PENDAHULUAN
Sejarah
merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan
yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu
yang lain. Namun, timbul pertikaian yang berterusan hingga kini di
kalangan para sarjana di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata
terhadap kedudukan sejarah itu sebagai
suatu disiplin ilmu yang yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu
ilmu pengetahuan yang cuba
melihat masa lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang
dimiliki oleh ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain.[1]
Secara
umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu.
Rekod-rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji
sejarah dan peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu
serta peristiwa yang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah.[2]
Namun
begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai
kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah
sebagai peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan
usang. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kini terutama dikalangan golongan
pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai makna yang jelas. Namaun
begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam membentuk sesebuah
masyarakat dan negara
ISTILAH
DAN PENGERTIAN SEJARAH
Ilmu
sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini merupakan
bidang ilmu yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan beberapa
perubahan dan pertambahan supaya ia selaras dengan keadaan dan kehendak
tempatan. Di barat juga pewujudan ilmu sejarah itu sebagai suatu bidang
pengajian ataupun disiplin yang tersendiri hanyalah bermula pada kira-kira
pertengahan kurun ke-19.
Secara
umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh pengertian sejarah
dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada sejarawan. Di dalam bahasa
kita, sejarah itu, secara penegertian kita yang terus, diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera lama,
asal-usul(keturunan) salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu
yang lampau, kisah riwayat, tambo, dan ilmu sejarah iu ialah kajian atau
pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu.[3]
Di
dalam bahasa asing, khusunya di barat, perkataan sejarah itu disamakan dengan
perkataan history (bahasa Inggeriss) yang pada asanya berasal daripada
perkataan Yunani purba, historia, yang
bererti penyelidikan.[4]
Di
alam Melayu pula, istilah sejarah yang disamaertikann dengan History dikatakan berasal daripada
perkataan Arab iaitu syajarah yang bererti
pokok. Sestengah sejarawan seperti Drs. T.Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn
mengatakan kemungkinan sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok yang akhirnya
membawa erti salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.[5]
Pengertian
dan istilah sejarah juga dapat dirujuk daripada pandangan para sejarawan. Terdapat
banyak pandangan-pandangan daripada sejarawan. Pandangan mereka ini
berbeza-beza mengikut definisi dan tafsiran mereka tentang sejarah.
Sebagai
contoh pandangan daripada manusia yang digelar ‘bapa sejarah’ iaitu Herodatus.
Herodatus merupakan orang yang pertama
menggunakan perkataan sejarah atau historia
dalam karyanya iaitu Histories yang
bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa silam mahupun
sezaman.[6]
Beliau telah membuat pengkajian yang mendalam terhadap segala peristiwa yang
ditulisnya agar karyanya menjadi karya yang berasaskan peristiwa yang
sebenarnya berlaku.
sejarawan yang bernama Leopold Von Ranke merupakan ahli fikir sejarah dari Jerman
beliau telah menimbulkan suatu tradisi pensejarahan yang sangat kuat
pengaruhnya pada bahagian akhir kurun kesembilan belas sehinggalah bahagian-bahagian
awal kurun yang kedua puluh ini. Suatu teori pensejarahan beliau yang sangat
mengkagumkan sejarawan sezamannya ialah bahawa sejarah itu haruslah dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun
“seperti sebenarnya berlaku.”[7]
Pandangan beliau ini dapat dirumuskan sejarah merupakan sesuatu yang peristiwa
yang benar-berlaku pada masa lalu dan tidak bercampur aduk dengan dongeng serta khayalan yang tidak berasas.[8]
Baginya sejarah haruslah dikaji dengan hati-hati kerana ia adalah peristiwa
yang unik serta mempunyai taraf yang sama antara satu sama lain atas hakikat
bahawa setiap satunya adalah ciptaan yang maha berkuasa belaka.[9]
Selain
daripada pandangan Leopold von Ronke, terdapat sejarawan yang lain memberikan
pandangan dan tafsiran tentang sejarah. Menurut E.H. Carr, mengatakan sejarah
itu satu proses interaksinya yang berterusan di antara sejarawan dengan
fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus diantara sejarawan dengan
fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus diantara masa kini dengan
masa lalu.[10]
Pandangan beliau ini dapat disimpulkan sejarah adalah perkara yang berterusan
dari zaman lampau. Sejarah adalah berkait dan tidak dapat lari dari pekara yang
berlaku ketika dahulu dan pada zaman sekarang. Menurut sejarawan Britain yang bernama
R.G. Collingwood pula, menyatakan sejarah itu merupakan pemikiran[11].Benedetto
Croce pula memberikan pengertian, bahawa sejarah itu adalah sejarah sezaman.[12]Pandangan
beliau ini dapat disimpulkan bahawa sejarah itu adalah perkara yang merangkumi
peristiwa yang berlaku pada masa dahulu dan dikatkan dengan perkara yang
terjadi sekarang.
