yakin untuk menggabungkan nilai-nilai tradisional dengan pengaruh Barat dalam hasil kerja mereka.Selepas tahun 1945,pembinaan semula Jepun telah dijalankan dengan rancak termasuk membina rumah dan pejabat baru.Tetapi ledakan pembinaan dengan kemunculan pengsapuri puluhan tingkat di kawasn Bandar dan pinggir Bandar berlaku selepas 1945.Oleh itu,jelaslah bahawa pengaruh seni bina Barat amat besar dalam mempengaruhi seni bina jepun.

Selain itu,kedatangan Barat turut mempengaruhi taraf kedudukan golongan wanita di Jepun yang dahulunya tidak dipandang tinggi oleh masyarakat Jepun.Golongan wanita inilah merupakan suatu golongan masyarakat yang menerima perubahan drastik hasil modenisasi Jepun.Walaupun kanak-kanak perempuan diberi peluang ke sekolah rendah bersama-sama kanak-kanak lelaki tetapi ia terhenti seakat itu sahaja.Tiada peruntukan dibuat oleh kerajaan untuk kaum perempuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Kebanyakkan perempuan duduk rumah dan ada yang bekerja membantu suami.Walau bagaimana pun,keadaan ini berubah selepas berlaku perang dan pemodenan Jepun apabila golongan perempuan dibenarkan masuk mendengar syarahan di Universiti Diraja Tokyo.

Terdapat juga kolej-kolej kristian untuk golongan perempuan dan ianya lebih unik berbanding Negara-negara lain iaitu Universiti Perempuan Jepun dibina pada tahun 1901 khusus untuk golongan perempuan sahaja. Oleh itu,ramai golongan wanita Jepun menceburi diri dalam bidang perguruan,perubatan,kewartawanan dan bidang-bidang professional lain menjelang abad ke-20.

Kemasukan agama kristian di Jepun berlaku sewaktu Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah.Pada mulanya kemasukan orang-orang Barat adalah untuk mengembangkan sektor pertanian kerana Jepun ketika itu amat menitikberatkan sektor pertanian. Namun peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menyebarkan agama kristian dalam kalangan masyarakat Jepun. Keadaan ini menyebabkan Bandar Nagasaki kelihatan seolah-olah di perintah oleh orang kristian. Kebanyakkan penduduk disitu beragama kristian dan gabenor-gabenor di Bandar itu berada di bawah pengaruh paderi.

Paderi-paderi itu bukan saja dilihat mempunyai kuasa yang agak besar,malah mereka juga telah berani bertindak mengambil sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis yang datang dari Macao.Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menjaga dan meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah aliran kristian. Kedatangan orang Barat telah memberi implikasi besar terhadap agama dan kepercayaan masyarakat Jepun yang dahulunya berpegang kepada kepercayaan tradisional mereka sehingga berjaya mempengaruhi mereka untuk menganut agama kristian termasuklah pemerintah Jepun sendiri pada awal babd ke 20.

8.0 Implikasi Perkembangan Barat Terhadap Politik, Ekonomi Dan Sosial China Dan Jepun secara keseluruhan.

Kedatangan Barat awal abad ke-19 telah membawa perubahan kepada negara China dan Jepun. Sebelum kemasukkan orng Barat, China dan Jepun menjalankan dasar tutup pintu dimana orang asing tidak dapat memasuki negara China dan Jepun. China terutamanya menganggap diri mereka sebagai ‘middle kingdom’ dan tidak suka bergantung dengan orang lain. Negara ini beranggap mereka tidak memerlukan sebarang bantuan atau keperluan dari negara luar kerana makanan dan tanaman di negara mereka dapat menampung keperluan rakyat. Jepun pula mengamalkan gaya tradisional dan mengalami perubahan setelah penguasan Meiji.

Jika dilihat perkembangan kemasukkan Barat ke negara China dan Jepun sememang telah mengubah politik, sosial dan ekonomi mereka. Secara umumnya, kemasukkan Barat telah mengubah sistem politik di China dan Jepun. Sistem feudal telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem pemerintahan yang baru. Revolusi telah wujud di China akibat daripada penentangn dalam pemerintahan. Di Jepun pula wujudnya Dewan Negara dan sistem pemerintahan yang lebih sistematik.

Dari segi ekonomi, negara China mengalami masalah kemerosotan ekonomi ekoran daripada masalah peperangan yang dihadapi dengan negara lain. China mengalami perubahan setelah kedatangan barat dimana kemasukkan candu dan teknologi. Namun demikian kemasukkan ini tetap tidak mengubah kedudukan ekonomi China kerana China banyak berhutang dengan negara luar untuk membangunkan negara mereka. Manakala di Jepun, ekonomi Jepun semakin berkembang ekoran kemasukan teknologi dan perkembangan bank serta sistem kapitalis dan faktor lain yang diperkenalkan Barat mengubah ekonomi Jepun kepada yang lebih stabil.
Dari segi sosial, pula China dan Jepun banyak mengalami perubahan. Hal ini kerana Barat telah mempengaruhi pemerintahan di China dan Jepun. Perubahan yang jelas berlaku adalah seperti agama Kristian diperkenalkan, pendidikan diterapkan, budaya hidup diganti dengan cara baru, seni bina mendapat ilham yang lebih menarik, serta kesusasteraan banyak memberi kesedaran kepada penduduk di China dan Jepun.


9.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kedatangan Barat pada awal abad ke-19 ini telah memberikan pelbagai kesan terhadap negara asia timur yang merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Namun begitu, kesan daripada pengaruh Barat di negara Asia Timur ini bukan sahaja untuk kepentingan Barat sahaja tetapi negara Asia Timur telah berubah untuk setanding dengan negara-negara Barat. Misalnya Jepun sendiri yang menggunakan dasar pandang ke Barat untuk memajukan negaranya standing dengan negara Barat iaitu dasar Jepun yang menggunakan dasar pembinaan negara Barat untuk membentuk kembali negara Jepun yang kuat dan kukuh sama ada melalui aspek politik, ekonomi dan sosial. Manakala China pula yang tidak berapa suka akan kedatangan Barat turut terpengaruh dengan dasar Barat sehingga berlaku perubahan dalam dasar negara China sendiri serta sistem tradisional China sendiri telah dihapuskan. Oleh itu, kedatangan Barat pada abad ke-19 turut memberi kesan pada awal abad ke-20 dan seterusnya memberikan perubahan terhadap negara Asia Timur. Perubahan melalui pembaharuan ini semakin mengukuhkan negara Asia Timur dan berkembang untuk menjadi sebuah negara yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment