nuffnang

Thursday, June 13, 2013

PENSEJARAHAN CHINA

PENGENALAN

            Pensejarahan China adalah antara pensejarahan terawal yang dihasilkan iaitu sejak kurun ke-15 SM.[1] Pensejarahan awal China ini berkait rapat dengan kegiatan penilikan, penyembahan nenek moyang dan bertenumg nasib golongan raja dan bangsawan Wangsa Shang iaitu merupakan dinasti yang paling awal wujud di China.[2] Walaupun terdapat pelbagai karya pensejarahan awal yang dihasilkan di China, namun hanya sedikit sahaja sejarah awal China yang dapat diketahui oleh para sejarawan moden disebabkan terdapat dokumen- dokumen yang berbentuk rasmi yang menjadi rujukan Maharaja telah diberikan kawalan yang ketat.[3] Terdapat yang lukisan atau gurisan dibuat pada bahan- bahan sekeliling yang mudah didapati seperti buluh, tulang dan batu sehingga kertas dicipta pada tahun 105 M. Setelah kertas dicipta, semua hasil catatan dibuat atas kertas.[4] Dalam pensejarahan awal China, “Shih” bermaksud sejarah atau ahli sejarah yang menjadi pencatat dan penulis sejarah yang masih digunakan sehingga hari ini.[5] Terdapat 2 jenis catatan di China iaitu catatan rasmi dan catatan tidak rasmi.

            Catatan rasmi merupakan catatan yang dihasilkan oleh pegawai- pegawai kerajaan di China. Pegawai- pegawai kerajaan ini merupakan individu yang mempunyai pendidikan pada masa itu. Hal ini jelas dibuktikan apabila orang Cina merupakan orang pertama yang menduduki peperiksaan awam. Contoh catatan rasmi adalah seperti penerangan kawasan yang diperintah oleh sesuatu dinasti, hal ehwal cukai, hal ehwal keselamatan dan kegiatan kerja raya yang terdapat di semua peringkat pusat, wilayah dan tempatan. Penulisan sejarah rasmi hanya sah selepas disahkan oleh dinasti. Terdapat 24 kitab sejarah telah dihasilkan sehingga awal kurun ke- 18 dan kitab yang terakhir adalah Ming- Shih iaitu sebuah penulisan sejarah rasmi dinasti Ming. Terdapat 2 buah kitab sejarah yang ditulis pada awal kurun ke- 20 iaitu Shin Yuan- Shih yang merupakan sejarah baru Wangsa Yuan dan Ch’ing- Shih- Kao yang merupakan rangka sejarah Wangsa Ch’ing.Daripada 24 buah sejarah rasmi hanya Shih Chi yang dimulakan oleh Ssu- Ma Tan dan diselesaikan oleh Ssu-Ma Chien berbentuk sejarah umum bagi  masyarakat tradisional China, kisah sesebuah sejarah kitab sejarah rasmi berhubung kait dengan kisah kewujudan sesuatu wangsa menurut nilai pandangan dan fahaman rasmi kerajaan dan penulis sejarah yang menghasilkan karya tersebut.Misalnya kewujudan Wangsa Hsin yang ditegakkan oleh Wangsa Mang tidak diakui sah oleh kerajaan Han.Namun begitu, terdapat juga kitab-kitab yang ditaja oleh pemerintah dan lebih mengutamakan perkembangan institusi dan pemikiran manusia daripada riwayat Maharaja dan jatuh bangun wangsa- wangsa ini dinamakan gaya Chi Shih- Pen- Wu iaitu merupakan pengisian perkara dari awal hingga ke akhir.

            Jenis catatan yang kedua pula adalah catatan tidak rasmi. Contoh catatan tidak rasmi ialah adalah seperti catatan harian, pengisahan pengalaman, rakaman salasilah keluarga, cerita dan lain-lain. Antara catatan atau kitab awal yang berunsurkan sejarah ialah Shu Ching atau Shang Shu yang bermaksud kitab sejarah atau kitab dokumen.[6] Chun Ch’iu juga merupakan sebuah kitab yang berunsur sejarah yang telah ditulis secara kronologiiaitu mengikut urutan ssuatu peristiwa . Walaupu penyampaian kitab- kitab ini belum menepati sepenuhnya pengerian dan kehendak penulisan sejarah namun matlamatnya digunakan dalam menggalurkan sejarah awal China, misanya Shih Chi yang merupakan kitab pertama zaman Han. Dalam usaha mengkaji karya pesejarahan awal China terdapat beberapa masalah pengkajian yang timbul pada peringkat awal. Antara masalah tersebut ialah pengkajian terhadap rekod dan artifak China terhalang, masyarakat China terlalu berpegang kuat pada budaya mereka misalnya mengaggap batu nisan antara benda suci.

            Faktor penggalak penulisan pensejarahan awal China antaranya ialah terdapat fahaman dalam kalangan masyarakat China sejak lama dahulu tentang perkaitan rapat di antara masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Selain itu, tradisi pemujaaan nenek moyang juga turut menjadi faktor penggalak kepda kegiatan menulis, mencatat dan meriwayat. Kegiatan penulisan awal di China juga turut didorong oeleh matlamat mengekalkan nama baik ibu bapa dan keluarga disamping penubuhan jabatan atau biro sejarah, Shih- Kuan yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan semenjak zaman T’ang membuktikan secara bersungguh- sungguh mahu menguasai, membolot dan merasmikan penulisan sejarah negeri itu. Secara keseluruhannya, dilihat penulisan pada peringkat awal lebih kepada penulisan satu wangsa sahaja.    
            Shang Shu atau Kitab Sejarah antara naskah awal yang dijumpai selepas zaman Shang. Shang Shu adalah sumber klasik yang utama kerana mengandungi sejarah yang lengkap tentang dinasti Chou dan Shang. Dalam naskah Shang Shu mengandungi banyak unsur sastera, moral dan nasihat sebagai panduan kepada pemerintahan dan politik.[7] Karya ini mengandungi ucapan Maharaja Lu dan pemerintah terdahulu. Berdasarkan tarikh yang terdapat dalam karya menunjukkan Shang Shu ditulis dalam zaman Zhou Barat. Satu set sumber yang ditemui adalah teks yang menjurus kepada tarikh lepas dan tidak diketahui asal–usulnya.[8]

Kandungan Shang Shu adalah mengenai ucapan- ucapan Maharaja Lu dan pemerintah sebelumnya. Dalam karya tersebut terdapat limaGao” atau keterangan bab yang dinyatakan termasuk ucapan Maharaja. Lima keterangan tersebut adalah “Da Gao”,Kang Gao”, “Jiu Gao”, “Shao Gao” dan “Luo Gao”. Dua daripadanya iaitu “Dao Gao” dan “Jiu Gao” adalah rekod ucapan anak lelaki King Wu dan penggantinya King Cheng (1042/ 1023-1006 sm). Dua lagi ucapan Zhou Gong dalam “Kang Gao” dan “Lou Gao” dan satu lagi ucapan oleh Shao Gong Shi dalam “Shao Gao”.[9] Isi-isi kandungan ucapan tersebut adalah mengenai konsep kerajaan dalam pemerintahan, perincian laporan dalam penaklukan. Ucapan-ucapan tersebut boleh digunakan dalam pensejarahan dan mengandungi banyak unsur linguistik. Oleh sebab itu, Shang Shu dipelihara sebagai penulisan teks sejarah paling tua dan ditulis oleh lebih daripada seorang ilmuan. Karya ini juga dikenali sebagai teks “Baru” dan dijaga oleh Fu Sheng iaitu ahli akademik China yang berpengetahuan tinggi.[10]  Karya Shang Shu ditulis dalam 29 bab.

Kaedah penulisan Shang Shu ialah adil dan melibatkan falsafah, idea politik dan kesusasteraan. Karya ini melihat daripada nilai-nilai bersejarah. Kitab Sejarah ini mengandungi kira-kira 20 bab tentang sejarah Shang dan Zhou yang dibuat secara perbandingan dengan jujur dan terdapat peristiwa sejarah yang berlaku serentak ditulis secara menyeluruh. Hal ini termasuklah laporan, gambaran bersejarah dan peristiwa-peristiwa penting.[11] Kepercayaan yang menyatakan “Syurga menolong sesiapa yang menolong diri mereka sendiri” dalam teks Shang Shu secara mutlak telah menyifatkan Zhou Gong Dan membantah Meritokrasi dan menyatakan bahawa pemerintahan boleh dipilih daripada sesiapa yang mempunyai kemampuan praktikal mereka sendiri.[12]