Rentetan daripada pandangan yang diberikan
oleh Leopold von Ranke telah menyebabkan kepada perkembangan ilmu pensejarahan
itu, iaitu dengan munculnya pula beberapa orang sejarawan yang merasakan bahawa
penulisan sejarah yang saintifik, lengkap dan muktamad akan dapat dilakukan
dalam sedikit masa lagi. J.B.Burry merupakan sejarawan yang penuh yakin mengatakan bahawa sejarah itu
sains, tidak kurang dan tidak lebih.[13]
Pandangan ini tidak dapat dipersetujui oleh sesetengah sejarawan. Bagi mereka
sejarah bukanlah sains dan tidak perlu dianggap seperti demikian. Pandangan ini
juga dianggap tidak munasabah dan tidak boleh dilaksanakan. Antara sejarawan
yang menentang pandangan bahawa sejarah itu adalah saintifik ialan E.H.Carr,
R.G.Collingwood dari Britain ,
Benedetto Croce dari Itali dan Charles A. Beard dari Amerika.
A.Marwick
pula membahagikan makna sejarah kepada tiga tahap atau bahagian. Pertama,
sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang sebenarnya telah berlaku. Kedua konotasi terhadap
percubaan manusia untuk menggambar dan mentafsirkan masa lalu. Ketiga sejarah
adalah suatu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau
sekurang-kurangnya setanding dengan ilmu falsafah, matematik, sains dan
ilmu-ilmu lain.[14]
Terdapat
juga sejarawan-sejarawan lain yang turut memberikan definisi dan pandangan
mereka tentang sejarah. Sebagai contoh R.Suntharalingam melalui bukunya yang
bertajuk pengenalan kepada sejarah, beliau menyatakan sejarah sebagai satu ilmu
pengetahuan yang mencakupi segala hal.[15]
Ini kerana sejarah merupakan sesuatu perkara yang telah berlaku yang boleh
dijadikan panduan atau landasan dalam semua aspek termasuk ekonomi social dan
politik. Sejarawan Indonesia yang bernama Sidi Ghazalba melihat tahap-tahap
perubahan tenggapan terhadap sejrah dan lantas makna istilah sejarah itu
menerusi tahap-tahap perkembangan budaya (Melayu/Indonesia) melalui proses
akulturasi dengan Islam dan Barat dari sejak dari kurun ke-13 dan kurun ke-15.[16]
Seorang lagi sejarawan Indonesia
yang bernama Sartono Kartodijo pula cuba membahagikan pengertian
sejarah kepada dua bahagian iaitu sejarah dalam erti kata yang subjektif dan objektif.[17]
Pada pandangan beliau sejarah yang subjektif adalah suatu binaan peristiwa yang
disusun oleh penulis sebagai satu cerita atau harian.[18]
Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif menujukkan kepada kejadian atau
peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam keadaan yang sebenarnya berlaku.[19]
DR.Radar Krishnan pula mendefinisikan sejarah sebagai ingatan oleh sesuatu
bangsa dan negara.[20]
Selain
itu juga terdapat sejarawan barat yang lain turut memberi pandangan tentang
pengertian tentang sejarah, sebagai contoh A.L.Rowse memberi pengertian sejarah
dari segi keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam,
manusia, haiwan ataupun makhluk secara amnya.[21]
R.O.Winstedt pula memberi pengertian, sejarah berasal daripada perkataan Arab.
Beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh, atau babad.[22]
Menurut Henry Johnson pula, sejarah adalah sesuatu perkara mendalam tentang
kejadian yang telah berlaku.[23]
Sejarawan
Islam yang terkenal juga iaitu Ibnu Khaldun juga turut menberikan pandangannya
tentang pengertian sejarah. Belaiau menyatakan bahawa sejarah itu merupakan
catatan tentang masyarakat manusia, atau peradaban dunia. Tentang perubahan
yang telah berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu seperti kebiadaban,
keramahan dan perasaan dan perasaan setia kawan segolongan, tentang revolusi
dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya dengan
mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan Negara. Bersama-sama rakyat jelatanya
yang mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pertukangan dan pada umumnya
tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat itu menurut
sifatnya.[24] Selain
itu, Tagore juga turut memberikan buah fikirannya tentang pengertian sejarah.
Beliau menyatakan, hanya terdapat satu sahaja sejarah iaitu sejarah manusia.[25]
KEPENTINGAN
ILMU SEJARAH KEPADA MASYARAKAT
Kepentingan ilmu
sejarah kepada masyarakat antaranya ialah sejarah sebagai sumber abstrak dan
nyata.[26]Masa
lalu merupakan sumber abstrak dan juga nyata bagi manusia untuk
menjalani kehidupan
yang beerti lagi berkeyakinan. Sejarah dikatakan sebagai abstrak kerana
mustahil bagi seorang manusia menghidupkan kembali dari segi jasadnya peristiwa
yang telah berlaku. Kita mungkin pernah menyaksikannya,tetapi apabila kita
mengingatnya kembali,kita tidak dapat mengingatnya, apatah pula menghidupkan kembali
keseluruhan peristiwa yang telah kita saksikan itu.Sejarah juga merupakan
sumber abstrak kerana setengah daripada kita gagal memahaminya sungguhpun kita
memerlukannya.Manakala sejarah dikatakan sebagai sumber yang nyata kerana kita
dapat membentuknya atau menggambarkannya kembali walaupun tidak
sepenuhya,walaupun ia tidak nyata seperti asalnya.Setiap kejadian yang cuba
kita wujudkan kembali,walau sekecil sekalipun sesuatu peristiwa itu,sebenarnya
pernah berlaku pada kita ataupun pada orang lain pada suatu ketika dahulu dan
kesannya masih ada sama ada pada tubuh,jiwa,mahupun,ingatan ataupun pada
benda-benda yang lain.
Seterusnya,sejarah
sebagai petunjuk kepada masyarakat.[27]
Hakikat ini mestilah dilihat dari segi kesedaran setiap insan itu tentang
segala pengalaman,kewarasan dan kekuatan azam serta cita-citanya.Seseorang itu
mestilah menyedari kenyataan kehidupannya dan kemudian bertindak untuk
mengatasinya. Tetapi tidak semua orang yang pernah gagal ataupun yang serba
kekurangan dapat dan mahu bangun menebus kembali kedaifan hidupnya.
Sesetengahnya ada yang rela meragut nyawanya sendiri akibat berlaku kegagalan
dalam hidupnya seperti bankrap dalam perniagan ataupun gagal dalam percintaan.
Namun pada amnya,setiap anggota masyarakat yang psikologinya tidak dirosakkan
oleh penekanan penjajahan ataupun sistem politik tradisi yang beku, akan
mempunyai daya usaha srta kekuatan untuk berjuang kembali demi menebus kembali
kekurangan dan juga kegagalannya pada masa yang lepas.Dalam hal ini,masa lalu
itu merupakan petunjuk bagi seseorang insan untuk mengendalikan masa yang
sedang dihadapinya dengan penuh keyakinan atau kekuatan.
Kepentingan ilmu
sejarah kepada masyarakat juga adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.[28]
Menurut R.G.Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk
mendapatkan pengetahuan diri manusia. Kita sebagai manusia seharusnya
mengetahui akan diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri Jika kita
lupa akan sejarah masa lalu dan tidak menjadikannya sebagai pengetahuan kepada
kita,maka kita akan lupa akan asal usul,adat istiadat,tradisi,dan budaya bangsa
kita sendiri. Sejarah sememangnya memberi pengetahuan kepada kita akan segala
aspek kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat kekitaan.
Selain itu,ilmu
sejarah juga memberi pendidikan kepada masyarakat.[29]
Sejarah turut memberi pendidikan kepada kita terutamanya pendidikan moral.Ini
dapat dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah melayu yang
memberikan pendidikan moral kepada kita. Misalnya,antara faktor kejatuhan
kerajaan Singapura adalah akibat kezaliman rajanya yang telah mengaibkan
rakyatnya iaitu sikap Raja Iskandar (raja singapura) yang telah menjatuhi
hukuman yang mengaibkan di hadapan khalayak ramai terhadap gundik kesayangannya setelah difitnah berlaku curang
oleh gundik-gundik yang lain yang cemburu kepadanya. Pembinaan moral dalam
kalangan masyarakat adalah penting kerana tanpa aspek ini akan melahirkan
masyarakat yang kurang matang dalam segala aspek kehidupan dan tidak mampu
bersedia menghadapi dunia akan datang.
Kepentingan ilmu
sejarah juga untuk mematang minda dan diri manusia.[30]
Pembelajaran sejarah berupaya mematang minda dan diri manusia kerana melalui
pengkajian sejarah maka kita akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan
maklumat.Dengan ilmu dan maklumat ini,maka minda kita akan memproses dan
menganalisis pertumbuhan mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan
persekitaran.Dengan kematangan minda,maka kita akan dapat meningkatkan
keyakinan diri setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan
oleh tokoh-tokoh sejarah yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka
yang terlibat dalam proses perkembangan tamadun dunia.Malahan sesuatu yang
perlu dilakukan ialah kita perlu bersaing dengan usaha yang telah dilakukan oleh
tokoh-tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat yang terbaik daripada
sesuatu yang telah kita lakukan.
Ilmu sejarah juga
turut memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.[31]
Sejarah Malaysia
adalah unik dan mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Sejak berkurun lamanya Malaysia telah membentuk identifikasi psikologi
sendiri dan telah melalui beberapa peristiwa penting yang membuktikan bahawa
masyarakat Malaysia
juga bertamadun serta mampu melahirkan struktur politik,ekonomi,dan sosial yang
kompleks. Pengalaman yang dilalui negara memaparkan kronologi pahit manis
bagaimana nenek moyang kita berjuang memartabatkan bangsa,mendaulatkan negara
dan menjana paradigma perubahan zaman masyarakat.Contohnya peristiwa ketika
mendapatkan kemerdekaan yang telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan
beberapa tokoh yang lain. Malaysia
telah melalui beberapa peringkat zaman
yang boleh dikategorikan sebagai zaman prasejarah,zaman protosejarah,dan zaman
sejarah yang merangkumi zaman kerajaan Kesultanan Melayu dan zaman kerajaan moden. Perkembangan pada
setiap zaman ini menunjukkan masyarakat Malaysia
berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang mampu menyemarakkan
semangat cintakan negara dalam kalangan warga Malaysia kini. Adalah menjadi tanggungjawab
seluruh warga Malaysia untuk mengetahui, memahami,dan menghayati, perkembangan
ini bagi mengenali diri,masyarakat,bangsa,dan negara.Kita bukan saja perlu
mengetahui ciri dan sifat masyarakat yang wujud,tetapi juga perlu
memahami,sejarah latar belakang perkembangan yang membentuk masyarakat kita.
