nuffnang

Friday, May 31, 2013

“Etnik Rohingya dianggap paling malang antara banyak etnik minoriti di Asia Tenggara”. Bincangkan kenyataan tersebut dengan merujuk kepada buku karya Azharuddin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah yang berjudul Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identit Penindasan dan Pelarian.



1.0 Pengenalan

Buku yang bertajuk “Air Mata Kesengsaraan Myanmar : Identiti, Penindasan Dan Pelarian” merupakan sebuah karya hasil usaha dan kajian yang telah dilakukan oleh dua orang penulis iaitu Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah. Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 229 muka surat termasuk bibliografi dan dibahagikan kepada enam bab utama. Bab pertama menceritakan tentang latar belakang Myanmar dan menyentuh berkaitan kedatangan Islam, bab kedua berkaitan asal usul Myanmar, bab ketiga berkenaan persoalan identiti, bab keempat pula berkaitan penindasan dan kekejaman, bab kelima ialah berkaitan dengan pelarian Myanmar ke Bangladesh dan yang terakhir iaitu bab enam pula menyentuh berkaitan dengan masyarakat Myanmar di Malaysia. Semua bab yang terdapat di dalam buku ini akan dibincangkan dan dibahaskan dengan lebih terperinci. Jika dilihat secara umum, penulis buku ini menyentuh dengan terperinci dan mendalam masalah yang berkaitan dengan etnik Rohingya di Myanmar. Kajian dan penulisan yang dilakukan juga banyak menyentuh tentang kedatangan Islam ke Myanmar dan sejarah masyarakat Myanmar itu sendiri. Selain itu, turut dimuatkan di dalam buku ini juga adalah tentang kekejaman dan penindasan yang menimpa etnik Rohingya disebabkan oleh faktor utamanya iaitu faktor kewarganegaraan dan istilah “stateless” yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, dapat dibuat satu kesimpulan kecil di sini bahawa karya yang dihasilkan ini adalah kajian yang dilakukan bukan hanya berdasarkan isu semasa semata-mata, tetapi ia juga adalah sebuah kajian yang mengupas permasalahan etnik ini dari akar umbinya. Persoalannya, adakah etnik Rohingya merupakan golongan minoriti yang paling malang di Myanmar? Jawapan kepada persoalan ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam bahagian seterusnya berpandukan kepada buku “Air Mata Kesengsaraan Myanmar : Identiti, Penindasan Dan Pelarian” di sampingsumber-sumber yang lain.

2.0 Latar Belakang Myanmar

Myanmar merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan junta tentera bermula sejak tahun 1962 di bawah pimpinan Jeneral Ne Win. Dari sudut geografi, Myanmar terletak di timur India, sebelah barat bersempadan dengan Laut Andaman, sebelah utara dengan India, timur dengan China dan selatan dengan Thailand. Luas seluruh wilayah Myanmar ini ialah 678 000 km persegi.[1] Myanmar terbahagi kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah Irrawaddy, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan Pantai Arakan. Selain itu, Myanmar juga merupakan negara yang bersifat multi-etnik dimana ia telah dibuktikan oleh J. S. Furnival melalui kajian ulung beliau iaitu mengenai masyarakat majmuk dan istilah ini juga telah diguna pakai sehingga hari ini. Jika dilihat dari sudut kumpulan penduduk, umumnya penduduk Myanmar boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Myanmarn, Mon-Khmer dan Tai-China.[2] Boleh dikatakan hampir 70 peratus penduduk Myanmar adalah orang Myanmarn, manakala bagi orang Shan pula mereka merupakan penduduk minoriti di negara tersebut. Di samping itu, terdapat juga etnik minoriti seperti Karen, Chin, Kachin dan Myanmar. Jika dilihat dengan lebih mendalam, di setiap wilayah Myanmar mempunyai kelompok etnik yang berbeza dan kepelbagaian etnik ini dilihat menjadi masalah utama di Myanmar sejak negara itu mencapai kemerdekaan lagi. Manakala dari sudut agama pula, majoriti penduduk mengamalkan ajaran agama Buddha dan agama ini menjadi agama negara serta menjadi teras penting terhadap masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa Myanmar tidak terlepas daripada arus perkembangan agama lain seperti Islam, Kristian, dan Hindu yang menjadi agama minoriti penduduknya. Perbezaan pegangan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah etnik yang tidak dapat diselesaikan sejak pemerintahan U Nu sehingga ke hari ini.



