nuffnang

Sunday, May 26, 2013

KAMPUNG PEKAN LAMA, SUNGKAI, PERAK

Kampung Pekan Lama pula telah wujud sekitar tahun 1980an. Menurut ketua kampung Pekan Lama iaitu  En. Ahmad Rafix, kawasan bagi Kampung Pekan Lama ini telah wujud sebelum adanya pekan Sungkai lagi waktu itu.[1] Sebelum adanya jalan raya waktu itu, penduduk di Kampung  Pekan Lama ini menggunakan Sungai Sungkai sebagai jalan perhubungan utama dalam mengangkut hasil pertanian untuk dipasarkan.
Di bawah Kampung Pekan Lama ini terdapat beberapa rangkaian kampung lain seperti Kampung Gajah. Kampung Gajah ini mendapat namanya berikutan dengan satu peristiwa apabila terdapatnya seorang lelaki yang sangat kuat tenaganya yang diumpamakan seperti tenaga gajah. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau boleh memikul seekor kerbau di bahu tanpa meminta pertolongan daripada sesiapa pun. Dari situlah nama Kampung Gajah itu diambil.[2] Selain Kampung Gajah, terdapat juga beberapa kampung kecil yang lain berada di bawah Kampung Pekan Lama seperti Kampung Batu 51, Kampung Haji, dan juga Kampung Buloh Telor.
Menurut En Ahmad Rafix lagi, taraf hidup penduduk di Kampung Pekan Lama ini dikatakan lebih baik berbanding dengan kampung-kampung lain yang berada dalam kawasan mukim Sungkai kerana kebanyakan penduduk di Kampung Pekan Lama bekerja kerajaan dan makan gaji. Majoriti masyarakat di Kampung Pekan Lama ini ialah Melayu.


[1] Temubual bersama En Rafix Bin Hj Jamil, Ketua Kampung  Pekan Lama, pada 7/10/ 2012.
[2] Ibid

No comments:

Post a Comment