nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun terpaksa menerima pengaruh Amerika Syarikat. Bahaskan

1.0  PENDAHULUAN
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dianggap sebagai satu malapetaka  yang belum pernah terjadi dalam sejarah peperangan dunia. Bom atom yang diberi nama Little Boy  meletup setinggi 580 meter dari bumi tepat di atas bandar Hiroshima pada pukul 8.15 pagi pada 6 Ogos 1945. Rusia mengisytiharkan perang terhadap Jepun pada 9 Ogos dan pasukan tentera Rusia telah menyerang Manchuria. Pada hari yang sama, bom atom yang kedua telah memusnahkan bandar Nagasaki dan pangkalan tentera lautnya. Pengeboman Hiroshima ini telah membunuh lebih daripada 78,000 orang dan memusnahkan 60% bandar. Generasi di Jepun telah mula terdedah kepada persekitaran yang berbahaya dan kesan radiasi atom. Hiroshima pada ketika itu,  terkenal sebagai pusat penyelidikan sains  yang membanggakan. Selepas bom atom yang kedua dijatuhkan di Nagasaki pada 9 Ogos, enam bandar-bandar  besar Jepun telah musnah seperti Tokyo, Osaka, Yokohama, Nagoya, Kobe, dan Kawasaki pada 15 Jun 1945. Jepun mula meminta kedamaian dan meminta menghentikan perang. Pada 10 Ogos, tentera Jepun telah mengumumkan kerelaannya menerima syarat-syarat Deklarasi Potsdam. Pada 15 Ogos, kerajaan Jepun telah menyerah kalah yang diumumkan oleh Maharaja menerusi siaran radio. Bom atom ini telah membawa masuk era baharu bagi kuasa nuklear.
Perjanjian Moscow telah dicapai di Moscow pada bulan Disember 1945 untuk menetapkan pendudukan di negeri Jepun yang harus ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far Eastern Commission) dan Majlis Berikat (Allied Council). Suruhanjaya Timur Jauh  telah diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington manakala Majlis Berikat diwakili oleh empat buah negeri dan beribu pejabat Tokyo. Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan dalam secara langsung dan tidak langsung ke atas Jepun. Kesan tidak langsung  boleh dilihat daripada aspek politik, ekonomi, dan sosial. Jeneral MacArthur dan kakitangan beliau di Ibu Pejabat Besar SCAP juga telah mendorong kerajaan Jepun supaya meluluskan satu siri undang-undang yang meliputi pentadbiran, kerajaan tempatan, polis, pelajaran, hubungan buruh, perniagaan besar dan reformasi tanah. Manakala kesan tidak langsung boleh dilihat selepas tahun 1947, negara jepun menjadi penting kepada Amerika Syarikat sebagai satu pangkalan untuk memperkukuhkan kuasanya di kawasan Pasifik Barat. Amerika menggunakan Jepun untuk mengimbangi komunis di Asia, dalam Perang Korea dan  Perang Dingin.


2.0 PENDUDUKAN AMERIKA SYARIKAT
Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun bermula pada 2 September 1945 apabila Jepun secara rasminya menyerah kalah kepada Amerika Syarikat. Proses pendudukan ini berlanjutan sehingga 28 April 1952. Pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat (Supreme Commander for the Allied Powers) SCAP. Menurut Hanneman (2001) Amerika Syarikat  mendesak untuk membina polisi yang menjadikan Jepun sebagai negara yang cintakan keamanan dan tidak menjadi ancaman pada masa akan datang. Dasar pendudukan Amerika syarikat adalah berasaskan kepada dua prinsip utama, iaitu keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (Demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik (Democratization of Japan). SCAP Amerika Syarikat mampu memberi kehidupan yang lebih baik dan percaya bahawa nilai Amerika Syarikat boleh diaplikasikan secara universal.  Secara keseluruhannya, pendudukan Amerika Syarikat di negara Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh rakyat Jepun. Sekali gus telah membantu negara Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San Francisco. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloni nya.
           

3.0 FAKTOR-FAKTOR JEPUN MENERIMA PENGARUH AMERIKA SYARIKAT
            3.1 Politik
Dasar Jepun yang agresif dalam Perang Dunia Kedua dan kekalahannya kepada kuasa Berikat menyebabkan Jepun tidak mempunyai pilihan untuk menyerahkan kedaulatannya kepada tentera Berikat. Status Jepun yang merdeka sebelum ini mula dicabar dengan kehendak kuasa Berikat yang mahukan Jepun di baik pulih untuk mengelakkan Jepun menjadi kuasa besar pada masa akan datang. Oleh itu, kuasa Berikat telah iaitu Amerika Syarikat telah menduduki Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah menyebabkan berlakunya penaklukan dan pendudukan oleh kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat. Polisi Amerika di Jepun adalah berdasarkan perkara yang telah digariskan dalam Pengisytiharan Potsdam. Polisi ini merupakan satu cara bagi Amerika untuk membalas dendam yang akan menimbulkan kebencian dan kekacauan polisi yang menyebabkan orang Jepun terdesak tanpa memperoleh kemajuan dalam peranan mereka terhadap dunia. Pada 29 September 1945, Jepun menandatangani surat penyerahan secara rasmi iaitu laporan berdasarkan Perisytiharan Potsdam yang mengandungi tujuh syarat. Syarat-syarat yang terkandung dalam Pengisytiharan Potsdam akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat (Supreme Commander of Allied Power) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama. Syarat-syaratnya seperti berikut:

1.      Jepun hendaklah menyokong tindakan dan matlamat yang dicapai oleh Amerika Syarikat yang bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2.      Jepun hendaklah diperintah oleh sebuah kemaharajaan yang bertanggungjawab dalam menghormati hak-hak dan kebebasan negara lain.
3.      Jepun hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kemaharajaan sendiri yang demokratik.
4.      Amerika Syarikat tidak akan mengenakan apa-apa tekanan atau paksaan ke atas Jepun supaya menerima satu bentuk kemaharajaan tertentu yang tidak disokong oleh rakyat Jepun.
5.      Jepun hanya diberi kuasa ke atas empat buah pulau besar sahaja dan penyerahan pulau-pulau kecil lain akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.
6.      Jepun tidak akan bergiat dalam pembuatan alat senjata peperangan dan bidang pembesaran angkatan bersenjata. Kuasa dan fahaman ketenteraan hendaklah dihapuskan sama sekali daripada kehidupan ekonomi dan kemasyarakatan.
7.      Rakyat Jepun digalakkan menghormati kebebasan individu, hak asasi manusia dan diberi peluang yang luas untuk membangunkan ekonomi dengan cukup bagi memenuhi keperluan penduduk Jepun.
            Pada peringkat pertama, pendudukan ini digelar peringkat pembalasan dan kemudiannya, pembaharuan. Bagi SCAP, pemulihan dan pembangunan semula Jepun adalah lebih penting daripada pembaharuan. Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama, iaitu keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik(to disarmement and reform Japan). Jeneral MacArthur dan kakitangan beliau di Ibu Pejabat Besar SCAP juga telah mendorong Kerajaan Jepun supaya meluluskan satu siri undang-undang yang meliputi pentadbiran, kerajaan tempatan, polis, pelajaran, hubungan buruh, perniagaan besar dan reformasi tanah. Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan dalam pelbagai aspek, sama ada dalam aspek pentadbiran, ekonomi, dan sosial. Selepas tahun 1947, negara Jepun menjadi penting kepada Amerika Syarikat sebagai satu pangkalan untuk memperkukuhkan kuasanya di kawasan Pasifik Barat. Oleh sebab itu, langkah-langkah pembaharuan tidak dihapuskan, tetapi dilaksanakan dengan cara yang kurang tegas. Tumpuan utama kuasa-kuasa Bersekutu ini ialah membaik-pulih ekonomi, memperluas import bahan, dan perdagangan dengan dunia luar dibuka.
            Jelaslah, perubahan yang dilakukan oleh Jepun dalam bidang politik merupakan satu langkah yang baik dalam memajukan negara mereka. Namun demikian, kemajuan yang di kecapi oleh Jepun telah menarik minat Amerika Syarikat untuk melakukan pendudukan nya ke atas Jepun.

