nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Keadaan politik dan sosio-ekonomi Jepun menjadi faktor pendorong kepada gerakan imperialisme Jepun. Analisakan

1.0       PENDAHULUAN
Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”.Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku serta mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868-1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867).Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun “pemimpin tertinggi samurai” menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial.
Jepun telah menjalankan imperialisme semenjak zaman Meiji lagi. Imperialisme bermaksud dasar meluaskan empayar dengan menjajah negara lain. Konsep imperialisme bertunjangkan perkembangan kuasa. Dalam hal ini, gerakan Imperialisme Jepun boleh dibahagikan kepada empat fasa, iaitu fasa pertama sewaktu permulaan zaman Meiji, fasa kedua, iaitu secara tidak langsung yang bermula sekitar Perang Dunia pertama dengan Tuntutan 21 yang dilakukan terhadap China. Fasa ketiga ialah imperialisme secara langsung bermula 1930-an dan fasa keempat iaitu semasa slogan Kesemakmuran Asia dikembangkan ke Asia  Tenggara.
Faktor-faktor yang menggerakkan misi imperialisme Jepun berkait rapat dengan keempat-empat fasa.Misalnya, perjanjian Versailles, perang-perang yang disertai Jepun, serta bidang pendidikan merupakan salah satu kunci yang membawa kepada negara Jepun dihormati dan menjadi kuasa baru di rantau Asia.
2.0       FASA PERTAMA – PEMODENAN MEIJI
2.1       PERANAN PEMERINTAH
Meiji Tokugawa merupakan pengasas dalam menggerakan imperialisme melalui rancangan jangka panjangnya.Beliau telah merangka strategi dan memberikan kata-kata semangat agar imperialisme berjaya dilakukan. Dalam hal ini, pemerintah Meiji telah mengambil tampuk pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa dalam usaha untuk memajukan dan membangunkan  negara Jepun pada masa tersebut agar dihormati negara lain.
Pada tahun 1867,Tokugawa telah digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera.Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.Meskipun berlaku pelbagai permasalahan, Meiji melaksanakan juga Pemodenan Meiji di Jepun pada tahun 1868. Para pemimpin  melihatJepun ketika itu berada dalam keadaan yang sangat terancam, terutamanya setelah negara itu terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa Barat sejak tahun 1854. Mereka menyedari bahawa butir-butir perjanjian berkenaan sangat berat sebelah. Sekiranya perjanjian itu berterusan Jepunakan akan mengalami kerugian pada jangka panjangnya.
            Setelah Pemulihan Meiji berlaku para pemimpin giat berusaha memperkukuhkan kedudukan ekonomi, politik dan ketenteraan negara mereka. Mereka sedar bahawa kelengahan berbuat demikian akan menyebabkan Jepun akan terus dibelenggu dengan syarat-syarat perjanjian yang merugikan mereka.Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji.
Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi negara Jepun.Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial.Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.
Akhir sekali melibatkan pemodenan Meiji yang mementingkan pendidikan yang berteraskan ketenteraan, Meiji juga melakukan beberapa perubahan dasar bagi meningkatkan nasionalisme demi memperkukuhkan negaranya. Beliau memperkenalkan beberapa dasar iaitu fukoka kyohei, bunmei kaika, shokusan kogyo dan kokusai kanke. Melalui slogan-slogan ini,Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.
Slogan pertama iaitu Fukoku Kyohei bermaksud ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’.Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah demi memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supayarakyat Jepun disegani dan dihormati di mata dunia.Oleh itu rakyat digesa untuk bekerjakuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.
            Slogan kedua iaitu Bunmei Kaika bermaksud ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’.Prinsip ini mendokong agar rakyatJepun bersemangat untuk mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepadaseluruh masyarakatJepun.Hal ini keranaJepunpada masa itu telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara Barat.Bagi menjamin maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.
Slogan ketiga iaitu Shokusan Kogyobermaksud  ‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam bidang perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun dan mendapat pasaran di seluruh dunia.Tokyo telah memainkan peranan penting sebagai pusat perindustrian danpenyelidikan di bidang perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barangannya ke seluruh dunia.Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara Barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepundalam bidang perindustrian.
            Slogan keempat iaitu Kokusai- Kankeibermaksud ‘Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa.Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakanperhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan inisekaligus berupaya meningkatkan sektor perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melaluikonsep ‘kaizen’ dan ‘arigato
Namun begitu, pendekatan yang dilakukan Meiji masih ditahap asas iaitu hanya mengukuhkan ketenteraan untuk keselamatan negara.Perubahan yang dilakukan oleh Meiji hanya bertujuan menggiatkan lagi aktiviti perluasan kuasa dan menambahkan semangat nasionalisme antara masyarakat Jepun.
2.1       PERTAMBAHAN PENDUDUK
Jepun menghadapi masalah serius yang membabitkan rakyat serta masalah dalam negara iaitu pertambahan penduduk yang pesat pada zaman permodenan Meiji. Hal ini boleh dilihat pada tahun 1872 jumlah penduduk Jepun ialah seramai 35 juta orang dan bilangan ini meningkat menjadi 40 juta orang pada tahun 1890, seterusnya 65 juta orang pada tahun 1930. Hal ini menyebabkan kawasan negara Jepun menjadi padat dan masalah sosial sering berlaku terutama dalam sektor pertanian kerana kekurangan bahan makanan serta masalah kesuntukan tanah untuk menempatkan bilangan penduduknya yang semakin meningkat setiap tahun.
Disebabkan kehidupan penduduk Jepun yang bertambah maju hasil daripada permodenan iaitu dalam sektor perindustrian bahan besi serta peralatan perang menyebabkan pemerintahperlu mendapatkan kawasan tambahan baru untuk menampung beban rakyat mereka yang ramai serta mencari kawasan pasaran untuk memasarkan bahan dagangan mereka. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialism terhadap negara China, Korea, Taiwan dan Manchuria menjadi sasaran Jepun untuk melakukan penghijrahan beramai-ramai rakyatnya. Contoh di Mancuria, Jepun mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk jangka masa panjang selain menempatkan rakyatnya di kawasan tersebut kerana Mancuria kaya dengan bahan mentah seperti arang batu, kayu kayan, besi dan emas serta kekayaan Mancuria sebagai pengeluar kacang soya yang merupakan bahan makanan ruji rakyat Jepun.
Pada tahun 1900 rakyat Jepun mulai minat untuk berhijrah ke negara Barat dalam usaha mereka meninjau permodenan yang dilakukan serta mempelajari selok belok pentadbiran barat dan berbaik dengan barat, keadaan tersebut disambut baik oleh pihak kerajaan Amerika. Namun, setelah sedar kemasukan rakyat Jepun secara beramai-ramai ke negara mereka membawa kesan yang sebaliknya, Amerika mula menyekat kemasukan warga Jepun dan memberi layanan yang buruk kepada orang Jepunyang sudah berhijrah ke negara mereka.Hal ini menyebabkan rakyat Jepun berdendam dengan pihak Barat dan mereka menggunakan alasan tersebut sebagai penaik semangat mereka untuk mengalahkan pihak Barat. Belanda, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis juga mulai menyekat kemasukan rakyat Jepun di kawasan jajahan mereka kerana bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara bakal menjejaskan kepentingan mereka.
Pertambahan penduduk Jepun ke negara Barat ini secara analoginya telah memberikan impak positif bagi negara Jepun. Hal ini kerana, pihak Jepun secaratidak langsung akan dapat mengetahui teknologi yang terkini yang diguna pakai oleh pihak Barat. Kesan daripada itu, kita akan dapat menyaksikan kuasa Jepun dalam teknologi dan ketenteraan semakin meningkat dan mampu untuk mengalahkan Russia dan negara lain bagi melaksanakan slogannya iaitu “Lingkungan Kesemakmuran Asia”.

2.3       PENDIDIKAN
Faktor pendidikan di Jepun telah menjadi pendorong bagi Jepun dalam melakukan imperialisme.Pendidikan Barat telah dijadikan rujukan utama bagi Jepun dalam memodenkan sistem pendidikan mereka dibawah rancangan pembaharuan oleh Maharaja Meiji. Individu yang telah banyak memperkenalkan pendidikan Barat di Jepun ialah Fukuzawa Yukichi.Namun, pendidikan bersifat tradisional tidaklah terus dipinggir.Bagi tujuan pemodenan tersebut, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1871 dengan mengikut corak Barat. Pada tahun 1872, kerajaan Jepun telah mengeluarkan satu undang-undang bagi mewajibkan kanak-kanak dari semua lapisan masyarakat yang berumur 6 tahun diberi pelajaran rendah selama 6 tahun. Pada tahun 1890 pula, Dasar Pendidikan telah dikeluarkan yang menekankan keharmonian dan kesetiaan. Pada peringkat ini, mereka dididik supaya mempunyai rasa taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Maharaja, bangsa dan Negara yang dikenali sebagai ‘Kokutai’.Kanak-kanak di jepun juga dititikberatkan dalam latihan untuk membentuk akhlak dan juga latihan akal mereka supaya bijak dalam setiap aspek.
Bagi pendidikan di peringkat menengah dan tinggi, mata pelajaran yang diutamakan ialah matapelajaran sains dan teknik.Pelbagai buku dalam bidang sains dan teknik telah diterjemahkan kepada bahasa Jepun serta tenaga pengajar dan golongan professional dari Barat dibawa masuk ke Jepun. Kerajaan Jepun juga menghantar pelajar-pelajar mereka untuk belajar ke luar Negara iaitu di Britain bagi mempelajari aspek angkatan laut dan perkapalan perdagangan, ke Negara Jerman bagi mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan, dan juga ke Amerika Syarikat bagi mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi. Pada tahun 1877, Universiti Tokyo telah ditubuhkan bagi menerajui sistem pendidikan moden Jepun.  Antara universiti lain yang ditubuhkan ialah Universiti Kyoto pada tahun 1897 dan Universiti Hokkaido di Sapporo pada tahun 1918. Pelajaran teknikal juga amat dititikberatkan sehinggakan tertubuhnya maktab teknikal khas untuk mengajar bidang teknikal. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan Jepun ini membolehkanJepun menjadi sebuah negara yang moden hamper setaraf dengan negara-negara Barat.
Apabila Jepun telah memodenkan sistem pendidikannya, mereka telah melahirkan generasi yang mahir dan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang ketenteraan.Ramai dikalangan pemimpin telah dilahirkan melalui pendidikan Barat, antaranya iaitu Ito Hirobumi, Inoue dan Yamagata.Mereka bertanggungjawab dalam menjalankan pemodenan di Jepun.Selain itu, bagi pandangan Jepun, kehebatan Barat adalah disebabkan oleh kemajuan mereka dalam bidang ketenteraan.Disebabkan itu, Jepun telah menghantar rakyatnya ke Barat untuk mempelajari teknik peperangan serta teknologi ketenteraan yang digunapakai untuk diaplikasikan dalam ketenteraan diJepun. Sebagai contoh Sakuma Shozan telah mengkaji berkaitan meriam Barat untuk diaplikasikan di Negara Jepun sebagai sistem pertahanan,terutamanya mengenai teknologi dan mesin yang digunakan oleh Barat.
Semasa Perang Rusia-Jepun (1905-1905), Kementerian Pelajaran Jepun telah berusaha memupuk semangat militerisme dikalangan murid sekolah, mereka diajar tentang apa yang patut dilakukan dalam masa kecemasan. Kanak–kanak Jepun juga didedahkan dengan mata pelajaran etika yang membincangkan mengenai titah diraja yang mengisytiharkan perang, tindak tanduk askar Jepun yang berani, kelakuan yang diharapkan oleh kanak–kanak semasa perang dan tanggungjawab mereka terhadap khidmat tentera. Pendedahan pendidikan berkaitan dengan ketenteraan juga terdapat pada mata pelajaran yang lain seperti dalam mata pelajaran Bahasa Jepunyang  menyentuh keadaan perang, surat- surat yang dihantar kepada dan daripada anggota tentera di perbatasan serta gambar-gambar peperangan yang disediakan oleh kerajaan untuk tatapan kanak-kanak di Jepun. Dalam mata pelajaran matematik pula, pelajar diajar mengira hal yang bersangkutan dengan ketenteraan manakala pada mata pelajaran sains pula, ia membincangkan mengenai lampu pencari, komunikasi tanpa wayar, periuk api, torpedo, bahan letupan dan kesihatan. Pelajar-pelajar juga hanya didedahkan dengan lagu-lagu tentera yang patriotik dalam kelas muzik mereka.
Pendedahan pendidikan yang moden ini telah menyakinkan Barat untuk melakukan imperialisme di Negara Asia. Keyakinan serta kehebatan mereka melalui sistem pendidikan yang diamalkan dapat dilihat pada peristiwa Perang Russia-Jepun apabila Jepun Berjaya mengalahkan Russia yang merupakan kuasa besar dunia pada masa itu.Antara faktor kemenangan Jepun adalah disebabkan oleh strategi ketenteraan Jepun yang lebih baik dari Rusia.Jepun juga mempunyai senjata yang moden dan bermutu seperti kapal perang moden Jepun yang dimiliki oleh angkatan tentera laut mereka. Penggunaan senjata dan jentera moden tersebut tidak mungkin dapat digunakan oleh Jepun melainkan daripada pendedahan pendidikan tentera di Barat. Hasil pendidikan moden Jepun juga, telah berjaya menghasilkan para tentera yang berdisiplin dan berani mati. Masyarakat Jepun juga mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi melebihi kepentingan peribadi dan keluarga. Oleh itu, sistem pendidikan moden Jepun ini telah menjadi pendorong dan keyakinan kepada Jepun dalam mengukuhkan kuasa imperialisme mereka di negaraAsia .
2.4       KETENTERAAN
Faktor ketenteraan merupakan antara pendorong bagi Jepun untuk meluaskan impreliasme mereka.Kemenangan Jepun dalam setiap peperangan dapat dilihat semasa zaman Meiji.Hal ini dapat dilihat menerusi kemenangan pihak Jepun dengan negara China dan Rusia.Situasi ini berlaku disebabkan semangat orang Jepun itu sendiri yang amat serius dalam perluasan kuasa mereka.Zaman Meiji telah dianggap tinggi statusnya selepas kemenangan peperangan ini dan kerajaan ini menjadi bertambah kuat.Jepun telah menerima banyak pengiktirafan daripada negara-negara Barat. Setiap tentera Jepun dalam peperangan adalah bersifat autonomi dan ini dilihat daripada pengelolaan Yamagata yang terus memastikan imperialisme Jepun berkembang.Pada masa ini juga perbelanjaan dalam sektor ketenteraan Jepun semakin meningkat.Sehingga tahun 1895, hanya 5% tenaga muda digunakan dalam sektor ketenteraan dan telah digandakan jumlahnya semasa tahun peperangan dengan China meletus atas dasar menjaga keselamatan negara dan juga perluasan kuasa. Jelas disini menunjukkan bahawa kemenangan pihak Jepun dalam setiap peperangan khususnya kemenangan dengan pihak China menjadi salah satu faktor pendorong gerakan imperialisme mereka.
Selain daripada itu, kemenangan Jepun dalam peperangan dengan kuasa besar seperti China dan Rusia disebabkan oleh pengenalan sistem ketenteraan moden.Hal ini sekali lagi peranan dimainkan oleh Yamagata Arimoto.Yamagata telah mengambil contoh sistem ketenteraan Jerman untuk diserap masuk ke dalam ketenteraan Jepun. Beliau mendapati bahawa sifat ketenteraan bangsa Jerman amat sesuai dengan jiwa orang Jepun. Oleh itu, sejak tahun 1878, beliau telah menggunakan sistem ketenteraan Jerman dalam tentera Jepun dan pada tahun 1885 pegawai-pegawai Jerman mula berkhidmat dengan pasukan Jepun. Contohnya, dalam peperangan Jepun-Rusia dimana Jepun mempunyai tentera terlatih seramai 850,000 lelaki dan 180,000 tentera yang berpengalaman. Hal ini menyebabkan bertambahnya kekuatan ketenteraan Jepun untuk memenangi setiap siri peperangan dan meningkatkan pengaruhnya melalui kegiatan imperialisme.
            Malahan, kemenangan pihak Jepun dalam setiap siri peperangan yang menjadi pendorong kepada perluasan kuasa mereka disebabkan oleh kekuatan angkatan laut.Dalam perkara mengenai angkatan laut, Jepun telah menumpukan perhatian mereka untuk mendapatkan pertolongan daripada pihak British yang sudah lama terkenal dengan kekuatan tentera laut.Kekuatan angkatan laut tentera Jepun mula terbukti apabila mereka berjaya mengalahkan angkatan laut China di Muara Sungai Yalu dalam bulan September 1894 dalam peperangan China-Jepun. Tentera Jepun juga dapat mengalahkan pihak China dalam masa yang singkat berdasarkan kekuatan tentera laut mereka.Pihak Jepun telah menguasai kawasan Semenanjung Liotung pada 24 oktober dan 4 minggu kemudian mereka sekali lagi telah berjaya menguasai Perlabuhan Arthur. Seterusnya, angkatan tentera laut Jepun turut mengalahkan angkatan tentera laut Rusia dalam pertempuran di Selat Tsushima ketika peperangan Rusia-Jepun yang meletus pada 1904-1905.
Salah satu siri pertempuran Rusia-Jepun ini juga menunjukkan kekalahan teruk tentera laut Rusia dimana sebanyak 20 buah kapal perang mereka tenggelam dan hanya 4 orang tentera Rusia sahaja yang dapat menyelamatkan diri ke Vladivostok. Kekuatan angkatan tentera laut pihak Jepun dalam setiap peperangan juga adalah disebabkan oleh kecanggihan kapal perang mereka.Kapal-kapal perang mereka ini dibeli dari limbungan Barrow, Elswick dan Sheffield di England.Tentera Jepun juga turut membina kapal perang mereka sendiri.Pada 1875, pihak Jepun telah berjaya membina 2 buah kapal perang di limbungan Nagasaki. Perkembangan angkatan tentera laut Jepun ini telah membawa kepada kemenangan dalam peperangan dengan pihak Rusia serta China.
Kesan kemenangan peperangan pihak Jepun dalam siri peperangan mereka juga telah mendorong perkembangan gerakan imperialisme mereka.Kejayaan Jepun mengalahkan China telah menjadi titik permulaan kemunculan Jepun sebagai kuasa imperialis di timur. Ini kerana ia telah menambahkan keyakinan pemimpin-pemimpin Jepun terutama pemimpin tentera untuk menjalankan dasar perluasan wilayah dan mendirikan satu empayar Jepun di Asia . Pada masa ini, mereka telah berjaya menguasai kawasan seperti Volcano Island (1891), Formosa (1895) dan Kepulauan Pescadores (1895).Negara Korea pula selepas kekalahan China di tangan pihak Jepun telah dibebaskan dari kekuasaan pihak China.Hal in kerana bila-bila masa sahaja Korea boleh diletakkan dibawah penguasaan Jepun.
            Manakala, kesan kemenangan pihak Jepun menundukkan tentera Rusia dalam peperangan Rusia-Jepun menyebabkan berlakunya perkembangan imperialisme Jepun.Kekalahan pihak Rusia menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Portsmouth.Perjanjian ini membolehkan Jepun mengambil alih peranan Rusia sebagai salah satu kuasa imperialis dengan mengambil alih kawasan di Manchuria Selatan dan Korea. Dasar imperialis Jepun tidak dapat disembunyikan lagi apabila Jepun mengambil Korea pada tahun 1910 dengan menggunakan alasan pembunuhan Ito residen Jepun di Korea pada 1909. Disini jelas menunjukkan bahawa kuasa imperialisme Jepun semakin meningkat selepas kemenangan dalam peperangan China-Jepun dan Rusia-Jepun, ini disebabkan oleh kekuatan ketenteraan yang dibina oleh Jepun.

2.5       PERANAN ZAIBATSU
            Pada fasa yang pertama ini juga, terdapat golongan yang muncul sebagai perintis kepada bidang ekonomi.Hal ini dapat dikesan pada zaman pemulihan Meiji.Di Jepun antara tahun 1894 dan 1910, segelintir kolonial milik persendirian yang besar dipanggil Zaibatsu telah meningkatkan kuasa ekonomi mereka. Sektor ekonomi yang telah dikembangkan oleh Zaibatsu ini dapat dilihat dengan ketaranya dalam bidang kewangan, industri, serta perbankan. Setelah memajukan serta menguruskan perusahaan-perusahaan baharu itu kerajaan telah menyerahkan kebanyakkan perusahaan itu kepada syarikat-syarikat swasta dengan harga yang paling rendah.Meskipun begitu, kerajaan juga telah menguasai beberapa perusahaan tentera yang penting.Syarakat-syaraikat swasta yang disukai oleh kerajaan itulah yang menjadi Zaibatsu.
            Zaibatsu yang berkuasa pada masa itu terdiri daripada Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda serta lain-lain lagi. Walaupun sesetengah Zaibatsu seperti Mitsui dan Sumitomo mempunyai sejarah lebih daripada 200 tahun, mereka mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka dengan pihak kerajaan. Pada permulaan tahun 1880-an pembukaan kilang industri dan lombong telah banyak menguntungkan golongan ini.
            Oleh kerana mereka telah banyak bergantung kepada kerajaan, mereka berasa terhutang budi dan terikat dengan kerajaan. Secara keseluruhannya, Zaibatsu tidak begitu cenderung hendak memasuki politik dan dalam erti kata lain mereka hendaklah mengambil bahagian untuk membangkang kerajaan di dalam Parlimen yang telah ditubuhkan oleh Perlembagaan 1889. Zaibatsu juga memiliki bank dan saham yang mana keuntungan daripada hasil pinjaman sebanyak 17% menjadikan mereka semakin giat aktif dalam mempelopori ekonomi negara.
            Justeru itu, pihak Zaibatsu telah banyak mendorong kerajaan untuk meneruskan imperialisme bagi meneruskan keadaan ekonomi yang bagus ini.Oleh hal yang demikian, peranan yang dimainkan oleh Zaibatsu bagi mendesak kerajaan meluaskan pengaruh merupakan salah satu sebab Jepun menjalankan imperialisme ke atas kawasan sekitarnya.
3.0       FASA KEDUA(SECARA TIDAK LANGSUNG)
3.1       PERANAN ZAIBATSU
            Pada fasa kedua pula, peranan Zaibatsu masih lagi aktif dalam zaman imperialisme Jepun.Hal ini kerana, Jepun telah mencapai kemajuan yang pesat dalam perindustrian dan pemodenan sehingga tahun 1910, dan telah dianggap sebagai sebuah negara membangun. Dari konteks lain pula, berlaku perlumbaan dalam perusahaan diantara ahli-ahli kaum pemodal itu iaitu diantara Mitsui dan Mitsubishi misalnya yang menyebabkan mereka telah berhubung rapat dengan beberapa ahli tertentu dalam oligarki pentadbiran.
Contohnya, Mitsui mempunyai hubungan yang rapat dengan dengan Ito dan Inouye Kaoru manakala Mitsubishi mempunyai hubungan yang rapat dengan Matsukata.Hal ini secara tidak langsung menyebabkan golongan Zaibatsu terlibat dengan keadaan politik Jepun secara berselindung. Zaibatsu ini juga sanggup membantu kewangan segala aktiviti yang dilakukan oleh 2 parti politik yang besar di Jepun iaitu Seiyukai dan Kensekai dan dalam masa yang sama parti politik ini perlulah melindungi pihak mereka sebagai balasan.
            Selain daripada itu, selepas parlimen ditubuhkan juga, Zaibatsu ini telah menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap undang-undang yang diluluskan.Hal ini secara tidak langsung telah membawa kepada masalah rasuah. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki perbadanan-perbadanan Jepun terutama Zaibatsu atau golongan kapitalis yang berkembang menjadi konglomerat-konglomerat besar semasa era Meiji.Kebanyakan keperluan barang-barang pengguna Korea telah dibekalkan oleh Jepun. Korea bersama Taiwan (yang telah diserahkan oleh China kepada Jepun berikutan Perang China Jepun (1894-95) telah diintegrasikan secara sepenuhnya  keatas  Empayar Jepun.
            Kuasa Zaibatsu seperti juga dengan kuasa di Parlimen di bawah Perlembagaan lama telah mencapai kemuncaknya dalam tahun 1920-an. Golongan Zaibatsu berjasa dalam usaha melunaskan hutang Jepun dalam kerugian perang yang telah dihadapi serta mendesak kerajaan untuk melakukan imperialisme berdasarkan pencapaian ekonomi negara yang memberangsangkan menerusi perusahaan perindustrian keluli. Hal ini dapat dilihat semasa Perang Russia-Jepun dimana Perang Rusia Jepun telah menelan belanja sebanyak 1500 juta Yen bagi pihak Jepun. Kos peperangan yang tinggi ini telah membebankan Kerajaan Jepun memandangkan ia tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada kerajaan Rusia. Tidak dapat dinafikan ketika berlakunya peperangan, ekonomi Jepun benar-benar merosot.Rakyat terpaksa menanggung beban cukai yang banyak demi keselamatan negara.
            Namun selepas perang Rusia,  Jepun telah memperlihatkan pembangunan industri berat yang menakjubkan khususnya dalam industri pembinaan kapal, industri keluli dan kimia. Selain itu, Jepun juga terlibat dalam perusahaan berat yang lain terutamanya kilang membuat alat-alat senjata dan meningkatkan perusahaan membuat kapal. Jepun sedar ia masih memerlukan alat-alat senjata dari Barat, misalnya kapal terbang dari Britain. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepun hendaklah mengeluarkan sendiri tanpa mengharapkan bantuan asing.
            Alasan mereka mendesak kerajaan untuk menjajah ialah untuk meluaskan pasaran disebabkan Barat memboikot barangan dari Jepun kerana tidak mahu bergantung dengan negara tersebut menyebabkan Jepun hilang kawasan pasaran serta kurangkan barangan untuk dieksport dan golongan Zaibatsu mendapat kesan daripada kemerosotan tersebut.Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan perniagaan dan perusahaan Jepun dalam fasa kedua zaman Meiji adalah disebabkan oleh kecekapan beberapa buah syarikat besar yang telah membentuk Zaibatsu yang berasaskan kaum buruh denagn kepercayaan bahawa bekerja keras adalah satu tugas bagi mereka yang cintakan tanah air.
            Lanjutan itu juga, Zaibatsu menyokong imperialisme dengan menyumbangkan senjata api kepada tentera Jepun. Tindakan Zaibatsu telah memudahkan proses imperialisme berlangsung serta memulihkan kemerosotan ekonomi yang dialami semasa perang. Golongan Zaibatsu sekali lagi, berjasa dalam menggerakkan imperialisme Jepun.
3.2       KEBIMBANGAN JEPUN MELALUI PERLUASAN KUASA BARAT
            Dalam fasa kedua juga, pihak Jepun mula berasa bimbang akan perluasan kuasa pihak barat ke kawasan Asia .Hal ini mendorong mereka untuk meningkatkan imperialisme.Perluasan kuasa bermula apabila perjanjian Shimonoseki telah dimetrai.Perjanjian ini telah dimeterai antara Jepun dengan China kesan daripada kekalahan pihak China dalam perang China-Jepun (1894-1895).Kuasa-kuasa luar mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan sektor industri negara masing-masing untuk bersaing menjadi negara maju. Hal ini dapat dilihat apabila negara Amerika Syarikat telah berjaya mengalahkan Sepanyol dan memulakan pertapakan mereka di Filipina pada 1898. British pula telah melebarkan sayapnya ke kawasan Burma disamping menguatkan lagi jajahannya di India pada 1886.
            Hal ini menyebabkan Yamagata Arimoto sendiri mengesyorkan Jepun bukan sahaja melindungi kedaulatan mereka tetapi harus mengebarkan pengaruh dan mengawal sempadan negara mereka untuk memastikan keselamatan terkawal. Pihak Jepun ingin meluaskan pengaruhnya atas dasar perkembangan industri yang semakin meningkat. Namun begitu, Jepun bimbang akan campur tangan German dan Perancis di kawasan China. Pada masa yang sama juga, pihak Rusia amat berminat untuk mengambil kawasan semenanjung Liaotung. Hal ini bertujuan untuk pembinaan landasan kereta api dari utara yang menghubungkan landasan Tran-Siberia hingga ke Selatan Manchuria.
            Oleh itu, bagi memastikan penguasaan wilayah berjalan dengan lancar dalam usaha persaingan kuasa dengan pihak Barat yang lain, Jepun telah menguasai Fukien iaitu wilayah yang berhadapan dengan Taiwan sebelum dikuasai olah kuasa luar yang lain. Langkah yang diambil oleh Jepun ini memberi kesan yang positif kerana jika tidak, pihak Amerika Syarikat berminat akan kawasan yang diambil oleh Jepun sejurus selepas itu.
            Pihak Jepun juga semakin bimbang sekiranya pembinaan landasan kereta api Tran-Siberia yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Rusia akan menyebabkan kawasan yang mereka idamkan iaitu Korea turut diambil oleh pihak Barat. Hal ini kerana, jika Korea dikuasai oleh pihak luar maka secara tidak langsung kawasan Asia  Timur juga akan terdedah untuk perluasan kuasa termasuk mengancam kedaulatan Jepun sendiri. Pihak Jepun telah mengambil langkah dengan melakukan gerakan tentera di dua kawasan China iaitu di Peking dan Shanghai dalam usaha menyekat penguasaan pihak luar sekali gus meningkatkan pengaruh mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak Jepun sentiasa berjaga-jaga dengan perluasan kuasa pihak Barat disamping menjaga ekonomi dan pasaran mereka melalui imperialisme.
3.3       JAMINAN KESELAMATAN BAGI MENGUKUHKAN KEKUATAN JEPUN
Dalam fasa yang kedua ini juga, pihak Jepun memperluaskan kuasanya bagi menjamin keselamatan negara mereka dalam bidang politik dan ekonomi. Hal ini dilihat apabila Jepun  amat memerlukan Korea sebagai jaminan keselamatan kepada negara mereka. Malah, orang-orang Jepun menganggap Korea ibarat sebilah pisau yang menghala ke jantung Jepun. Keselamatan Jepunakan terancam sekiranya Korea jatuh ke tangan musuh Jepun disebabkan kedudukan Korea yang hampir dengan Jepun.
Oleh hal yang demikian, Jepun perlu menguasai Korea untuk mengelakkannya jatuh ke tangan musuh-musuh dan Korea akan dijadikan benteng keselamatan Jepun. Tambahan lagi, Korea amat diperlukan oleh Jepun disebabkan permodenan Maharaja Meiji yang melaksanakan rancangan perindustrian, Jepun mengharapkan Korea untuk memajukan sektor perkapalan Jepun. Jepun juga telah melihat Korea sebagai kawasan untuk menampung keperluan makanan mereka dan menjadi penyebabkan kenapa mereka perlu menguasai Korea secepat mungkin selepas perang China-Jepun.
3.4       KETIDAKPUASAN HATI JEPUN
Jepun tidak berpuas hati terhadap Rusia walaupun Jepun telah menang dalam Perang Rusia-Jepun yang telah tercetus pada tahun 1904 hingga tahun 1905. Walau bagaimanapun, sebelum perang tercetus, Jepun telah cuba membuat rundingan dengan pihak Rusia. Namun begitu, rundingan tersebut gagal mencapai kata sepakat.Cadangan-cadangan yang dikemukan dalam rundingan tersebut tidak dapat diterima oleh Rusia dan juga Jepun.Sebagai contoh, Rusia tidak menerima cadangan berkenaan kebebasan Jepun di Korea dan Jepun pula tidak menerima cadangan berkenaan supaya diwujudkan kawasan berkecuali di garis lintang 39 darjah. Oleh itu, Jepun tidak ada pilihan lain selain berperang dengan Rusia untuk meluaskan imperialisme mereka.
Ketidakpuasan hati Jepun berlaku apabila Perang Rusia-Jepun ini diakhiri dengan Perjanjian Portsmouth yang dianggap tidak adil bagi pihakJepun.Jepun menganggap Perjanjian Portsmouth tidak adil kerana ganti rugi dalam bentuk bayaran dari Rusia terhadap Jepun tidak disertakan dalam isi kandungan perjanjian tersebut. Antara syarat perjanjian ini ialah, Rusia perlu mengakui kekuasaan politik, ketenteraan, dan ekonomi Jepun di Korea, hak-hak Rusia di Semenanjung Liaotung diserahkan kepada Jepun. Selain itu, Selatan Pulau Sakhalin dari garis lintang 50 darjah diserahkan kepada Jepun sebagai membayar ganti rugi. Berkaitan penyerahan Pulau Sakhalin ini, Jepun tetap berasa rugi walaupun penyerahan tersebut dilakukan sebagai ganti rugi.Hal ini demikian kerana, penyerahan Pulau Sakhalin tidak setimpal dengan bayaran yang sepatutnya dibuat oleh Rusia terhadap Jepun.
Perjanjian Porstmouth yang tidak adil itu telah membangkitkan rasa benci Jepun dan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Jepun sendiri.Perkara ini berlaku kerana Jepun telah menanggung kerugian yang besar dalam Perang Jepun-Rusia walaupun Jepun berjaya mengalahkan Rusia. Hal tersebut terbukti apabila Jepun telah mengeluarkan modal yang besar untuk menang dalam peperangan tersebut sehingga menyebabkan ekonomi Jepun merudum dan susut ke paras yang membahayakan.  Oleh itu, ketidakpuasan hati ini telah menyebabkan Jepun terpaksa melakukan gerakan imperialisme untuk menunjukkan kehebatan kuasa mereka di mata Barat.
Selain itu, Jepun juga tidak berpuas hati terhadap Persidangan Washington yang dianggap membawa kerugian kepada Jepun. Persidangan Washington telah diadakan pada 12 November 1921 di Washington Memorial Continental Hall yang melibatkan negara Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis, Itali, Belanda, Belgium, Portugal, dan China. Persidangan Washington diadakan kerana Amerika Syarikat bimbang dengan kebangkitan tentera Jepun di Timur dan juga untuk menamatkan Persetiaan Inggeris-Jepun 1902. Dalam Persetian Jepun 1902 ini, Jepun tidak berpuas hati dengan isi kandungan persetiaan tersebut, dan langkah menamatkan persetiaan ini adalah untuk merapatkan kembali hubungan dengan Jepun. Oleh itu, dalam persidangan ini, lima kuasa besar telah menetapkan nisbah 5:5:3:1.67:1.67 bagi Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis, dan Itali.
Walau bagaimanapun, Jepun tetap menganggap bahawa perjanjian dalam Persidangan Washington ini membawa kerugian kepada mereka kerana hak wilayah Shantung perlu dikembalikan kepada China.Hal ini disebabkan oleh isi perjanjian dalam Persidangan Washington yang mengatakan bahawa semua negara terlibat perlu mengelakkan diri daripada mengambil peluang untuk mendapatkan hak keistimewaan terhadap kedudukan China. Jepun tidak berpuas hati kerana Jepun sudah bersusah payah mendapatkan Shantung menerusi Tuntutan 21, tetapi disebabkan Persidangan Washington ini sahaja, Jepun sememangnya terpaksa memulangkan Shantung kepada China. Oleh itu, ketidakpuasan hati tentang penyerahan wilayah Shantung telah menjadi sebagai sebahagian daripada faktor yang menyebabkan Jepun perlu melakukan dasar imperialisme.

3.5       STRATEGI JEPUN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
Perang Dunia Pertama telah tercetus pada tahun Ogos 1914 dan berlarutan sehingga tahun November 1918 yang menyaksikan perbalahan antara pihak Berikat dengan pihak Paksi. Jepun merupakan salah sebuah negara yang menyertai Perang Dunia Pertama dan tergolong dalam pihak Berikat.Keterlibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama merupakan salah satu strategi Jepun untuk meluaskan imperialisme mereka. Hal ini terbukti apabila Jepun yang merupakan wilayah dari Timur telah terlibat sama dalam perang yang berlaku di Eropah. Jepun menyertai Perang Dunia Pertama kerana Jepun berdendam dengan pihak Jerman yang mempunyai kawasan taklukan di China. Hal ini menunjukkan bahawa Jepun mahu wilayah taklukan Jerman di China menjadi sebagai wilayah imperialisme mereka.Oleh itu, pada tahun 1914, Jepun telah menghantar pasukan tenteranya untuk menyerang wilayah-wilayah Jerman di Shantung tanpa mendapat kebenaran daripada China.Jepun juga menduduki Kepulauan pasifik yang dimiliki oleh Jerman sebelum ini dan antara wilayah tersebut ialah Mariana, Caroline, dan kepulauan Marshall.
Selain itu, Jepun juga ingin menuntut pengiktirafan daripada Barat terhadap Tuntutan 21 yang dibuat ke atas China.Tuntutan 21 ini dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan kuasa Barat dan juga rakyat China. Antara isi kandungan dalam Tuntutan 21 tersebut ialah kedudukan Jepun di Shantung perlu diiktiraf, kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia dan hak kedudukan Jepun di Semenanjung Liaotung. Tuntutan 21 ini dilakukan oleh Menteri Luar Jepun iaitu Kato Takasi dan tuntutan tersebut dihantar kepada Presiden Yuan Shi Kai pada 13 Januari 1915. Kato Takasi cuba memberi tekanan kepada China kerana Presiden Yuan ketika itu cuba meminta bantuan daripada Jepun untuk membentuk kerajaannya dan Kato Takasi juga telah mengugut Presiden Yuan untuk bersetuju dengan Tuntutan 21 tersebut.
Melalui pengiktirafan terhadap Tuntutan 21 ini, Jepun akan dengan mudahnya dapat melakukan gerakan imperialisme mereka di China. Oleh itu, ternyata di sini bahawa keterlibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama menjadi strategi kepada Jepun untuk dasar imperialisme mereka walaupun Jepun sekadar memberi sokongan dan bantuan peperangan kepada pihak Berikat.
Pada fasa kedua ini juga, Jepun dilihat bukan sahaja mahu menuntut Tuntutan 21, malah mahu mendapatkan pengiktirafan daripada Barat berkenaan kekuasaan mereka di rantau Asia. Jepun mahu Barat mengiktiraf mereka sebagai sebuah kuasa yang setaraf dengan negara-negara Barat yang lain bagi memudahkan mereka melakukan imperialisme. Semasa Perang Dunia bermula pada tahun 1914, Kabinet Okuma telah mengisytiharkan bahawa Jepun perlu mengambil peluang dan ruang untuk imperialisme sementara berlakunya perang di Eropah. Hal ini terbukti apabila Kabinet Okuma menyatakan bahawa, 
“Japan must take the chance of a millennium to established its rights and interests in Asia.”
Strategi Jepun semakin terserlah setelah termeterainya Perjanjian Versailes pada tahun 1919 yang ditandatangani bagi menamatkan Perang Dunia Pertama. Bagi Jepun, Perjanjian Versailes ini ditandatangani untuk memudahkan Jepun mendapatkan perkara-perkara yang dituntutnya dalam Tuntutan 21. China pula menganggap bahawa Perjanjian Versailes ini akan membantunya daripada menerima desakan Jepun tentang Tuntutan 21. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa Barat lebih memihak kepada Jepun dan Perjanjian Versailes jelas berat sebelah kepada Jepun. Hal ini demikian kerana, kuasa Barat ketika itu bimbang sekiranya Jepun bertindak agresif terhadap China.Perkara ini jelas menunjukkan keterlibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama sememangnya banyak memberi keuntungan kepada Jepun sendiri dan Jepun bijak menggunakan strategi ini untuk mendapatkan hak yang dimahukannya bagi meluaskan gerakan imperialisme mereka.

3.6       SEMANGAT NASIONALISME
Barat yang seringkali memprovokasi Jepun telah menaikkan semangat Jepun.Di samping itu, Jepun sendiri telah menjadikan Barat sebagai aspirasi untuk meluaskan imperialisme.Semangat nasionalisme telah timbul akibat provokasi Barat. Walaupun pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara seperti di Jerman dan Amerika sudah mula berfikir dan melihat kepentingan nasionalisme, semangat nasionalisme ini benar-benar wujud apabila mereka sedar akan kepentingan cinta akan tanah air dan hal ini menyebabkan mereka harus melakukan sesuatu demi kepentingan negara. Hal ini semakin nyata apabila keazaman mereka mula tercetus melalui slogan Fukoku Kyohei yang bermaksud ‘kayakan negara dan kuatkan tentera’. Oleh itu, semangat nasionalisme ini telah ditunjukkan dengan cara meluaskan wilayah atau dengan kata lain melalui imperialisme. Hal ini secara tidak langsung adalah untuk mendapat sanjungan dan dihormati oleh pihak Barat.
Sanjungan dan penghormatan ini timbul apabila Jepun mahu membuktikan kepada Barat bahawa mereka juga boleh melakukan imperialisme seperti Barat.Istilah ‘white man’s burden’ ingin dikongsi oleh Jepun. Bagi Barat, istilah ini digunakan kerana Barat menganggap bahawa masyarakat selain yang berkulit putih ini sebagai beban kepada mereka. Beban tersebut disebabkan Barat menganggap bahawa masyarakat ini tidak bertamadun dan harus dimajukan.Jepun mahu mendapatkan persamaan dengan Barat dan hal ini menyebabkan mereka melakukan imperialisme.
Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jepun juga wujud apabila mereka menang dalam Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895.Kejayaan dalam peperangan ini menyebabkan Jepun mula menonjolkan dirinya sebagai sebuah kuasa tentera di timur.  Seterusnya Jepun juga menganggap bahawa imperialisme sebagai suatu keperluan bagi mereka meluaskan pengaruh mereka.Di samping itu, mereka ingin menunjukkan betapa mereka mempunyai semangat yang padu demi negara sendiri.Hal ini dapat dilihat pada awal abad ke-20 apabila Jepun telah melibatkan diri juga dalam perang dunia kedua bagi mempertahankan negaranya sebagai kuasa besar dunia.
Semangat nasionalisme juga semakin tersebar apabila rakyat Jepun mula dipengaruhi oleh media massa. Perkara ini terbukti pada tahun 1941, apabila pihak media hanya boleh menyiarkan berita mengenai imperialisme dan ketenteraan sahaja. Pihak media massa juga telah dilarang dengan keras daripada menyiarkan berita-berita berkenaan kelemahan imperialisme. Sebagai contoh, media massa dilarang menyiarkan berita tentang “dakwaan terdapat konflik antara pemimpin tentera dengan orang awam dala, kerajaan”. Oleh itu, semangat nasionalisme menyebabkan imperialisme semakin berkembang dan semakin penting bagi Jepun.Imperialisme juga dilihat telah memberikan peluang kepada kerajaan dalam misi mengetatkan kawalan terhadap rakyat demi kepentingan negara.
4.0       FASA KETIGA- SECARA LANGSUNG
4.1       EKONOMI
Fasa ketiga memperlihatkan imperialisme secara langsung oleh Jepun.Ekonomi Jepun telah mula mengalami perkembangan semenjak pemodenan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji.Jepun telah mengalami perkembangan dalam sektor perusahaan dengan mengikut corak yang terdapat di negara-negara Barat sejak tahun 1870. Menjelang tahun 1912, tahap ekonomi Jepun dikatakan telah mencapai satu tahap yang dikenali sebagai ‘take-off point’.  Hal ini menyebabkan Jepun memerlukan pengimportan bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin hasil pengeluaran mereka. Sejak pada zaman pemerintahan Maharaja Meiji, kadar import bahan-bahan mentah adalah cukup tinggi berbanding tahun sebelumnya dan menggalakkan juga pengeluaran dalam negara mereka.