Disamping
itu,kepentingan ilmu sejarah juga adalah mewujudkan masyarakat majmuk.[32]Kewujudan
masyarakat majmuk di Malaysia
berlaku sejak zaman awal lagi seperti mana dalam kegiatan perdagangan yang
berlaku di dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.Perdagangan ini
mengakibatkan munculnya petempatan-petempatan asing. Kebiasaaanya,para pedagang
luar berulang alik di antara petempatan di Kepulauan Melayu dengan tempat asal
masing-masing.Namun, ada juga yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan
wanita tempatan.Kuasa penjajah Portugis,Belanda,dan British tidak pernah
menyekat kemasukkan para imigran asing terutama dari negara China dan India ke
Tanah Melayu untuk mengerjakan kepentingan mereka di sector perlombongan dan
perladangan.Kemasukkan para imigran asing ini membawa satu dimensi baru dalam
proses pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
Ilmu sejarah
juga memberi kepentingan sebagai warisan
untuk generasi akan datang.[33] Setiap perkara yang baik kita lakukan sudah
pasti kita mahu perkara itu diwarisi dan
diperturunkan kepada generasi akan datang. Begitu jugalah keadaanya dengan sejarah. Setiap peristiwa yang telah berlaku
itu ada kebaikan dan keburukannya,maka generasi akan datang yang akan
menentukan kehidupan yang akan datang.Contoh yang terdekat dengan kita ialah
adat masyarakat Melayu.Adat ini masih lagi diamalkan walaupun terdapat
perubahan serba sedikit daripada yang
asalnya.Jadi boleh kita katakana bahawa adat tersebut diketahui melalui
sejarahnya.Daripada persoalan inilah,maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu
yang dipusakai akan terus kekal diwarisi dan tidak hilang daripada masyarakat
zaman moden.Jika dilihat daripada pensejarahan melayu seperti Tuhfat al-Nafis,kita dapati karya ini
merupakan salah satu hasil tinggalan zaman lampau yang dikarang oleh Raja Ali
Haji yang menceritakan sejarah masyarakat Melayu suatu masa dulu.
Seterusnya,ilmu
sejarah juga adalah memberi pengajaran kepada masyarakat.[34]
Pendidikan dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia. Ini kerana
setiap perkara itu sama ada ia merupakan suatu idea,penciptaan,ilmu yanh
pelbagai disiplin dan sebagainya ada sejarahnya tersendiri.Walau apapun
pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan sumber kesedaran kepada masyarakat
dalam memupuk semangat baru bagi memperbaiki segala kelemahan,menilai,kesilapan
yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi,memulihkan semula kekuatan moral
dan mental bagi kemajuan individu,masyarakat dan negara.Selain kita boleh
mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku melalui pendedahan pengalaman
masyarakat masa dahulu kala bagi memberi pemahaman dan pengajaran kepada kita
dalam menghadapi masalah masa sekarang dan akan dat
KEPENTINGAN
ILMU SEJARAH KEPADA NEGARA
Sejarah
merupakan ilmu dimana penggunaannya sangat meluas. Sejarah dapat dijadikan
sebagai panduan atau landasan kepada semua tingkah laku atau aspek-aspek yang
mempengaruhi kehidupan seharian. Melalui sejarah kita dapat tahu rentetan
peristiwa yang berlaku yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup.
Sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan juga seharusnya meggunakan sejarah
sebagai panduan untuk mencapai status negara maju. Oleh yang demikian, sejarah
memang memainkan peranan yang penting dan besar dalam membina sesebuah negara
yang progresif dan produktif.
