nuffnang

Thursday, June 13, 2013

PENSEJARAHAN DI INDIA

PENGENALAN

        Menurut kamus dewan, pensejarahan bermaksud prinsip atau kaedah pengajian sejarah, penulisan sejarah, karya atau hasil penulisan- berkaitan dengan sejarah. Pensejarahan juga di ertikan sebagai catatan-catatan peristiwa dan peristiwa-peristiwa ini mempunyai pertalian secara relatif. Tradisi penulisan sejarah, atau pensejarahan telah pun wujud sejak beberapa lama. Menurut Arthur Marwick, kegiatan sejarah adalah satu kegiatan sosial yang fungsional dan telah bermula sejak bermulanya masyarakat manusia lagi.[1] Manusia, masyarakat dan negara sememangnya sentiasa memerlukan sejarah sama ada secara sedar ataupun tidak. R.G Collingwood (sejarawan Britain) mendefinisikan pensejarahan kepada catatan-catatan peristiwa yang berlaku pada zaman silam atau sezaman dengan penulis. Oleh hal yang demikian, setiap peradaban manusia mempunyai tradisi pensejarahannya yang tersendiri. Begitu juga dengan pensejarahan india.

            Penulisan sejarah itu mempunyai istilahnya yang tersendiri, iaitu pensejarahan dalam bahasa Melayu dan historiography dalam bahasa Inggeris.[2]Di samping itu ia juga merupakan satu proses dengan tahap-tahap dan aturannya tersendiri yang lazimnya diikuti atau dilaksanakan oleh sejarawan dalam usahanya menghasilkan sesebuah penulian sejarah.Sebenarnya tidaklah banyak yang dapat dibicarakan dari segi istilah kerana maknanya memang jelas, kecualilah jika kita ingin berbicara dari segi pensejarahan bagi sesebuah masyarakat itu.

Dalam pensejarahn di India, terdapat 4 zaman ataupun tahap iaitu zaman klasik, zaman selepas kedatangan islam, zaman penjajahan dan juga zaman nasionalisme.[3]Zaman penjajahan dan juga zaman nasionalisme di golongkan kepada pensejarahan moden di India.

Pada zaman awal, masyarakat India lebih manumpukan kepada legenda, kepercayaan karut, dongengan, kesaktian dan sebagainya semata-mata untuk mencapai tahap nirvana.[4] Antara karya-karya awal yang terkenal yang di kaitkan dengan sastera sejarah ialah Arthasastra, Purana, Rigveda, Mahabratha, Ramacitra, dan Ramayana.

Pensejarahan India selepas kedatangan islam iaitu pada abad ke-11 hingga abad ke-18, banyak karya sastera sejarah yang melibatkan sejarah umum, dinasti, sejarah serantau, biografi memoir, dan sebagainya diterbitkan secara besar-besaran. Kebanyakan karya di tulis oleh mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan.

PENSEJARAHAN MODEN DI INDIA

     Pada abad ke-15, kuasa barat telah mula berlumba-lumba untuk mengadakan penjelajahan. Hal ini kerana mereka telah mengetahui bahawa dunia sebelah timur mempunyai kekayaan yang besar terutamanya di India.Faktor penyebab kepesatan penjelajahan ialah teknologi perkapalan yang pesat pada ketika itu.Antara negara Barat yang pernah menjelajah dunia timur,terutamanya India ialah Belanda, Perancis, dan British.[5]

            Ketika pensejarahan Islam mula berkembang di India dan mengalami revolusi, pengajian sejarah di Eropah sudah berkembang dengan pesat dan muncul sebagai satu disiplin ilmu yang tinggi yang bersifat autonomi.[6] Pensejarahan moden di India terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman penjajahan dan zaman selepas penjajahan. Pensejarahan zaman penjajahan di India bermula sekitar tahun 1825. Pada zaman penjajahan di India, bangsa Eropah lebih berjaya berbanding orang- orang tempatan. India pada zaman itu tidaklah begitu menguntungkan British, tetapi secara beransur-ansur India bertukar menjadi milikan yang menguntungkan ekonomi India secara menyeluruh.[7] Mereka bukan sahaja mendominasi bidang ekonomi, politik dan sosial tetapi juga dalam bidang pensejarahan.

Pensejarahan pada zaman moden ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding zaman sebelumnya. Pada zaman ini pensejarahan India telah di monopoli oleh orang-orang Eropah terutamanya British. Pensejarahan pada zaman ini telah meninggalkan unsur-unsur yang melibatkan mitos, tahyul, karut, lagenda dan penulisan sejarah yang bersifat mengagong-agongkan seseorag raja seperti mana pensejarahan awal di India dan zaman selepas kedatangan islam. Sejarawan eropah menulis sejarah India mengikut acuan pemikiran mereka sendiri. Kuasa autonomi eropah dalam pensejarahan pada masa ini telah membawa kepada pensejarahan yang bersifat bias.

            Penulisan pensejarahan pada zaman ini kurang keobjektifannya kerana hanya berkisar kepada kehebatan pemerintahan British di India. Sebagai contoh, Mountstuart Elphinstone antara penulis sejarah yang mendapat tempat dalam kerajaan British. Corak pendekatan sejarawan Eropah terlalu menumpukan keagungan British di India sehinggakan mereka mendakwa kemajuan di India adalah berpunca daripada pemerintahan British di India bukan di sebabkan rakyat tempatan.
           
          
           Antara sejarawan Eropah di India ialah James Mill dan Mountstuart Elphinstone.[8]James Mill[9] dan Mountstuart Elphinstone[10] begitu memandang tinggi pemerintahan British. James Mill berasal dari Montrose, dilahirkan pada tahun 1773. Beliau belajar untuk gereja dan tamat pengajian pada tahun 1798. Pada tahun 1802 beliau telah meninggalkan gereja untuk menjadi seorang wartawan. Selepas berpindah ke London beliau mula menulis artikel untuk Edinburgh Review dan St James Chronicle. Pada tahun 1817 beliau telah selesai menyiapkan buku The History of British India. Beliau meninggal dunia pada tahun 1836sh di India pada masa itu. Seorang lagi sejarawan ialah Mountstuart Elphinstone. Mountstuart Elphinstone dilahirkan di Dunbartoneshire, Scotland pada 6 Oktober 1779. Beliau seorang yang berbangsa Scotland. Beliau merupakan seorang negarawan dan sejarawan yang berkhidmat dengan kerajaan British di India. Kemudian beliau dilantik menjadi gabenor di Bombay pada tahun 1819. Beliau kembali ke India pada tahun 1829. Beliau menolak tawaran jawatan Gabenor Jeneral India semata-mata kerana ingin menyiapkan buku History of India pada tahun 1841. Buku ini meliputi zaman Hindu dan Muslim di India. Beliau meninggal dunia di Surrey, England pada 20 November 1859. 
    
Orientalis barat merasa bertanggungjawab atau berkewajiban untuk menyelamatkan satu bahagian dari kebesaran timur klasik masa lalu yang hyilang untuk memudahkan kemajuan. Henry Thomas Colebrooke telah menyatakan dalam “Centenary” pada tahun 1823 bahawa orang eropah mempunyai tujuan berganda dengan meneylidiki sains dan seni asia dengan harapan dapat memudahkan kemajuan dan dapat meninggikan seni di tanah air. Apa yang di ambil oleh orang eropah dari timur masa klasik adalah wawasan beribu-ribu fakta dan benda budaya yang dapat di manfaatkan oleh mereka sebesar mungkin dan mereka hanya memberikan kemudahan dan kemajuan kepada oarang timur moden.[11]
           