3.0 Asal Usul Myanmar

Nama Myanmar yang merujuk kepada masyarakat ini adalah berasal daripada perkataan Rohang iaitu nama lama bagi Rakhine. Myanmar bermaksud ‘yang dikasihi’ atau ‘yang penyayang’. Terdapat juga pandangan lain yang mengatakan istilah Myanmar adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Rahm’ yang bermaksud ‘simpati atau dirahmati’.[3] Namun, terdapat perbezaan pandangan antara sejarawan dan sarjana yang mengatakan bahawa Myanmar merupakan keturunan masyarakat Islam yang berasal dari Ruha atau Ruh yang terletak di Afghanistan, bukannya dari Arab. Sejarah kehadiran Rohingya ke Myanmar sangat panjang dan mempunyai fasa-fasa yang tertentu. Secara keseluruhannya, orang Myanmar merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar iaitu Rakhine (Arakan) yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah berketurunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Rakhine dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini bermula pada abad ke-7 Masihi lagi.

Terdapat pelbagai pendapat yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang kedatangan orang Rohingya di Myanmar, antaranya ialah Abu Talib Ahmad. Beliau menyatakan bahawa masyarakat Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke-20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Pandangan ini turut disokong oleh Aye Chan di mana beliau telah menyatakan bahawa orang Rohingya merujuk kepada keturunan imigran dari Chittagong dan mereka menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke tangan British di bawah perjanjian Yandabo 1826.[4] Kini, umat Islam Myanmar merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Namun, umat Islam Myanmar telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

4.0 Faktor-faktor Kekejaman Ke atas Etnik Rohingya

4.1 Kewarganegaraan

Kerakyatan atau kewarganegaraan adalah asas yang sangat penting dalam diri seseorang dalam menduduki sesebuah negara atau kawasan. Kewarganegaraan merupakan salah satu aspek penting dalam konteks identiti seseorang. Etnik Rohingya dianggap etnik yang paling malang antara etnik minoriti di Asia Tenggara kerana majoriti masyarakat Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan Myanmar walaupun mereka telah lama tinggal atau menetap di Myanmar. Berdasarkan kupasan yang dinyatakan dalam buku Air Mata Kesengsaraan Rohingya, Identiti, Penindasan dan Pelarian oleh Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah telah menyatakan bahawa kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya kerana mereka tidak mempunyai kad pengenalan diri. Oleh itu, mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Penafian kerakyatan atau kewarganegaraan masyarakat Rohingya adalah berkaitan rapat dengan Undang-Undang Kerakyatan Burma 1947 atau dikenali sebagai Burma’s Citizenship Law 1947. Berdasarkan undang-undang tersebut, warga Myanmar perlu menunjukkan bukti bahawa terdapat anggota keluarga mereka yang tinggal di negara berkenaan semasa Perang British-Burma meletus. Oleh itu, sesiapa yang dapat membuktikannya kerajaan Myanmar akan memberikan kerakyatan penuh.

Di samping itu, masyarakat Rohingya dipinggirkan oleh kerajaan Myanmar kerana pada sekitar tahun 1940-an, perang telah berlaku dan kebanyakan masyarakat Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. Tindakan ini dianggap oleh kerajaan sebagai tidak mempunyai semangat patriotik. Oleh itu, sebagai balasannya kerajaan Myanmar tidak mahu mengaku masyarakat Rohingya adalah sebagai rakyat Myanmar dan menafikan kewujudan mereka di Myanmar. Isu kewarganegaraan masyarakat Rohingya terus dinafikan oleh kerajaan Myanmar dengan tertubuhnya undang-undang baru iaitu Citizenship Act of Burma 1982. Undang-undang ini ditubuhkan dengan bertujuan untuk menghapuskan etnik Rohingya di Myanmar. Kenyataan ini secara langsung menunjukkan bahawa kerajaan Myanmar tidak mahu mengiktiraf dan menerima langsung masyarakat Rohingya di Myanmar. Selain itu, berdasarkan artikel yang bertajuk Derita Etnik Rohingya telah menyatakan secara terperinci kriteria undang-undang ini. Burma Citizenship Law of 1982 merupakan undang-undang yang diasaskan oleh diktator Ne Win pada 15 Oktober 1982. Terdapat tiga jenis kriteria kerakyatan. Antaranya ialah warganegara penuh atau Full Citizenship iaitu keturunan penduduk yang menetap di Myanmar sejak tahun 1823 atau mereka yang lahir dari ibu bapa yang sudah menjadi warganegara Myanmar, manakala kriteria yang kedua ialah warganegara bersekutu atau Associate Citizenship iaitu mereka yang mendapat taraf kerakyatan melalui Undang-undang Kesatuan Warganegaraan 1948 dan kriteria yang terakhir iaitu warganegara semula jadi atau Naturalized Citizenship iaitu mereka yang tinggal sebelum 4 Jun 1948 dan memohon kerakyatan selepas tahun 1982.