Antara
kepentingan ilmu sejarah kepada negara
ialah untuk pembangunan bangsa dan negara. Salah satu tujuan pembelajaran ilmu
sejarah adalah untuk mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang pernah
dicapai oleh sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia
pernah dijajah oleh kuasa barat iaitu Portugis, Belanda dan British serta kuasa
asing yang lain iaitu Jepun sebelum Malaysia berjaya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ramai pejuang negara yang cintakan tanah air telah
terkorban untuk membebaskan negara ini daripada ancaman musuh sebelum
kemerdekaan dapat dikecapi. Secara tidak langsung, semangat cinta akan tanah
air akan tersemat didalam diri anak-anak muda Malaysia apabila mereka mengingati
perjuangan para pejuang yang banyak menaburkan jasa bagi memastikan negara kita
bebas daripada ancaman penjajah. [35]
Selain
itu, hubungan budaya yang lalu dengan budaya masyarakat hari ini perlu diberi
pemahaman yang mendalam bagi memastikan masyarakat hari ini dan hari depan dapat
dibangunkan dan dimajukan. [36]
Contohnya di Barat, untuk memperbaiki kehidupan masyarakat mereka, sejarah
telah dilihat daripada pelbagai sudut. Manakala bagi masyarakat Jepun pula,
mereka telah menjadikan peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki
sebagai titik tolak kepada kemajuan negara mereka pada hari ini. Buktinya
negara Jepun telah menjadi salah sebuah negara maju yang terkemuka dan disegani
oleh negara-negara lain pada masa kini. Seperti di Malaysia, peristiwa 13 Mei
telah menjadi pengajaran yang amat berguna kepada negara. Hikmah daripada
peristiwa tersebut, kerajaan telah bertindak membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB)
bagi membasmi gejala kemiskinan yang membelenggu majoriti masyarakat Melayu
pada ketika itu. Melalui gagasan DEB ini, kerajaan berharap taraf ekonomi
masyarakat Melayu dapat ditingkatkan supaya setaraf dengan bangsa-bangsa yang
lain di negara ini dan seterusnya bangsa Melayu dapat mencapai kemajuan. [37]
Seterusnya,
kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah mewujudkan perpaduan masyarakat.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam yang telah berlaku di negara
kita. Pada tarikh ini, rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara
telah berlaku. Rusuhan ini melibatkan dua kaum yang terbesar di Malaysia iaitu
Melayu dan Cina. Peristiwa berdarah ini telah menyebabkan banyak kerosakan
harta benda dan kehilangan nyawa. Banyak harta benda awam turut musnah dan
menyebabkan kerajaan menanggung kerugian dalam jumlah yang begitu besar. Untuk
mengawal kestabilan dan ketenteraman awam, pihak berkuasa telah bertindak
menguatkuasakan arahan perintah berkurung. Akibatnya masyarakat menghadapi
masalah untuk mencari rezeki dan interaksi antara kaum tidak bebas seperti
dahulu. Peristiwa ini telah mengajar dan
menuntut masyarakat dinegara ini agar mengekalkan perpaduan diantara kaum
dinegara kita yang tercinta ini. Masyarakat dinasihatkan supaya mengikis sikap
“ethno-centric” atau perkauman supaya kedamaian dan keamanan dapat dicapai dan
peristiwa pahit tersebut tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. [38]
Amalan
perkongsian kuasa di Malaysia
telah menunjukkan bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kaedah ini. Sikap
tolak ansur yang ditunjukkan oleh para pemimpin setiap kaum di Tanah Melayu
sebelum merdeka telah membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Parti Perikatan iaitu gabungan tiga parti utama yang mewakili tiga kaum
terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu yang diwakili oleh Parti Umno, Cina
diwakili oleh Parti MCA dan India yang diwakili oleh Parti MIC telah ditubuhkan
pada 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955.
Hasilnya parti Perikatan telah berjaya memenangi sebanyak 51 kerusi daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. Selepas mereka berjaya membentuk kerajaan,
beberapa pemimpin Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
berangkat ke London
untuk berunding dengan British bagi menuntut kemerdekaan. Akhirnya hasil usaha
para pemimpin tersebut Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957. Jika tiada perpaduan yang terjalin antara kaum ketika itu, kemungkinan
besar kemerdekaan tidak dapat dicapai dan rusuhan antara kaum mungkin terjadi.