            3.2 Ekonomi
Kedatangan Amerika Syarikat ke Jepun disebabkan ekonomi Jepun telah kukuh. Semasa era Meiji lagi ekonomi di Jepun telah berkembang pesat dengan adanya pembaharuan dalam kegiatan ekonomi pertanian, kewangan atau perbankan, industri perkapalan dan perdagangan. Pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji telah menunjukkan bahawa sistem ekonomi di Jepun telah bercorak ekonomi moden kapitalisme. Abad ke-20, ekonomi di Jepun semakin kukuh ekoran pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji. Ekonomi yang kukuh di Jepun telah menarik minat Amerika Syarikat untuk menguasai serta melakukan pendudukan di Jepun.
            Setelah Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan ekonominya turut terjejas. Kerugian yang dialami dalam perang telah memberikan tekanan kepada Jepun dalam mengembangkan sistem ekonominya. Kemerosotan ekonomi ini mendorong Amerika Syarikat untuk menguasai Jepun yang merupakan sebuah negara berpengaruh terutamanya di benua Asia. Jepun terlibat dalam peperangan dengan Amerika Syarikat dalam keadaan ekonominya sudah digunakan sepenuhnya selama empat tahun dalam peperangan dengan China begitu juga dengan tenaga manusianya telah dikerahkan sepenuhnya semasa terlibat dalam perang tersebut. Oleh itu, ekonomi Jepun mengalami sedikit kemerosotan selepas terlibat dengan Perang China-Jepun Pertama. Secara tidak langsung, Jepun memerlukan bantuan dari Amerika Syarikat untuk membayar hutangnya daripada kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Keadaaan ini telah menyebabkan Amerika berminat untuk menjalankan pendudukan ke atas Jepun.
            Jelaslah, kemajuan ekonomi yang di kecapi oleh Jepun telah menarik minat Amerika Syarikat untuk menjalankan pendudukan mereka ke atas Jepun. Secara tidak langsung, Amerika dapat menguasai ekonomi Jepun serta memperkukuhkan kuasa mereka dengan lebih kuat di seluruh Asia yang merupakan kawasan yang dipengaruhi oleh Jepun sebelum ini.

            3. 3 Sosial
Perkembangan yang berlaku dalam bidang sosial semasa era pemerintahan Meiji di Jepun juga telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada penghapusan sistem feudalisme di Jepun. Dalam aspek sosial ini, pembaharuan yang dominan dilakukan oleh kerajaan Jepun adalah dari segi kemajuan dalam bidang pendidikan, kesusasteraan, ideologi dan agama yang dianggap sebagai satu bidang pemangkin kepada kemajuan intelektual dalam kalangan rakyat Jepun sebagai persediaan mental bagi menghadapi pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh negara. Secara tidak langsung, kemajuan dalam bidang sosial ini telah berkembang dengan pesat pada abad ke-20. Secara tidak langsung, kemajuan bidang sosial ini telah menarik peluang Amerika Syarikat untuk menduduki Jepun yang merupakan sebuah kuasa baru yang mampu bersaing dengan Barat.
            Perubahan sosial Jepun telah mengangkat negara mereka sebagai sebuah kuasa baru di dunia. Kerajaan Jepun telah melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang antaranya ialah melalui rancangan Pembaharuan Tanah yang bertujuan untuk membantu dan membaiki kedudukan golongan petani. Sebelum Perang Dunia Kedua, kira-kira 50% penduduk Jepun bekerja dalam bidang pertanian. Pada 1945 kira-kira 46% tanah diusahakan oleh petani yang mana kira-kira 75% darinya membayar sewa. Keadaan ini menunjukkan bagaimana berlakunya penindasan terhadap golongan petani. Oleh itu, kerajaan Jepun mengambil langkah dengan menubuhkan rancangan Pembaharuan Tanah bagi membantu golongan petani.
            Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa yang kukuh di dunia. Oleh itu, banyak faktor yang menyebabkan Amerika Syarikat menduduki Jepun. Faktor ekonomi, politik dan sosial negara Jepun yang telah berkembang maju akibat dasar pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji lagi untuk meningkatkan kemajuan negara mereka dalam pelbagai bidang setanding dengan negara-negara Barat yang lain.


4.0  KESAN-KESAN LANGSUNG
4.1 Kesan  politik  
            4.1.1 Ketenteraan Jepun
Menjelang awal 1945, empayar Jepun berada dalam ambang kemusnahan. Selepas kemenangan dalam tahun 1941 hingga 1942, angkatan bersenjata Jepun telah mengalami rentetan kekalahan yang tidak henti-henti. Pada tahun 1944, tentera laut empayar Jepun telah melihat kebanyakan kapal perang utama selebihnya tenggelam dalam peperangan Teluk Leyte dan laut Filipina. Tentera empayar Jepun, yang mana masih besar dalam saiz, telah kronik tidak dapat menahan kuasa tentera Amerika dalam kempen Pasifik 1943-1944.
            Badan yang paling cepat menerima  kesan langsung daripada pendudukan Amerika Syarikat ialah angkatan tentera. Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama, iaitu keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik – (to disarmement and reform Japan). Langkah pertama yang dilakukan adalah merombak semula jentera perang Jepun. Angkatan tentera Jepun dan tentera laut telah dibubarkan pada 1945.
            Beberapa bulan pertama pendudukan Amerika merupakan tempoh pengorganisasian dan penyediaan asas untuk reformasi yang ingin dilaksanakan oleh Amerika. Objektif pertama ialah untuk membasmi fahaman ketenteraan di Jepun. Pengakuan kalah yang dilakukan oleh Jepun telah menamatkan penguasaan mereka di tanah-tanah jajahan baru, Taiwan dan Korea. Usaha yang dijalankan adalah menghantar balik semua orang Jepun di luar negara. Lebih daripada enam juta tentera Jepun dan orang awan dikumpulkan untuk dihantar balik ke Jepun menjelang 1945, meninggalkan beberapa ratus ribu yang masih ada di kem tahanan Soviet di Siberia. Tentera Laut dan tentera darat telah diserapkan ke dalam Kementerian Penamatan Perkhidmatan Tentera Pertama dan Kedua yang mengawasi penamatan perkhidmatan tentera dan seterusnya memansuhkan keseluruhan ketenteraan. Selain itu, semua industri senjata api telah ditutup dan usaha-usaha menggantikan industri ini giat dijalankan.
            Melalui perjanjian Potsdam yang dikeluarkan pada 26 Julai yang digelar menyerah kalah dengan bersyarat dengan janji bahawa, tentera Jepun yang menyerah kalah akan dibenarkan pulang ke kampung halaman dengan peluang untuk kehidupan yang aman dan tenang. Barangan bekalan ketenteraan dimusnahkan dan lebih dua juta tentera lelaki diberhentikan perkhidmatan.
            Tambahan lagi, orang Jepun yang dikenal pasti sebagai penjenayah perang telah dibicarakan. Seramai dua puluh lapan ketua politik, yang mana dituduh merancang dan memulakan peperangan yang tidak adil telah dihadapkan ke hadapan Tribunal Antarabangsa di Tokyo antara tahun 1946 dan 1948. Antaranya ialah Tojo, Koiso, Kido, Araki, Doihara, Hashimoto dan lain-lain. Tujuh orang termasuk Tojo Hideki dihukum gantung dan lapan lagi dihukum penjara dan yang lainnya mengalami sakit mental.  SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200,000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan Jepun.
            Apabila kerajaan baharu Jepun, McAthur yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan baharu telah mengarahkan kakitangannya membuat satu draf baharu yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Perkara yang mendatangkan kebaikan yang besar dalam perlembagaan ialah Pengampunan peperangan dalam Bab Kedua (Artikel 9) bersesuaian dengan sasaran Amerika untuk melucutkan senjata Jepun dan menukarkan fahaman ketenteraan yang melanda Jepun.