Catatan rasmi yang seterusnya ialah Shih Chi. Ssu- ma Chien (145-90 sm) adalah ahli sejarah yang agung. Beliau telah menulis Shih Chi atau Rekod- Rekod Sejarah. Shih Chi adalah buku pertama sejarah umum yang pertama mengenai China.[13] Buku ini menjadi panduan ramai penulis sejarah selepasnya. Ssu- ma Chien iaitu penulis terkenal pada zamannya telah menulis 30 laporan undang-undang Shang. Kewujudannya telah dibuktikan dengan penemuan ukiran namanya atas tulang-tulang.[14] Dalam dinasti ini belum terdapat penciptaan kertas dan alat tulis seperti yang terdapat pada hari ini. Oleh sebab itu ukiran dan catatan banyak dibuat di atas tulang, kulit binatang dan daun-daun yang keras.

Selain itu, menurut “ Zhou Benji” (Asas Riwayat Zhou) menyatakan Shih Chi mengambil peristiwa yang berlaku semasa kegemilangan pemerintahan Yao.[15] Sebenarnya Ssu- am Chien menumpukan sepenuh hidupnya untuk melengkapkan penulisan yang dimulakan oleh bapanya, Ssu- ma Tan. Penulisan yang dimaksudkan ialah Shih Chi. Selepas bapanya meninggal dunia, beliau telah menyambung usaha bapanya untuk menyiapkan Shih Chi tanpa arahan daripada sesiapa. Penulisannya menggabungkan lima seksyen iaitu asas riwayat/ latar belakang, berbentuk kronologi, huraian yang panjang lebar, keturunan/ salasilah dan riwayat hidup.[16]

Kaedah penulisan yang dilakukan oleh Ssu- ma Chien ialah beliau mengembara ke merata tempat dan melalui pengalaman yang dicatat dalam karyanya untuk memberi gambaran yang sebenar. Selain itu juga, Ssu- ma Chien terpaksa mencampur adukkan cerita dongeng dan mitos dalam karyanya. Hal ini disebabkan terdapat dokumen yang telah hilang akibat peperangan dan kemusnahan lain.[17] Walaupun begitu, Ssu- ma Chien merupakan tokoh sejarawan yang terlalu mementingkan kebenaran fakta dan kebenaran. Tambahan lagi, Ssu- ma Chien menunjukkan keaslian dalam menyunting data bersejarah dan menulis dengan gaya yang berlainan. Beliau menganggap pemerintah, raja, panglima, dan menteri sebagai pencipta sejarah dan progresif dalam memainkan peranan mereka.[18] Akhir sekali, Ssu- ma Chien turut memasukkan unsur- unsur moral dan politik dalam penulisannya.

Penulisan Ssu- ma Chien mengenai sejarah awal telah dipertingkat dan diubahsuai oleh sejarawan selepasnya. Ia diikuti oleh ahli sejarah awal iaitu Pan Ku (92 sm) yang menulis Sejarah Dinasti Awal Han (). Han Shu dicatat semasa dinasti Han dan menulis kebenaran tentang kegemilangan zaman Han Shu tersebut. Han Shu adalah kitab rasmi yang pertama dalam dinasti tersebut. Selain Han Shu terdapat kitab- kitab lain dalam dinasti Han iaitu Hou Han Shu (Sejarah Wangsa Han Kemudian), Nan Shih (Sejarah Wangsa Selatan), San Kuo Chin (Catatan Tentang 3 Kerajaan) dan Pei Shih (Sejarah wangsa Utara). Kitab- kitab ini diusahakan secara persendirian tetapi diakui rasmi, sah dan berwibawa oleh kerajaan Tang. Ahli sejarah tradisional muncul pada zaman Han dan berasaskan kepada Ssu- ma Chien yang menjadi model atau ikutan pada zaman kegemilangannya.[19]

Karya Pan Ku mengandungi 13 jilid tentang riwayat maharaja, 10 jilid tentang jadual tertib tarikh, 18 rekod perihal perjanjian dan 79 karya tentang riwayat hidup tokoh. Kaedah penulisan Pan Ku adalah berbentuk kronologi iaitu mengikut susunan peristiwa. Huraian bibliografi Ssu Ma – Tan dan Pan Ku menyebabkan kemunculan idea Yin- yang  iaitu merujuk kepada pemulihan kosmologi untuk pengetahuan cakerawala dan kitaran musim melaui ahli astrologi dan pengetahuan kalendar.[20]  Selain itu juga, Pan Ku sangat teliti dan bersikap jujur serta objektif dalam pengendalian sumber- sumber sejarah kerana mahu membuktikan kesahihannya. Sebagai contohnya, menurut Sejarah Dinasti Han Awal bilangan seisi rumah dinasti Han Barat terdapat 12233062 dengan populasi keseluruhan 59594978 berdasarkan 23 laporan utama untuk 1343390 seisi rumah dengan jumlah keseluruhan ialah 6382205.[21] Tambahan lagi, karya Pan Ku juga berbentuk istana- centric kerana penekanan terhadap sikap beberapa orang Maharaja China yang mengambil berat tentang hal- ehwal empayarnya. Setiap penulisan Pan Ku dimulakan dengan latar belakang kehidupan setiap Maharaja sejak kecil, pemilihannya sebagai Maharaja dan diakhiri dengan kematian Maharaja tersebut.[22] Dalam pengenalan bab- bab agama penulisan karya Shih Chi dan Han Shu ditulis mengenai amalan tradisi dan menerima mitos pemerintahan Maharaja. Hal ini bertujuan untuk mengagung- agungkan Maharaja tersebut sebagai pemerintah tertinggi.

Pada zaman dinasti Tang (618- 906) banyak kemajuan dalam bidang kesenian dan kebudayaan dapat disaksikan. Dalam dinasti ini, terdapat skala penuh sejarah dinasti Sui iaitu Sui Shu dan dua karya dinasti Tang iaitu Chui Tang Shu dan Hsin Tang Shu. Dalam karya tersebut terdapat laporan lengkap tentang Ssu Ma- Kuang dengan karyannya Tzu-Shih Tung Tien. Pada zaman Tang juga terdapat seorang penulis paling awal yang menulis secara ensiklopedia iatu Tu Yu dengan karyanya Tung Tien.[23]

Karya Tung Tien berbentuk ensiklopedia yang dianggap sebagai karya sejarah institusional China yang pertama. Pada zaman ini, para penyelidik telah meluaskan penyelidikan sejarah, proses dokumen, catatan peristiwa sejarah dan sebagainya. Tu Yu menulis Tung Tien dalam pelbagai bidang seperti geografi, undang- undang ekonomi zaman awal.[24] Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ensiklopedia bermaksud buku yang ditulis dalam banyak jilid mengenai cabang ilmu pengetahuan atau apa- apa sahaja.

Pengumpulan sejarah yang seterusnya mengandaikan dan mewajibkan kesesuaian empayar yang normal, hanya yang teristimewa boleh mengkritik seperti Xun Yue (A.D 148-209) atau Ssu- ma Kuang (1019-1086) melihat keperluan fakta sejarah dalam gaya setaraf yang mementingkan aturan kronologi dan wujud peristiwa yang menerangkan tindakan dan keputusan.[25] Ssu- ma Kuang (1019-1086) mengetuai pembangkang dan menganjurkan kefahaman fatalisme iaitu kehidupan ditentukan oleh takdir atau nasib. Dia percaya nasib adalah pengawal tertinggi dalam menentukan perbezaan antara tinggi dan rendah, kaya dan miskin, cerdik dan bodoh dan panjang dan pendek kehidupan.[26] Ketua antara mereka dalam kehebatan pensejarahan dinasti ialah Ssu-ma Kuang telah menulis Tzu- Chih Tung Chien (Sejarah Ibarat Cermin).[27] Dimana mengandungi 294 bab mengambil masa 24 tahun untuk menyiapkannya. Laporan peristiwa bermula zaman peperangan hingga berakhir dalam zaman dinasti Zhou Awal.[28]

