nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Bahaskan hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat bermula selepas Perang Dunia Pertama sehingga Perang Dunia Kedua.

1.0              PENGENALAN
Jepun pada mulanya mengamalkan dasar pintu tertutup atau isolasi. Dasar pintu tertutup ini menjadikan Jepun sebuah negara yang tidak bergantung pada kuasa barat dalam segala hal termasuk ekonomi perdagangan, pentadbiran dan sosial. Walaubagaimanapun, dasar isolasi Jepun telah berakhir pada 1 Julai 1853 dengan kehadiran Komodor C. Matthew Perry yang menjalinkan persahabatan dan perdamaian dengan Jepun dan cuba menegaskan Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap sebagai musuhnya. Jepun juga sebenarnya khuatir jika negaranya senasib dengan China jika masih mengamalkan dasar isolasi. Maka, dengan termeterainya Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika, tamatlah dasar isolasi yang diamalkan oleh Jepun sejak berabad lama. Tambahan lagi, Perjanjian Kanagawa juga merupakan titik permulaan Jepun menjalinkan hubungan dengan salah satu daripada negara-negara Barat.
Selain itu, pada tahun 1868,  Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun pada ketika itu  telah menjalankan perubahan keatas sistem ekonomi feudal kepada sistem pentadbiran dan ekonomi  gaya barat. Salah satu pembaharuan dalam sejarah Meiji juga adalah dengan munculnya hak kebebasan rakyat iaitu pendemokrasia pada 1880. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia.
Di samping itu, Jepun  mula menjalinkan hubungan dengan Britain sebelum Perang Dunia Pertama lagi iaitu dengan termeterainya Persetiaan Inggeris-Jepun 1902. Melalui isu Persetiaan 1902, Britain lebih menunjukkan sikap pro-Jepun walaupun tidak bersetuju dengan pendudukan Jepun ke atas Wilayah China keranatidak menghiraukan dasar berkecuali negeri China. Britain tidak memainkan peranan lansung terhadap kemasukan tentera Jepun ke negara China.
Masalah Manchuria dan Korea juga telah membawa Jepun mempunyai hubung kait dengan pihak negara barat  iaitu Rusia. Bagi mencari jalan penyelesaian ini juga satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Yamagata-Lobanoff. Masalah ini telah membawa krisis diantara Jepun dengan Rusia. Pada 10 Februari 1904 telah tercetusnya perang antara Jepun dan Rusia yang akhirnya menjadikan kemenangan berpihak kepada Jepun. Perang antara Jepun dan Rusia ini cukup memberi pengiktirafan kepada Jepun sebagai kuasa yang kuat bukan sahaja di Asia Timur tetapi juga memkhuatirkan kuasa-kuasa Barat yang lain. Kesan dari perang Jepun dan Rusia adalah dengan termeterainya Perjanjian Portsmouth pada 5 September 1905 yang ditandatangani oleh wakil Rusia iaitu Witte dan Rosen sementara wakil Jepun ialah Komura dan Takuhira. Perjanjian ini banyak memberi manfaat kepada Jepun. Antaranya adalah Semenanjung Liaotung diserahkan kembali kepada Jepun, Jepun mendapat semula Port Athur dan sebahagian dari Pulau Sakhalin di utara Hokkaido, Jepun diberi hak guna jalan kereta api Manchuria yang telah dibina oleh Rusia, Jepun diberi hak istimewa ke atas Korea dan Korea mesti menerima seorang Residen Jepun di negaranya.
Perang Dunia Pertama yang tercetus pada 1914 di Eropah menyebabkan Jepun mula mengukuhkan kuasanya di Asia Timur. Jepun juga telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman bagi mendapatkan sokongan daripada British dan Amerika Syarikat. Di Eropah, Jerman telah menyerang Poland pada September 1939. Maka, British dan Perancis yang juga merupakan sekutu Poland telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kedudukan Jepun lebih kukuh dalam memperluaskan imperialisme ke atas kawasan di Asia Timur dengan mendapat sokongan daripada beberapa negara Barat ini. Kuasa Jerman semakin kurang di China. Malah pada tahun 1945, sekali lagi Jerman dan Jepun berhadapan dengan masalah ketenteraan, politik dan social antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, Jepun telah mengambil kesempatan ke atas China apabila pihak Barat mengalihkan perhatian pada peperangan semasa Perang Dunia Pertama di Eropah. Jepun telah membuat 21 Tuntutan ke atas China. Melalui tuntutan  ini, Jepun telah berjaya menguasai sebahagian daripada China, sebagai contoh, China perlu mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung, kedudukan Jepun di Manchuria dan Munyoku Dalam, Jepun mengawal beberapa pentadbiran terpenting di China dan beberapa tuntutan lain.
Namun begitu, selepas Perang Dunia Pertama tamat pada 1918, satu persidangan damai telah diadakan di Paris dan persidangan ini telah dilaksanakan oleh negara-negara yang menang dalam Perang Dunia Pertama. Jepun masih berjaya mengalahkan penyebaran kuasa Jerman apabila hak Jerman di Shantung telah diserahkan kepada Jepun melalui Perjanjian Versailles. Tambahan lagi, Perjanjian Versailles ini juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada tercetusnya perang Dunia Kedua. Dalam Perjanjian Versailles ini juga Jerman dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak 6,500,000,000$. Jerman menganggap perjanjian ini sebagai satu penghinaan terhadap mereka. Oleh demikian, Jerman telah melanggar perjanjian tersebut dan akhirnya telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.
 Penguasaan Jepun ke atas beberapa kawasan di Asia Pasifik juga amat membimbangkan Amerika Syarikat. Jadi, Amerika Syarikat telah menjemput lapan buah negara termasuk Jepun bagi membincangkan pengurangan penggunaan senjata tetapi rancangan itu tetap gagal. Hal demikian kerana Jepun bertindak menyerang Manchuria pada tahun 1931 atas dasar kebanjiran penduduk –penduduk China di wilayah itu mengancam keselamatan tenteranya di wilayah tersebut. Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani pada April 1895 sebelum ini telah memberi hak kepada Jepun untuk mengambil Semenanjung Liaotung yang terletak di Selatan Manchuria. Namun begitu, Jepun tidak dapat mengekalkan kuasanya ke atas wilayah tersebut  kerana dengan adanya campur tangan kuasa-kuasa Barat iaitu Rusia, Perancis dan Jerman yang mendesak Jepun untuk keluar dari Semenanjung Liaotung.
Manakala, pada tahun 1932 pula, berlaku sedikit krisis di Jepun dimana pemerintahannya telah dikuasai oleh golongan tentera. Jepun menyerang Manchuria dan menaruh minat terhadap Asia Tenggara. Jepun telah menakluk negara-negara di Asia Tenggara melalui pelbagai cara termasuk kekejaman sehingga Jepun dikecam dan tidak dapat bertahan lama untuk meluaskan tanah jajahannya di Asia Tenggara. Tindakan Jepun menjalankan dasar imperialism ke atas negara-negara di Asia Tenggara juga telah menimbulkan tentangan hebat daripada kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Amerika Syarikat dan Belanda. Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kepada Jepun. Namun begitu, pada 1941, Jepun menyerang Indochina. Kesannya, Amerika Syarikat, Britain dan Belanda mengenakan larangan sepenuhnya ke atas eksport ekonomi di Jepun. Keadaan ini telah menyebabkan kedudukan Jepun diancam. Pada, 9 Disember 1941, Jepun telah menyerang Pearl Habour. Peristiwa ini sekaligus telah menyebabkan Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jepun.
2.0       PERJANJIAN VERSAILLES
Persetiaan Damai. (1917-1919)
Persetiaan Damai Versailles atau Perjanjian Versailles ini telah ditandatangani pada 18 Januari 1919 di Istana Versailles, Paris Perancis. Perjanjian ini dihadiri oleh  wakil dari 27 buah negara dengan dipimpin oleh Perdana Menteri Perancis waktu itu iaitu George Clemenceau. Terdapat beberapa pendapat dan sumber yang berbeza dalam menentukan tarikh sebenar perjanjian ini dimaterai. Ada sumber yang menulis bahawa perjanjian ini ditandatangani pada 18 Januari 1919. Ada juga yang mengatakan bahawa perjanjian ini dimaterai pada 1 Nov 1919  dan ada pula yang menulis bahawa perjanjian ini ditandatangani pada 28 Jun 1919 dan telah dikuatkuasakan pada 10 Januari tahun 1920. Secara umumnya, Perjanjian Versailles ini dilihat sebagai satu perjanjian damai yang telah dibuat selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan menunjukkan bahawa kekalahan telah berlaku pada pihak Jerman. Melalui perjanjian ini, Jepun dilihat sudah mula membuat hubungan dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian Versailles ini secara tidak langsung membuat Jepun berasa sangat selesa kerana bagi Jepun, dengan termeterainya perjanjian ini, maka secara automatiknya pihak Barat seperti Amerika Syarikat turut mengiktiraf perkara 21 tuntutan yang telah dibuat oleh Jepun terhadap negara China.
Seperti yang sudah tertulis dan diketahui umum, Tuntutan 21  telah dibuat oleh Jepun kepada negara China pada tahun 1915. Hal ini ekoran daripada peristiwa tindakan Jepun menyerang Jerman tanpa kebenaran dari pihak China telah menyebabkan Jerman kehilangan Shantung. Oleh hal yang demikian, China tidak berpuas hati dan cuba untuk mendapatkan kembali Shantung dengan bantuan campur tangan kuasa asing seperti Rusia, Perancis dan Itali dan tindakan itu berhasil dengan Shantung diperolehi semula oleh China. Hal ini menyebabkan pihak Jepun tidak berpuas hati dan mengemukakan Tuntutan 21 ini kepada Yuan Shih Kai. Pada masa ini Yuan Shih Kai telah diugut untuk bersetuju dengan kesemua tuntutan.
Dalam Tuntutan 21 ini terkandung lima bahagian yang dilihat menekankan kepentingan Jepun di China yang merangkumi wilayah Shantung, mengenai Manchuria Selatan dan Pendalaman Mongolia Timur, mengenai masa hadapan Kilang Besi Sino Jepun, Han Yeh Ping di Lembah Yangtze, dan juga menuntut China untuk mengambil kakitangan Jepun sebagai penasihat tentera dan beberapa hal lain lagi yang dilihat memberi kepentingan kepada Jepun.
Sebelum termetrainya Perjanjian Versailles ini juga, terdapat beberapa peristiwa yang menguatkan lagi kenyataan bahawa sememangnya Jepun sudah mula menjalinkan kuasa dengan pihak Barat. Pada tahun 1917, iaitu sebelum tamatnya Perang Dunia Pertama, satu perwakilan Jepun yang diketuai oleh Ishii Kikojiro telah dihantar ke Amerika Syarikat bagi mengetahui pendirian Amerika terhadap hak istimewa Jepun. Dalam sumber lain pula ada menyatakan bahawa ketua rombongan tersebut pula bernama Viscount Ishhi. Pada waktu itu, Jepun berasa agak risau kerana Amerika Syarikat dilihat tidak berpuas hati dengan hal Tuntutan 21 yang dibuat oleh Jepun ke atas China. Oleh hal yang demikian, Ishii telah berjumpa dengan setiausaha Amerika Syarikat iaitu Robert Lansing dan pada masa itu wujudlah satu perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Lansing-Ishii. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 2 November 1917.
Perjanjian ini menuntut kuasa-kuasa besar Barat untuk menghormati pemilikan wilayah oleh pihak China secara jujur dan pada masa yang sama mengambil tahu tentang pemilikan wilayah oleh pihak Jepun yang telah memberikan faedah khas kepada benua Asia. Antara lain yang tertulis dalam perjanjian tersebut ialah seperti Kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf bahawa kerajaan Jepun mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu di China terutama di kawasan haknya yang kukuh. Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai  keyakinan yang penuh terhadap jaminan dari Kerajaan Diraja Jepun bahawa ia akan tetap dengan pendiriannya terhadap prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Dasar Buka Pintu ataupun peluang-peluang yang sama terhadap perdagangan dan perindustrian di China. Di sini, jelas dapat dilihat bahawa sebelum berakhirnya perang dunia pertama lagi, hubungan Jepun dengan Barat itu sememangnya sudah mula dijalinkan.
Walau bagaimanapun, Presiden Wilson tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut kerana baginya, ia akan memberi satu tamparan yang hebat kepada negara China itu sendiri. Namun begitu, bagi pihak Jepun pula, perjanjian tersebut dilihat menguntungkan kerana ia seperti menunjukkan bahawa Amerika Syarikat seolah-olah mengakui hak keistimewaan Jepun di China dan pada masa yang sama Jepun boleh memanfaatkan perjanjian tersebut untuk memburukkan Amerika Syarikat di China.
Pada September 1918 pula, Jepun juga telah membuat satu perjanjian sulit dengan pemimpin baru di China iaitu Tuan Chi Jui. Antara syarat yang terkandung dalam perjanjian sulit tersebut ialah seperti Jepun memberi pinjaman sebanyak 20 juta yen kepada China, Jepun dibenarkan untuk membina dua buah jalan keretapi di Shantung, Jepun boleh meletakkan tenteranya di pusat-pusat penting di China dan juga Jepun dibolehkan untuk melatih pegawai-pegawai keretapi di China. Namun begitu, perjanjian ini telah mengundang bantahan dari orang-orang China kerana mereka merasakan bahawa perjanjian itu memberi hak orang Cina di Shantung kepada Jepun. Berikutan hal itu dan ditambah dengan pelbagai desakan lain, maka Tuan Chi Jui telah meletak jawatan. Apabila hal ini terjadi, Jepun dilihat mendapat keuntungan kerana perjanjian tersebut telah pun dibuat.
Selepas itu, apabila berakhirnya perang dunia pertama, maka wujudlah pula Perjanjian Versailles ini. Apabila Amerika Syarikat mengishtihar perang dan membantu pihak Berikat sewaktu Perang Dunia pertama, ia telah membawa kepada kekalahan Jerman dan oleh hal yang demikian, Jerman telah meminta untuk berdamai. Dengan termeterainya Perjanjian Versailles ini, ia menampakkan lagi bahawa kedudukan Jepun semakin diiktiraf oleh kuasa Barat. Pada dasarnya, tindakan pihak Britain untuk menarik Jepun menyertai Perang Dunia Pertama adalah untuk melemahkan konsesi Jerman di China. Britain nampaknya tidak mahu bersaing dengan Jerman di kawasan Asia.
Manakala Jepun pula melihat kesibukan pihak Barat  di Eropah waktu itu sebagai satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Oleh hal yang demikian, dalam Perjanjian Versailles ini, wakil Jepun iaitu Baron Makino Nobuki dan Viscount Chinda Sutemi dilihat telah menguatkan tuntutan mereka.
Antara tuntutan yang dibuat ialah seperti tuntutan untuk memberi hak kepada Jepun untuk mengambil alih pulau-pulau bekas kepunyaan Jerman di Lautan Pasifik Utara seperti Marianas, Carolines dan Marshalls yang terletak di bahagian Utara Garisan Khatulistiwa. Jepun mendapat hak kerana kemenangan pihak Bersekutu dalam Perang Dunia pertama ini yang memaksa Jerman menyerahkan derah jajahannya kepada Jepun. Selain itu, pihak Jepun juga menuntut supaya kuasa-kuasa Barat ini membuat perakuan kepada tuntutan Jepun ke atas bekas-bekas hak dan kepentingan Jerman di wilayah Shantung sebelum itu. Sehubungan itu juga, Jepun turut menuntut untuk mendapatkan pengakuan bagi persamaan taraf dalam kalangan bangsa-bangsa sebagai prinsip asas bagi persatuan bangsa-bangsa.
Pada masa ini, Presiden Wilson sekali lagi tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Jepun dalam perjanjian Versailles ini terutamanya mengenai hak persamaan hak dan bangsa itu kerana bagi beliau, ia akan mewujudkan satu isu penghijrahan dan pada masa yang sama akan menjejaskan sekatan yang dilakukan di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa beralah kerana bimbang Jepun akan menarik diri dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa kerana beliau sendiri menyedari bahawa Jepun merupakan satu kuasa yang sangat penting dalam badan dunia waktu itu. Jepun juga sudah mengetahui dan dapat mengesan bahawa pihak kuasa Barat tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana sudah terikat dengan perjanjian sulit yang telah ditandatangani. Hal ini terbukti apabila pihak Barat itu sendiri gagal untuk memberi sebarang bantuan atau pertolongan kepada China sewaktu China mahu menuntut kembali Shantung.
Walaupun dalam Perjanjian China-Jerman yang telah dibuat ada menyatakan bahawa Jerman tidak dibenarkan untuk menyerahkan Shantung kepada kuasa lain, namun Jerman yang telah kalah waktu itu juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jepun sudah menuntut untuk mendapatkan Shantung dari penguasaannya. Akhirnya, melalui Perjanjian Versailles ini, pada bahagian IV termaktub bahawa Kepulauan Marshall dan Shantung telah diserahkan kepada Jepun.
Amerika Syarikat yang sedia maklum menyedari bahawa terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh Jepun menerusi Perjanjian Versailles ini juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Jepun sudah pun mengatur strateginya dengan mengikat kuasa Barat melalui perjanjian sulit yang sudah ditandatangani. Namun begitu, Perjanjian Versailles ini tidak ditandatangani oleh pihak China kerana wakil dari China iaitu C.T Wang dan Wellington Koo kerana telah mendapat ugutan daripada rakyat  China supaya tidak menandatangani perjanjian tersebut untuk menyelamatkan Shantung daripada jatuh ke tangan Jepun.
Selain itu, dalam perjanjian damai Versailles ini juga, Jepun turut dilihat  telah berjaya mengekalkan mandat Liga Bangsa-Bangsa terhadap Kepulauan Pasifik Jerman yang silam dan mengingatkan hak-hak khasnya di Shantung. Walau bagaimanapun, pihak Jepun gagal untuk memberikan jaminan terhadap ‘Fasal Kesaksamaan Bangsa’ yang terkandung dalam perjanjian Liga Bangsa-Bangsa, berhutang dengan pihak pembangkang, kepada pendatang-pendatang asing yang bukan berkulit putih ke Australia dan California. Perjanjian Versailles atau Persetiaan Damai Versailles ini juga memperlihatkan mengenai Jepun telah membantah kemasukan klausa tentang ‘persamaan ras’, tetapi ini telah disekat oleh Amerika Syarikat dan Britain. Hal ini demikian kerana terdapatnya tentangan yang kuat di Amerika, Canada, dan juga Australia berkaitan dengan imigrasi golongan Oriental.