Melalui kajian yang cermat terhadap naskah-naskah klasik dan baru, pengetahuan yang tepat mengenai timur dapat di hasilkan Selepas itu mereka iaitu pengkaji-pengkaji eropah akan menerapkan naskah-naskah tersebut pada zaman timur moden. Terdapat banyak karya klasik India yang telah di terjemahkan dalam bahasa mereka. Antaranya seperti karya Hukum Manu yangt di terjemahkan oleh Charles Wilkins. Beliau merupakan orang pertama yang mahir dalam bahasa Sanskrit. Beliau telah di bantu oleh Jones untuk menterjemahkan Hukum Manu tersebut.[12]
           
 Selain itu, Sir W Jones telah menerbitkan Hukum Manu yang di terjemahkan dal;am bahasa Inggeris da Calcutta. Hukum Manu tersebut mengandungi hukum Hindu yang sama dengan cerita mitos. Hukum Manu juga mengandungi dasar perundangan yang di mulai dengan sebuah Theogoni yang bebeza debgan mitologis bangsa lain. Selain itu, Hukum Manu juga di katakan menyimpang daripada tradisi Hindu itu sendiri. Beliau telah menerbitkan Hukum Manu yang mengandungi nilai-nilai moral. Beliau juga merupakan orang yang pertama memperbaiki catatan tentang kebudayaan India. Pada masa itu, Orang India sukar untuk menemukan kebudayaan Hindu. Falsafah Hindu di puja sama hebat dengan puisi yang terdapat di Yunani. Colebrooke telah menterjemahkan sebahagiannya yang mungkin berasal dari kometar.[13]

James Tod juga merupakan sejarawan yang terkenal pada masa itu. Beliau di lahirkan di Islington pada tahun 1872. Ketika beliau berumur 16 tahun iaitu pada tahun 1798, beliau telah menyertai syarikat perkhidmatan sebagai angkatan tentera. Beliau mula tertarik dengan dunia politik selepas di perkenalkan dengan Maratha Rajput. Antara tahun 1812 1817, beliau telah mula mengumpul bahan-bahan geografi dan data topografi Rajahstan dan India pusat. Semasa di England, beliau telah mula menyusun bahan-bahanya kepada dua buah buku iaitu The Annals and Antiquities Of Rajahstan dan The Travels In Western India.

Dalam The Annals and Antiquities[14] beliau menceritakan mengenai sejarah, politik, ekonomi, dan sosiologi Rajput. Buku ini turut mengandungi latar belakang, keadaan geografi, agama dan kebudayaan Rajput. Manakala buku beliau kedua The Travel Western In India.Buku ini telah diterbitkan selepas kematiannya pada 1839.Buku ini mempunyai 23 bab dan 518 halaman mukasurat. Buku ini di mulakan dengan riwayat kisah hidupnya.Selain itu,buku ini juga mengandungi  data geografi ,keagamaan ,sosiologi,dan sejarah.
 Mereka  menganggap golongan Eropah di India adalah masyarakat kelas pertama dan mempunyai taraf yang lebih baik. Masyarakat tempatan pula dianggap sebagai masyarakat bawahan ataupun masyarakat kelas kedua. Hal ini kerana, mereka menganggap bangsa Eropah sebagai sebuah kuasa yang lebih bertamadun berbanding masyarakat India pada masa itu. Pada waktu itu Eropah sudahpun mencapai kemajuan pada Zaman Kesedaran (Enlightenment period). Oleh yang demikian, masyarakat Eropah membawa masuk kemajuan yang telah dicapai oleh mereka di Eropah ke luar Eropah termasuklah ke India.