Kaedah penulisan dinasti Tang adalah sangat jujur, sejarawan memikirkan keperluan rekod politik dinasti yang agung dan pemerintahan Maharaja dalam empayar dan memenuhi jaminan mandat dari syurga. Ia juga memerlukan rekod tindakan menteri dan pentadbiran melalui undang- undang Maharaja. Oleh itu Ssu- ma Kuang telah merekod semua keputusan menteri dalam pentadbiran. Beliau juga melengkapkan kelulusan “Rekod Tepat” dalam peristiwa “Cermin Kerajaan” di mana undang- undang dan menteri generasi akan datang boleh membaca pengajaran yang lepas dan akhirnya memberi contoh di mana tindakan mereka sendiri mungkin boleh dibandingkan.[29]  Setengah abad dalam dinasti Zhou Timur dikenali sebagai musim panas dan musim luruh, diambil daripada tajuk babad pemerintahan Lu iaitu Ch’un Ch’iu (Hikayat atau Babad Musim Panas dan Musim Luruh) dalam tahun 722- 481SM.[30] Menurut Laporan, Confucius atau Kung Fu- Tze adalah penulis Riwayat Musim Panas dan Musim Luruh, mengenai politik daripada zaman hidupnya. Beliau mengumpul Riwayat Musim Bunga dan Musim Luruh, menyelidik dan menyemak “Book of Rites” dan “Book of Music.[31] Riwayat Musim Panas dan Musim Luruh ini mengenai peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Lu.

Riwayat Musim Panas dan Musim Luruh adalah yang paling awal dan lebih  kurang merupakan riwayat yang lengkap, memberi kesan yang hebat kepada penulisan pensejarahan selepasnya. Selepas kematian Confucius, disiplin pengumpulan sejarahnya ditukar kepada buku yang bertajuk “The Analects.”[32] Sebenarnya, Confucius adalah orang yang terawal menggunakan “Book of Odes.” Buku ini mengandungi lebih 300 sajak bertarikh antara 1100 SM- 600 SM. Sajak- sajaknya amat istimewa dan lebih hebat daripada yang lain. Riwayat Musim Panas dan Musim Luruh ini mengenai ucapan Maharaja Lu daripada 722 SM ke 481 SM, ringkas dan padat isi kandungannya. Karya ini juga merupakan ucapan umum atau pengucapan terbuka untuk tafsiran pensejarahan kemudian sebagai usaha pertimbangan untuk mengenakan pengadilan moral ke atas sesuatu personaliti atau keputusan dan amalan.[33]

Kaedah penulisan Ch’un Ch’iu adalah ditulis secara kronologi iaitu mengikut urutan peristiwa buat pertama kalinya. Selain itu, karya ini juga menjelaskan tentang segala peristiwa yang berlaku dan mempunyai unsur moral, falsafah dan didaktik dalam sejarah.[34] Confucius juga seorang yang objektif dalam penulisannya kerana beliau sangat menitikberatkan kesahihan dan kebenaran dalam penulisannya. Sejak Ch’un Ch’iu tamat ditulis dalam 481 SM, pengambilan kuasa oleh Maharaja Qi menjadi simbol permulaan zaman peperangan, melalui pemerintahannya secara tidak langsung  telah mengambil tempat hingga 306 SM. Akhirnya, pengaruh karya Ch’un Ch’iu sangat meluas terhadap pensejarahan kemudiannya.[35]


            Berdasarkan huraian yang dijelaskan tentang pensejarahan China dalam dinasti awal didapati terdapat dua catatan yang digunakan iaitu catatan rasmi dan tidak rasmi. Catatan rasmi adalah catatan yang dibuat oleh sejarawan istana dan pegawai kerajaan. Manakala catatan tidak rasmi lebih menjurus kepada catatan yang ditulis oleh bekas pegawai dan ahli sejarah biasa. Selain itu juga, secara keseluruhannya penulisan pada peringkat awal lebih menjurus kepada satu wangsa sahaja. Menurut Barnes, seolah- olah sejarah itu merupakan kitaran kewangsaan itu sahaja. Dengan kata lain, apabila sesebuah wangsa itu telah menamatkan kitarannya, maka satu wangsa lain pula akan memulakan kitaran sejarahnya.[36]                                            

              Dalam pensejarahan China meliput pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan politik. Terdapat juga bidang- bidang ilmiah yang terkandung dalam pensejarahan China iaitu Geografi, Falsafah, Matematik dan Sains. Namun begitu pensejarahan China umumnya dikongkong oleh ciri- ciri pemerintahan, adat istiadat dan kepercayaan masyarakat Cina.  Kepercayaan kaum Cina yang terlalu berpegang kuat pada budaya mereka sehingga merasakan bahawa batu nisan adalah  benda- benda yang suci sedikit sebanyak telah menghalang ahli arkeologi menjalankan penyelidikan. Walau bagaimanapun, pensejarahan awal China telah “membuka jalan” kepada penulis sejarah yang seterusnya untuk dijadikan panduan dan rujukan.

 Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa pensejarahan China adalah rujukan yang sangat penting kepada ahli sejarah yang ada pada hari ini untuk menyelidik sejarah dinasti awal china. Tanpa karya- karya yang ditulis oleh ahli sejarah pada zaman awal tersebut, sudah pasti sejarah dinasti China masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini. Walaupun terdapat ahli arkeologi atau ahli sejarah moden, kitab- kitab sejarah dinasti awal tetap merupakan sumber pertama yang sangat penting.


         

       

              .



[1] RAHIM
[2]  Arba’iyah Mohd  Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 
[3]  Ibid, hal
[4]  rahim
[5]  Arba’iyah Mohd  Noora, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, hal,
[6]  arbaiyah
[7]  Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan        Pustaka, hal. 200.
[8]  Conrad Schirokauer dan Miranda Brown, 2006. A Brief History of Chinese Civilization, Second Edition. Kanada, Thomson Wadworth, hal.17.
[9]  Michael Loewe dan Edward L. Shaughnessy, 1999. The Cambridge History of Ancient China: From The Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal. 294.
[10]  C.P Fitzgerald, 1976. A China, A Short Centural History, Third Edition. New York, Praeger Publishers, hal. 206.
[11]  Bai Shouyi, 2002, An Outline History of China. China, Foreign Language Press, hal. 59-60.
[12]  Michael Loewe dan Edward L. Shaughnessy, 1999. The Cambridge History of  Ancient China: from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal. 315.
[13]  Feng Lingyu dan Shi Weimin, translated by Li Zhurun, 2004. A Glimpse of The Chinese Culture. China, Intercontinental Press, hal. 20.
[14]  Bamber Gascoigne, 1973. The Dynasties and Treasures of China. New York, The Viking Press, hal. 197.
[15]  Michael Loewe dan Edward L. Shaughnessy, 1999. Ibid, hal. 296.
[16]  Conrad Schirokauer dan Miranda Brown, 2006. A Brief History of  Chinese Civilization, Second Edition. Kanada, Thomson Wadworth, hal. 62.
[17]  Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 204-205.
[18]  Bai Shouyi, 2002. An Outline History of China, Revised Edition. China, Foreign Language Press, hal. 129-130.
[19]  C.P Fitzgerald, 1976. A China, A Short Centural History, Third Edition. New York, Praeger Publishers, hal. 205.
[20]  Michael Loewe dan  Edward L. Shaughnessy, 1999. The Cambridge History of Ancient China : from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 822. 
[21]  Bai Shouyi, 2002. An Outline History of China, Revised Edition. China, Foreign  Language Press, hal 154. 
[22]  Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 209.
[23]  Denis Twitchett dan John K. Fairbank, 1979. The Cambridge of China, Volume 3, Sui  and Tang China, Part 1. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 39.  
[24] Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 210. 
[25]  Michael Loewe dan  Edward L. Shaughnessy, 1999. The Cambridge History of Ancient China : from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 978
[26]  Bai Shouyi, 2002. An Outline History of China, Revised Edition. China, Foreign Language Press, hal 242 
[27] Conrad Schirokauer dan Miranda Brown,2006. A Brief History of Chinese Civilization, Second Edition. Kanada, Thomson Wadworth, hal 144 
[28]  Bai Shouyi, 2002. An Outline History of China, Revised Edition. China, Foreign Language Press, hal 243 
[29] Denis Twitchett dan John K. Fairbank,1979. The Cambridge History of China, Volume 3, Sui and Tang China, Part 1. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 39.  
[30] Michael Loewe dan Edward L. Shaughnessy,1999. The Cambridge History of Ancient China : from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 547.
[31]  Feng Lingyu dan Shi Weimin, translated by Li Zhurun, 2004. A Glimpse of The Chinese Culture. China, Intercontinentel Press, hal 102.  
[32]  Bai Shouyi, 2002. An Outline History of China Revised Edition. China, Foreign Language Press, hal 100. 
[33]  Michael Loewe dan Edward L. Shaughnessy,1999. The Cambridge History of Ancient China : from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 972.
[34] Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 201. 
[35] Michael Loewe dan  Edward L. Shaughnessy, 1999. The Cambridge History of Ancient China : from the Origins of Civilization to 221 B.C. United Kingdom, Cambridge University Press, hal 598.
[36]  Muhd. Yusuf Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 40- 41.

No comments:

Post a Comment