Oleh itu, hanya berdasarkan ketiga-ketiga kriteria ini seseorang itu akan diiktiraf sebagai warganegara Myanmar. Perkara ini secara langsung telah menyebabkan majoriti masyarakat Rohingya tidak dapat diiktiraf sebagai warganegara Myanmar kerana tidak dapat memenuhi kriteria tersebut. Selain itu, isu ini juga telah ditekankan oleh para pengkaji sejarah Myanmar antaranya ialah Aye Chan. Beliau telah menyatakan bahawa masyarakat Rohingya sebagai pendatang tanpa izin kerana beliau merujuk kepada undang-undang kerajaan bahawa pada tahun 1982, etnik itu dianggap sebagai bukan warganegara Myanmar. Beliau menggelarkan masyarakat Rohingya sebagai ‘Chittagonians’ kerana berdasarkan rekod pihak British dan ini membawa maksud kepada pendatang asing.[5] Di samping itu, isu kewarganegaraan masyarakat etnik Rohingya terus menjadi salah satu aspek yang ditindas oleh pihak kerajaan Myanmar sehingga kini. Hal ini adalah kerana, masyarakat Rohingya hanya diberikan Kad Putih yang menandakan mereka sebagai penduduk sementara manakala penduduk Rakhine diberikan Kad Merah Jambu. Perbezaan fungsi kad ini sangat ketara kerana masyarakat Rakhine yang mempunyai Kad Merah Jambu dibenarkan bergerak ke mana sahaja termasuk sehingga ke ibu negara tetapi perkara ini sangat berbeza dengan masyarakat Rohingya yang memiliki Kad Putih kerana pergerakan mereka terbatas dan mereka hanya mampu bergerak di sekitar kampung sahaja.Oleh itu, kita dapat lihat bahawa masyarakat etnik Rohingya terus ditindas di negara sendiri, Myanmar kerana tidak diiktiraf kerakyatannya. Hal ini telah membawa kepada penindasan dan kekejaman berlaku ke atas mereka seperti pembunuhan dan rogol ke atas wanita etnik Rohingya.

4.2 “Stateless”

Rentetan daripada isu kewarganegaraan yang dialami oleh etnik Rohingya ini telah membawa kepada kewujudan istilah “stateless” atau warga yang tiada negara yang telah dinerikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga dikenali sebagai kaum yang dilupakan atau forgotten people atau Citizen Nowhere. Sementara itu, ada pula yang menganggap Myanmar sebagai orang hanyut baru di Asia. Walau apa pun istilah dan gelaran yang digunakan, ia memberi gambaran yang cukup kuat terhadap keadaaan yang menimpa Myanmar. Tiada negara atau “stateless” bermakna tidak memiliki negara dan tiada kerakyatan. Ia berlaku kerana beberapa sebab seperti negara yang memberi mereka kerakyatan sebelum itu menarik balik keistimewaan tersebut dan menjadikan mereka pelarian. Pada 20 September 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Konvensyen Berkaitan Individu Stateless atau Convention Relating to the Status of Stateless Person di mana antara lain dasar aktif konvensyen ini ialah mengekang mana-mana individu atau kumpulan tertentu daripada menjadi “stateless” baru atau kekal “stateless”. Terdapat satu lagi konvensyen yang dipersetujui dengan matlamat yang sama, diputuskan pada 1961. Ia dipanggil Konvensyen Membasmi Statelessness, dikenali juga Konvensyen 1961. Mana-mana negara yang mengiktiraf konvensyen ini perlu memberikan hak kepada kumpulan atau individu “stateless” ini, sama seperti yang diberikan kepada warga lain yang ada di negara mereka.