Selain itu juga, ketika Jepun mencadangkan kemasukan “Fasal Kesaksamaan Bangsa” dalam Perjanjian Damai Versailles, British dan Amerika yang berada di bawah tekanan dari Australia menolak permohonan mereka. Pendatang Jepun telah dihalang daripada “White Australia” dan mereka menghadapi diskriminasi yang semakin meningkat di negeri-negeri yang yang turut sama bersatu padu. Hal ini jelas menunjukkan tuntutan yang dibuat oleh pihak Jepun itu sememangnya mengundang pelbagai konstroversi di pihak Barat.
Dalam Perjanjian Damai Versailles ini juga, kuasa Barat seolah-olah bersedia untuk menerima perintah dunia selepas perang berdasarkan prinsip penentuan sendiri kebangsaan,  perdamaian antarabangsa dan juga aspek keselamatan secara kolektif. Namun begitu, Barat tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk memberi harta benda penjajah dan juga dibahagikan dalam kalangan mereka sebagai wilayah mandat sekali pun selepas Jerman dikalahkan. Tetapi dalam hal ini sekurang-kurangnya pihak Barat dilihat sanggup untuk mengekalkan status quo antarabangsa melalui perjanjian aman  antarabangsa pelbagai hala ini.
Di sini, jelas dapat dilihat bahawa Jepun sememangnya sudah pun mewujudkan hubungan dengan pihak Barat sebelum Perang Dunia Pertama itu tamat dengan kuasa dominan waktu itu seperti Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat. Hal ini terus terjalin dengan selangkah ke hadapan lagi apabila Jepun itu sendiri dilihat seolah-olah mempunyai hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa Barat ini sehinggalah membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles ini selepas tamatnya Perang Dunia Pertama itu.

3.0       PERJANJIAN WASHINGTON
            Selepas Persidangan Versailles ditandatangani, kuasa-kuasa barat seolah-olah mengiktiraf hak persamaan taraf dengan Jepun. Namun begitu perkara ini tidak berlanjutan apabila Jepun semakin meluaskan kekuasaannya terutamanya di Timur, dan hal ini menyebabkan kuasa-kuasa barat mula merasa tercabar. Dua kuasa barat yang benar-benar menentang dan cuba menjatuhkan Jepun pada masa itu ialah Amerika Syarikat dan Britain. Pengaruh Jepun yang semakin kuat di Asia Pasifik ini membimbangkan Amerika Syarikat. Oleh itu, Amerika Syarikat telah menjemput lapan buah negara iaitu Britain, Perancis, Itali, Belanda, Belgium, Portugal dan juga Jepun serta China untuk membincangkan soal mengurangkan penggunaan senjata dengan membuat satu persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Washington. Persidangan ini berlangsung pada 12 November 1921 di Washington Memorial Continental Hall yang dirasmikan oleh Presiden Harding. Tujuan utama dalam persidangaan ini diadakan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit di Timur Jauh. Selain cubaan menghalang kemaraan Jepun
            Pihak Barat terutamanya Britain dan Amerika Syarikat mempunyai sebab-sebab tersendiri sehingga tercetusnya Persidangan Washington ini. Amerika syarikat mempunyai dasar yang berbeza dengan Jepun terhadap kegiatan mereka di Timur Jauh,. Malah berdasarkan perbezaan ini, kemungkinan besar mereka akan bertempur di samping pada masa itu masing-masing berusaha menguatkan dan mengembangkan angkatan tentera laut. Oleh itu persidangan ini dicapai kerana Amerika Syarikat risau kebangkitan Jepun di Timur serta kepentingan Perdagangan Amerika di Timur Jauh akan terjejas dengan kemaraan Jepun. Manakala Britain pula mencuba menamatkan Persetiaan Inggeris-Jepun yang ditandatangani pada tahun 1902. Hubungan Jepun dan dua kuasa barat ini semakin goyah selepas Persidangan Washington.
            Jepun telah menjadi sebuah negara yang kuat selepas kemenangannya dalam menentang China pada 1894-1895 dan Rusia 1902-1905 sehingga berjaya menguasai seluruh perjalanan laut dari utara ke selatan. Malah Jepun berjaya menduduki kepulauan Pasifik seperti Kepulauan Mariana, Caroline, dan Marshall. Manakala di China, Jepun berjaya mengambil alih Tsingtao dari Jerman pada tahun 1914, semenanjung Liaotung pada 1905. Malah korea juga diletakkan di bawah Jepun pada 1910. Hal ini telah menyebabkan kuasa-kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat tergugat dan menentang hebat dasar-dasar Jepun. Penentangan terhadap Jepun telah bermula awal iaitu pada tahun 1905, namun kemuncaknya apabila Jepun berjaya menguasai Timur Jauh dan hal ini telah menyebabkan hubungan di antara kedua-dua negara menjadi kurang memuaskan. Oleh hal yang demikian, bagi menyekat kebangkitan Jepun, ini ialah dengan menghadkan perlumbaan kuasa-kuasa besar dunia terutama terhadap tentera Jepun.
            Selain itu, faktor seterusnya ialah kepentingan perdagangan Amerika di Timur Jauh terjejas. Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan minat terhadap China sejak meletusnya Perang Candu. Namun, Amerika Syarikat hanyalah berminat dalam perdagangan dengan China di samping hanya mahu menjadikan kawasan-kawasan Timur Jauh ini sebaga kawasan pemasarannya sahaja. Malah mereka telah berjaya menguasai Canton dan yakin akan mampu mendapat keuntungan yang banyak jika diadakan perdagangan yang lebih luas serta menanam modal yang besar di China. Malah nilai eksport barangan ke China juga meningkat daripada 40juta pada 1918 kepada 106juta pada tahun 1919. Kemaraan Jepun di China, dikhuatiri mengganggu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang lain. Hal ini demikian kerana, Jepun telah berjaya menjalankan pemusatan ekonomi di Shantung, Monggolia Dalam, Siberia dan China. Hal ini menimbulkan ketidaksenangan Amerika Syarikat terhadap Jepun. Melalui Persidangan Washington, kemaraan Jepun dapat disekat melalui pengurangan penggunaan senjata.
            Britain dan jepun telah mengadakan Persetiaan pada tahun 1902. Disebabkan Persetiaan ini, Britain tidak mampu membuat apa-apa untuk menghalang kemaraan tentera Jepun di timur. Malah disebabkan Persetiaan ini, Britain tidak menghalang Jepun yang meluaskan pengaruhnya di China selepas 1914. Dalam Persidangan Versailles juga, Britain tidak mampu menentang tuntutan Jepun. Britain sebenarnya menunjukkan minat yang baik dalam menjalinkan persahabatan dengan Jepun hanya sebelum tahun 1902 sahaja. Britain terpaksa berbaik-baik dengan Jepun kerana pada masa itu Russia telah menunjukkan minat untuk menguatkan kedudukan di Manchuria dan Cina Utara. Britain telah berusaha mendapatkan bantuan dari pihak barat namun tidak berhasil, akhirnya Britain terpaksa bersekutu dengan Jepun bagi menghalang kemaraan Russia. Namun sikap Britain ini mula berubah setelah berbaik-baik dengan Amerika Syarikat. Dalam Persetiaan dengan Jepun, Britain perlu membantu Jepun sekiranya Jepun berperang. pada masa itu Jepun dan Amerika Syarikat bersengketa dan ini menimbulkan kebimbangan Britain. Oleh itu, Britain harus membantu Jepun sekiranya perkara ini terjadi. Selain itu, Britain pengaruh Russia dan Jerman di Timur Jauh telah merosot, malah Britain mahu meneliti semula sepenuhnya keadaan di Timur Jauh. Oleh hal yang demikian,desakan-desakan ini menyebabkan Britain berusaha untuk menamatkan Persetiaan ini, namun begitu mereka tidak mahu melakukan secara nyata, melalui Persidangan Washington ini, merupakan jalan bagi menamatkan persetiaannya bersama Jepun. Jelaslah, Britain lebih mementingkan hubungannya dengan Amerika Syarikat berbanding dengan Jepun serta menggunakan Jepun bagi merealisasikan hasratnya. Jepun juga beranggapan sikap Britain ini sebagai kelakuan yang tidak mesra kerana tidak memperbaharui perjanjian mereka. Hubungan Jepun dan Britain juga menjadi tegang disebabkan sikap Britain ini.
            Dalam Persidangan Washington ini, yang bermula November 1921 sehingga menjelang Februari 1922, terdapat tujuh perjanjian yang telah ditandatangani. Antaranya ialah mengurangkan senjata bagi angkatan laut, masalah negeri China, mengenai Siberia dan juga Pulau-pulau Mandat di Lautan Pasifik. Perkara utama yang dijalankan ialah Perjanjian Menghadkan Perlumbaan Senjata yang ditandatangani pada 6 Februari 1922 oleh empat kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun. Kapal laut Jepun digeruni oleh negara barat sejak 1904. Hal ini demikian kerana, walaupun kapal dibina di luar negara, namun taktik dan strategi perang tentera Jepun lebih hebat jika dibandingkan dengan armada-armada lain. Persetiaan ini berkekalan selama 14 tahun dan telah dikaji semula pada tahun 1936. Antara isi perjanjian ialah menghentikan pembinaan kapal perang dalam masa 10 tahun. Kapal-kapal perang yang masih dalam rancangan pembinaan atau sedang dalam proses pembinaan hendaklah dimansuhkan. Kekuatan kapal perang juga telah ditetapkan dalam Persidangan Laut iaitu dengan kadar 5:5:3 di antara Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Manakala 1.75:1.75 bagi Perancis dan Itali. Penggantian kapal perang yang baru terhad kepada 500,000 tan tiap-tiap satu bagi Amerika Syarikat dan Britain serta 300,000 tan bagi Jepun. Kadar yang sama juga ditetapkan bagi kapal induk, penggempur, pembinasa dan kapal selam. Dengan termeterainya perjanjian ini, perlumbaan memperlengkapkan diri dengan senjata dan peralatan perang dalam kalangan kuasa besar dapat dikawal, mengecualikan beberapa kawasan di Pasifik, memisahkan bakal-bakal musuh dan mengurangkan kemungkinan meletusnya peperangan.