                  4.1.2 Pengkajian semula sistem perlembagaan
Kesan Langsung daripada segi politik Jepun terpaksa menerima pengaruh daripada Amerika Syarikat. Orang Amerika Syarikat berazam untuk melaksanakan pembentukan semula politik yang lebih drastik berdasarkan tanggapan munasabah bahawa sifat demokrasi Jepun lebih cenderung menyokong keamanan berbanding penyokong autokratik. Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan langsung yang terpenting akibat pengaruh Amerika Syarikat di Jepun. Di mana perlembagaan 1889 telah dikaji semula di bawah arahan SCAP. Menurut Hanneman (2001) MacArhur telah membuat pengumuman bahawa permukaan secara realiti, sebenarnya telah ditulis oleh Amerika Syarikat  secara keseluruhannya. Perlembagaan tersebut telah dipinda dan  diluluskan oleh Dewan Bangsawan (House of Peer) pada bulan Oktober 1946 dan kemudiannya diumumkan oleh Majlis Privy secara rasmi pada 3 November 1946.  Kemudiannya pada 3 Mei 1947 perlembagaan baru ini telah dikuatkuasakan. Pembentukan politik telah ditumpukan kepada perlembagaan baharu yang telah dibuat, secara tidak langsung perlembagaan baharu ini telah menyebabkan perubahan asas dalam struktur politik Jepun. Walaupun  ia bertujuan untuk memperbaiki perlembagaan yang digubal sebelum perang tetapi telah melahirkan suatu perubahan penting dalam aturan-aturan politik Jepun dan teori politik Jepun. Menurut Edwin O. Reischauer dan Albert M. Craig Perlembagaan 1947 ini telah berjaya mentransformasikan Politik di Jepun dengan menjadikan Jepun sebagai  sebuah negara berparlimen.

            4.1.3 Pengenalan Demokrasi
Kita dapat lihat bahawa Jepun terpaksa menerima pengaruh Amerika Syarikat apabila pengenalan demokrasi. Menurut Beasley (1990) asas kepada pengenalan demokrasi, seperti yang di minta oleh Washington adalah dengan memperkenalkan perlembagaan baru untuk menggantikan Perlembagaan 1889. Unsur-unsur demokrasi yang terdapat dalam Perlembagaan 1947 telah mewujudkan Diet Kebangsaan bagi menyingkirkan kuasa ketenteraan dan menggantikan Imperial Diet. Diet ini merupakan kuasa yang tertinggi dan perundangan tunggal dalam negara. Diet Kebangsaan terdiri daripada dua buah rumah, Dewan Rakyat dan Dewan Majlis (Councilor) dan undang-undang tunggal yang membuat entiti negeri. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Majlis merupakan badan terpilih. Seramai 467 orang ahli Dewan Rakyat akan dipilih untuk pada tempoh 4 tahun manakala seramai 250 orang ahli Dewan Majlis adalah dipilih bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepun yang berumur 20 tahun dan ke atas mempunyai hak mengundi. Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan agar Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet. Malahan majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.
            Selain itu, kesan langsung daripada Amerika Syarikat juga dapat dilihat dalam badan kehakiman yang dicorakkan selepas menerima idea daripada Amerika Syarikat. Perlembagaan baru telah mengiktiraf prinsip badan kehakiman yang bebas daripada badan eksekutif kerajaan iaitu Perdana Menteri dan Kabinetnya. Amerika Syarikat telah memisahkan badan kehakiman daripada badan Eksekutif. Kehakiman menjadi sebuah badan yang bebas. Penyeliaan pentadbiran dalam sistem undang-undang telah dialihkan daripada Menteri Keadilan kepada mahkamah Tertinggi yang mewakili tugas melantik hakim dan menyebut berkenaan undang-undang dalam perlembagaan. Mahkamah tertinggi  merupakan pihak berkuasa undang-undang yang tertinggi dan mempunyai kuasa menentukan apa-apa undang-undang, perintah, peraturan dan akta rasmi  yang sah dari segi perlembagaan atau tidak sah.
            Ahli mahkamah tertinggi akan dilantik oleh kabinet, tetapi perlantikan tersebut adalah tertakluk kepada kajian semula oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Hak asasi manusia telah dilindungi oleh Perlembagaan. Selain itu, kebebasan untuk bersuara, berhimpun, beragama telah dilindungi oleh Perlembagaan. Semua ini sama seperti yang terdapat dalam Rang undang-undang Amerika Syarikat.
            Bahagian yang paling menarik dan mendatangkan faedah besar dalam perlembagaan ialah pengampunan perang seperti yang tertulis dalam Bab kedua (artikel 9). Menurut Reischauer (2006) keadaan ini bersesuaian dengan sasaran Amerika Syarikat untuk melucutkan senjata Jepun dan menukar kefahaman ketenteraan Jepun yang melanda jepun “selama” telah mengisytiharkan tidak terlibat dalam perang baik pulih tentera darat, laut dan udara dan potensi perang yang lain.
            Parti Liberal dan Parti Progresif dan parti bersayap kiri iaitu Parti Demokratik Sosial dan Parti Jepun sebenarnya telah mengalami orientasi politik yang luas ketika zaman pendudukan Amerika Syarikat. Pada awal Oktober 1945, SCAP telah mengeluarkan dokumen iaitu dokumen Undang-undang Hak Asasi’ yang menjamin hak asasi rakyat Jepun dalam segala aspek termasuklah, membebaskan tawanan politik  iaitu golongan berfahaman sosialis dan komunis yang telah dipenjarakan oleh kerajaan tentera sebelum daripada pendudukan Amerika Syarikat. Kebebasan berpolitik telah menyebabkan banyak parti-parti baru ditubuhkan seperti parti Konservatif Komunis Jepun. Pilihanraya pertama telah diadakan selepas perang, iaitu pada  25 April 1947, pihak sosialis telah membentuk kerajaan campuran bersama-sama dua parti konservatif. Bagi Mac Arthur dan SCAP, perkembangan parti-parti politik dan organisasi-organisasi politik adalah selaras dengan proses demokrasi Negara Jepun.
            3.1.4 Kedudukan Maharaja
Kesan tidak langsung juga boleh dilihat daripada segi perubahan kedudukan maharaja yang dihormati dan disanjung tinggi diubah. Maharaja dikekalkan sebagai simbol perpaduan yang akan menjaga negara daripada kekecohan dan perpecahan.  Maharaja Hirohito telah bersetuju pada tahun 1946 untuk menyatukan masyarakat. Baginda telah melawat ke seluruh pelosok negara dan menunjukkan diri kepada rakyat sebagai pemerintahan dan individu yang bermurah hati dan mementingkan ilmu pengetahuan. Perlembagaan 1947 memberi penekanan kedaulatan kepada rakyat bukan lagi kepada Maharaja dan telah menjadikan maharaja sebagai simbol penyatuan negara dan rakyat. Selain itu, Shinto telah dihapuskan dan tiada lagi kegiatan keagamaan negeri dibenarkan. Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa maharaja tidak lagi diletakkan sebagai pemimpin yang unggul. Kuasa maharaja dikurangkan kepada menjadi Raja Berpelembagaan. Malahan maharaja hanya berperanan dalam hal adat istiadat dan segala  tindakan yang dilakukan oleh Maharaja mesti mengikut nasihat kabinet.
4.2   EKONOMI
4.2.1 Pemansuhan Sistem Bercorak Zaibatsu
Kumpulan Zaibatsu di letakkan di bawah kawalan yang terbatas SCAP. Dasar utama SCAP dalam tahun 1945 ialah ke arah pembubaran Zaibatsu yang di anggap bertanggungjawab membiayai pencerobohan Jepun di seberang laut. Akibatnya, SCAP telah membuat keputusan membubarkan lima Zaibatsu utama termasuk Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan lain-lain. Jepun merupakan sebuah negara perindustrian. Pelbagai strategi di lancarkan untuk memajukan sektor ini. Sebagai sebuah negara perindustrian, Jepun menyimpan hasrat untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap kilangnya, di samping mendapatkan bekalan mentah yang berterusan untuk keperluan industri mereka. Sehubungan dengan usaha ini sebuah syarikat gergasi Jepun di kenali sebagai Zaibatsu. Syarikat ini membekalkan kewangan bagi membolehkan tentera Jepun melancarkan imperialisme. Dasar imperialisme Jepun sekali gus membantu mengukuhkan kedudukan dan memantapkan ekonomi negaranya. Ini kerana strategi tersebut ternyata telah dapat meluaskan pasaran barangan Jepun keluar negara, di samping menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan. Implikasinya, sejak Zaibatsu menguasai sebahagian besar ekonomi di negara Jepun. Justeru, undang-undang anti monopoli di luluskan untuk memecahkan monopoli Zaibatsu.
Sebelum pembubaran Zaibatsu bermula, Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting dalam SCAP. Tetapi Amerika Syarikat telah mengubah pendiriannya terhadap Jepun kerana Amerika Syarikat dan negara-negara demokrasi Barat yang lain mula mengakui bahawa Jepun boleh menjadi sebuah sekutu dan aset penting dalam Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan Rusia. Meningkatnya pengaruh dan kuasa pihak komunis China di Tanah Besar China, Jepun tidak di anggap sebagai ancaman tentera yang besar kepada Amerika Syarikat di masa depan. Amerika Syarikat mula menganggap Jepun sebagai sebuah sekutu berpotensi yang harus dibantu dan menggalakkan pembinaan semula negara tersebut. Sebagai sebahagian dari strategi di atas, pembubaran Zaibatsu telah dihentikan kerana langkah yang seumpama akan mengganggu pembangunan ekonomi Jepun.


            4.2.2    Akta Pembaharuan Tanah
Jepun juga memberi keutamaan kepada sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama kerajaan telah menyusun pelbagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian negara dan hasil pendapatan kaum petani. Antaranya ialah meluluskan Akta Pembaharuan Tanah pada 1946 untuk menambah pemilikan tanah. Hasilnya antara ini berjaya memberi hak kepada petani mengambil alih kira-kira 5 juta ekar tanah daripada  tuan-tuan tanah. Langkah ini sekurang-kurangnya telah berjaya memantapkan ekonomi penduduk desa.
Jeneral MacActhur dan kakitangan beliau di Ibu Pejabat Besar SCAP juga telah mendorong kerajaan Jepun supaya, meluaskan satu siri undang-undang yang meliputi pentadbiran, kerajaan tempatan, polis, pelajaran, hubungan buruh, perniagaan besar, reformasi tanah dan sebagainya. Salah satu dasar pembaharuan yang paling nyata dan segera telah dianjurkan oleh SCAP ialah reformasi tanah. Di bawah pembaharuan ini kerajaan Jepun telah membahagikan semula hampir 4 juta ekar tanah pertanian kepada lebih kurang 3 juta petani-petani yang dahulunya telah menyewa tanah dari tuan-tuan tanah termasuk tuan-tuan tanah yang tinggal jauh. Petani-petani, penyewa, pengusaha-pengusaha tanah boleh membeli tanah mereka usahakan dalam 30 bayaran ansuran dengan kadar faedah rendah. Secara ringkas, SCAP telah mengubah sebahagian besar daripada petani-petani penyewa kepada petani-petani pemilik, dan ini merupakan salah satu daripada pencapaian SCAP yang cemerlang. SCAP telah menggalakkan penubuhan koperatif-koperatif pertanian dan menjelang tahun 1949, terdapat lebih 32 000 koperatif dengan jumlah keahlian seramai 8 juta orang. Hampir setiap desa mempunyai koperatif. Kuasa-kuasa menduduki Jepun yang telah memberi keutamaan untuk memperbaiki keadaan inflasi dan ketidakstabilan ekonomi dengan memaksimumkan pengeluaran dan mengambil langkah-langkah tegas bagi mengimbangi belanjawan, mengawal harga dan upah serta memperbaharui struktur cukai. Suatu kadar pertukaran baru telah di tetapkan pada 360 yen untuk 1 dolar Amerika. Bantuan Amerika Syarikat berjumlah AS 1.7 billion Amerika terus mencurah masuk ke Jepun menjelang bulan Julai 1950. Ini menggambarkan peranan aktif SCAP dan juga Amerika Syarikat dalam pembinaan semula dan pemulihan ekonomi Jepun.
            4. 2.3   Pertumbuhan Ekonomi
Imperialisme khususnya zaman perang antara tahun 1930-1945, tidak semata-mata membawa keburukan, kekejaman dan eksploitasi terhadap tetapi turut membawa manfaat kepada Jepun, walaupun tidak ramai orang Jepun mengakuinya. Malah terdapat kesinambungan dengan keadaan yang berlaku pada masa itu dengan zaman selepas perang apabila Jepun dikenali sebagai negara paling tinggi pertumbuhan ekonominya. Beberapa institusi penting seperti Agensi Perancangan Ekonomi yang ditubuhkan pada 1955 merupakan kesinambungan kepada Lembaga Penstabilan Ekonomi tahun 1946  dan sebelumnya Lembaga Perancangan Kabinet tahun 1937 yang di tubuhkan untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi semasa perang China-Jepun. Begitu juga dengan MITI yang di tubuhkan pada tahun 1949 yang sebenarnya mewarisi beberapa organisasi sebelumnya termasuk Kementerian Pengeluaran Senjata ( 1943-1945). Selain mengambil fungsi Biro Perdagangan sehingga menjadikan MITI lebih berkuasa daripada kementerian-kementerian lain yang menyentuh ekonomi dan perdagangan sebelum itu.
Menjelang serangan Jepun terhadap Pearl Habour, pertumbuhan ekonomi Jepun didapati lebih tinggi daripada Amerika Syarikat. Antara sektor yang berkembang pesat termasuk logam, industri kimia dan kejuruteraan. Dari tahun 1937-1944, terdapat peningkatan peratus logam bukan ferus tidak kurang pentingnya ialah peningkatan besar jumlah buruh tenaga daripada 3.8 juta pada tahun 1930 kepada 8.1 juta pada tahun 1940 dan empat tahun kemudian meningkat kepada 9.5 juta. Daripada angka ini 68 peratus terlibat dalam industri berat. Ini bermakna menjelang serangan terhadap Pearl Habour, ekonomi Jepun walaupun berfokus kepada ketenteraan tetapi bersifat pelbagai dan sofistikated. Ini membolehkan perubahan dengan lebih mudah daripada ekonomi perang kepada ekonomi aman seperti berlaku kepada beberapa industri penting yang menerajui pertumbuhan ekonomi selepas perang seperti kereta (Toyota, Nissan, Isuzu), gergasi elektrik seperti Toshiba Hitashi dan juga syarikat lain seperti Denstu (syarikat pengiklanan) dan Nomura (sekuriti). Sementara itu industri jam tangan, perkapalan, kamera, binokular, telah memanfaatkan teknologi yang telah dibina pada zaman perang. Malah terdapat bekas kilang senjata yang kemudiannya mengeluarkan mesin jahit.
            4.3. Sosial       
4.3.1 Pemulihan Tenaga Buruh
Pihak berkuasa SCAP telah menggalakkan perkembangan pergerakan buruh yang bebas dan bertanggungjawab. SCAP beranggapan bahawa satu gerakan tenaga buruh yang kuat adalah perlu untuk  pembentukan sikap awam yang bersifat anti-ketenteraan, progresif dan demokratik. Pihak-pihak berkuasa telah membebaskan banduan-banduan politik pada peringkat awal pendudukan dan mereka ini meliputi sebilangan pemimpin buruh dan komunis sebelum perang. Pada penghujung tahun 1945 Diet meluluskan satu undang-undang Kesatuan Sekerja yang memberi pekerja-pekerja hak untuk merancang dan menjamin hak untuk melakukan mogok serta hak untuk mengadakan rundingan di antara majikan dan pekerja mengenai hal-hal gaji, keadaan bekerja dan lain-lain yang disahkan semula dalam perlembagaan. Pengelola-pengelola kesatuan termasuk komunis Shiga Yoshio dari kesatuan kelasi, di galakan dengan aktif oleh SCAP. Kesatuan-kesatuan ini di galakan mencari pembaikan dalam gaji dan keadaan bekerja. Menjelang hujung tahun 1947 terdapat 17 000 kesatuan dengan sejumlah 4.8 juta anggota terbahagi kepada dua persekutuan nasional utama iaitu persekutuan Tenaga Buruh Jepun (sodemei) dan Kongres Nasional Kesatuan-kesatuan Perindustrian (sanbetsu). Persekutuan yang terkemudian lebih condong ke kiri dan lebih terpengaruh dengan komunis berbanding dengan persekutuan yang terdahulu.
            Pada pandangan SCAP kesatuan-kesatuan itu bertindak hanya dalam bidang ekonomi mencari satu keadaan yang lebih baik untuk anggotanya. Menjelang penghujung tahun 1947 dan permulaan tahun 1948 pihak-pihak berkuasa mula gempar bila didapati bahawa kegiatan kesatuan mempunyai matlamat-matlamat politik yang tidak semestinya menjaga kepentingan-kepentingan SCAP. Pada bulan September 1946 kerajaan Jepun dibenarkan mengadakan undang-undang untuk mengharamkan pekerja-pekerja kerajaan daripada bermogok dan membataskan hak bermogok pekerja-pekerja dalam kemudahan-kemudahan awam seperti keretapi, bekalan air dan elektrik. Kerajaan boleh mengelaskan sebarang usaha yang perlu bagi kebajikan awam. Menjelang tahun 1948 keutamaan SCAP mula berubah akibat Perang Dingin dan Amerika Syarikat mula menaruh perhatian terhadap usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi jepun sebagai satu asas untuk kehadiran Amerika Syarikat di Asia Timur. Pemogokan yang mengakibatkan gangguan ekonomi boleh dianggap sebagai akibat dorongan politik, khususnya bila sesetengah kesatuan mempunyai kepimpinan komunis. Menjelang tahun 1948 keanggotaan kesatuan telah bertambah kepada enam setengah juta dan kesatuan-kesatuan merupakan satu kuasa yang perlu diberi perhatian dan dalam situasi baru, tidak kira apa pun sikap kerajaan dan SCAP terhadapnya, gerakan kesatuan itu telah di galakan pada pemulihan awal dan terbentuk dengan kukuh.


