nuffnang

Sunday, May 26, 2013

KAMPUNG KLAH BARU, SUNGKAI, PERAK

Kampung Klah Baru pula dikatakan wujud sekitar tahun 1970 an. Kampung Klah Baru ini mendapat namanya daripada nama sebuah sungai yang dipanggil ‘sungai Klah’. Sebenarnya Kampung Klah Baru ini merupakan satu perkampungan yang baru kerana 90% daripada penduduk di kampung ini merupakan penduduk asal dari Kampung Pekan Lama. Oleh kerana Kampung Pekan Lama sering dilanda banjir sehingga merosakkan harta benda serta ternakan mereka, maka pihak kerajaan telah memindahkan mereka ke satu penempatan yang baru iaitu Kampung Klah Baru yang kekal sehingga sekarang ini. Sekiranya ditanya mengenai Kampung Klah Baru kepada golongan yang lebih berusia di kampung-kampung lain, mereka akan lebih mengenali nama Kampung Klah Baru ini dengan nama Kampung Tanah Banjir ekoran menjadi mangsa perpindahan banjir yang berlaku di Kampung Pekan Lama. Kampung Klah baru ini berlokasi di tengah laluan untuk ke pekan Trolak daripada Pekan Sungkai. Semua  penduduk di Kampung Klah Baru ini berbangsa Melayu.
Kampung Klah Baru merupakan sebuah kampung yang agak kecil jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain yang berada dalam Mukim Sungkai ini kerana hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 350 orang sahaja.[1]


[1] Temubual bersama ketua kampung Klah Baru. En Radi b. Saad Ketua Kampung Klah Baru dan setiausahanya En Amran Abd Rahim pada 6/10/12.

No comments:

Post a Comment