            Perjanjian yang dimeterai dalam Persidangan Washington seterusnya ialah perjanjian di antara Sembilan buah negara untuk menyelesaikan ketegangan di rantau Pasifik. Perjanjian yang melibatkan China ini dikenali sebagai Perjanjian Buka Pintu Sembilan Kuasa. Negara-negara terlibat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Itali, Belgium, Belanda, Portugal dan China pada 6 Februari 1922. Negara-negara ini telah bersetuju untuk membantu Negara China dalam usaha membentuk dan menjadi sebuah negara yang stabil. Kuasa-kuasa ini juga bersetuju menghormati, menyokong kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah dan pentadbiran China. Tiada perjanjian, persetujuan mahupun tindakan yang boleh melanggar prinsip-prinsip ini. Malah sebarang negara yang melanggar prinsip tersebut tidak akan dibantu. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan diri dari mengambil peluang dari kedudukan China serta mendapatkan hak-hak istimewa dan kemudahan dari negeri tersebut. Dasar pengecualian China juga harus dihormati.
            Melalui persidangan Washington juga, masalah Siberia dan Shantung diselesaikan. Jepun berjanji akan menarik kembali tenteranya di Siberia. Walaupun tiada perjanjian yang dibuat, namun pihak Jepun telah menyampaikan jaminan kepada Setiausaha Amerika iaitu Charles E. Hughes yang mengetuai perwakilan Amerika. Jepun menegaskan mereka tidak berniat menakluki wilayah tersebut. Dalam persidangan juga dibincangkan masalah Shantung, namun menurut Jepun, masalah Shantung hanya melibatkan China dan Jepun sahaja. Namun terpaksa bersetuju apabila Amerika Syarikat mencadangkan masalah Shantung perlu dibincangkan sebagai jalan penyelesaian. Amerika Syarikat beranggapan penting untuk menyelesaikan masalah Shantung untuk mencipta kejayaan di Persidangan tersebut. Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemerhati. Sebagai penyelesaian, wakil Jepun Shidehara Kijuro mengumumkan Jepun akan berundur dari Shantung secepat mungkin. China akan membayar perbelanjaan yang digunakan oleh Jepun semasa menduduki wilayah tersebut. Tentera Jepun akan berundur dalam masa enam bulan tarikh Perjanjian China-Jepun dibuat. Manakala,Perjanjian China-Jepun 1915 mengenai Shantung dimansuhkan.
            Kesan dari Persidangan Washington ini terhadap pihak barat sememangnya seakan menguntungkan mereka dan merugikan Jepun. Malah Britain tidak lagi terikat dengan Persetiaan 1902 dan menumpukan persahabatan yang lebih baik dengan Amerika Syarikat. Malah kuasa-kuasa barat yang lain juga berusaha berbaik-baik dengan China selepas melakukan dosa terhadap China melalui Persidangan Versailles. Malah Perancis dan Britain juga sedia mengembalikan wilayah kekuasaan mereka iaitu Teluk Kwangchow dan Wei Hai Wei kepada China.
Sebagai balasan Jepun bersetuju menandatangani Perjanjian, Amerika Syarikat dan Britain tidak akan menyerang Jepun. Amerika Syarikat tidak akan membina pengkalan angkatan lautnya atau kubu pertahanan yang kuat di Filipina, Pulau-pulau Aleution dan Guam. Britain juga tidak akan melengkapkan senjata di Hong Kong, dan kawasan-kawasan kepunyaan Britain yang terletak di timur garis bujur 110 darjah kecuali Kanada, Australia dan New Zealand. Malah sebagai balasan Jepun juga setuju tidak membina pangkalan lautnya di Amami-Oshima, Pulau Bonin, Kurile dan Loochoo, Formosa, Pescadore dan kawasan-kawasan Jerman yang menjadi amanahnya. Dengan persetujuan dan jaminan dari Amerika Syarikat dan Britain ini, seolah-olah memberi kebebasan untuk pergerakan tentera Jepun di Timur Jauh.
Walaupun dari zahirnya seakan-akan Jepun telah rugi kerana telah kehilangan Shantung yang dikembalikan kepada China,namun dari aspek yang lain, Jepun sebenarnya mendapat keuntungan yang besar. Hal ini dapat dilihat dari ketetapan kadar kekuatan angkatan laut. Penetapan kadar kekuatan yang dipersetujui dalam Persidangan dapat dihadkan dan hal ini menghalang Amerika Syarikat dan Britain daripada membina angkatan lautnya. Jepun tidak akan mampu menandingi mereka dari segi ini kerana memerlukan belanjawan yang tinggi. Wang tersebut dapat dijimatkan dan digunakan dalam pembangunan dalam negeri. Melalui kadar penetapan kekuatan ini juga, walaupun Jepun dalam tempat ketiga, namun ia menjadikan Jepun sebagai kuasa terkuat di Timur Jauh. Hal ini demikian kerana, Britain dan Amerika Syarikat terpaksa memecahkan kekuatan kerana memiliki wilayah kekuasaan yang besar di Eropah dan Asia, sedangkan Jepun hanya tertumpu di Perairan Timur Jauh.
            Pemulangan Shantung kepada China sebenarnyaa satu paksaan terhadap Jepun untuk mengurangkan kekuasaannya. Walaupun Jepun bersetuju untuk mematuhi perjanjian, namun Jepun masih berhasrat untuk menceroboh China dan menakluk Manchuria. Dalam taahun 1931, Jepun bertindak menyerang Manchuria atas alasan keselamatan tenteranya di wilayah tersebut.

4.0       JEPUN: 1931-1938
            Persidangan Washington yang di tandatangani pada 1921-1922 di antara pihak barat dan jepun sedikit sebanyak telah mengeruhkan lagu hubungan di antara kedua pihak ini. Persidangan yang lebih bertujuaan menyekat kemaaran jepun dalam meluaskan kuasa telah menyebabkan berlaku beberapa konflik yang membawa kepada perebutan kuasa dan taklukan kawasan baru di bahagian China iaitu Manchuria. Tahun 1920-1930-an merupakan tempoh pergolakan bagi jepun, namun secara tersirat dapat dilihat bahawa jepun sudah melepasi prosedur evolusi sistem berparlimen yang sukar. Jepun mula cuba untuk meniru orang barat dan cuba berada standing dengan kuasa mereka dan hal ini mewujudkan kebimbangan pihak barat terutamanya Britain dan Amerika Syarikat yang mempunyai agenda tersendiri di rantau asia.
            Krisis yang mula berlaku pada tahun 1931 adalah penawanan Manchuria oleh pihak jepun menerusi beberapa eksiden yang dilakukan secara sengaja bagi menyegerakan proses penjajahan. Penaklukan Manchuria oleh jepun adalah berdasarkan beberapa kepentingan peribadi dan semangat meluaskan pengaruh. Sejak dahulu lagi Manchuria telah dilihat sebagai satu kawasan yang sangat berkepentingan di jepun berasakan ekonomi dan laluan yang strategik. China yang mula menyedari gerak geri jepun yang mahu menawan Manchuria telah berusaha menetang kemaraan jepun, namun jepun menuntut bahawa ia mempunyai “kedudukan istimewa” di Manchuria berdasarkan beberapa peristiwa. Jepun menyatakan bahawa mereka telah memenangi Liotung di Manchuria pada 1895, mereka juga menegaskan bahawa mereka mempunyai hak keatas Manchuria kerana telah menyelamatkan Manchuria dari Rusia pada tahun 1905 (melalui perjanjian Portsmouth). Selain dari itu, alasan yang digunakan keatas Manchuria oleh pihak jepun adalah kawasan Manchuria merupakan barisan pertahan utama Jepun dari Rusia.
            Faktor-faktor ini menyebabkan china tidak dapat menghalang kemaraan pihak jepun ke Manchuria. Jepun mula menjadikan Manchuria sebagai “lingkungan pengaruhnya” dan dalam istilah yang lebih tepat sebagai kawasan “lindungan jepun”. Proses penawanan Manchuria berlaku pada 18 september 1931 apabila satu eksiden letupan bom telah dilakukan oleh pihak jepun di landasan kereta api Manchuria selatan dan hal ini telah mencetuskan satu perbalahan antara pihak jepun dan china kerana mereka mendakwa itu adalah perbuatan dari pihak china. Beberapa siri peperangan berlaku di antara kedua pihak dan pada bulan februari tentera Kwangtung telah menubuhkan satu Negara boneka yang berasingan di Manchuria. Pada September 1932, kerajaan jepun telah mengiktirafnya sebagai Manchuko di bawah pemerintahan maharaja Pu-yi.
            Kerajaan nasionalis china telah mengemukakan bantahan terhadap perampasan tersebut dan mengemukakan rayuan di bawah Artikel XI .Pihak  Liga Bangsa-bangsa telah menghantar suruhanjaya Lytton dari United Kingdom pada 10 disember  untuk melakukan penyiasatan dan meminta Negara-negara ahli melakukan sekatan ke atas jepun. Hasil siasatan yang di lakukan, jepun telah di kutuk oleh Liga Bangsa-bangsa, jepun walaw bagaimanapun telah menarik diri daripada menganggotainya pada bulan Mac 1933. Amerika syarikat juga telah menjalakan polisi “tidak mengiktiraf” penaklukan jepun ke atas Manchuria tersebut dan  tidak akan mengiktiraf sebarang perjanjian yang di lakukan antara pihak Jepun dan China yang akan  melemahkan wilayah China.  Hasil siasatan yang dilakukan juga menunjukkan kerajaan Manchuria adalah bersesuaian dengan kedaulatan China dan mengesyorkan kepada jepun dan china mengdakan rundingan secara langsung namun telah di tolak oleh jepun.
            Penaklukan tersebut telah mengasingkan jepun dari pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu hal ini juga mejurus kepada krisis yang wujud di antara pihak jepun dan Amerika Syarikat seterusnya membawa Tokyo semakin rapat kepada Jerman. Amaran dan gesaan dari pihak Amerika syarikat sedikit pun tidak menghalang kemaraan jepun yang seterusnya meluaskan operasinya dari Manchuria ke Shanghai dalam bulan januari 1932. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh wakil Liga Bangsa-bangsa tersebut, jepun didapati telah melanggar Pakatan Sembilan-kuasa yang menjamin kebebasan wilayah China.
            Laporan yang telah dikeluarkan di pertubuhan bangsa-bangsa telah sebulat suara mendapat sokongan 42 buah Negara namun hanya jepun yang menentang. Sementara Negara siam pada ketika itu tidak mengundi. Jepun merasakan bahawa persidangan dan hasil laporan yang dikeluarkan lebih kepada penetangan kepada jepun dan bukanlah mencapai kata sepakat di antara pihak jepun dan china. Isu inilah yang membawa kepada penarikkan diri jepun dari Liga Bangsa-bangsa. Secara umumnya banyak Negara yang tidak mengiktiraf tindakkan jepun menjadikan Manchuko pada ketika itu sebagai sebuah Negara, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyokong tindakkan tersebut seperti El Salvador dan republic dominica pada 1934. Kerajaan jerman yang menandatangani perjanjian perdagangan denga pihak jepun pada 194 secara rasmi mengiktiraf Negara manchuko pada mei 1938. Sebelum itu kerajaan Italy juga mengakuinya pada 1937 diikuti oleh Poland dan hungry.
Tahun 1935 merupakan kemuncak  terputusnya hubungan jepun dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. Britain yang selama ini bersikap bersahabat dengan jepun terpaksa mengkaji semula polisinya terhadap jepun. Bermula dari itu Britain mula mengadakan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Negara- Negara luar mula melancarkan pemulauan terhadap barangan buatan jepun sebagai tanda mengecam tindakan yang dilakukan oleh jepun terhadap Manchuria. Tentera jepun seterusnya telah menguatkan angkatanya dengan melancarkan serangan ke atas Jehol dan kawasan sekitar Tembok Besar dalam bulan Januari 1933.  Pada tahun 1933 dan 1934 jepun meneruskan lagi “insiden” yang lebih kecil yang telah mengukuhkan kawalanya ke atas Mongolia di sebelah timur dan kawasan utaraChina di sekitar peking.
            Pentadbiran di jepun terbahagi kepada pemerintahan tentera dan kabinet yang tidak bergerak secara seiring. Tentera Kwangtung jepun di Manchuria bertindak di luar pengetahuan kerajaan oleh itu kerajaan jepun terpaksa memberi alasan-alasan bagi melindungi jepun dari kritikan-kritikan Negara luar. Selain mengalami zaman politik dan hubunga luar yang kacau bilau, keadaan ekonomi Manchuria di bawah pemerintahan jepun juga mengalami kemerosotan. Jepun tidak dapat meringankan beban ekonomi masyarakat Manchuria.  Penolakan badan dunia mengiktiraf Negara Manchuko menyebabkan tentera jepun di Manchuria bertindak lebih agresif. Jepun telah membuat percubaan untuk menguasai Mongolia tetapi gagal kerana mendapat tentangan hebat dari tentera Mongolia yang di bantu oleh pihak rusia.
5.0       PERANG CHINA-JEPUN KEDUA: (1937-1941)
Hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa barat jelas dapat dilihat dalam Perang China-Jepun Kedua (1937-1941). Peperangan ini sebenarnya telah capai ke kemuncak pada 7 Julai 1937, apabila satu pertempuran kecil antara tentera Jepun dengan China di Lukouchiao terletak sekitar Jambatan Marco Polo, berdekatan dengan Peking. Pihak Jepun telah menuduh tentera Cina yang memulakan tembakan terlebih dahulu sedangkan mengikut ketetapan tentera Jepun tidak berhak berada di kawasan itu. Mengikut boxer Protocol 1901, tentera asing hanya dibenarkan berada di kawasan di antara Peking dan Shanhaikuan. Hal ini diikuti pada Disember 1937, dimana Jepun telah menyerang Shanghai dan Nangking. Manakala pada Oktober 1938, Hankow dan Canton pula telah jatuh ke tangan Jepun. Pada tahap awal, Jepun telah dapat mengawal bahagian persisiran pantai Negara China. Hal ini seterusnya telah menandakan bahawa peperangan telah bermula antara China dan Jepun.
            Pada pertengahan tahu 1930-an, langkah-langkah untuk memupuk kerjasama erat dengan Jerman telah diambil oleh Jepun. Pada 1935, Ribbentrop, Menteri Luar Jerman telah mengadakan pertemuan dengan Jeneral Oshima, Pegawai Tentera Jepun di Berlin dan telah mengesyorkan satu Pakatan Jerman-Jepun menentang komunisme dan Rusia, Jepun telah menyokong pakatan sedemikian kerana ia akan memberi peluang kepada sekutu-sekutu untuk menentang Rusia yang dianggap sebagai ancaman serius terhadap kepentingan-kepentingan Jepun di China. Rundingan untuk mengadakan Pakatan Anti-Comintern telah bermula dalam bulan November 1935 dan pakatan ini telah ditandatangani di Berlin pada 25 November 1936. Pakatan ini berikrar bahawa Jepun dan Jerman akan menentang Sistem Komunisme Antarabangsa. Mereka juga bersetuju untuk  menjemput Negara-negara lain  supaya menyertai pakatan ini. Pakatan sulit telah diadakan dengan membuat komitmen sulit bahawa sekiranya mana-mana  Negara diancam atau diserang oleh Rusia, Negara tersebut tidak akan memberi bantuan kepada pihak Rusia.
            Hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa barat juga dapat dilihat dalam Pakatan Tiga Pihak iaitu kuasa paksi yang dibuat pada September 1940 dibawah kepimpinan Konoe. Pakatan ini melibatkan tiga kuasa iaitu Itali, Jerman dan Jepun. Pakatan ini memberi keuntungan kepada pihak Jepun dimana pakatan ini membolehkan Jepun untuk bergerak ke Asia Tenggara dan mendapatkan kawalan jajahan Eropah disana. Dalam pakatan yang dibuat, ketiga-tiga kuasa telah bersetuju untuk memberi bantuan terhadap mana-mana ahli yang diserang. Manakala, ketiga-tiga pihak juga bersetuju sekiranya kuasa paksi ini dapat menumpaskan kuasa-kuasa berikat, Jepun akan mendapat order baru tersendiri di Asia Timur.
            Seterusnya satu perjanjian tidak menyerang satu sama lain telah ditandatangani antara Jepun dengan Rusia. Hal ini merupakan rentetan daripada Peristiwa Machuria pada September 1931. Selain itu, pakatan Anti- Comintern di antara Jerman dan Jepun pada November 1936 telah mengakibatkan terputusnya hubungan Rusia-Jepun. Rusia menyedari bahawa pakatan ini tidak hanya ditujukan terhadap komunisme dan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) tetapi juga terhadap Rusia. Ketegangan bertambah pada 1936 apabila berlakunya pertempuran-pertempuran sempadan di antara Manchukuo dan Rusia seperti Peristiwa Kanekatzu pada 19 Jun 1937, Peristiwa Changkufeng, Julai 1938, Peristiwa Nomonhoan, Mei 1939 dan lain-lain. Sementara Rusia-Jepun berperang, Jerman dan Rusia telah mengadakan satu pakatan tidak ceroboh Nazi-Rusia pada 23 Ogos 1939. Hal ini menyebabkan Jepun tergugat kerana takut sekiranya permusuhan antara Rusia dan Jerman berkurang, Rusia mungkin akan memulakan satu ekspedisi ketenteraan dengan meningkatkan tekanan ke atas Jepun di sepanjang sempadan Manchukuo-Rusia. Disebabkan itu, Jepun telah berfikir untuk mengadakan rundingan dengan Rusia. Pakatan yang dibuat juga adalah disebabkan Jepun telah berpuas hati dengan pakatan tiga pihak yang dibuat, Oleh itu, Jepun telah merancang untuk menakluk China. Perkembangan yang pesat berlaku di Jepun menyebabkan Jepun perlu meluaskan lagi kawasan dan penguasaannya. China yang mempunyai ramai penduduk dilihat dapat memenuhi rancangan  ekonomi Jepun. Antara rancangan yang ingin dilaksanakan oleh Jepun terhadap China adalah Jepun ingin menggantikan kerajaan kebangsaan yang diketuai oleh Jeneral Chiang dengan kerajaan baru yang menyokong dan bekerjasama dengan Jepun, Jepun juga ingin menghapuskan penjajahan barat di negeri Cina dan akhirnya seluruh Asia Timur akan digantikan dengan kekuasaan Jepun, Jepun juga ingin menghalang kemaraan Rusia di utara dan juga Jepun ingin membina satu bentuk lingkungan ekonomi yang merangkumi Jepun-Manchuria- China. Namun, usaha ini terhalang dengan kehadiran Rusia yang menyokong China. Jepun tidak mahu perbalahan yang sedia ada dengan Rusia menghalang penaklukannya di China. Oleh itu, Jepun telah berusaha membuat pakatan dengan Rusia supaya Rusia tidak menggangu Jepun dalam usahanya mendapatkan China dan Asia Selatan. Jepun telah memberikan jaminan bahawa Jepun tidak akan menyerang Rusia semasa kerjasama dengan China dalam usaha menyingkirkan komunis di China. Tetapi, Soviet telah menegaskan bahawa Rusia menyokong kerajaan Nasionalisme China di Chungking. Percubaan demi percubaan telah dibuat oleh Jepun untuk mendapatkan rundingan dengan Rusia, dan akhirnya pada 13 Jun 1941, termetrainya pakatan berkecuali oleh pihak Rusia dan juga Jepun. Dalam pakatan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju akan berkecuali sekiranya salah satu dari mereka menjadi sasaran pemusuhan kuasa dan Jepun akan menghormati sempadan kuasa Rusia melingkungi Republik Rakyat Mongolia dan Rusia pula membuat pengakuan yang sama terhadap Manchukuo. Selepas pakatan dibuat, Jepun dan Rusia telah membuat pakatan lain iaitu membuat perjanjian perdagangan antara Rusia dan Jepun selama 5 tahun. Perjanjian tersebut secara tidak langsung telah meredakan ketegangan antara Soviet-Jepun.
            Cabaran Jepun ditambahkan lagi pada 22 Jun 1941 apabila Jerman telah menyerang K.S.S.R (Rusia). Serangan tersebut dibuat tanpa pengetahuan Jepun. Jerman telah melanggar pakatan antara Rusia dan Jerman yang dibuat pada 23 Ogos 1939 dimana kedua-dua belah pihak telah berjanji tidak akan menyerang pihak tertentu selama 10 tahun. Dalam serangan tersebut, Jerman telah mengarahkan Jepun untuk menyerang Rusia di sebelah timur dan Matsuoka iaitu Jepun telah bersetuju dengan permintaan tersebut. Namun, Konoe dan Tojo pula tidak mahu campurtangan dalam perbalahan tersebut. Oleh itu, satu sidang tergempar Diraja telah diadakan bagi membincangkan kedudukan keadaan pada masa itu dan memutuskan langkah yang perlu diambil oleh Jepun. Keputusan yang dicapai akhirnya adalah meneruskan juga rancang-rancangan menakluki kawasan selatan. dan mengumumkan kepada pihak Soviet agar pakatan untuk berkecuali yang telah tercapai dihormati. Jepun pula masih dengan pendirian untuk tidak menyertai Jerman kerana Jerman tidak mengumumkan bahawa ia telah memutuskan untuk melanggar pakatan tidak menyerang selama 10 tahun tersebut. Walaupun begitu, Jepun masih meneruskan kegiatan memperluaskan kuasanya ke kawasan selatan, tetapi mengambil langkah menunggu agar keputusannya kelak akan menguntungkan pihak Jepun.
            Dalam Perang China-Jepun kedua ini, dilihat bahawa Amerika Syarikat telah memberikan bantuan kepada China, Amerika telah mengatur langkah dan masuk bagi menjamin taraf berkecuali China. Presiden Amerika Syarikat (Roosevelt) dan Setiausaha Negara (Coordell Hull) telah mengenalpasti Jepun sebagai penceroboh di China. Amerika telah memberi bantuan rasmi dan tidak rasmi kepada China untuk memperkukuhkan penentangan Chiang Kai-shek terhadap Jepun. Pada tahun 1938, Amerika telah bersikap tegas terhadap Jepun apabila tentera Jepun telah membinasakan China . Jepun juga telah mengebom Bandar-bandar China secara mendadak sehingga mengorbankan beribu-ribu rakyat. Tindakan Jepun ini sememangnya telah membimbangkan Amerika. Hull sendiri telah mengutuk tindakan pengeboman ini. Amerika telah mendesak Jepun keluar dari China atau menghadapi sekatan perdagangan dari Amerika dan beberapa Negara barat yang menyokong saranan Amerika. Pada Julai 1938, Amerika telah memberitahu para pengeluar dan pengeksport kapal terbang tempatan bahawa Amerika membantah keras penjualan kapal terbang dan alat-alat aeronautical kepada Jepun dan Negara-negara lain yang menggunakan kemudahan tersebut untuk menyerang orang awam. Oleh itu, bekalan alat-alat kelengkapan udara, kapal terbang, alat-alat perhubungan teknikal dan pengeluaran “high-octane gasoline” kepada Jepun telah dibatalkan sama sekali. Hal ini telah menyebabkan Jepun tidak puas hati dan melancarkan serangan ke atas Indo-China pada 24 Julai 1941. Sebenarnya, pihak Jepun telah mendapat kebenaran memasuki Indo-China sejak bulan Mac dari pihak berkuasa Perancis di situ. Pada ketika itu, Perancis telah dikalahkan oleh Jerman dan tidak ada kuasa untuk menentang Jepun dan terpaksa bersetuju dengan permintaan Jepun untuk memasuki Indo-China. Sebagai tindak balas terhadap tindakan Jepun tersebut, Amerika telah menyekat semua eksport ke Jepun. Amerika juga telah membekukan semua harta benda dan kepentingan Jepun di Amerika. Tindakan ini telah diikuti oleh England dan bagi pihak Belanda, satu perintah telah dikeluarkan bahawa semua urusan kewangan dan perdagangan tertakluk kepada kebenaran rasmi. Amerika juga telah menyekat pemberian hutang oleh institusi-institusi kewangan Amerika dan rakyat Amerika kepada Jepun.  Tindakan ini telah membebankan Jepun kerana Jepun sememangnya bergantung kepada Amerika untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yang diperlukannya. Disebalik langkah-langkah ini, Amerika Syarikat telah mengutuk Jepun kerana memusnahkan kepentingan-kepentingan ekonomi Amerika di wilayah-wilayah yang ditakluki oleh Jepun di China. Amerika telah mengancam akan bertindak balas dengan menamatkan Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat-Jepun (1911) sekiranya Jepun melanggar prinsip peluang dagangan bersama di kawasan-kawasan di bawah kawalan Jepun di China.
            Sebagai tindak balas dari ancaman Amerika terhadap Jepun tersebut, Konoe telah menegaskan bahawa Jepun berazam untuk menamatkan imperialisme barat di China, serta menggantikan dengan kuasa ekonomi Jepun. Konoe menegaskan bahawa Jepun tidak akan mengalu-alukan perdagangan dan pelaburan non-Jepun di Manchukuo dan China. Hal ini membimbangkan Amerika dan menjawab kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa Jepun tidak berhak mengenakan sebarang syarat di China yang masih belum tunduk di bawah kedaulatan Jepun. Disebabkan itu, Amerika telah menambahkan pinjamannya kepada Chiang- Kai-shek daripada AS$25 juta dalam tahun 1938 kepada AS$50 juta dalam tahun 1939. Menjelang 1940, jumlah pinjaman Amerika kepada China telah mencapai AS$120 juta. Jepun mengambil tindakbalas terhadap langkah-langkah ini dengan mengancam bahawa perang ekonomi mungkin akan mengakibatkan perang sebenar. Hal ini jelas menggambarkan bahawa hubungan Amerika-Jepun semakin bertambah meruncing.
6.0       PERANG DUNIA KEDUA: (1939-1945)     
Perang Dunia Kedua telah berlaku apabila Jerman telah menyerang Poland pada 1 September 1939. Perang Dunia Kedua juga banyak menampakkan hubungan Jepun dengan barat. Iaitu apabila tindakan Amerika dan sekutunya menyekat ekonomi Jepun dan menyebabkan Jepun bertindak semakin agresif. Bagi mengembalikan semula urusan ekonomi dengan pihak Amerika, Jepun telah membuat beberapa rundingan di Washington. Amerika pula telah meletakkan syarat untuk membuka semula hubungan mereka, Syarat tersebut adalah Jepun perlu memberhentikan kegiatan serangan bersama-sama kuasa paksinya. Navy Jeneral Staff telah memberi amaran kepada Jepun bahawa dengan sekatan itu bermakna Jepun mempunyai kemampuan bertahan hanya selama 2 tahun dan jika tindakan tidak diambil sehingga bulan Oktober, kedudukan Jepun akan menjadi lebih terancam. Jepun pula walaupun beberapa rundingan tidak berjaya, Jepun masih lagi meneruskan aktiviti serangan. Namun, sasaran yang dibuat adalah di bahagian Asia Tenggara. Setelah kuasa paksi mengetahui akan rundingan yang dibuat oleh Jepun dan Amerika ini, mereka marah dan ini menyebabkan Jepun berada di dalam keadaan tertekan.
            Kebetulan cabinet Jepun dianggotai oleh dua pihak dimana satu golongan ingin berperang manakala yang satu lagi berkehendakkan penyelesaian melalui rundingan. Walaupun pihak tentera berkuasa di dalam cabinet, Perdana Menteri dan partinya menentang peperangan. Maka satu keadaan buntu telah berlaku di dalam cabinet. Akhirnya, Perdana Menteri Putera Konoe telah meletakkan jawatan pada 16 Oktober 1941. Beliau telah digantikan oleh Jeneral Tojo Hideki, bekas Menteri Perang dan Menteri Hal ehwal dalam negeri.
            Diperingkat ini Jepun telah mengambil keputusan akan berperang dengan Amerika sekiranya perundingan terutamanya mengenai bekalan minyak tidak dapat diselesaikan pada bulan Oktober tersebut. Rundingan tersebut masih diteruskan supaya dapat mengaburi mata dunia dan melengah-lengahkan masa agar tentera Jepun dapat berlatih dan mempersiapkan diri untuk melancarkan serangan. Harus diteliti bahawa kemungkinan untuk mencapai sesuatu penyelesaian adalah tipis sekali kerana Jepun enggan membuat janji mengenai had-had yang akan dikenakan terhadap semua rancangan mereka.
            Bagi pihak Maharaja pula beliau sangat mementingkan perdamaian. Pada baginda kedua-dua corak yakni pemerintahan secara dictator dan bermusuhan dengan Negara luar adalah sama sahaja. Dan tokoh yang layak mengawal pihak tentera dan membawa keamanan dengan Amerika Syarikat ialah Tojo. Oleh itu, baginda telah melantik Tojo dan memberi kebebasan kepada beliau untuk mengendalikan segala urusan pentadbiran dan mengarahkan beliau mengenepikan semua dasar-dasar yang dirangkum oleh persidangan pada 6 September. Kepercayaan tersebut merupakan satu penghormatan dan sanjungan yang tinggi sebagai seorang ahli cabinet yang rajin dan tekun seta taat setia.
            Menjelang awal bulan November 1941, Anggota tentera udara dan laut Jepun telah mencapai satu persetujuan untuk berperang di Great Britain dan Amerika Syarikat. Jeneral Terauchi telah dilantik sebagai ketua Pemimpin Angkatan Tentera di Selatan yang berpusat di Saigon. Pada 5 November 1941, persidangan diraja telah meluluskan rancangan tersebut. Namun, sebelum itu Jepun perlu membuat satu lagi rundingan terakhir dengan Amerika.  Oleh itu, Saburo Kurusu telah dihantar ke Washington sebagai perutusan khas untuk menyampaikan permintaan terakhir pihak Jepun. Kurusu telah dibantu oleh Duta Jepun di sana di dalam usaha-usaha perundingannya. Akan tetapi selang dua hari selepas Persidangan Diraja ini, satu perintah rahsia besar telah dikeluarkan yang meAngumumkan bahawa pada 8 Disember 1941 satu serangan yang serentak akan dibuat ke atas Pelabuhan Pearl, Tanah Melayu, Hong Kong dan Filipina. Dapat dilihat bahawa 10 hari sebelum mengadakan perbincangan di Washington, persediaan secara besar-besaran dan rancangan-rancangan untuk menyerang serta menakluk telah dibuat sebagai jangkaan untuk berperang sekiranya rundingan gagal.
            Sementara itu kedua-dua belah pihak telah begitu berhati-hati menjalankan perundingan. Pihak Jepun telah menyedari bahawa persefahaman tidak akan tercapai kerana pihaknya tidak bersedia untuk menerangkan, pertamanya mengenai tuntutan-tuntutan mereka terhadap China dan keduanya sebagai ahli Pakatan Tiga pihak. Bagi pihak Amerika pula setiausaha Negara, Hull yang mungkin menyedari akan keputusan yang telah diambil oleh Jepun dan ianya akan mengakibatkan kegagalan rundingan tersebut tidak mahu pihak  Amerika dikecam terhadap kegagalan tersebut. Maka, setelah menghubungi pihak British, Hull telah menyampaikan kepada Duta Namura satu draf perjanjian pada 26 November 1941 yang mengandungi beberapa peruntukan iaitu Jepun telah diminta menyertai Great Britain, Belanda, Soviet Russia dan Amerika Syarikat di dalam satu pakatan tidak menyerang dan berjanji akan memelihara keutuhan wilayah Indo China, Jepun hanya boleh menjalankan urusannya dengan kerajaan kebangsaan sahaja dan menarik keluar pasukan tenteranya dari China kecuali Manchukuo, Jepun hendaklah menyerahkan kembali hak-hak wilayah asingan dan mengeluarkan kawasan Pasifik daripada mencampuri kegiatan-kegiatan Pakatan Tiga Pihak dan bagi pihak Amerika Syarikat, mereka akan membatalkan embargonya dan membantu Jepun untuk mengimbangi kadar dollar Amerika dan Yen Jepun.
            Surat peringatan dari pihak Amerika bertarikh 25 November 1941 ini jelas memperkuatkan azam Jepun untuk bertempur. Sementara menanti keputusan tersebut dikirimkan kepada Manura dan Kurusu, mereka telah diberi arahan untuk mengambil masa dan memberi gambaran bahawa Tokyo masih lagi mahu berunding. Dalam pada itu pada 1 Disember, Tojo telah mendapat perintah muktamad untuk melancarkan serangan seperti yang dirancangkan. Pada 6 November, Jepun telah mengutuskan jawapan terhadap Surat Peringatan dari Amerika yang dikeluarkan pada 26 November itu kepada Dutanya di Washington. Arahan telah diberi untuk mengirimkan perutusan tersebut pada 1.00 tengah hari, waktu Amerika pada 7 Disember, manakala serangan terhadap perlabuhan  Pearl akan dibuat pada 7.50 pagi, waktu Honolulu. Jadi, pihak Amerika hanya mendapat 20 minit sahaja untuk amaran. Maka, timbullah keadaan yang melibatkan peperangan antara Jepun, Amerika Syarikat dan Britain. Pada 11 Disember, Jerman dan Itali pula mengikut jejak langkah ini.
7.0       PERANG PASIFIK
Perang Pasifik berlaku ekoran dari sekatan yang dikenakan terhadap Jepun oleh Amerika Syarikat. Akibat dari kegagalan rundingan yang dibuat bagi mengembalikan hubungan perdagangan telah menyebabkan Jepun bertindak semakin agresif. Harapan Jepun adalah melalui peperangan pendek yang akan dibuat akan dapat membuka jalan ke arah tercapainya satu pendamaian secara berunding. Permusuhan angkatan laut Amerika sememangnya  memberi masa kepada Jepun untuk memperkukuhkan kedudukan Jepun dan mengambil langkah-langkah pertahanan bagi menangkis sebarang serang balas dari Amerika dan mengakibatkan kerugian yang besar terhadap nyawa dan harta benda supaya mereka akan mengalah dan mahu berdamai.
            Dalam masa 4 bulan pertama peperangan dijalankan, Jepun telah mencapai banyak kejayaan. Kejayaan yang gemilang ialah apabila mereka telah dapat memusnahkan keseluruhan angkatan laut Amerika di Pelabuhan Pearl. Di pelabuhan tersebut angkatan laut Pasifik berkumpul sementara menanti akan kemungkinan untuk berperang. Pihak Jepun telah mengambil keadaan ini sebagai satu kesempatan yang kemudiannya melancarkan satu serangan secara mengejut ini telah memeranjatkan tentera Amerika dan dalam jangka masa yang singkat sahaja angkatan laut Pasifik telah musnah, ada yang telah karam dan yang lainnya tidak dapat digunakan lagi. Kira-kira 100 kapal terbang pejuang dan kapal selam tentera Jepun telah menyerang secara mengejut ke atas angkatan laut Amerika di Pearl Harbour, Hawai. Dalam serangan tersebut, hampir keseluruhan kekuatan angkatan laut Amerika telah dimusnahkan. Amerika Syarikat kehilangan kira-kira 177 kapal terbang pejuang, beberapa kapal perang, 2 343 anggota tentera terbunuh, 1 272 anggota tentera cedera dan 960 anggota tentera yang hilang. Sementara pihak Jepun hanya kehilangan hanya 48 kapal terbang pejuang dan 3 buah kapal selam. Disebabkan Jerman dan Italy terikat dengan perjanjian, pada 11 Disember 1941, kedua-dua Negara tersebut telah mengistiharkan perang ke atas Amerika Syarikat.