4.3.2 Pemulihan Pelajaran
Orang Amerika menaruh kepercayaan yang kuat terhadap kuasa pelajaran dalam usaha mengubah masyarakat. Oleh itu, pemulihan sistem pelajaran Jepun di anggap penting bagi pembentukan dan pemeliharaan sebuah negara jepun yang demokratik dan telah di bubar angkatan tenteranya. Sebagai institusi pelajaran akan dikenakan desentralisasi dan dengan itu mengurangkan kuasa kerajaan pusat untuk mempengaruhinya. Dari segi kandungannya pelajaran memupuk konsep sikap demokratik dan anti-tentera.
            Pelajaran sebelum perang adalah satu sistem yang amat bersifat pemilih untuk menyediakan satu golongan elit bagi memasuki sekolah-sekolah teknikal yang lebih tinggi dan universiti-universiti kebangsaan. Kebanyakan penduduk hanya menerima satu pelajaran asas. SCAP ingin mencapai ideal Amerika di mana pelajaran akan diterima oleh semua. Pelajaran di wajib sehingga gred kesembilan dan kursus baru serta mata pelajaran baru memberikan sistem pelajaran yang lebih meluas berbanding dengan sistem pemilihan dan akademik sebelum perang di mana semua penuntut mengikut kursus yang sama. Sistem baru ini memberi peluang dan pilihan kepada individu dengan lebih banyak. Semua penuntut mengikuti satu kursus peringkat rendah selama enam tahun diikuti dengan satu kursus menengah campuran selama tiga tahun dengan satu pilihan mata pelajaran yang luas.
            Tujuan terpenting pendidikan Jepun ialah melatih pelajar dalam masa panjang supaya dapat mengatasi sebarang kesukaran dan tekanan. Pendidikan telah menjadi satu keutamaan yang terbesar dalam sejarah pendidikan di Jepun.  Selepas kuasa pemerintahan telah diberikan semula kepada Jepun, doktrin pendidikan telah dilaksanakan dengan menggunakan “Peraturan Sekolah Rakyat” dalam rangka ‘Struktur 55’. Pada 1950 telah dikeluarkan satu  Pedoman Bimbingan Pembelajaran yang mengesyorkan usaha menghapuskan kelemahan dan bukannya mengembangkan kebolehan. Kuasa kementerian telah dihadkan  dan kuasa untuk mentadbir sekolah-sekolah rendah dan menengah terletak pada lembaga-lembaga sekolah tempatan yang dipilih dalam setiap wilayah. Sistem pendidikan sebenarnya telah menghasilkan pengaruh yang kuat  ke atas sikap politik masyarakat. Sistem pendidikan kebangsaan ini berdasarkan model Barat sejak daripada zaman Meiji lagi, dan sehinggalah kepada pendudukan Amerika Syarikat di Jepun. Hal ini membolehkan Jepun menerima pelbagai corak budaya yang sehingga mampu menjadikannya berbeza daripada kebanyakan negara lain yang pernah dijajah.
Kandungan kursus diubah dan buku-buku teks lama digantikan dengan buku teks baru yang menekan prinsip demokrasi. Matlamatnya ialah untuk melahirkan warga negara yang bertanggungjawab dengan satu kesedaran yang kuat tentang hak-hak peribadi dan mampu bekerja sendiri. Perubahan dalam kurikulum disertai dengan perubahan dalam cara pendidikan dan guru-guru perlu dilatih semula. Dalam banyak hal perubahan yang diperkenalkan itu adalah mendalam. Sikap-sikap lama telah mendapat keaiban akibat kekalahan Jepun dan dalam kalangan orang muda terdapat satu keazaman untuk menerima yang baru. Walau bagaimanapun, cara-cara dan kurikulum baru itu bertentangan dengan tradisi elitis lama dalam pelajaran Jepun. Elitisme ini muncul semula bila semangat pemulihan awal zaman. Pendudukan secara beransur-ansur diganti dengan penekanan yang bertambah terhadap perkembangan ekonomi dan kestabilan sosial. Pencapaian pelajaran masih lagi diukur berdasarkan berdasar kan kemasukan ke institusi-institusi elitis yang lama, khususnya universiti Tokyo. Aspek ketenteraan dan nasionalis yang melampau dalam sistem pembelajaran sebelum perang dihapuskan tetapi persaingan untuk mendapatkan kejayaan akademik dan kemasukan ke institusi  pengajian tinggi sama seperti dahulu. Walau bagaimanapun golongan muda yang terdidik dalam sistem baru itu terpengaruh dengan nilai-nilai liberal dan demokratik yang di implikasi kan oleh perubahan sosial, politik yang diperkenalkan oleh SCAP.
            Proses pendemokrasian dan pembubaran tentera Jepun yang ingin di capai dalam pemulihan yang diadakan pada awal tahun pendudukan mendapat sokongan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat Jepun. Pemimpin-pemimpin politik mungkin kurang senang tentang perubahan yang begitu meluas tetapi mereka sedar bahawa banyak daripada pemulihan itu di sambut  baik. Penerimaan dan kerjasama baik yang ditemui oleh SCAP menunjukkan bahawa di bawah permukaan Jepun waktu perang elemen-elemen liberal yang pada sangkaan umum telah tumpas pada tahun1930an sebenarnya masih hidup dan memainkan peranan mereka dalam usaha-usaha pemulihan selepas perang. Sebahagian besar daripada minat awal terhadap perkara demokratik ternyata tidak kritis. Demokrasi seperti yang dikatakan oleh Peter Duus, boleh digunakan untuk mewajarkan segala sesuatu dari persatuan-persatuan ibu bapa, guru di sekolah kepada pemisahan yang mudah. Minat ini sebahagiannya mungkin disebabkan oleh kegembiraan dan kelegaan yang dialami setelah tamatnya perang dan pengetahuan bahawa pendudukan itu adalah bersifat baik dan bukan bertujuan untuk membalas dendam. Minat itu tidak dapat bertahan lama. Hal ini disebabkan oleh sikap autoriti pendudukan itu sendiri mula berubah. Perubahan ini memang sesuai dengan selera orang-orang Jepun yang berkuasa yang ingin melambatkan proses pemulihan dan juga ingin melihat Jepun melenyapkan keaiban yang dialami akibat kekalahan serta menjadi merdeka semula dan bertanggungjawab atas hal ehwalnya sendiri. Menjelang tahun 1949 pandangan mereka mula sejajar dengan pandangan SCAP.


4.3.3 Kedudukan Wanita
Semasa zaman pendudukan Amerika, terdapat juga pembaharuan dalam apek sosial masyarakat di Jepun. Pada peringkat yang paling dasar, kaum wanita bukan sahaja diberi hak mengundi, tetapi juga diberi persamaan penuh dari segi undang-undang dengan kaum lelaki dan berkesempatan mendapat peluang pendidikan yang sama. Selain itu, terdapat juga undang-undang yang dilaungkan pada zaman feudal dengan memberikan kuasa kepada ketua keluarga dalam ahli keluarga mereka dan kuasa kepada garis-garis keluarga utama ke atas cabang-cabang keluarga semuanya di hapuskan. Pada  tahun 1946, wanita diberi kebebasan dan hak mengundi. Kelayakan umur untuk mengundi dari umur 20–25 tahun. Terdapat kod sivil yang menganjurkan hak kesamarataan bagi wanita dan lelaki.
Kedudukan wanita turut mengalami perubahan akibat perkembangan ekonomi yang pesat. Taraf wanita telah mengalami perubahan sejak tahun 1945 walaupun agak sukar bagi mereka mendapatkan taraf sama rata dengan golongan lelaki. Fasal 14 Perlembagaan pada tahun 1946 yang menyebut taraf sama rata untuk semua rakyat tanpa diskriminasi politik, ekonomi ataupun hubungan sosial ataupun asal usul keluarga, merupakan satu perkembangan penting bagi wanita Jepun yang di perkukuhkan lagi oleh beberapa undang-undang seperti Kanun Sivil dan undang-undang berhubung pilihan raya, pendidikan dan buruh. Kedudukan wanita juga berubah akibat lebih banyak peluang pendidikan yang mereka nikmati selepas tahun 1945 walaupun semasa perang, ribuan wanita keluar rumah  untuk bekerja di kilang senjata, lombong arang batu dan sebagainya bagi menggantikan golongan lelaki yang dikerah menjadi tentera. Ketika inilah mereka mendapati perlu menjadi ibu, ketua keluarga dan kadang-kadang ketua bahagian pengeluaran demi untuk negara.