Salah
satu kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah sebagai warisan untuk
generasi akan datang. Antara contoh yang terdekat kepada negara kita ialah adat
masyarakat Melayu seperti ziarah-menziarahi, yang muda menghormati orang tua,
adat ketika berunding dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa perubahan
serba sedikit daripada yang asal, adat ini masih diamalkan masyarakat pada hari
ini. Bagaimana adat ini diketahui oleh masyarakat kini? Hal ini berlaku kerana
generasi muda masa kini mengetahuinya daripada sejarah adat itu sendiri. Oleh
itu, bagi memastikan sesuatu adat itu agar terus dipusakai dan diwarisi serta tidak
luput daripada ingatan masyarakat kini, sejarah adat itu perlu terus
dipelajari. [39]
Seperti
dalam Tuhfat al-Nafis, hasil nukilan Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad,
didapati karya agung ini merupakan salah satu hasil tinggalan masyarakat zaman
dahulu. Menurut salah seorang pengarangnya iaitu Raja Ali Haji:
Perkara yang ingin disampaikan
oleh Raja Ali Haji dalam petikan diatas ialah tentang kepentingan daripada segi
jurai keturunan dan juga cerita sejarah yang telah dikarangkan oleh beliau
perlu diteruskan oleh generasi selepas beliau. Jadi, bagi mengetahui warisan
atau tinggalan serta pengalaman yang dialami oleh manusia masa lampau, adalah
penting bagi generasi masa kini mempelajari sejarah.[40]
KESIMPULAN
Sejarah
merupakan satu disiplin ilmu yang mempunyai prinsip-prinsip atau
kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Pengertian dan
definisi sejarah juga banyak di pertikaikan sebagai contoh J.B. Burry yang
mengatakan sejarah itu adalah sains tidak lebih dan tidak kurang. Kenyataan
beliau ini banyak ditentang oleh sejarawan yang lain kerana bagi mereka
kenyataan itu tidak munasabah dan sejarah tidak boleh dikaitkan dengan sains
atau diterjemahkan menggunakan teori sains. Selain itu juga terdapat sejarawan
lain memberikan definisi atau pengertian sejarah seperti Sidi Ghazalba, E.H.
Carr, R.O. Winsteadt, Tagore, Jones, Leopold Von Ranke dan ramai lagi.
Walauapapun pendapat yang diberikan oleh para sejarawan ini berbeza-beza, namun
begitu pandangan mereka ini dapat disimpulkan bahawa sejarah adalah ilmu yang
mengkaji perkara-perkara di masa lampau dan dikaitkan dengan kehidupan masa
kini.
Sejarah
juga dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada kehidupan seharian
kita pada hari ini. Hal ini kerana sejarah merupakan ilmu yang mengkaji
peristiwa masa lampau yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat sekarang
sebagai panduan hidup. Oleh yang demikian sejarah juga banyak memainkan peranan
dalam membentuk sesebuah negara dan masyarakat. Sebagai contoh sejarah telah
menceritakan tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969, oleh itu rakyat seharusnya
menghayati ilmu sejarah itu sendiri supaya kedamaian masyarakat dan kemajuan
negara dapat dipertingkatkan.
[1]
Bilcher Bala, Penyelidikan Dan Penulisan Sejarah, Bangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia , 2000, hlm. 2.
[2]
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 4.
[3] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1986, hlm. 4.
[15]
Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu
Sejarah Falsafah, Pengertian,dan Kaedah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000, hlm. 11
[18]
Ibid, hlm. 6.
[19]
Ibid, hlm. 6.
[20]
M.P. Sigh,
Editor-In-Chief, Encyclopedia Of Teaching
Of History, New Delhi ,
Anmol Publications PVT. LTD. 2002, hlm. 2.
[26] Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu
Sejarah Falsafah, Pengertian,dan Kaedah, hlm. 31.
[27] Ibid, hlm. 35.
[28] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu
Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur , hlm. 7.
[29] Ibid, hlm. 8.
[30] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu
Sejarah dan Pensejarahan , hlm. 9.
[31] Ruslan Zainudin , Mohd Mahadee
Ismail dan Zaini Othman, Kenageraan
Malaysia, Shah Alam, 2000, Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hlm. 18.
[32] Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee
ismail dan Zaini Othman, Kenegeraan Malaysia, hlm. 41.
[32] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu
Sejarah dan Pensejarahan , hlm. 9.
[34] Ibid, hlm. 10.
[38]
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000, hlm. 11.
Thanks very much...sbb tlg sy.,dgn adanya ni sy boleh wt rujukan utk kajian sejarah sy..
ReplyDeleteTerima kasih bebanyak dengan informasi yang diberikan... Banyak membantu
ReplyDeleteterima kasih sebab beri info untuk saya jawab quizizz pdpr
ReplyDelete