            Pandangan golongan Barat terhadap sejarah India adalah berdasarkan pandangan mereka sahaja. Penulisan mereka lebih bersikap bias kerana berdasarkan daripada kaca mata Barat sahaja. Sebagai contoh, James Mill dalam karyanya yang terkenl yang bertajuk The History of British India (1818). Dalam hasil penulisannya ini beliau meragui kenyataan bahawa India sudah mempunyai ketamadunan yang tinggi sebelum kedatangan penjajah British. Beliau berpendapat, pemerintahan, pentadbiran, dan institusi undang-undang yng diamalkan di India tidak menggambarkan ketamadunan yang sebenar-
benarnya dan tidak mencapai tahap ketamadunan seperti orang Eropah.[15] Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Eropah pada zaman feudal adalah lebih baik daripada
bangsa India pada masa itu. Elphinstone dalam karyanya yag bertajuk The History of India, telah menyatakan bahawa segala urusan perdagangan di India tidak diuruskan oleh masyarakat India, sebaliknya oleh orang asing iaitu orang Greek dan Arab.
           
            Sikap bangsa-bangsa Eropah yang memandang rendah terhadap sejarah India ini telah menimbulkan satu kesedaran dalam kalangan golongan intelektual tempatan pada masa itu dalam penulisan sejarah.[16] Golongan intelektual tempatan di India cuba untuk menulis semula sejarah India dalam bahasa tempatan mahupun dalam bahasa Inggeris.

 Antara tokoh nasionalisme yang terkenal pada zaman itu yang lahir kesan daripada pensejarahan India ialah Mahatma Gandhi.[17]Nama sebenar beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi (Mahatma, yang bererti Jiwa yang Agung, merupakan panggilan penghormatan). Gandi dilahirkan pada 12 Oktober 1869, di koya Porbandar di Gujerat, India. Beliau telah bertanggungjawab membawa masuk kemasyhuran politik di India. Pada tahun 1908, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk Hind Swaraj yang membawa maksud kebebasan India dan menyediakan beberapa wawasan terbaik dalam kepercayaan politiknya yang awal atau falsafah Hind Swaraj . Ia mangandungi satu kritikan yang hebat bukan hanya di tujukan kepada British di India tetapi juga tamadun perindustrian moden dari masyarakat di barat secara keseluruhannya.Sumbangan golongan ini sangat membanggakan dan cukup berharga dalam membetulkan fakta yang telah diselewengkan oleh orang Eropah pada zaman penjajahan.

Antara tokoh tempatan yang turut menulis pensejarahan India ialah Romesh Chandra Dutt.Beliau dilahirkan di Calcutta utara India.Beliau mempunyai corak pemikiran yang lebih bercorak liberal.Beliau telah menulis sejarah tentang India pada tahun 1874 sehingga 1880.Romesh Chandra Dutt juga telah menghasilkan 4 buah novel sejarah.Salah satunya ialah Ring Vedayang kemudiannya diterjemah ke dalam bahassa banggali.Selain itu beliau juga telah menerbitkan A History Of Civilisation In Ancient Indiadalam 3 edisi.Beliau juga telah menterjemah Mahabrata dalam bahasa Inggeris pada tahun 1897 dan Ramayan pada tahun 1900.Manakala novel sejarah pertama beliau ialah Durgeshnandini iaitu pada tahun 1865 iaitu adaptasi daripada pembacaan umum. Beliau juga menghasilkan sejarah ringkas tentang England dan India dengan mengadakan  beberapa temuramah dengan masyarakat India yang miskin dan polisi kerajaan pada ketika itu.Beliau juga menulis novel social iaitu Sangsar pada tahun 1886 dan Samaj pada tahun 1894 yang bertujuan untuk membela perkahwinan balu atau janda  dan perkahwinan antara kasta pada ketika itu di India.

Seorang lagi tokoh yang turut menulis pensejarahan di India ialah Dr.Surendra Nath Sen.Beliau dilahirkan pada julai 1890.Beliau merupakan sejarawan moden di India dan dilahirkan daripada keluarga kelas pertengahan.Beliau telah menghasilkan karyanya yang bertajuk Administrative History Of The Marathas.Selain itu juga beliau telah menghasikan Military System Of The Marathas. Penulisan semula sejarah India oleh golongan intelektual tempatan sedikit sebanyak telah membawa kepada kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat India pada waktu itu.