                        4.3.4 Kesusasteraan
Kekalahan Jepun pada tahun 1945 turut memberi kesan kepada jutaan penduduk Jepun. Penulis Kawabata berjaya menggambarkan rasa kecewa dan putus  harapan dalam novelnya seperti Yama No Oto (Suara Gunung) yang diterbitkan pada tahun 1949. Cara penulisannya berkaitan dengan puisi haiku dan menggunakan bahasa puisi untuk ceritanya. Perkembangan kesusasteraan selepas tahun 1945 dipengaruhi oleh beberapa faktor penting termasuk persepsi yang pelbagai terhadap kekalahan Jepun dan pengaruh luar. Kekalahan Jepun di ikuti oleh pendudukan tentera Amerika hingga tahun 1951 menimbulkan pelbagai kesan sosial.
Antara pengaruh luar yang terpenting termasuklah karya-karya penulis Amerika seperti William Falkner dan Ernest Heming Way sama ada dalam bentuk asal mahupun terjemahan. Kemudian terdapat pula pengaruh dari Eropah seperti Jean Paul Santre dan Albert Camus. Daripada semua ini lahir satu kumpulan penulis yang dinamai Buraiha (Yang Putus Harapan) yang dicirikan dengan ketiadaan keyakinan diri dan krisis akibat kekalahan pada tahun 1945. Karya lain pula mengkritik pemerintah tentera sebelum 1945, perang dan juga sistem penyembahan maharaja. Sebuah karya berjudul Nobi (Api di Lembangan) yang di tulis oleh Oka Shudei mengisahkan tentera Jepun yang membunuh orang awam yang tidak berdosa dan amalan kanibalisme di medan perang di Filipina. Novel Shinko Chitai (Kawasan Kosong) menggambarkan kelas pegawai tentera itu sebagai manusia yang jahat dan tidak berperikemanusiaan. Novel yang bertajuk Kuroi Ame (Hujan Hitam) oleh Ibuse Masagi mengisahkan manusia yang menjadi mangsa bom atom di Hiroshima.


                        4.3.5 Filem
Filem merupakan sebahagian daripada budaya popular Jepun. Semasa berlaku Perang Pasifik, industri filem turut mengalami perkembangan menarik. Walaupun filem dijadikan alat propaganda kerajaan, namun filem masih menampakkan nilai-nilai seni selain memasukkan secara tersirat nilai kemanusiaan dan perasaan anti perang. Antara filem yang menarik pada zaman ini termasuklah Shiina no Yoru, The Story of Tank Commander Nishizumi dan Sugata Sanshiro yang di arahkan oleh Akira Kurosawa yang lebih menyerlah selepas tahun 1945. Lazimnya, filem-filem zaman perang menggambarkan keperwiraan seorang pegawai atau rektrut muda yang telah menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik untuk negara dan bangsa. Nilai-nilai yang mendapat sanjungan termasuk kesetiaan, keikhlasan, kesederhanaan, keberanian dan pengorbanan. Golongan wanita juga ditonjolkan telah memberi pengorbanan besar untuk negara selain menjaga kesucian diri mereka.


                        4.3.6 Kebebasan Akhbar
Dalam kerangka kebebasan, kebebasan bagi percetakan dilaksanakan. Polisi ini membenarkan percetakan akhbar Jepun untuk mengkritik polisi SCAP. Dalam hal ini Jeneral MacArthur berada dalam keadaan atau kedudukan  yang tidak  selesa dalam mengawal sebarang kenyataan yang `tidak bertanggungjawab’ dalam akhbar  dan mendesak supaya berlaku kebebasan yang bertanggungjawab dalam akhbar’. Oleh itu SCAP bertanggungjawab menapis setiap kenyataan dengan mengambil kira mana-mana penerbitan yang menggambarkan Amerika adalah tidak berfaedah dan menguntungkan.
Perlembagaan Jepun 1946 dalam article 21 menggariskan bahawa:

            ``Freedom of assembly and association as well as speech, press and all other forms of expression are guaranteed. No censorship shall be maintained, nor shall the secrecy of any means of munication be violated”

                       
4.3.7 Infrastruktur  dan Pembangunan
Selepas tahun 1945, pembinaan semula Jepun telah di jalankan dengan rancak termasuk membina rumah dan pejabat baru tetapi hanya pada tahun 1950-an sahaja berlaku ledakan binaan dengan kemunculan pangsapuri puluhan tingkat di kawasan bandar dan pinggir bandar. Kepesatan pembinaan ini melahirkan apa yang disebut `bandar tidur’ dengan penghuninya berulang alik ke Tokyo untuk bekerja yang turut mengubah stail ke hadapan orang Jepun khususnya golongan Sarariman (bekerja makan gaji). Sebagai sebahagian negara  selepas perang, Jepun menampakkan ciri bangunan dan reka bentuk daripada model Amerika Syarikat. Jika dibandingkan dengan keadaan Jepun dahulu yang tinggal di rumah yang dibina daripada kayu biasanya tidak mampu  menampung bilangan ahli keluarga yang ramai, namun dengan pembinaan bangunan apartment selaras dengan kehidupan yang moden, di mana Jepun berpandangan  untuk maju ke hadapan, mereka perlu melihat aspek yang baik yang di tonjolkan oleh Amerika Syarikat.

                        4.3.8 Agama
Satu lagi pegangan teguh MacArthur ialah agendanya dalam menyebarkan agama Kristian. Beliau adalah penganut Kristian yang taat dan selalu menggunakan kewibawaan dan kuasanya untuk mengkristiankan penduduk Jepun. Beliau menyokong para pendakwah Kristian Barat untuk datang ke Jepun menyebarkan agama Kristian. Beliau juga telah meminta 10 ribu salinan terjemahan kitab Bible untuk dibaca oleh orang Jepun. Kebanyakan orang Jepun yang memeluk Kristian hanya untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa perang sahaja. Tetapi secara keseluruhannya hanya terdapat 1% sahaja penganut Jepun Kristian di Jepun ketika ini.



5.0  KESAN TIDAK LANGSUNG
       5.1  Mengimbangi Komunis di Asia
Keseluruhannya dasar Amerika adalah untuk menggunakan Jepun sebagai penampan terhadap komunisme di Asia. Terdapat tiga objektif utama  dalam dasar keselamatan Amerika Syarikat iaitu  mengekalkan keseimbangan kuasa di rantau ini, membendung ketenteraan dan ideologi Kesatuan Soviet dan Komunis China, serta memastikan akses komersial untuk pasaran Asia. Washington telah menggunakan Jepun sebagai alat pembendung atau strategi untuk menentang komunis di Asia.  Amerika Syarikat  mendapati Jepun  dapat membentuk tunggak sistem  keselamatan  di Pacific yang mencukupi untuk melindungi kepentingan. Rangkaian pertahanan Amerika syarikat telah menjadikan Jepun iaitu Pulau Ryuku sebagai benteng untuk menghalang Komunis daripada tersebar. Terdapat banyak konflik dalam dasar luar Amerika terhadap Jepun semasa pendudukan pada tahun 1947 sehingga 1948. Amerika Syarikat memulakan program pemulihan Jepun mengikut model Pelan Marshall. Manakala MacArthur menyokong banyak asas dalam reformasi pekerjaan tetapi Jabatan Negeri dan Pertahanan pula menyokong pemulihan ekonomi dan kestabilan politik. Secara tidak langsung menyebabkan pertembungan langsung antara MacArthur dan kerajaan Amerika Syarikat. Secara keseluruhannya, pemulihan disebabkan kebimbangan Amerika Syarikat mengenai di mana Jepun akan mencari pasaran yang sesuai dan bahan-bahan mentah, terutama dalam konteks revolusi komunis di China. Selain itu, di  Asia Tenggara telah berlaku pemberontakan dan masalah ekonomi di Tokyo. Sehubungan itu, Amerika Syarikat  menganggap diri sebagai pelindung Jepun. Oleh itu, Amerika Syarikat memerlukan Jepun sebagai teras perikatan serantau yang baru. Selain itu, kebangkitan Komunisme dalam arena politik antarabangsa telah mempunyai kesan penting ke atas dasar-dasar Amerika Syarikat dan SCAP terhadap Jepun. Memandangkan Jepun ini boleh dibangunkan menjadi sebuah sekutu yang berpotensi dan sebagai satu tembok menentang Komunisme di Pasifik Barat.