Walau bagaimanapun, Myanmar yang menjadi fokus kajian ini tidak menandatangani dua konvensyen tersebut. Dalam pada itu, mengikut Konvensyen 1954 dan Konvensyen 1961, seseorang itu akan atau boleh sahaja dianggap “stateless” apabila mereka menepati definisi berikut “seseorang yang tidak diiktiraf atau diangkat oleh mana-mana negara sebagai warganegara di bawah peruntukan undang-undang mereka”. Berdasarkan hal ini, adalah sangat jelas menunjukkan bahawa Myanmar adalah “stateless” kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara di bawah Myanmar Citizenship Act 1982 melalui kenyataan oleh Kementerian Luar negara berkenaan. Laman web UNHCR menyebut, perangkaan terkini “stateless” di seluruh dunia dianggarkan berjumlah 15 juta orang yang mana 1 juta daripadanya adalah orang Myanmar. Oleh itu, istilah “stateless” ini telah menyebabkan etnik Myanmar tidak mendapat hak politik, ekonomi dan sosial seperti warganegara Myanmar yang lain sama ada di negara sendiri atau di seluruh dunia. Hal ini dapat dilihat apabila mereka tidak diterima bekerja kerana majikan takut untuk mengupah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mereka bekerja setiap hari dengan memperoleh gaji yang sedikit dan dalam tempoh masa yang pendek sahaja. Selain itu, disebabkan oleh tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, maka mereka tidak mendapat hak kesihatan yang sepatutnya dan kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk ke sekolah. Masalah lain yang turut dihadapi oleh etnik Myanmar ini ialah mereka sukar untuk mendapatkan tempat tinggal seperti rumah.

Di samping itu, masalah “stateless” yang dihadapi etnik Myanmar ini menyebabkan mereka berhijrah ke negara-negara jiran seperti India, Bangladesh, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Berdasarkan temu bual yang dilakukan, kebanyakan orang Myanmar berminat datang ke Malaysia kerana bagi mereka negara ini lebih selamat berbanding Indonesia dan Bangladesh. Pada masa kini terdapat 400,000 pelarian Myanmar berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 berlindung di Thailand, 150,000 di Pakistan, dan 40,000 di Malaysia. Walaupun terdapat ramai Myanmar yang berjaya menempatkan diri di kem pelarian tetapi ada juga yang menemui ajal di tengah laut akibat kebuluran atau mati lemas. Semasa berada di khemah-khemah pelarian ini juga, Myanmar turut dikecam dengan pelbagai kekejaman dan penindasan. Mereka terpaksa menghadapi masalah sosial seperti masalah kesihatan yang teruk, remaja perempuan dirogol, kemusnahan institusi kekeluargaan, kebuluran dan tahap pendidikan juga adalah rendah kerana hanya pendidikan yang asas diberikan kepada kanak-kanak. Kekejaman dan penindasan yang dihadapi etnik Myanmar yang disebabkan oleh istilah “stateless” ini menyebabkan ada diantara mereka yang menyatakan bahawa “we have no soil beneath our feet, we belong nowhere (UNCHR)”.



4.3 Agama

Masyarakat Rohingya merupakan masyarakat yang beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas agama Buddha. Malah di tiga buah bandar Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya. Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah. Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif, bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk ditindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain. Sejarah kehadiran Rohingya ke Myanmar dilihat sangat panjang dan berliku serta mempunyai fasa-fasa yang tertentu. Secara keseluruhannya, orang Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang berpegang kepada mazhab Sunni. Menurut seorang pengkaji lain menyatakan bahawa orang Rohingya secara khusus merujuk kepada orang Islam yang menetap di Rakhine.

Kedudukan Rakhine di pinggir pantai merupakan asas penting yang menyebabkan orang Islam sejak abad ke-8 mengunjungi wilayah ini. Penduduk Rakhine sebelum kedatangan Islam adalah beragama Buddha, Hindu mahupun animism. Pedagang-pedagang Arab yang singgah di Rakhine sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Rakhine. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa antara orang Islam pertama yang tiba di Rakhine dan seterusnya mengembangkan Islam di Rakhine ialah Muhammad b. Hanifiya bersama dengan pengikut-pengikutnya. Mereka telah bercampur dengan masyarakat Islam yang sedia ada di Rakhine serta dengan masyarakat tempatan dan percampuran inilah yag dilihat sebagai warisan kedua orang Rohingya di Rakhine. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibatkan kesengsaraan yang berat ke atas umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar. Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.



5.0 Kesan Kekejaman Dan Penindasan Ke Atas Etnik Rohingya

5.1 Pendidikan

Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya memberi implikasi buruk kepada golongan kanak- kanak Rohingya umumnya. Hal ini disebabkan oleh mereka telah ditindas dan dinafikan hak mereka daripada mendapat pendidikan di negara mereka sendiri. Sememangnya, golongan ini berhak untuk mendapat kemudahan terutamanya berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, hak mereka telah dinafikan sehingga menyebabkan wujudnya masalah buta huruf dalam kalangan etnik Rohingya. Hanya segelintir daripada golongan etnik ini yang mampu untuk mendapatkan pendidikan. Pihak pemerintah tidak menyediakan kemudahan kepada golongan ini untuk mendapatkan pendidikan seperti masyarakat Myanmar yang lain. Sekolah yang didirikan juga amat sedikit sehingga tidak mampu menampung bilangan kanak- kanak daripada golongan masyarakat ini. Pendidikan yang diberikan adalah amat terhad terutamanya di kawasan kampung. Dianggarkan bahawa hanya terdapat satu sahaja sekolah yang didirikan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak etnik Rohingya. Sudah semestinya bilangan sekolah yang amat sedikit ini tidak mampu untuk menampung bilangan kanak- kanak daripada etnik ini. Tambahan pula, diskriminasi daripada pihak kerajaan juga telah menyusahkan lagi kehidupan masyarakat Rohingya ini. Diskriminasi yang dimaksudkan tersebut ialah kerajaan telah mengenakan yuran pengajian yang sangat tinggi kepada golongan ini.

Manakala bagi mereka yang berkemampuan untuk bersekolah, pelbagai alasan dan cara dilakukan oleh pihak pentadbir untuk menghalang golongan ini daripada mendapatkan pendidikan. Disebabkan tindakan kerajaan yang menghalang masyarakat ini terutamanya golongan kanak- kanak daripada mendapat pendidikan, maka kadar buta huruf dalam kalangan etnik Myanmar amatlah tinggi.[6] Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Myanmar terhadap etnik Rohingya ini, kami berpendapat bahawa jika kita melihat masalah ini dari aspek pendidikan, pihak pemerintah sebenarnya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, tindakan mereka dengan menghalang etnik ini daripada mendapatkan pendidikan yang sepatutnya dapat mengurangkan atau menghapuskan kadar celik ilmu dalam kelompok etnik Rohingya itu. Maka dengan mudahnya mereka dapat menjalankan kerahan tenaga ke atas masyarakat Rohingya seperti memaksa mereka terutamanya golongan kanak- kanak untuk menjadi buruh di kawasan tapak pembinaan. Hal ini disebabkan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya berhasrat untuk menghapuskan terus etnik ini daripada bumi Myanmar. Tindakan yang mereka lakukan ini menunjukkan betapa sengsaranya kehidupan masyarakat Myanmar walaupun mereka sebenarnya berada di negara mereka sendiri.



5.2 Ekonomi

Dari aspek ekonomi pula, dapat kita lihat bahawa keadaan ekonomi kehidupan masyarakat Myanmar ini sangat teruk. Hal ini dapat dilihat melalui bebanan yang dikenakan oleh pemerintah ke atas golongan ini. Pelbagai cukai dan bayaran yang tidak seharusnya telah dikenakan kepada golongan ini, namun mereka terpaksa juga membayar kepada pihak pemerintah. Bebanan bayaran yang perlu diterima oleh etnik Rohingya ialah pemerintah Myanmar telah mengenakan bayaran kepada pasangan yang ingin berkahwin. Justeru, mereka yang ingin berkahwin diharuskan untuk membayar cukai bagi mendapatkan kelulusan untuk berkahwin. Walaupun bayaran yang dikenakan amat tinggi, namun masyarakat Myanmar terpaksa menjelaskannya bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. Selain itu, proses untuk membuat pembayaran juga amatlah rumit dan kelulusan berkahwin tidak akan diperoleh dalam masa yang singkat.