Kesimpulannya, terdapat tiga tahap perkembangan dalam pensejarahan India. Pada awalnya perkembangan pensejarahan India pada zaman klasik lebih kepada hal- hal agama yang ada pada itu iaitu Hindu- Buddha. Namun pensejarahan India terus berkembang selepas kedatangan agama Islam ke India. Kedatangan agama Islam pada zaman seterusnya tidak merangkumi segala pensejarahan India.Walaubagaimanapun pensejarahan India tetap diterapkan dengan agama Hindu dan juga penggunaan penulisan Epik zaman klasik dijadikan sebagai bahan rujukan. Hal ini telah membawa kepada perkembangan penulisan yang semakin berkembang di India,setelah kedatangan kuasa Barat. Terdapat banyak karya-karya klasik yang telah diterjemahkan oleh orang-orang Barat contohnya Sir W.Jones. Namun terdapat banyak pengubahsuain yang dilakukan oleh mereka dalam isi kandungan karya yang diterjemahakan. Penglibatan orang- orang Barat juga telah menaikkan semangat nasionalisme orang tempatan untuk menulis semula karya yang berkaitan dengan masyarakat mereka. Secara keseluruhannya masyarakat India mempunyai kesedaran setelah kedatangan unsur- unsur luar terutamanya daripada penjajah. Hal ini telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan mereka untuk meneruskan pensejarahan India seterusnya melahirkan sejarawan yang dapat memartabatkan maruah bangsa.

         


SENARAI BIBLIOGRAFI

Anil Seal, (terj.) Ainon Bakar. Kemunculan Nasionalisme India, Persaingan dan               Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. Dewan Bahasa dan Pustaka,  Kuala Lumpur. 1987

Arbaiyah M.Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Ampang Selangor:Dewan Bahasa     Dan Pustaka 2002 .

Azharudin Mohd. Dali,Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2004.

Edward W Said. Orientalisme, Bandung: Penerbit Pustaka 2001,

James Tod, The Annals and Antiquites of Rajahstan,  Mushiram Publishers, London, 1829 & 1832

Muhd.Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.  Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya. Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur

Mohd Yusof  Ibrahim. Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2000

Penerbit Universiti Malaya. Buku Teks Kursus TITAS Untuk Institut Pengajian Tinggi.  Kuala Lumpur.  2001.







[1]Mohd Yusof  Ibrahim. Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2000. hlm. 17
[2] Ibid. hlm. 23
[3]Arbaiyah Mohd Noor. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2002.  hlm. 215
[4] Nirvana ialah tahap yang tertinggi dalam agama Hindu.


[5]Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2004,  hlmn 253.
[6]Arbaiyah Mohd Noor.  Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2002. hlm.  223
[7]Anil Seal, (terj.) Ainon Bakar. Kemunculan Nasionalisme India, Akhir Abad Kesembilan Belas. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1987. hlm. 1


[8]Arbaiyah Mohd Noor.  Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.  Dewan Bahasa dan Pustaka,  Kuala Lumpur.  2002.  hlm.  223.
[9]Rujuk http:// www. spartacus.schoolnet.co.uk/ Jmill.htm.                                            
[10]Rujuk http:// www.answers.com/ topic/mountstuart-elphinstone-jpg.
[11] Edward W Said. Orientalisme, Bandung: Penerbit Pustaka 2001, hlm 103
[12] Ibid, hlm 103
[13] Ibid, hlm 103


[14]James Tod, The Annals and Antiquites of Rajahstan,  Mushiram Publishers, London, 1829 & 1832
[15]Arbaiyah Mohd Noor. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.  Dewan Bahasa dan Pustaka,  Kuala Lumpur. 2002.  hlm.  224.
[16]Ibid. hlm.  224.

[17]Rujuk, Ved Mehta, (terj.) Siti Farida, (2002), Ajaran-ajaran Mahatma Gandhi Kesaksian dari Para Pengikutnya dan Musuh-musuhnya, Pustaka Pelajar: Yogyakarta.

No comments:

Post a Comment