Namun begitu berlaku permasalahan apabila Barat telah mengeluarkan barang keperluannya sendiri sehingga menamatkan monopoli Jepun dalam aspek ekonomi pada masa itu.Selain itu, wilayah-wilayah Jepun yang menjadi sumber bahan mentah dan juga pasaran mereka telah diambil oleh negara Barat.Jepun yang juga bergantung kepada ekonomi Barat mulai goyah akibat berlakunya penyekatan ekonomi oleh Barat ke atas Jepun.Sehinggakan beban ekonomi semakin meningkat dan mendesak Jepun. Oleh hal yang demikian motif imperialisme menjelang 1930-an jelas berdasarkan faktor ekonomi yang kuat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dengan perdagangan.
Bagi tujuan ekonomi, Jepun memerlukan bahan mentah untuk salurkan pada industri perkilangan. Contohnya, Jepun amat memerlukan arang dan besi yang terdapat di China. Selain itu, Manchuria juga menjadi sasaran imperialisme Jepun keran mempunyai tanah yang besar serta kaya dengan bahan asli seperti besi dan arang batu. Sehingga 1928, Manchuria telah mengeluarkan bahan mentah seperti kacang soya, millet, barli dan lain – lain yang mencapai nilai kira – kira $60 juta. Manchuria juga mempunyai hasil bumi seperti kayu – kayan, arang batu, besi dan emas.Hasil bumi tersebut terutamanya besi amat diperlukan oleh Jepun dalam memajukan perusahaan mereka. Disebabkan itulah, Jepun melihat, dengan imperialisme sahaja, keperluan bahan mentah yang tidak mencukupi akan dapat diselesaikan. Oleh itu, Manchuria bukan sahaja merupakan satu jalan penyelesaian bagi masalah pertambahan penduduk Jepun, malahan membantu Jepun menyediakan bahan mentah untuk industri berat yang mana berkait dengan bahan ketenteraan.Misalnya, barangan besi dan senjata.
Negara Jepun juga melakukan imperialisme untuk meluaskan tanah mereka. Hal ini kerana mereka amat memerlukan pasaran untuk memasarkan barang yang dihasilkan mereka Contohnya, Jepun memerlukan pasaran export untuk tekstil serta barangan Jepun dan China merupakan peluang pasaran yang paling sesuai untuk ekonomi Jepun. Pada mulanya, negara Jepuncuba mendapatkan Korea untuk memasarkan barang dagangannya kemudian menguasai Semenanjung Liaotong kerana perlabuhan tersebut dipercayai akan membantu Jepun meluaskan pasaran. Jepun tidak mahu proses ini diganggu kerana dengan mendapatkan hak komersial dan pengangkutan di China melalui imperialisme hasrat Jepun akan tercapai.
            Rajah 1 menjadi bukti menyokong faktor imperialisme Jepun.Sejak tahun 1913 ekonomi Jepun semakin meningkat oleh sebab perang dunia Pertama sedang berlaku.Namun begitu, selepas perang tamat ekonomi Jepun mulai goyah kerana kurangnya permintaan terhadap besi dan bahan senjata. Di samping itu, sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas Jepun juga menyebabkan dari tahun 1919 sehingga 1930 peratusan pertumbuhan ekonomi Jepun menurun. Setelah 1930, ekonomi di Jepun meningkat memberangsangkan sepanjang imperialisme secara langsung kerana Jepun beroleh Manchuria yang kaya dengan bahan mentah.Oleh itu, jelas bahawa motif imperialisme ialah menjaga kestabilan ekonomi Jepun.
4.2       SUMBER BURUH DAN UJI KAJI
            Jepun menakluk beberapa negara seperti China dan Korea bertujuan mendapatkan sumber tenaga iaitu buruh.Misalnya, orang Korea dibawa ke Jepun untuk menjadi buruh murah di kilang dan lombong.Selain itu, mereka juga dijadikan tentera upahan untuk menjalankan misi peperangan.
Di samping itu, tahanan juga dijadikan bahan uji kaji esksperimen yang dijalankan Jepun dalam perubatan. Sehubungan itu, Jepuncuba menjalankan imperialisme kerana ingin mendapatkan tempat untuk uji kaji. Oleh hal yang demikian berlaku beberapa perkara yang melibatkan kekejaman Jepun terhadap penduduk kawasan yang ditaklukinya.Jepun telah menduduki Manchuria dan menamakannya sebagai Manchurko.Rentetan hal ini, Jepun telah membina unit 731 yakni makmal uji kaji secara rahsia di Manchurko.
Unit 731 lebih dikenali sebagai ‘Kempeitai Political Department and Epidermic Prevention Research Laboratory’.Ia ditubuhkan untuk menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran terhadap China dan Soviet Union. Kompleks penyelidikan ini telah didirikan di daerah Ping Fan di Harbin, Manchuria. Dari tahun 1936 hingga 1942, dianggarkan hampir 12,000 termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak diseksa hingga mati di dalam kompleks tersebut manakala hampir 200,000 yang terbunuh dalam ujikaji senjata biologi. Memetik kata-kata Tsuneji Shimada yang bekerja dengan kumpulan Minato di bahagian penyelidikan unit 731:
“We did not experiment on soldiers, but we carried out dissections.  Normally we gave them infected material to drink and carried out autopsies to ascertain the symptoms.”  We had to observe the progress (of the diseases) and we had to ascertain the potency of the various viruses.”
Melalui ayat tersebut, jelas bahawa Jepun berkeinginan Manchuria untuk menjalankan eksperimen yang membolehkan mereka mendapatkan bahan dan tempat untuk ujikaji.Mereka berpeluang menjalankan beberapa eksperimen bagi mengetahui tindak balas tahanan terhadap racun yang dihasilkan serta melihat perkembangan virus yang dibiak dalam badan manusia.Kekejaman yang dilakukan Jepun ini membuktikan bahawa penguasaan imperialisme Jepun sekadar memenuhi kehendak memajukan negara mereka.
4.3       KEBANGKITAN TENTERA
Masalah ekonomi yang dihadapi menyebabkan kebangkitan tentera.Jepun yang banyak bergantung kepada Taiwan dalam pengimportan bahan pertanian.Kekusutan dan tekanan mula dirasai oleh golongan tentera di Jepun apabila berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 1920-an. Desakan supaya meluaskan empayar Jepun bagi menyelesaikan masalah tersebut dari golongan tentera mula dirasai oleh pemimpin Jepun.
Pihak tentera tidak setuju dengan dasar luar negeri dan menuduh kerajaan Jepun tidak berjaya mengendalikan dasar luar yang berkesan serte menentang keputusan kerajaan Jepun menerima Persidangan Perlucutan Senjata di London. Hal ini menjadi lebih buruk lagi apabila golongan tentera membunuh sesiapa sahaja yang menentang desakan mereka walaupun Perdana Menteri sekali pun. Tempoh 1921 sehingga 1930 telah menyaksikan dua orang Perdana Menteri Jepun iaitu Hara dan Hamaguchi mati dibunuh oleh golongan tentera. Perkara ini disebabkan golongan tentera mula hilang sabar dan menganggap kerajaan telah gagal dalam melaksanakan dasar luar sehingga akur dengan kuasa Barat.
Peristiwa ini juga membuktikan bahawa telah lahirnya perasaan yang kejam dalam kalangan golongan tentera sehingga tidak menghiraukan suara sesiapa pun walaupun Perdana Menteri semata-mata merealisasikan perjuangan mereka.Kesan besar dari peristiwa inilah yang dikatakan sebagai pendorong bagi Jepun untuk melakukan imperialisme di negara-negara sekitarnya. Lantaran itu, imperialisme secara langsung yang pertama dilakukan oleh pihak tentera tanpa mendapatkan persetujuan kerajaan Tokyo telah membawa kepada serangan dan penaklukan  Manchuria pada tahun 1931.
Lanjutan itu juga, Jepun telah melakukan imperialisme untuk menguasai China sebagai usaha tentera Jepun menunjukkan kekuasaan mereka.Hasrat ini juga memenuhi rancangan menstabilkan ekonomi Jepun. Oleh hal yang demikian, telah berlaku peristiwa pencabulan kota Nanking menjelang 14 Disember 1937. Peristiwa di Nanking ini telah meragut ratusan ribu penduduk. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh Imperial Japanese Army.Sebagai contoh, 100,000 orang Cina telah dibunuh manakala wanita pula dirogol oleh tentera Jepun dan mereka dibunuh untuk menutup bukti kekejaman Jepun.
4.4       KEBIMBANGAN  JEPUN
            Salah satu faktor yang membangkitkan fasa imperialisme secara langsung ialah Jepun berasa bimbang dengan pertumbuhan bilangan penduduk China di Manchuria dan gerakan anti-Jepun.Bilang orang China di Manchuria semakin bertambah kerana mereka berhijrah dari wilayah utara terutamanya di Shantung berikutan berlakunya peperangan yang sering meletus di utara China selain masalah kebuluran di wilayah tersebut.Misalannya di China telah berlaku ekspedisi ke utara yang diketuai oleh Chiang Kai Shek pada tahun 1926 sehingga 1928 bagi menentang panglima perang, kawasan yang diketuai oleh panglima Chan Tso lin berdekatan dengan Manchuria.Rentetan hal ini, kebanyakan pendudukanya telah ke Manchuria bagi mendapatkan perlindungan kerana keadaan Manchuria pada masa itu selamat.Hal ini telah mengakibatkan kira-kira daripada 30 juta jumlah penduduk di Manchuria, 28 juta ialah orang China sedangkan penduduk Jepun hanya 230,000 pada tahun 1930. Keadaan ini telah mendesak Jepun mengambil langkah yang sesuai bagi melindungi kepentingan mereka.
            Seterusnya gerakan anti-Jepun yang dilakukan oleh Kuomintang membimbangkan Jepun.Pempimpin-pemimpin Kuomintang telah mengajar doktrin-doktrin yang bersifat kebangsaan dan anti-Jepun di Manchuria. Misalnya di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan.Mereka juga dihasut memulaukan barang-barang buatan Jepun sehingga menjejaskan ekonomi Jepun.
            Pada masa yang sama, Jepun juga khuatir akan pemodenan yang dilakukan oleh China. China telah membesarkan angkatan tentera, angkatan laut dan membina jalan kereta api yang berasingan dengan jalan kereta api kepunyaan Jepun. Tindakan Chang Hsueh-Liang yang mengetuai pembaharuan ini menimbulkan kerisauan Jepun.pihak bahagian pentadbiran Jepun merasakan kegiatan mereka di Manchuria harus aman tanpa campur tangan kuasa lain oleh itu mereka merasakan perlunya penguasaan ke atas negara China bagi memudahkan urusan mereka. Sebagai bukti, petikan kata-kata yang menunjukkan Jepun telah berniat untuk menguasai China bagi membolehkan Jepun meluaskan pengaruh negaranya kerana China mulai lemah:
“we should be prepared to use force in China, should an oppurtunity present itself either bcoz china becomes incapable of maintaining domestic order or because it encounters some complications in dealing with a foreign power. This will be an excellent opportunity for us to extend our national interest and rights so as to enable our nation to emerge as the hegemon of the Far East.”
5.0       FASA KEEMPAT- LINGKUNGAN KESEMAKMURAN ASIA
5.1       TUJUAN PENUBUHAN GREATER EAST ASIA
Fasa yang keempat iaitu melibatkan penubuhan ‘GREATER EAST ASIA’ dilihat sebagai kemuncak gerakan imperialisme kerana melibatkan banyak negara dan penglibatan banyak pengaruh kuasa besar di dunia.Jepun selepas pemodenan Meiji mengalami perubahan politik yang besar apabila golongan tentera, Zaibatsu dan Ultranasional telah muncul dan menguasai kerajaan.Lanjutan daripada itu, berlaku perubahan besar dalam dasar luar Jepun apabila Jepun mula mengamalkan dasar imperialism. Hal ini dianggap bersesuaian dengan keadaan semasa di Jepun dan keperluan bagi perkembangan pasaran serta bahan mentah yang terhad bagi industri Jepun.Jepun turut melancarkan serangan ke kawasan sekitarnya dalam mana impiannya untuk menjadi kuasa yang terkuat di seluruh Asia.
Konsep yang telah digunakan oleh Jepun ini diumumkan pada November 1938 oleh Konoe Fumimaro yang merupakan Perdana Menteri Jepun(1891-1945) dengan menyebarkan fahaman supaya negara Asia ini bersatu tanpa pengaruh daripada Barat. Konsep tersebut diperkenalkan oleh Angkatan Darat Tentera Jepun berdasarkan arahan Jeneral Hachiro Arita yang pada waktu itu merupakan Menteri Luar Negeri dan pakar ideologi angkatan darat.
Jepun berusaha untuk meningkatkan pengaruhnya di kawasan Asia Timur dan juga impian pemimpin Jepun untuk mewujudkan lingkungan kesemakmuran bagi Asia Timur atau Doi Toa Kyoeikin. Strategi Jepun melakukan imperialisme bagi mendapatkan bahan mentah dan juga pasaran disebabkan sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap import minyak daripada Amerika Syarikat disebabkan sekatan yang cuba dibuat oleh Amerika Syarikat Jepun kerana menghalang imperialisme yang dibuat oleh Jepun dan Jepun cuba untuk mencari sumber dan pasaran daripada negara di sekitarnya.
Kishi Nobusuke mengkaji berkaitan dengan sumber asli yang ada di kawasan sekitar Asia Timur dan melihat Filipina memiliki biji besi bermutu, flaks yang banyak, serta biji arang batu, krom dan mangan. Malaya pula pada masa itu adalah pengeluar terbesar di dunia untuk getah, bijih timah, bijih besi, arang batu, mangan, tungsten, fluorite, dan bauksit.Hindia Timur Belanda mempunyai bekalan yang kaya dengan minyak, getah, bijih timah, arang batu, bijih besi, bauksit, tembaga, mangan, plumbum, zink, krom, tungsten, merkuri, bismut, dan antimoni. Kishi Nobusukemenyifatkan ia sebagai sebuah rumah khazanah mineral yang masih belum dilombong. Beliau berkata bahawa hanya terdapat beberapa sumber di mana Greater Asia Timur tidak diterokai dan melalui sains dan teknologi, Jepunakanberusaha menggunakan sebaik mungkin sumber-sumber ini.
Walau bagaimanapun, ia merupakan strategi pihak Jepun bagi menguasai ekonomi negara yang dijajah oleh mereka. Negara taklukan yang dikuasai oleh mereka akan dijadikan sebagai tempat mengambil bahan mentah dan pasaran bagi Jepun. Dari perspektif pemimpin Jepun, terutamanya Konoe Fumimaro (1891-1945), yang memainkan peranan penting sebagai Perdana Menteri semasa tempoh paling kritikal Jepun iaitu 1937-1941. Dalam eseinya bertajukAmend World Status-quo” Konoe menulis,
"Jepun adalah dalam kedudukan yang sukar semenjak Insiden di Manchurian, tindakan Jepun di Manchuria telah menjadi isu utama pada Liga Bangsa-bangsa.Ia seolah-olah bahawa Jepun telah dibicarakan sebagai tertuduh di mahkamah dunia atas nama keamanan dunia. Menghadapi tetapan ini, saya fikir, kita tidak hanya menjelaskan bahawa tindakan Jepun di Manchuria adalah penting untuk kelangsungan hidup sebuah negara Jepun tetapi juga mendapatkan pertimbangan daripada penyokong keamanan barat dengan terus terang menyatakan kepercayaan kita bagaimana untuk mencapai satu keamanan dunia sebenar. "
Konsep Kawasan Kemakmuran Bersama secara rasminya telah diumumkan oleh Menteri Luar Negeri Jepun pada masa itu Matsuoka Yosuke pada 1 ogos 1940 dan secara rasminya telah diisytiharkan melalui konferenses yang dibuat pada bulan November 1941. Konsep ini diperkenalkan melalui sebuah pelan perluasan kuasa Jepun perlembagaaan Jepun yang mana matlamat jangka panjang pelan tersebut ialah untuk membentuk zon otonomi tunggal di Asia, dalam zon ini setiap bangsa menikmati kehidupan yang aman dan berkongsi kemakmuran daripada eksploitasiBritian dan Amerika Syarikat di kawasan Asia.
Sebelum mengusir kekuasaan imperialisme Barat dari negara-negara Asia, pemerintah Jepun menggunakan slogan "Asia untukAsia" supaya dapat mengambil hati rakyat setempat dan mereka merasakan tanggungjawab mereka untuk mengusir kuasa barat dari bumi Asia. Slogan tersebut merupakan pernyataan sifat anti-Barat dan menonjolkan watak Jepun sebagai pembela negara di Asia Timur.Menurut slogan tersebut, negara-negara Asia hanya untuk orang-orang Asia, dan negara-negaraBarat tidak ada yang berhak atas negara-negara Asia.
Namun dalam usaha yang tersirat lain Jepun merasakan tanggungjawabnya untuk mengusir kuasa Amerika Syarikat dan sekutunya dari Asia. Hal ini disebabkan oleh pakatan  yang dibuat antara Jepun dengan Jerman dalam perang dunia II yang mana dengan pihak Jerman akan menakluki kawasan Eropah dan Asia Barat, manakala Jepun ditugaskan untuk menakluki kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara untuk mengusir kuasa barat dan cuba mengekploitasi hasil bumi yang ada di kawasan tersebut.
Menurut Menteri Luar Negeri Jepun Shigenori Togo, apabila Kawasan Kemakmuran Bersama telah berjaya diwujudkan, Jepun akan muncul  sebagai pemimpin Asia Timur dan Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya adalah nama lain untuk tentera Jepun. Dokumen rahsia bertajukAn Investigation of Global Policy with the Yamato Race as Nucleus yang selesai disusun berkaitan Pemerintah Jepun pada tahun 1943, secara terang-terangan menyatakan bangsa Jepun lebih maju dari bangsa-bangsa Asia lainnya, dan menyarankan agar Kawasan Kemakmuran Bersama digunakan untuk menguasai seluruh kawasan Asia.
Ienaga Saburo dalam bukunya The Pacific War: World War 11 and The Japanese, 1931-1945 ada menyentuh tentang aspek perancangan dan serangan ke atas AsiaPasifik termasuk Asia  Tenggara tetapi tidak menyentuh secara khusus tentang aspek perancangan dan serangan serta pentadbiran di Tanah Melayu.Perkara yang ditekankan ialah aspek perancangan dan serangan ke atas seluruh rantau Asia Pasifik secara menyeluruh termasuk perancangan ketenteraan dan pengumpulan maklumat.Dr. Ba Maw, Presiden Burma dalam kata-katnya:
Pemimpin Jepun hanya melihat segala urusan dari sudut pandang Jepun sahaja dan lebih buruk lagi, mereka memaksa pihak-pihak lainnya untuk melakukan hal yang sama. Bagi mereka hanya ada satu cara untuk melakukan sesuatu, iaitu cara Jepun; hanya ada satu tujuan dan kepentingan, iaitu kepentingan Jepun; hanya ada satu masa depan untuk negara-negara Asia Timur, untuk menjadi seperti Manchukuo atau Korea yang terikat selama-lamanya dengan Jepun. Pemaksaan ras seperti ini menyebabkan hubungan yang sebenarnya antara tentera Jepun dan orang-orang di wilayah kami hampir-hampir mustahil.
Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7Disember 1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di LautanPasifik. Setelah berjaya menyerang Amerika Syarikat, Jepun meneruskan lagi agendanya dengan menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelahberjaya mengalahkan Britain pada bulan September 1942.Seperti dalam Perang Dunia Pertama, munculnya pakatan yang berasingan iaitu Amerika Syarikatmemilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis danSoviet Union manakala Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.
Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jermandikalahkan pada bulan Mei 1945.Kekalahan Jerman telah mengalihkan perhatian KuasaBersekutu kepada Jepun di Asia.Walaupun Amerika Syarikat memenangi beberapapeperangannya dengan Jepun tetapi Jepun masih lagi bersemangat meneruskanperjuangan mereka. Dengan alasan ingin mengelakkan tempoh peperangan yang lamadan kehilangan nyawa yang lebih ramai, pada 6 Ogos 1945, Presiden Amerika Syarikat,Harry Truman, mengarahkan bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima. Dalammasa yang singkat bandar tersebut musnah dan selang dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan diNagasaki yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa serta segala teknologi yang dimiliki oleh Jepun sebelum ini lenyap dengan serta merta.
Sepanjang berlakunya Perang Dunia Kedua, negara-negara yang telah ditakluki oleh Jepun sebelum ini telah dijaga oleh pemerintah boneka yang mana telah memanipulasi penduduk serta ekonomi semata-mata untuk kepentingan Jepun.Sungguhpun Konsep Lingkungan Kesemakmuran dan Pan Asianisme ini menganjurkan nilai-nilai yang bagus namun, realitinya ianya amat berlawanan dengan sikap dan tindak tanduk sebenar Jepun terhadap bangsa Asia.Secara keseluruhanya, realiti yang berlaku masa perang (1941-1945) telah menyebabkan rancangan Pembentukan Lingkungan Kesemakmuran dan penterjemahan prinsip Pan-Asianisme hanya muncul sebagai retorik ideologi tindakan penjajah yang bertujuan mewajarkan tindakan Jepun untuk menakluki negara-negara Asia dan mengekploitasi kawasan taklukan bagi menampung keperluan negara serta keperluan dalam peperangan yang telah disertai.Konsep yang diperkenalkan oleh Jepun ini menemui kegagalan kerana ketenteraan Jepun mulai lemah akibat masalah pengeboman yang berlaku di Jepun dan masalah-masalah lain seperti import beras tergendala, barangannaik harga dan pengangguran meningkat.
Kawasan taklukan yang sebelum ini berada di bawah Jepun telah berjaya diambil semula oleh pihak barat antaranya  Britain yang cuba mendapatkan balik Burma dan Amerika Syarikat mendapatkan semula Pulau Marshal, Marinas, Guam, Palawan, Saipan & Manila yang sebelum ini merupakan kawasan taklukan Amerika.

5.2KUASA PAKSI
Hubungan antara Jerman dan Jepun terjalin apabila diplomatik Jepun Oshima Hiroshi melawat Joachim von Ribbentrop di Berlin pada tahun 1935 yang membawa kepentingan kepada Jepun dalam membentuk satu pakatan Jerman-Jepun berkaitan dengan kesatuan Soviet Union. Pakatan yang dibuattelah diperdebatkan diJepun yang mana terdapat puak yang tidak menerima pakatan tersebut iaitu Tentera Laut Jepun dan di Kementerian Luar Jepunmanakala puak Ultranasionalis menyokong pakatan yang dibuat untuk kepentingan masing-masing.
            Pada bulan November 1936, istilah "paksi" telah digunakan oleh diktator Itali, Benito Mussolini apabila dia bercakap mengenai paksi Rome-Berlin yang muncul daripada perjanjian persahabatan yang ditandatangani antara Itali dan Jerman pada 25 Oktober tahun 1936. Perjanjian ini telah dipalsukan apabila Itali, pada asalnya bertentangan dengan Nazi Jerman, telah berhadapan dengan pembangkang untuk perang di Habsyah dari Liga Bangsa-bangsa dan mendapat sokongan dari Jerman.
            Kemudian, Mei 1939, hubungan ini berubah menjadi persekutuan, yang dipanggil "Pakatan Steel"."Kuasa Paksi" secara rasmi ditandatangani oleh Jerman, Itali, dan Jepun pada 27 September 1940, di Berlin.Pakatan itu kemudiannya disertai oleh Hungary (20 November 1940), Romania (23 November 1940), Slovakia (24 November 1940), dan Bulgaria (1 mac 1941) ahli-ahli yang paling berkuasa dalam bidang ketenteraan adalah Jerman dan Jepun.
            Kewujudan Kuasa Paksi ini adalah untuk menentang Kuasa Bersekutu ketika Perang Dunia II, namun dalam masa yang sama pakatan yang dibuat ini adalah untuk kepentingan masing-masing yang mana setiap negara mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk menguasai dunia dan juga memperluaskan kuasa imperialism masing-masing. Jepun diberikan tugas untuk menghapuskan kuasa Pihak Bersekutu di kawasan Asia manakala Jerman di kawasan Barat.
            Tujuan mereka bekerjasama dilihat sebagai suatu usaha menghapuskan kuasa pihak bersekutu supaya mereka dapat menjalankan imperialisme dan menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka kepada dunia.Hal ini dibuktikan dengan langkah Jepun menandatangani Tripartite Pact pada bulan September 1940 dengan Jerman dan Itali yang mensyaratkan pihak terbabit harus membantu pihak yang terlibat dalam peperangan. Namun perancangan yang dibuat tidak berjaya apabila Perang Dunia II tercetus dan Kuasa Pakti ini berjaya dikalahkan oleh Amerika Syarikat menerusi pengeboman yang dilakukan serta mengambil kembali kawasan yang telah ditakluki oleh Kuasa Paksi.


6.0       KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, realiti semasa imperialisme Jepun telah menyebabkanrancangan membentuk Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur menjadi semakin jelas.Hal ini dapat kita lihat, melalui kemajuan yang dilakukan oleh Jepun iaitu dalam faktor politik dan sosieokonomi telah memungkinkan negara Jepun mengalami transformasi yang hebat dalam kerangka kerajaan Jepun.
Stategi yang disusun oleh pemerintah antaranya pada Zaman Meiji dilihat berkenaan dalam usaha mereka untuk menakluk kawasan Asia serta menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan pembaratan daripada pihak barat.Tujuan utama imperialisme ini dilihat merupakan usaha pemerintah negara itumenjadikan Asia Timur sebagai satu blok yang akan menyumbang totalsecuritykepada negara Jepun. Selain itu, analisis kajian ini juga menjelaskan bahawa imperialisme Jepun sejak 1895 sehingga 1945 adalah digerakkan oleh tuntutan-tuntutannasionalisme dan industrinya bagi memenuhi cita-cita negara itu untuk menjadikuasa yang dominan dan dihormati di Asia  Timur.

            Namun begitu, faktor selain sosial, ekonomi dan politik turut memainkan peranan penting.Misalnya peranan kuasa Barat dalam menggerakkan imperialisme Jepun seperti Jerman yang bekerjasama dengan Jepun dalam perang Dunia Kedua sebagai kuasa paksi yang menentang kuasa berikat.

No comments:

Post a Comment