nuffnang

Sunday, May 26, 2013

KAMPUNG AA TIN, SUNGKAI, PERAK

Kampung AA Tin berasal daripada nama sebuah syarikat perlombongan bijih timah iaitu Austral Amalgamated Tin yang dimiliki oleh orang Inggeris yang menjalankan operasinya sekitar tahun 1950 an di kawasan kampung ini. Pada awalnya kawasan Kampung AA Tin ini merupakan sebuah ladang getah yang dinamakan Nagora Estate.  Setelah lebih kurang 26 tahun beroperasi, syarikat ini telah menamatkan perkhidmatannya dan menyerahkan semula kawasan ini kepada kerajaan negeri pada akhir tahun 1970 an. Oleh hal yang demikian, pekerja lombong yang sebelum ini bekerja dan tinggal di dalam kapal telah kehilangan tempat untuk berteduh kerana majikan mereka sudah pulang ke negara asal.[1] Oleh itu, semua bekas pekerja berkenaan telah bersepakat untuk memohon menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan dan ianya telah mendapat kelulusan dari kerajaan dalam tahun 1980 an. Difahamkan Kampung AA Tin waktu itu telah menerima 94 lot tapak rumah untuk penempatan.[2]
Kampung AA Tin ini difahamkan tidak mempunyai kawasan pertanian individu dan khusus kepada kawasan perumahan sahaja. Kawasannya pula adalah berbentuk lot kosong untuk tapak rumah. Di bawah Kampung AA Tin ini terdapat rangkaian beberapa kampung yang lain seperti Kampung Muhibbah, Kampung AA Tin Tambahan, dan Kg Haji Ismail. Keluasan Kampung AA Tin ini secara keseluruhannya pula dianggarkan sejumlah 80 hektar.


[1] Temubual bersama ketua kampung AA Tin En Mat Ghaffar 76, pada 8/10/2012.
[2] Fail profail Kampung AA Tin oleh setiausaha, Hj Mohd Hydzer Bin Mohd Yusop.

No comments:

Post a Comment