            Di Asia Tenggara pula, pihak Jepun telah menempa kejayaan yang sungguh cemerlang. Hong Kong telah menyerah diri pada Hari Krismas, Manila jatuh pada 1 Januari 1942, Singapura pada 15 Februari, Rangoon pada 7 Mac dan pasukan tentera Belanda menyerah diri dua hari kemudiannya. Maka, pada pertengahan bulan Mac 1942, impian Jepun untuk menubuhkan Asia Timur yang Agung telah menjadi nyata. Askar-askarnya telah menduduki kawasan yang begitu luas yang terletak di Manchuria di sebelah utara hingga ke New Guinea di sebelah Selatan manakala di sebelah Barat pula sempadan India Timur telah terancam. Indo-China merupakan wilayah Asia Tenggara pertama yang jatuh ke tangan Jepun. Tentera Jepun telah mendarat di Vietnam pada pertengahan tahun 1941. Pada November tahun yang sama, Jepun menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk menyerahkan kawalan ekonomi Indo-China kepada Jepun. Pada Februari 1942, British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah kalah. Selepas itu, Jepun mara pula ke beberapa buah lagi koloni Barat di Asia Tenggara. Pada 2 Januari 1941, Manila ditawan oleh tentera Jepun. Pada keesokan harinya tentera Jepun mengistiharkan pemerintahan tentera di Filipina. Pada 29 April 1942, dua kubu tentera Amerika Syarikat, iaitu di Bataan dan Corregidor telah menyerah kalah. Manakala, pada 10 Mei  1942, Mindanao telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun. Pada Jun 1942, keseluruhan Filipina telah diduduki oleh tentera Jepun.
            Kejayaan yang dicapai oleh Jepun telah membuatkan Jepun semakin tamak dan memperbesarkan rancangan asalnya iaitu mewujudkan peperangan pendek bagi mendapatkan rundingan dengan Amerika. Jepun dapat menguasai seluruh Myanmar pada bulan Jun 1942. Kawasan Jepun di Paifik telah bertambah dengan kemasukan Attu dan Kiska di Aleutian, Midway di Pasifik dan Gilbert dan Pulau Solomon di kawasan barat-daya.
            Serangan mengejut yang dibuat oleh Jepun terhadap Pelabuhan Pearl Harbour merupakan kesalahan terbesar Jepun kerana disebabkan serangan tersebut telah menguatkan lagi azam Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Jepun dan menghalang tujuan Jepun di Asia Timur Agung yang baru dicipta.Oleh itu, pada 8 Disember 1941, Amerika telah mengistiharkan perang ke atas Jepun. Jelasnya disini bahawa Jepun telah memperkecil-kecilkan kebolehan Amerika dan menjangka bahawa dengan tenaga manusia dan kebendaan mencukupi untuk menghadapi serangan dari pihak lawan. Namun sebenarnya adalah sebaliknya.
            Pada 7 dan 11 Mei, Angkatan Laut Jepun di laut Coral telah dikalahkan. Jepun juga telah kalah dalam peperangan Midway pada bulan Jun 1942 dan menyebabkan Jepun terpaksa berundur. Amerika telah mara sama ada untuk menyerang atau bertahan pada Ogos 1942, dan askar laut Amerika telah menawan Tulagi pada tahun 1943. Di Pelabuhan Moresby, New Guinea, pihak berikat telah memperkukuhkan kedudukan mereka untuk melancarkan serangan-serangan terhadap Jepun.
            Sebelum berperang dengan Jepun, Amerika terlebih dahulu telah membuat rancangan untuk menjatuhkan Jerman dan memusnahkan Jerman dahulu dan kemudian menyerang Jepun sekiranya keadaan tersebut berbangkit. Apabila meletusnya peperangan, pengeluaran peralatan perang Amerika meningkat dengan begitu pesatnya sehinggakan perang General McArthur mendapat bekalan yang secukupnya. Tindakan seterusnya diambil sehinggakan Amerika masih terus bergiat di kawasan Barat-daya Pasifik setelah Jerman menyerah kalah. General McArthur didapati telah menggunakan tektik yang dinamakan “melompat dari pulau ke pulau yang lain”.  Dengan melalui pulau-pulau yang tidak dianggap penting, tentera Amerika dapat mengelak daripada Jepun di dalam pergerakan mereka ke Tokyo. Pada tahun 1945, General McArthur telah berada di Manila. Pada tahun 1943 dan 1944, Amerika telah berjaya membebaskan pulau-pulau Gilbert, Marshall, Caroline, Marina dan Okinawa. Berikutannya pulau-pulau tersebut telah dijadikan pangkalan tentera Udara Amerika di dalam usaha-usaha untuk menyerang pulau-pulau Utama Jepun.
            Kekalahan Jepun dilihat dengan lebih nyata pada tahun 1944 dan 1945, dimana pada pertengahan tahun 1944, tentera Jepun telah dikalahkan di Saipan dan pada bulan Jun 1945, Okinawa jatuh ke tangan pihak musuh. Kejatuhan Okinawa pada 21 Jun 1945 telah membolehkan serangan udara secara besar-besaran ke atas pulau-pulau Jepun. Jepun, Tokyo, Nagoya dan Kobe terdedah kepada serangan bom kapal-kapal tentera B-29 Amerika. Menjelang akhir bulan Julai 1945, Amerika dan British telah hampir memusnahkan Angkatan Laut dan Udara Jepun. Kejatuhan Saipan telah menyebabkan perletakan jawatan Tojo sebagai Perdana Menteri pada 18 Julai 1944 dan digantikan dengan Jeneral Koiso Kuniaki, namun tidak kekal lama disebabkan kuasa tentera yang merosot. Serangan udara di Tokyo dan serangan yang akan dibuat di Okinawa menyebabkan meletakkan jawatan pada 5 April 1945. Kemudian digantikan dengan Suzuki Kantaro iaitu seorang laksamana yang ulung dan dihormati berikutan Kabinet Koiso.
8.0       KESIMPULAN
            Pengeboman yang berlaku di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki 9 Ogos 1945 telah menamatkan Perang Dunia Kedua. Akhirnya, Jepun terpaksa mengaku kalah dengan tentera Berikat. Peperangan yang berlaku turut meninggalkan kesan ke atas Asia Tenggara dan Asia Timur. Banyak perubahan melalui pembaharuan yang telah berlaku ke atas Jepun selepas Perang Dunia Kedua terutamanya dari aspek pentadbiran, ekonomi, dan sosial. Hubungan Jepun dan negara Barat masih mempunyai kebergantungan. Empat hari selepas Perang Dunia Kedua tamat, Pengisytiharan Portsdam dikeluarkan. Jepun lebih mencontohi Barat dalam pelbagai bidang bagi menaik taraf semula negara Jepun. Menerusi aspek pentadbiran, selepas Perang Dunia Kedua, Jepun  telah diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi Kuasa Berikat (MKTB) atau juga dikenali sebagai Supreme Commander of Allied Power yang telah diketuai oleh Jeneral Douglas Mac Athur dari Amerika Syarikat. Pada 29 September 1945, Jepun telah menandatangani surat penyerahan secara rasmi dan satu laporan berdasarkan Pengisytiharan Portsdam dikeluarkan. Pengisytiharan ini dibuat sebagai penyingkiran bagi mereka yang bertanggungjawab dalam perang dan hukuman jenayah.
            Pembaharuan dalam aspek pemerintahan pula adalah Jepun dikekalkan tetapi dipimpin dan diarahkan oleh MTKB. Pada tahun 1945, Jepun telah berhadapan dengan situasi dua politik yang bercanggah. MTKB  berkuasa untuk mengubah atau membuat pindaan atas satu-satu dasar. Pada Oktober 1946, Maharaja mengeluarkan  perlembagaan baru. Perlembagaan Meiji yang digunakan sejak tahun 1889 dengan sendirinya dimansuhkan. Perlembagaan baru telah ditandatangani pada 3 Mei 1947.
            Selain itu, Perang Dunia Kedua juga membawa pembaharuan dari aspek ekonomi kepada Jepun. Dengan itu, langkah awal telah diambil oleh MTKB dengan memansuhkan sistem ekonomi bercorak Zaibatsu dan harta mereka dibekukan. Ekoran itu, satu arahan telah dikeluarkan pada 6 November 1945 dan satu badan diberi nama Suruhanjaya Pembubaran Syarikat Induk ( A Holding Company Liquidation) ditubuhkan. Suruhanjaya ini telah mengambil alih peranan Zaibatsu. Bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Jepun dan menentang pengaruh Komunis. Amerika Syarikat telah menyumbangkan bantuan kepada Jepun. Maka, dengan adanya bantuan dari Amerika Syarikat dan negara-negara Barat serta semangat dan ketekunan orang Jepun. Kesungguhan orang Jepun ini telah berjaya membaiki semula negara mereka dan hal ini terbukti apabila menjelang tahun 1950, sebahagian kota yang musnah akibat peperangan telah dibina semula.

            Akhir sekali, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Jepun mempunyai kebergantungan terhadap negara barat dari segi sosial juga terutamanya dalam bidang pendidikan. Kesedaran pascaperang ini, meningkatkan potensi kuasa seorang pendidik yang lebih bersifat autokrasi dalam sistempendidkan di Jepun. Ajaran dan kepercayaan mengenai Shinto dihapuskan. Begitu juga ajaran berunsurkan nasionalisme yang fanatik. Antara langkah bagi menyingkirkan ajaran berunsurkan nasionalisme yang fanatik buku teks pelajaran telah ditapis. Sistem pelajaran di Jepun mengalami perubahan dan mengikut sistem pelajaran yang baru mengikut sistem pelajaran Amerika Syarikat. Amerika Syarikat beranggapan bahawa kesediaan Jepun menerima pendudukan asing adalah sebagai ganti keikhlasan pihak Barat member sumbangan social dan pendidikan di Jepun. Malah, guru-guru di Jepun juga dilatih dengan sistem perguruan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, peperangan ini telah memberikan kesedaran kepada Jepun untuk memperjuangkan kearah kemajuan negara di samping sentiasa memberi komitmen yang baik dengan negara-negara Barat.

No comments:

Post a Comment