nuffnang

Sunday, May 26, 2013

KAMPUNG RAHMAT CHANGKAT SULAIMAN (KAMPUNG RAHMAT CHANGKAT SULAIMAN), SUNGKAI, PERAK

      Kampung Rahmat Changkat Sulaiman juga mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman berasal daripada nama sebuah bukit yang terletak berhampiran dengan sebatang  sungai di kawasan kampung itu. Nama Changkat itu sendiri mendukung makna ‘bukit’. Dikisahkan bahawa, pada sekitar tahun 1800 dahulu, terdapat sekumpulan orang dari Sumatera telah lari  dari dikejar oleh musuh dan mereka menuju ke hulu sungai untuk menyelamatkan diri. Pada masa itu, mereka terlihat terdapatnya dua buah bukit di kiri dan kanan sungai yang dilalui oleh mereka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bersembunyi di situ dan akhirnya mendirikan penempatan di kawasan bukit tersebut. Nama Sulaiman pula diambil bersempena nama ketua kumpulan yang mengetuai kumpulan tersebut waktu itu yang bernama Sulaiman. Oleh hal yang demikian, terciptalah nama tempat tersebut dengan nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman.[1]
Hendak ditakdirkan, pada tahun 1960 an- 1970 an, kawasan Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini sering dilanda banjir. Oleh hal yang demikian, penduduk kampung telah memohonkepada kerajaan untuk memeperuntukkan tanah kepada penduduk kampong dan akhirnya, hasil daripada bantuan kerajaan penduduk telah berpindah sejauh 1 kilometer dari tapak kawasan asal menuju ke kawasan penempatan yang baru. Maka, melalui kejadian itu Kampung Rahmat Changkat Sulaiman telah diubah namanya kepada Kampung Rahmat Changkat Sulaiman kerana ketua penduduk di situ waktu itu bersyukur dengan penempatan mereka yang baru dan lebih selamat dari banjir. Nama Kampung Rahmat Changkat Sulaiman itulah yang kekal digunakan sehingga ke hari ini. [2]
Difahamkan bahawa keluasan Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini adalah berjumlah sekitar 60 ekar. Semua penduduk di Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini adalah Melayu dan uniknya mengenai kampung ini ialah penduduknya dikatakan semuanya mempunyai pertalian saudara sekiranya merujuk kepada keturunan asal mereka bermula dengan generasi pertama sehinggalah sekarang.[3] Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini mempunyai rangkaian kampung kecil dibawahnya iaitu Kampung Rahmat Changkat Sulaiman I dan Kampung Rahmat Changkat Sulaiman II. Kampung ini merupakan sebuah  kampung yang tersusun. Kampung Rahmat Changkat Sulaiman ini telah melahirkan seorang pemain bola sepak yang telah mnewaikili negeri Perak dalam Liga Perdana iaitu Mohd Noor HazrulBin Mustafa jersi no 19.[4]


[1] Temubual bersama En Mohd b Jaafar, ketua kampung Rahmat Changkat Sulaiman. Pada 7/10/2012
[2] Ibid
[3] Temubual bersama En Mohd b Jaafar, ketua kampung Rahmat Changkat Sulaiman. Pada 7/10/2012.
[4] Ibid

1 comment:

  1. Ketua kampung asal adalah Mohamad sapiaai bin Itam.. Mohamad b Jaafar adalah satu ibu
    lain bapa dengan sapiaai..dan juga bakar bin lodin juga pernah jadi ketua kampung.. Sekian terima kasih

    ReplyDelete