Di samping itu, mereka terpaksa berulang-alik ke kem NasaKa yang sememangnya menelan belanja yang sangat tinggi untuk menyelesaikan masalah bayaran ini. Seterusnya, sekiranya mereka mendapat anak selepas berkahwin bayaran yang lain pula akan dikenakan kepada ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak tersebut. Etnik Rohingya semakin terbeban apabila bayaran tersebut semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain perlu membayar untuk proses perkahwinan, golongan ini juga akan dilayan dengan teruk apabila hendak mendapatkan makanan. Tambahan pula, harga yang dikenakan ke atas makanan tersebut amatlah tidak munasabah sekali. Di sini jelas menunjukkan bahawa golongan etnik minoriti ini sememangnya hidup dalam kemiskinan dan bayaran-bayaran yang dikenakan itu sememangnya memberi bebanan dan tekanan kepada kehidupan mereka. Keadaan yang berterusan ini menyebabkan etnik Rohingya terus hidup dalam kemiskinan dan kerja-kerja yang dilakukan bagi meraih pendapatan juga tidak dapat menampung kos hidup dan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah.

6.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada buku “Air Mata Kesengsaraan Myanmar : Identiti, Penindasan Dan Pelarian”, dapat disimpulkan di sini bahawaetnik Rohingya merupakan etnik yang paling malang sekali di Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, status yang diberikan kepada mereka menyebabkan mereka menjadi pelarian dinegara sendiri. Isu golongan ini merupakan isu semasa yang masih menjadi bahan perbincangan di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kini. Isu etnik Rohingya menjadi perhatian dunia apabila kisah penderitaan dan kesengsaraan kehidupan mereka di Myanmar dihebohkan kepada umum. Umumnya, masyarakat melihat faktor kewarganegaraan dan “stateless” sebagai faktor utama yang menyebabkan mereka menjadi etnik paling malang di Myanmar. Walau bagaimanapun, dapat dinyatakan di sini juga bahawa faktor agama turut menjadi punca kepada penderitaan etnik ini. Selain itu, kaum ini juga dikatakan tidak memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi Myanmar dan dengan itulah masyarakat Rohingnya ini tidak mendapat pengiktirafan sebagai warga Myanmar. Ketiadaan identiti dan dokumen pengenalan diri menyebabkan mereka ditolak daripada Myanmar dan hal ini juga merupakan salah satu agenda utama kerajaan tersebut untuk membuang terus etnik ini dari bumi Myanmar. Pelbagai kekejaman dan penindasan yang menimpa etnik ini dari sekitar tahun 1940 an sehingga sekarang merela terpaksa menjadi pelarianm di negara sendiri iaitu hampir 73 tahun. Penderitaan ini menyebabkan mereka mencari kawasan perlindungan lain dengan berhijrah kenegara jiran tetapi mereka turut diusir dari negara tersebut dengan penuh kezaliman.






[1] Michael Leifer. (1995). Dictionary of the Modern Politics of South East Asia. London: Routledge. Hlm7.


Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah. (2012). Air Mata KesengsarIdentiti,Penindasan dan Pelarian. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd. Hlm 5-7


[3] Mohammad Ali Chowdhury. (2004). The Advent of Islam in Arakan and the Ruhaigyas (Myanmars). Pakistan Historical Society, Vol. 1 No 1. Hlm54-56.


[4] Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah. (2012). Air Mata Kesengsaraan Myanmar: Identiti, Penindasan dan Pelarian. Hlm37-39.


[5]Abid Bahar. (2012, Disember 27). Racism to Rohingya in Burma in Response to Aye Chan Enclave withInflux Viruses: Stop Killing Muslims in Burma. Arakan Monthly. Hlm 6.


[6] Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 401.

No comments:

Post a Comment