5.2 Perang Dingin
Kemenangan komunis dalam Revolusi China pada Oktober 1949 dan meletusnya Perang Korea telah melibatkan Asia sepenuhnya ke dalam Perang Dingin. Terutamanya selepas kemenangan Komunis China pada 1949, Kepulauan Ryukyu amat berguna sebagai pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat. Hampir 25 peratus tanah pertanian atas kepulauan Okinawa diperoleh oleh pentadbiran tentera Amerika Syarikat untuk tujuan itu. Okinawa dan seluruh Kepulauan Ryukyu telah diduduki dan dijadikan sebagai kubu di Asia Timur. Apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia kedua, keadaan ini telah mewujudkan vakum kuasa di Timur Jauh yang merupakan lanjutan daripada pengaruh Soviet dan Amerika Syarikat. Seterusnya kepentingan strategik telah dibawa kepada konflik langsung. Pada sudut pandangan Amerika Syarikat atau USSR kawalan ke atas  Jepun  penting untuk mengawal kawasan Timur Jauh. Hal ini demikian kerana  lokasi geografi pulau dan ketenteraan  bersenjata  Jepun pada ketika itu memiliki tenaga kerja yang terlatih yang besar dan memberi sokongan logistik. Seterusnya  menjadi faktor yang kuat dalam menentukan sebarang  keputusan konflik bersenjata Timur Jauh. Okinawa dijadikan asas untuk mempertahankan Jepun dan pangkalan AS di Filipina dan lain-lain Kepulauan Pasifik. Okinawa telah menjadi hab tentera AS untuk menyokong tindakan ketenteraan di Asia Timur dan  penting dalam perimeter pertahanan AS di Pasifik.  Sehubungan  Kepulauan Ryukyu elemen penting dalam pelan strategik mereka di Asia Timur disebabkan itu SFPT  dalam Amerika Syarikat telah  mendakwa  hak pentadbiran ke atas Kepulauan Ryukyu dari Jepun.
Dalam terma ekonomi, pada lewat 1940, Amerika Syarikat menghasilkan hampir separuh pembuatan barangan dunia, dan merupakan pengeksport modal terbesar dunia dan mendominasi kewangan pasaran dunia. Kekentalan Amerika Syarikat dominan telah mengakibatkan sesetengah tokoh sejarah membuat kesimpulan bahawa Perang Dingin adalah sememangnya projek Amerika untuk mencapai hegemoni dunia, berbanding persaingan antara dua kuasa besar. Walaupun Amerika memenangi Perang Dingin, namun perbelanjaan yang ditanggung amat mengejutkan. Antara tahun 1948-1991 Amerika Syarikat telah membelanjakan $13.1 trillion (1996 dollars) untuk ketenteraan, purata keseluruhan $298.5 billion setahun.
Persaingan America-Soviet dan kebangkitan Jepun daripada kuasa-kuasa besar ekonomi telah membentuk semula hubungan antarabangsa pada dekad selepas Perang Dunia Kedua. Semasa tahun 1950, hubungan antara Jepun dan Amerika menjadi arena di mana dua kuasa besar terjalin sepenuhnya. Dekad ini menyaksikan Amerika Syarikat memenangi Persekutuan Jepun dalam Perang Dingin, manakala ekonomi Jepun mengalami peralihan daripada Pasca perang kepada penyusunan semula untuk pertumbuhan yang pesat.

            5.3 Perang Korea
Kesan ini dapat dilihat semasa Perang Korea di mana perang ini melibatkan Amerika dan juga Korea. Pada masa ini Perang Korea telah dikalahkan oleh Amerika disebabkan oleh Amerika meminta bantuan daripada pihak Jepun. Contohnya dari segi peralatan. Pada masa ini Jepun telah menolong pihak Amerika dari segi peralatan perang terutamanya. Hal ini telah mengakibatkan Jepun telah menjadi kuasa yang hebat pada masa itu. Oleh kerana. Ekonomi Jepun semakin tinggi akibat daripada penjualan bahan-bahan peralatan kepada Amerika. Oleh yang demikian, Jepun ingin menakluki atau menjajah negara yang lemah. Kesan yang dapat dilihat dari Perang Korea adalah Jepun sangat berkuasa pada masa itu. Bahkan beliau telah berjaya menolong Amerika dan Amerika memenangi perang tersebut.
Bukan sahaja Jepun telah menolong Amerika dari segi peralatan tetapi juga dari segi ketenteraan. Jepun telah menghantar anggota ketenteraan ke Korea bagi menolong untuk menjatuhkan Korea di tangan Amerika. Selain itu juga, semasa Perang Korea, Jepun telah menjadi pangkalan dan bengkel untuk pasukan tentera Bangsa-bangsa Bersatu. Keadaan ini telah memberi kesan kepada negara Jepun dari segi ekonomi mahupun politik. Oleh yang demikian, Jepun menerima kesan ekoran daripada Perang Korea. Kesan secara tidak langsung ini telah membawa negara Jepun menjadi negara yang lebih maju dari segi ekonomi. Hal ini berlaku kerana permintaan daripada Amerika yang tinggi iaitu keperluan peralatan perang. Contohnya, perindustrian Jepun terus mendapat manfaat daripada tenaga buruh yang berpendidikan tinggi rajin serta perundangan perniagaan yang baik, yang terutamanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat besar yang banyak menyerupai pra-Perang Dunia II.


6.0   KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, boleh dikatakan pendudukan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia sememangnya telah meninggalkan kesan langsung dan tidak langsung ke atas Jepun. Jepun telah digunakan oleh Amerika Syarikat untuk kepentingannya sendiri. Jepun juga dijadikan alat oleh Amerika Syarikat. Menjelang tahun 1980, negeri Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar iaitu selepas Amerika Syarikat dan Rusia di dunia. Jepun telah berjaya muncul sebagai sebuah negara industri dan mempunyai aset ekonomi yang terkemuka dan kompetitif dalam tahun 1970an. Sehingga kini pun Jepun masih lagi menjalinkan hubungan yang erat dengan sekutunya Amerika Syarikat untuk menjamin faedah dan kepentingan kedua-dua belah pihak. Secara ringkasnya boleh ditafsirkan bahawa pendudukan Amerika Syarikat di Jepun ini telah menjadi satu perintis kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosial masyarakat Jepun menjelang kurun ke-19. Menjelang abad ke-20 Jepun telah muncul sebagai salah sebuah negara Asia yang sangat maju dan dikagumi dalam sektor peri

9 comments: