1.0 PENDAHULUAN
Sebagaimana
di dunia Barat, di Alam Melayu juga terdapat proses perkembangan pengkajian
sejarah.[1]
Namun tidak dapat dinafikan bahawa proses pengkajian dan penyusunan sejarahnya
secara serius dan penuh ketelitian agak lewat sedikit berbanding di Barat iaitu
sekitar abad ke-19.[2]
Hal ini disebabkan pada zaman itu, masyarakat Melayu masih tidak memiliki
pendidikan yang formal di mana-mana institusi. Oleh sebab itulah, kebanyakan
manuskrip Melayu mendapat banyak kritikan daripada para sejarawan terutamanya
sejarawan Barat mahupun daripada sejarawan tempatan sendiri.
Definisi
manuskrip Melayu yang telah dipersetujui di Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu
pada 10 Oktober 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka adalah apa-apa tulisan Jawi
atau Rumi berbahasa Melayu yang ditulis dengan tangan di atas bahan-bahan
seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh, gading, kayu, kain dengan isi
kandungan dan jangka waktu yang tidak terbatas.[3]
Antara
manuskrip Melayu yang dikritik seperti Hikayat
Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis, Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Misa
Melayu, dan Hikayat Hang Tuah.
Sejarawan-sejarawan moden seperti Sheikh Nuruddin, R.O.Winstedt,
R.G.Collingwood, J.C Bottoms serta A. Teeuw mengkritik manuskrip-manuskrip ini
sebagai satu bahan yang tidak boleh dijadikan fakta sejarah. Umumnya fakta
adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai kebenaran asas bagi sesuatu bidang
ilmu, suatu kajian ataupun suatu peristiwa.[4]
Pentafsir
moden akan memperlekehkan pensejarahan tradisi kerana banyak fakta dongengan
dan yang berunsur mitos.[5]
Kritikan para sejarawan ini didasarkan kepada manuskrip Melayu itu sendiri yang
terlalu banyak menggunakan mitos, lagenda, unsur penghibur, serta dicampur
adukkan dengan pelbagai cerita yang ditokok tambah yang lebih menjurus kepada
sastera. Namun, hakikatnya manuskrip melayu boleh dijadikan fakta sejarah.
Mengapa
kami tidak bersetuju dengan kritikan tersebut? Hal ini disebabkan sungguhpun
adanya unsur campur aduk, tetapi manuskrip Melayu lengkap mengandungi fakta
sejarah yang setelah dikaji ianya nyata wujud walaupun sesetengah pihak
mengatakan manuskrip tersebut tidak layak menjadi fakta sejarah. Manuskrip
Melayu adalah satu-satunya sumber primer yang dapat membuktikan dan memberi
bantuan kepada pengkaji masa kini. Sekiranya ia tidak layak, tiada bahan lain
yang boleh diambil sebagai bahan kajian.
2.0 KENAPA MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK
SEBAGAI BAHAN YANG TIDAK BOLEH
DIJADIKAN FAKTA SEJARAH?
2.1 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK MENGANDUNGI TERLALU
BANYAK UNSUR MITOS DAN LAGENDA
Tidak
dinafikan sejarawan tradisi banyak menulis sejarah yang berlaku kerana
peristiwa yang berlaku itu benar-benar berlaku di hadapannya dan mengandungi
fakta-fakta yang benar sewaktu peristiwa itu berlaku. Namun, penulis atau
sejarawan dahulu gemar mengasimilasikan atau mencampur adukkan fakta-fakta
sejarah dengan unsur-unsur yang mengandungi fiksyen (cerita rekaan) walaupun
sesetengah sejarawan maengetahui dan mengingati akan sejarah yang sebenarnya
berlaku.[6]
Ini kerana dalam cerita-cerita rakyat tersebut, perkara dan makhluk supernatural sangat berpengaruh dalam
kehidupan manusia yang akhirnya menjadi unsur pokok dalam kebanyakan penulisan
sejarah zaman silam.[7]
Perkara ini berlaku kerana pada awal
penulisan, sesuatu cerita atau peristiwa yang berlaku itu belum dapat dianggap
sebagai sejarah dalam erti kata yang sebenarnya, malah penulis sekadar
memuatkan fakta-fakta yang bercampur dengan kejadian-kejadian yang tidak
penting dan yang tidak pernah terjadi.[8]
Sebenarnya percakupan mitos dan lagenda mempunyai hubungan erat dengan
kepercayaan.[9] Pengkritik
moden mengatakan manuskrip Melayu mencampuradukkan fakta sejarah dengan unsur
mitos dan lagenda sehinggakan fakta sejarah tersebut dikatakan tenggelam dalam
mitos yang dimasukkan. Namun, sejarawan moden lupa bahawa unsur mitos dan
lagenda merupakan penguat kepada plot-plot yang dipaparkan dalam karya seperti
sejarah Melayu. Mereka mengkritik Sejarah
Melayu(Sulalatus Salatin) berlebih-lebihan, namun sebenarnya sejarah melayu
telah memberikan banyak bahan yang boleh diambil sebagai fakta sejarah kerana
di dalamnya telah menriwayatkan tentang salasilah keturunan raja, masyarakat
Melaka serta kehebatan raja melayu. Bukankah ini menjadikan orang-orang melayu
dipandang oleh bangsa lain sebagai bangsa yang memiliki kekuatan dari segi
kesultanan, susunan masyarakat serta kehidupannya. Mengapa pula kita hendak
menolak kehadiran sejarah Melayu sebagai bahan yang boleh diambil sebagai fakta
sejarah. Dengan kata lain, manuskrip Melayu sememangnya layak menjadi fakta sejarah
kerana kandungannya menepati ciri sebuah karya sejarah.
Namun, melalui kesan perkembangan
pemikiran di kalangan para pengkaji sejarah yang mahu menjadikan disiplin
sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat autonomi, maka mahu tidak mahu
sejarah harus dipisahkan daripada segala perkara atau unsur-unsur yang
berkaitan dengan mitos dan lagenda.[10]
Kenyataan ini membuktikan adanya penambahbaikan dalam manuskrip Melayu kerana
timbul kesedaran dalam diri penulis. Adanya pembetulan membolehkan karya tersebut
dianggap sebagai fakta sejarah kerana ianya telah melalui pengkajian daripada
penulis mahupun penyelenggarannya.
Antara
karya sejarawan tradisi yang diperlekehkan tulisannya adalah Raja Ali Haji.
Karya-karyanya seperti Tuhfat al-Nafis
dikatakan tidak memenuhi kriteria sebuah naskah sejarah kerana mengandungi
unsur mitos yang keterlaluan. Naskah ini dikatakan hanya bersandarkan cerita
yang direka-reka tanpa diketahui asal fakta yang ditulis. Namun, ramai pengkaji
sejarah menggunakan naskah ini sebagai
bahan rujukan mereka walaupun karya ini merupakan sebuah karya sastera sejarah
yang mempunyai unsur-unsur mitos dan lagenda.[11]
Dengan kata lain, tidak wajar manuskrip Melayu dikritik sebagai bahan yang
tidak boleh diambil sebagai fakta sejarah. Jika difikir secara logik, tidak
mungkin sebuah karya yang tidak lengkap dengan bahan sejarah boleh dirujuk
sehingga kini sekiranya ianya tidak boleh dijadikan fakta sejarah. Jelaslah
bahawa manuskrip Melayu ini merupakan bahan penting untuk dijadikan fakta.
Manuskrip Melayu yang
teruk menerima kritikan daripada sejarawan Barat ialah Sejarah Melayu. Sejarah Melayu banyak mempamerkan catatan berkenaan
pentadbiran negeri-negeri Melayu terutamanya Melaka. Sejarah Melayu turut memuatkan unsur mitos. Contohnya, dalam Sejarah Melayu turut menyebut bahawa
raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada anak cucu Raja Iskandar Syah yang
turun dari Bukit Siguntang.[12] Unsur mitos dan lagenda yang ditambahkan
sebagai penyedap cerita dalam karya Sejarah
Melayu sebenanya berkait rapat dengan keadaan masyarakat zaman lampau
dimana mereka sememangnya sangat mempercayai unsur kepercayaan karut. Berpegang
kepada kepercayaan karut inilah lahirnya penambahan dalam fakta sejarah
tersebut. Namun, sekiranya ianya tidak benar berlaku, tidak mungkin adanya
penulisan tersebut. Jika kita fikir secara mendalam, kita melihat penulis atau
orang dulu-dulu akan menulis berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka
dengar. Jadi, sememangnya peristiwa itu benar-benar berlaku walaupun adanya
tambahan mitos dan lagenda.
Selain keistimewaannya sebagai karya
agung Melayu, namun sesetengah sejarawan seperti J.C.Bottoms, Winstedt, dan
Wilkinson cuba menolak karya Sejarah
Melayu sebagai karya sejarah adalah kerana terdapat unsur-unsur mitos dan
lagenda yang termuat di dalamnya.[13]
Bagi mereka, penulisan yang bercorak sejarah mestilah mengandungi kaedah dan
teori-teori sejarah moden, fakta-fakta sejarah di dalamnya mestilah daripada
sumber yang terpilih, tafsirannya tepat dan saintifik, bersifat humanistic,
bebas daripada unsur mitos dan lagenda (bersifat rasional) dan mempunyai self revelatory.[14] Namun, kita harus melihat secara
mendalam dan berfikiran terbuka bahawa pentingnya mitos diselitkan dalam karya
kerana apa yang penting adalah ianya tidak menggugat manuskrip tersebut. Khoo
Khay Kim sendiri tidak menidakkan kehadiran mitos dan lagenda malahan beliau
menyifatkan sememangnya karya sejarah juga boleh mengandungi unsur tersebut
selagi ianya tidak menganggu kronologi sejarah yang ditulis.
Sungguhpun
wujudnya unsur mitos ini, ianya sedikit pun tidak mencacatkan karya tersebut
kerana karya tersebut masih lagi mengandungi fakta sejarah yang diguna pakai
sehingga hari ini. Tambahan pula, Windsted dan Roolvink telah bersikap berat
sebelah dengan memandang manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan fakta sejarah
sedangkan terdapat sejarawan Barat yang turut memuatkan mitos dan lagenda dalam
penulisannya seperti Herodutos.
Jelaslah
bahawa manuskrip Melayu tidak doleh disangkal isi kandungannya. Tanpa karya
seperti Sejarah Melayu dan Misa Melayu, tidak mungkin lahirnya
pemikiran-pemikiran yang lebih baik dalam penghasilan pensejarahan. Adanya
manuskrip inilah yang membantu sejarawan moden mengkaji dan menilai kehidupan
zaman lalu. Sememangnya kenyataan bahawa manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan
fakta sejarah sangat tidak boleh dipersetujui.
2.2 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK KERANA PENULISANNYA
DIANGGAP HANYALAH FANTASI DAN IMAGINASI PENULIS
Roolvink
mengakui bahawa teks Sejarah Melayu
kaya dengan bahan sejarah tetapi karya itu tidak boleh dianggap karya sejarah
kerana karya ini seperti mana yang dikenali sekarang nyata merupakan sebuah
buku anekdot masa silam dan tidak bersifat karya sejarah.[15]
Pendapat ini disokong oleh Umar Junus yang turut berpegang kuat pada aliran ini,
beliau juga tidak menafikan adanya unsur sejarah dalam sejarah Melayu dan
menambah bahawa sebahagian karya ini penuh dengan unsur fiksyen dan khayalan.[16]
Apabila unsur seumpama itu ada dalam sesebuah karya, maka ia bukan lagi karya
sejarah.[17]
Kandungan karya-karya tersebut
banyak melukiskan hal-hal berdasarkan fantasi dan imaginasi penulis dengan
diselitkan sedikit peristiwa yang kebetulan berlaku pada ketika itu.[18]
Adanya selitan imaginasi dalam penulisan manuskrip Melayu ini kerana sejarawan
memiliki pentafsiran dan kretiviti yang berbeza dalam menyampaikan maksud fakta
yang diperolehi. Oleh sebab itu, setiap sejarawan tradisi seperti Tun Sri
Lanang, Raja Ali Haji serta Raja Culan memasukkan sedikit pandangan mereka
ketika menulis. Setiap tambahan ini bertujuan menyokong fakta yang dikemukakan.
Atas dasar inilah sejarawan berpendapat walaupun karya-karya tersebut banyak
dicampuradukkan dengan unsur-unsur khayalan tetapi terdapat fakta sejarahnya
yang benar tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.[19]
Contohnya, kritikan terhadap teks Sejarah Melayu yang telah dilakukan oleh
sejarawan Barat seperti J.C Bottoms dan C.O.Blagden yang mengatakan bahawa teks
tersebut hanya cerita dongeng yang mempunyai banyak unsur fantasi yang
menyeronokkan.[20]
Walaupun adanya dongeng yang dianggap sebagai penglipur lara, tetapi inilah
yang merangsang pembaca untuk membaca sehingga akhir. Sejarah tidak akan
membosankan dengan tambahan bahan ini. Tidak semestinya fakta itu hanya fakta
semata-mata, ianya boleh juga lahir daripada pemikiran seorang sejarawan
berdasarkan pemerhatiannya. Penulis sastera sejarah juga akan cuba menggunakan
kretivitinya dan imaginasinya bagi mengindahkan karyanya.[21]
Setiap sejarawan memiliki cara dan pemikiran yang berbeza dalam menyampaikan
bahan yang dimiliki. Tidak wajar kita menolak apa yang sejarawan lain sampaikan
di dalam karya mereka kerana ini merangkumi pemikiran mereka.
Ini menunjukkan bahawa sejarawan moden
tidak pernah menghargai usaha yang telah dilakukan oleh sejarawan Melayu
tradisi yang menulis dengan motif-motif tertentu.[22]
Tambahan pula, zaman tradisi memperihatkan sastera seperti syair, puisi serta
gurindam yang sangat diminati oleh lapisan masyarakat daripada pemerintah
sehinggalah rakyat. Maka, tidak hairanlah jika manuskrip Melayu yang ditulis
oleh sejarawan tradisi mengandungi dongeng dan fantasi daripada penulis. Mereka
akan memuatkan kedua-dua unsur ini dalam setiap bahan sejarah sebagai penyedap
cerita. Hikayat Raja-Raja Pasai
memperlihatkan dongengan dan imaginasi penulis diselitkan ke dalam fakta
berkenaan plot-plot cerita kepahlawanan raja-raja tersebut.
Sebagai contoh, karya-karya yang
dihasilkan di Alam Melayu seperti Sejarah
Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, dan Hikayat Merong Mahawangsa yang
dianggap sebagai hiburan atau cerita penglipur lara semata-mata disebabkan
tiada bukti yang sahih dari segi sumbernya.[23]
Dengan tegas, kenyataan bahawa manuskrip
Melayu tidak boleh dijadikan fakta sejarah disangkal kerana kita tidak boleh
menghakimi sejarawan dahulu hanya kerana mereka menyelitkan imaginasi serta
pandangan mereka dalam menyampaikan fakta sejarah. Imaginasi mereka tidak
menggugat fakta yang disampaikan walaupun tidak dinafikan terdapat unsur
berlebih-lebihan dalam manuskrip Melayu. Namun, ianya masih diterima pakai
sebagai bahan sejarah yang faktanya diakui.
Sekiranya kita boleh menerima imaginasi
penceritaan Harry Porter, kita seharusnya bersedia menerima manuskrip Melayu
kerana iamginasi dan fantasi yang diselitkan masih berunsurkan penghayatan untuk
ikhtibar kita berbanding khayalan sebuah animasi Barat yang kita
agung-agungkan. Kita harus melihat sesuatu penulisan itu secara positif sebagai
bahan yang membantu kita mengenali diri kita sendiri. Oleh sebab itu, kami
menerima manuskrip Melayu sebagai fakta sejarah.
2.3 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK SEBAGAI TULISAN
YANG DIBAYANGI
TITAH SULTAN SEMATA
Ini
kerana mereka merasakan bahawa sekiranya mereka bersikap kritis maka segala
cerita yang ditulis itu tidak akan disenangi oleh raja-raja atau
pembesar-pembesar yang menjadi pelindung dan juga penaung kepada nasib mereka.[24]
Sudah tentulah mereka tidak mahu penulisan mereka menjadi masalah kepada diri
mereka sendiri dan menyebabkan mereka menulis untuk menyenangkan hati
pemerintah iaitu raja.
Jika diperhatikan dengan teliti,
boleh dikatakan bahawa semua hasil kesusasteraan yang mengandungi unsur sejarah
memusatkan penceritaannya tentang kebesaraan raja-raja dan sesebuah negara
kota.[25]
Sungguhpun penulisan berpusat kepada keagungan raja, namun manuskrip Melayu
tidak mengabaikan kebenaran sejarah itu sendiri kerana sejarawan tradisi tetap
menyelitkan sindiran terhadap raja yang tidak menjalankan pemerintahan dengan
betul. Ini menunjukkan bahawa manuskrip itu tidak hanya sebuah naskah yang
mengagungkan raja malahan masih mementingkan unsur kebenaran fakta sejarah.
Walau apapun pandangan sejarawan
moden terhadap manuskrip Melayu yang dikatakan tidak boleh dijadikan fakta
sejarah kerana bersifat berat sebelah serta mengangung-agungkan raja untuk
kepentingan nasib sendiri, namun sejarawan tradisi inilah antara orang yang berjasa
dalam meninggikan taraf sultan di mata rakyat.
Sememangnya pensejarahan tradisi
banyak mengaitkan perihal sultan dalam penulisan mereka dan ini tidak
menjejaskan sedikit pun nilai fakta sejarah tersebut kerana kebanyakan
sejarawan yang menulis adalah mereka yang mengalami sendiri peristiwa tersebut.
Tambahan pula, sejarah adalah berkait rapat dengan perjalanan politik serta
penglibatan orang istana, maka seharusnya penulisan dikisarkan kepada golongan
istana khususnya raja. Maka, dengan tegasnya menyangkal pendapat bahawa
manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan fakta hanya kerana ianya bersangkutan
dengan perintah sultan.
Misa
Melayu tidak dapat lari daripada ciri historiografi Melayu, iaitu dengan
tujuan melegitimasikan kedudukan raja.[26]
Sungguhpun berkisar penceritaan sultan, kita tidak boleh mengenepikan manuskrip
ini sangat penting terhadap kedudukan dan pandangan orang luar terhadap
masyarakat serta kedaulatan raja-raja Melayu yang dianggap sangat berdaulat. Tambahan
pula, sejarawan tradisi tidak hanya menulis sebuah omongan kosong sebaliknya
menulis kehebatan pemikiran raja-raja yang sekaligus mengangkat martabat
bangsa.
Manuskrip
ini dikritik kerana mengamalkan sikap bias dalam penulisan iaitu menulis sebagai
alat untuk mengampu raja untuk mendapat tempat dalam pemerintahan ataupun
sebagai penyokong dalam bidang ekonomi. Oleh sebab itu, manuskrip yang terhasil
dikritik sebagai bukan bahan sejarah yang menjadi fakta sejarah. Karya-karya
ini pun lebih menekankan kepada kesusilaan, iaitu kesusilaan raja-raja dan
pembesar-pembesar.[27]
Terbukti bahawa naskah-naskah ini wajib diambil berat peranannya kerana ianya
menaikkan keagungan bangsa kita sendiri. Dalam Bustanus Salatin umpamanya, terkandung tujuh bab yang memperkatakan
tentang kejadian alam, kisah para nabi dan raja, sifat raja yang wazir dan adil
lagi berakal, raja dan wali yang bertapa serta salih, kisah raja dan wali yang
zalim, kisah orang pemurah dan berani, dan perihal akal serta ilmu firasat.[28]
Karya ini member banyak manfaat dalam meniti hari yang mendatang agar tidak
mengulangi sejarah silam yang buruk dan mencontohi sejarah silam yang benar. Seharusnya
kita memartabatkan karya ini sebagai fakta sejarah yang unggul.
Dapat
ditegaskan disini, suatu manuskrip yang baik tidak hanya member kita satu
bahagian iaitu fakta sejarah semata-mata, tetapi turut memberi kita lebih dari
penghayatan sebuah kehidupan. Hanya manuskrip Melayu memberikan kita sebuah
penceritaan yang merangkumi peristiwa dan pengajaran. Ianya sangat layak
menjadi fakta sejarah berikutan dengan kepadatan isinya.
2.4 MENGKRITIK MENGATAKAN MANUSKRIP MELAYU
TIDAK MELALUI PENGKAJIAN TELITI TERHADAP FAKTA SEJARAH YANG DITULIS
Ramai
sejarawan moden hari ini cuba membuat kajian terhadap sumber sejarah yang benar
tanpa dicampur-adukkan dengan cerita-cerita karut, mitos, dongeng, dan lagenda.[29]
Ini kerana mereka tidak mahu terus-terus menggunakan manuskrip Melayu yang
dianggap tidak layak menjadi fakta sejarah kerana faktanya bercampur aduk
dengan unsur-unsur lain seperti mitos, dongeng serta tiada pengkajian dalam
penulisan.
Contoh
yang boleh dilihat ialah cerita-cerita yang terdapat dalam buku sejarah tradisi
seperti Hikayat Merong Mahawangsa, dan Hikayat Hang Tuah.[30]
Karya ini lebih bersifat empiris-historis
iaitu menggunakan pancaindera untuk menulis atau berdasarkan pengalaman sejarah
sehingga dikatakan kurang melibatkan pemikiran jitu, kupasan secara analitikal
dan mendalam.[31]
Sejarawan
seperti R.O Winstedt mengatakan manuskrip Melayu memaparkan fakta yang tidak
dikaji terlebih dahulu dan hanya menulis bersandarkan keadaan semasa. Tanpa
mereka sedari keadaan pada zaman lampau tidak memungkinkan adanya pengkajian
yang serius. Namun penulisan mereka inilah yang dikaji oleh sejarawan moden
yang memiliki ilmu pengajian yang lebih tinggi.
Manuskrip
Melayu juga dikecam hebat dengan mengatakan manuskrip-manuskrip ini hanya
menyalin dan meniru hikayat-hikayat yang telah ada sebelumnya dan tidak
mempunyai fokus dalam menyampaikan fakta sehinggakan tidak dapat dipastikan
adakah fakta yang disampaikan itu adalah benar atau hanya suatu dongengan orang
dahulu? Ini terjadi kepada Hikayat Raja-Raja Pasai yang dikatakan meniru gaya
penulisan Sejarah Melayu. Hal ini berlaku kerana manuskrip Melayu tidak
memiliki pentarikahan yang sebenar hinggakan sejarawan moden mengkritiknya
sebagai bahan yang tidak lengkap. Namun, apa yang pasti, setiap manuskrip yang
dihasilkan adalah bertujuan mengagungkan masyarakat Melayu dan seharusnya kita
menerimanya sebagai penghormatan kepada pemerintah lampau yang memperjuangkan
bangsa kita.
Kenyataan
ini disangkal dan kami menolak bahawa manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan
fakta sejarah kerana walaupun sejarawan yang menulis manuskrip Melayu tidak
mengkaji fakta yang ditulis secara telus, namun apa yang mereka sampaikan
adalah apa yang benar-benar terjadi pada masa lalu menurut pemerhatian mereka.
Sudah menjadi adat bagi sejarawan tradisi akan mencatat apa jua sejarah yang
berlaku kerana mereka takut generasi akan datang tidak mengetahui apa yang
pernah berlaku pada zaman silam. Oleh sebab itu, manuskrip Melayu tidak
sewajarnya ditolak bulat-bulat isi kandungannya hanya kerana tiada pengkajian
yang sistematik dalam penulisannya.
Jika
dihalusi manuskrip Melayu tersebut, kita akan melihat betapa sejarawan tradisi
sangat mengagumi sejarah silam mereka sehinggakan mereka begitu taksub menulis
dan menambah untuk memperlihatkan lagi kehebatan sejarah lampau. Dengan kata
lain, kita harus menghargai usaha penulisan mereka yang begitu sayangkan
sejarah lampau. Tidak sepatutnya kita menolak fakta-fakta yang dikemukakan
dalam manuskrip tersebut. Secara tegas, kritikan terhadap manuskrip Melayu
tidak boleh dijadikan fakta sejarah ditolak kerana manuskrip Melayu sememangnya
layak menjadi fakta sejarah.
2.5 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK KERANA
PENULISANNYA BERTUJUAN MENJAGA KEPENTINGAN SEJARAWAN BUKAN UNTUK MEMAPARKAN
KEBENARAN SEJARAH
Boleh
dikatakan bahawa sejarawan menulis sejarah atas kesedaran sendiri iaitu menulis
untuk tujuan supaya sejarah yang telah berlaku itu tidak luput ditelan zaman.[32]
Sebagai contoh, Raja Ali Haji menulis kejadian yang berlaku ketika beliau
berada pada masa sejarah itu berlaku dengan tujuan agar sejarah yang berlaku
tidak akan luput ditelan zaman.
Namun,
sejarawan moden menganggap, manuskrip yang dihasilkan tidak lain daripada
bertujuan untuk menunjukkan kehebatan sendiri bukan untuk mengungkapkan
kebenaran fakta sejarah itu. Terdapat juga sejarawan yang menulis sejarah bagi
mencari kebenaran sejarah itu sendiri.[33]
Kalau lain teori atau pendekatan, lainlah pentafsiran, maka kalau banyak teori
atau pendekatan, beragamlah pentafsiran itu.[34]
Ini sememangnya menjadi adat bagi sejarawan seperti Tun Sri Lanang yang mahu
memaparkan kebenaran terhadap fakta sejarah kerana tidak mahu hanya menulis
berdasarkan perintah sultan sahaja.
Antara
fahaman yang dibawa oleh mereka ialah menganggap semua penulisan sebagai teks
yang mewakili perspektif subjektif
seseorang penulis.[35]
Sememangnya penulisan sejarawan adalah subjektif kerana mereka juga adalah
manusia biasa yang tidak dapat lari dari bersikap berat sebelah dalam penulisan
mereka. Tentunya terdapat sejarawan yang menulis untuk menjaga kepentingan
mereka sebagai contoh Tun Sri Lanang yang menulis untuk menghiburkan hati
sultan sekaligus menjaga kedudukannya.
Namun
begitu, tidak semestinya penulisan mereka tidak boleh diterima pakai kerana apa
sekalipun mereka tetap menulis sebuah karya sejarah dan karya sejarah
mengandungi fakta sejarah. Kita hanya perlu melihat ke dalam sebuah karya
sejarah tradisional kita yang paling terkenal, iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang telah diperbaiki oleh Tun Sri
Lanang pada tahun Hijrah 1021 (bersamaan T.M 1612) untuk mendapatkan unsur-unsur
yang subjektif itu termuat dengan jelasnya.[36]
Fakta inilah yang seharusnya dikaji oleh sejarawan moden bukannya dItolak
mentah-mentah. Dengan tegas, kami tidak bersetuju dengan pendapat bahawa
manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan fakta sejarah.
2.6 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK SEBAGAI
TULISAN YANG LEBIH BERSIFAT SASTERA
Tidak
dapat dinafikan bahawa pada peringkat awal iaitu sekitar zaman silam memang
belum wujud lagi disiplin ilmu sastera dan sejarah.[37]
Wujudnya karya sejarah berbentuk sastera ini kerana pada ketika itu belum wujud
kesedaran dalam kalangan penulis sejarah terhadap makna sejarah yang sebenar. Ertinya
peristiwa sejarah itu dilukiskan dalam bentuk syair agar masyarakat mudah
mengingatinya.[38]
Berlandaskan karya sastera inilah sejarawan tradisi menyampaikan fakta-fakta sejarah.
Walaupun terdapat beberapa fakta sejarah
yang benar dalam sesebuah karya kesusasteraan seperti Sejarah Melayu namun sesetengah sarjana Barat menganggap teks
tersebut bukan karya sejarah yang boleh dijadiakn rujukan sebenar.[39]
Ini kerana mereka merasakan hubungan karya tersebut mengandungi unsur sastera
dan juga telah dicampuradukkan dengan beberapa cerita dongeng dan khayalan bagi
menyedapkan lagi jalan cerita sesebuah karya tersebut.[40]
Namun, mereka tidak menyedari bahawa adanya unsur sastera dalam penulisan
sejarah menjadikan sejarah itu diminati oleh pembaca, dan sejarawan moden
sendiri menulis berpandukan teks-teks manuskrip tradisi seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat
Raja-Raja Pasai dan Tuhfat Al-Nafis.
Begitulah juga antara peristiwa ajaib
yang berlaku iaitu apabila buah padi milik Wan Empuk dan Wan Malini bertukar
menjadi emas, berdaun perak, dan berbatangkan suasa.[41]
Pada asasnya, karya ini masih merupakan sebuah karya pensejarahan tradisi. [42]
Bahan-bahan ini dianggap tidak layak menjadi fakta sejarah kerana terlalu
banyak nilai sastera dalam penulisannya walaupun asalnya ianya adalah bahan
sejarah. Oleh itu, sastera sejarah lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan
rakyat yang bukan sahaja menjelaskan fakta yang sebenar, malahan menggunakan
gaya bahasa yang menarik, mementingkan juga mitos, lagenda dan kepercayaan
karut yang secara tidak langsung dapat memikat hati pembaca.[43]
Terdapat manuskrip Melayu yang dikritik
kerana terlalu menonjolkan sastera sehingga mengabaikan aspek penulisan fakta
yang tepat seperti dalam karya Hikayat
Sri Rama dan Hikayat Inderaputra.
Namun, kita harus memahami konsep yang diketengahkan oleh pengarangnya iaitu
tidak terlalu menjurus kearah sejarah semata, tetapi lebih bersifat mendidik
dan mengingatkan. Kritikan Nurrudin Ar Raniri dalam Sirat al Mustaqim menentang
Hikayat Sri Rama dan Hikayat Inderaputra dan menganggap
kedua-dua buah karya itu tidak layak dibaca kerana tidak menyebut nama Allah
boleh juga diterima sebagai kritikan sastera.[44]
Kita harus sedar, pemikiran telah banyak berubah mengikut peredaran penzamanan
itu sendiri. Jika dahulu, sejarawan menulis tanpa memikirkan kejituan fakta
yang diberikan kerana mereka lebih memikirkan pentingnya pencatatan peristiwa
itu. Manuskrip yang terhasil itu jangan dilupuskan tetapi kajilah dan baiki
agar ianya bersesuaian dengan aliran kini sebagai fakta sejarah.
Tuhfat
al-Nafis juga dianggap sebagai karya sastera
sejarah oleh pengkritik manuskrip Melayu. Naskah ini dianggap tidak menepati
ciri penulisan sejarah, namun begitu, sehingga kini, naskah ini menjadi sumber
rujukan utama bagi penulis-penulis sejarah yang ingin mencari kebenaran sejarah
masa lampau.
Sememangnya kami tidak bersetuju dengan
adanya unsur sastera dalam penulisan sejarah menyebabkan manuskrip ini tidak
layak dijadikan fakta sejarah kerana sungguhpun tedapatnya unsur sastera, karya
ini masih dapat menyampaikan maksud sejarah itu sendiri dan ianya menjadi lebih
menarik dan mudah difahami oleh pembaca. Apa yang penting, fakta yang
disampaikan dalam manuskrip Melayu telah pun dikaji oleh beberapa pihak seperti
Perpustakaan Negara, dan hasilnya fakta itu bersamaan dengan sumber yang
diperolehi. Maka, tidaklah manuskrip ini diragui sebagai fakta sejarah.
Sebagai contoh Misa Melayu yang dianggap terlalu banyak mengandungi unsur sastera
sebenarnya hanya memiliki sebahagian daripada ciri historiografi tersebut
kerana dengan adanya unsur tersebut menambahkan keunikan plot dalam Misa Melayu. Tidak dapat dinafikan
bahawa terselit unsur kebenaran sejarah dalam Misa Melayu kerana setiap ceritanya memang wujud setelah dikaji. Misa Melayu adalah catatan kotemporari
Raja Culan yang dapat diuji kebenaran sejarahnya.[45]
Nama-nama tempat dan personaliti yang dinyatakan jika dibandingkan dengan rekod
sejarah yang lain ternyata kehadirannya.[46]
Ini membuktikan bahawa Misa Melayu bukan hanya sekadar sebuah
babad yang menceritakan kronologi suatu penzamanan masa lampau yang disifatkan
sebagai suatu karya yang hanya menekankan sastera tanpa mementingkan kesahihan
sesuatu fakta. Namun, apa yang nyata ianya sebuah karya sastera yang boleh
diangkat sebagai karya sejarah yang diterima faktanya. Tambahan pula Misa Melayu tidak meneruskan penulisan
mitos dan lagendanya tetapi menulis berdasarkan pemerhatian penulisnya iaitu
Raja Culan. paling penting dengan adanya Misa
Melayu kita dapat mengetahui sejarah Perak dengan lebih terperinci kerana Raja
Culan memang mendalami keadaan negeri Perak itu sendiri.
Jika bersandarkan hujah Collingwood, Misa Melayu memiliki unsur kemanusiaan,
saintifik, rasional, dan pendedahan (self-revealtory).[47]
Unsur ini memang menepati ciri sejarah. Oleh itu, tidak seharusnya manuskrip
ini dianggap tidak layak menjadi fakta sejarah kerana ianya telah pun menepati
sebuah karya sejarah. Kami tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan
kerana kami berpendapat sebuah karya masih boleh diterima sebagai sejarah
selagi terdapat fakta sejarah didalamnya.
2.8 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK KERANA TIDAK
MENGANDUNGI PENTARIKHAN SERTA NAMA PENGARANG
Manuskrip
Melayu teruk dikritik kerana setiap manuskrip Melayu yang dihasilkan tidak
diketahui pentarikhannya yang sebenar, fakta-fakta yang ditulis tidak
dinyatakan dengan tepat waktu kejadiannya serta manuskrip-manuskrip Melayu
dianggap tidak sahih bahan yang ditulis kerana tidak diketahui siapakah penulis
asalnya yang benar-benar mengetahui dengan tepat kejadian yang berlaku. Namun,
bagi orang Melayu, hasil pengarang dianggap sebagai hak bersama masyarakat.[48]
Antara
manuskrip yang tidak diketahui tarikh dan sejarawannya ialah Salasilah Perak. Walaubagaimanapun,
menurut Maxwell lagi, kemungkinan besar karya itu ditulis atas perintah salah
seorang Bendahara negeri tersebut dan beliau telah mendapat manuskrip itu
daripada Raja Osman, Bendahara Perak yang terakhir pada ketika itu.[49]
Walaupun manuskrip ini dianggap tidak menepati ciri sejarah kerana tiada
penyataan tentang tarikh raja-raja yang memerintah, namun sedikit sebanyak
ianya telah memberi keadaan politik di Perak. Maka, ianya boleh diperbaiki oleh
sejarawan kini dan tidak seharusnya ditolak sebagai fakta sejarah.
Karya ini telah
disalin dari semasa ke semasa bagi keperluan istana raja-raja pada zaman silam
yang sememangnya menggemari bidang penulisan yang dipercayai berbentuk
kesusasteraan.[50]
Manuskrip Melayu menerima kritikan kerana dikatakan tidak mempunyai plot
penceritaan yang khusus serta tidak memiliki penulis yang sebenarnya dan hanya
disunting oleh penulis lain sebagai contoh Misa
Melayu. Misa Melayu dikritik memiliki begitu banyak edisi sehinggakan tidak
diketahui dengan yakin apakah sebenarnya asas kepada penceritaannya.
R.O.Winstedt
sendiri pernah menyunting dan merumikan Misa Melayu dan memperbaikinya kerana
dikatakan tidak lengkap sebagai bahan sejarah. Namun apa yang pasti, Raja Culan
merupakan penulis asal Misa Melayu
ini, oleh itu tidak perlu diragui kandungannya. Manakala Hikayat Raja-Raja Pasai turut menerima kritikan kerana tidak dapat
dipastikan pentarikhan penulisannya. Bilakah peristiwa yang diceritakan didalamnya
berlaku. Misalnya, Winstedt menduga bahawa kemungkinan karya ini dikarang pada
akhir abad ke-14 atau awal abad ke-15 dan terdapat beberapa bahagian di
dalamnya yang turut ada dalam Sejarah
Melayu.[51] Dengan
kata lain, Winstedt cuba menyatakan bahawa Hikayat
Raja-Raja Pasai adalah lebih tua daripada Sejarah Melayu dan naskah asalnya sudah wujud sejak tahun 1511.[52]
Sejarawan moden seperti Winstedt mengkritik karya ini tidak dapat dipastikan
pentarikhan penulisannya apatah lagi faktanya sehinggakan menganggap karya ini
tidak layak dijadikan fakta sejarah.
R.Roolvink pula berpendapat bahawa
penulis Sejarah Melayu telah membaca
hikayat ini dan menjadikannya sebagai sumber rujukan.[53]
Manakala A.H.Hill pula menjangkakan Hikayat
Raja-Raja Pasai ditulis pada sekitar abad ke-14 dan beliau mendapati
penyusunan bahagian terakhir karya tersebut adalah sekitar tahun 1383-90.[54]
Apa yang pasti pada masa lampau sejarawan tradisi mengira zaman menurut kiraan
mereka sendiri kerana mereka belum memiliki kesedaran terhadap pentingnya
ketepatan dalam penulisan fakta. Apa yang penting bagi mereka adalah setiap
kejadian yang berlaku mesti direkodkan untuk ingatan generasi akan datang.
Menurut Winstedt, pengarang asal Sejarah Melayu tidak diketahui.[55]
Apabila tidak diketahui pengarang asalnya, bagaimana sesebuah manuskrip itu
layak dijadikan fakta. Kritikan seperti ini tidak mengugat Sejarah Melayu kerana faktanya telah pun diselidiki berdasarkan
sumber dan ternyata bukan sekadar tulisan rekaan. Seharusnya sesebuah manuskrip
yang baik mesti memiliki pengarang sebagai tanda kebertanggungjawaban terhadap
penulisan. Sedangkan Sejarah Melayu memiliki banyak edisi serta ianya hanya
disalin daripada kitab asalnya. Sejarah Melayu telah disalin oleh Encik Yahya
Bin Abdul Wahid Qurani pada hari Sabtu, 19 Syaaban 1229A.H.[56]Sungguhpun
banyak yang mengatakan Sejarah Melayu
lebih kepada anekdot, namun inilah karya yang memaparkan nilai kemasyarakatan.
Tidak salah ianya dirujuk sebagai fakta sejarah.
Kritikan yang dikemukan oleh
Winstedt ini benar, kerana terdapat banyak cerita perihal pembukuan Sejarah Melayu ini, ianya dikatakan
merupakan sebuah rekaan yang bercorak sejarah, namun begitu, kita harus melihat
daripada sudut pemikiran penulisan dahulu. Mereka gemar mencatatkan segala
peristiwa yang berlaku dengan tujuan agar peristiwa tersebut menjadi kebanggaan
kepada generasi akan datang. Oleh sebab itu, kami menganggap bahawa manuskrip
ini boleh diambil sebagai fakta sejarah kerana tidak salah membaca suatu yang
bernilai seperti yang dikatakan oleh Francois Valenjin.
Menurut Teeuw, walaupun Sejarah
Melayu tidak dapat membantu mereka yang ingin menyusun sejarah berdasarkan
kejadian-kejadian dan pentarikhan tetapi ia adalah sumber yang kaya untuk
menggali pengetahuan kebudayaan masyarakat Melayu.[57]
Ini bererti, manuskrip-manuskrip seperti Sejarah Melayu tidak pernah tergugat
dalam memberi kebenaran sejarah walaupun tidak secara keseluruhannya tetapi
sedikit sebanyak persoalan dapat dirungkaikan. Dari sudut ini, Carl Becker pula
mengatakan bahawa fakta itu bukanlah fakta semata-mata suatu tarikh tentang
sesuatu peristiwa sahaja, misalnya, tetapi sebagai lambang yang mewakili
sesuatu peristiwa mahupun sesebuah gagasan.[58]
2.9 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK KERANA
TERLALU BANYAK UNSUR PERSAMAAN DAN
PENGULANGAN
Sememangnya dalam kehidupan kita,
pengulangan telah menjadi semacam suatu perkara yang tidak boleh diubah. Tidak
terkecuali dalam penulisan sesebuah manuskrip Melayu itu. Kepada mereka,
pengulangan tidak sahaja merupakan tanda pengenal kepada cerita selanjutnya.[59]
Tujuan pengulangan ini dilakukan kerana mereka mahukan cerita seterusnya
difahami berdasarkan cerita sebelumnya. Unsur pengulangan ini juga lebih
menjurus kepada keseronokan dalam penulisan dan menjadi daya penarik kepada
sesebuah cerita. Kritikan ini tidak melihat sedalamnya tentang manuskrip itu.
Manuskrip yang mengandungi unsur pengulangan masih berjaya menjadi fakta
sejarah yang baik.
Pengulangan dalam manuskrip Melayu
bukanlah pengulangan sebuah komedi atau ditulis dengan hentam keromo mahupun
tanpa sebab. Pengarang memastikan pengulangan itu bertujuan seperti ingin
menambahkan lagi kekaguman pembaca tentang penyampaian yang lalu. Ini dapat
dilihat dalam Sejarah Melayu yang
mengandungi banyak unsur pengulangan. Faktor-faktor itulah yang membuat
karya-karya genealogi raja-raja Melayu, atau biasa dikenali karya yang bercorak
sejarah, seperti Sejarah Melayu, Hikayat
Bandjar, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Banten, Babad Beluleng
mempunyai identiti sendiri.
Sejarah Melayu dikatakan telah
meniru Hikayat Raja-Raja Pasai adalah sangat tidak tepat. Sejarah Melayu
kelihatan tidak sahaja bukanlah dibuat-buat, malah lebih menepati hakikat
sejarah, manakala tujuan Hikayar Raja-Raja Pasai ditulis lebih untuk
mengagungkan-agungkan raja-raja Pasai.[60]
Disini kita melihat perbezaan yang berlaku. Maka, tidak relevanlah jika
dikatakan manuskrip Melayu tidak memiliki identiti sendiri dan hanya mencetak
hasil kerja orang lain.
Dapat ditegaskan di sini, sebagai
seorang sejarawan, kita harus bersikap positif. Jangan terlalu mudah menghakimi
serta menolak sesuatu karya tanpa melakukan pengkajian yang jitu ke atasnya.
Manuskrip Melayu telah berupaya menjadi fakta sejarah. Tidak dapat dinafikan
terdapat beberapa bahagian yang memerlukan penelitian faktanya yang sedikit
pincang, namun ianya masih lagi berpotensi sebagai fakta sejarah.
2.10 MANUSKRIP MELAYU DIKRITIK KERANA TIDAK
MEMPUNYAI BENTUK YANG TETAP
Antara lain kritikan manuskrip
Melayu ialah ialah dikatakan tiada bentuk tetap dalam penulisan.Setiap
manuskrip tersebut berbeza dengan manuskrip yang lain. Tiada pengkhususan walaupun di bawah tajuk
yang sama. Menurut Mulyadi, sehingga kini terdapat 30 versi Hikayat Inderaputra, 21 versi Sirat al-Mustaqim, 26 versi Tajus Salatin dan 18 versi Bustanul-Salatin.[61]
Kritikan ini memang tidak dinafikan benar, namun, kita melihat kepada zaman
silam. Terlalu ramai pencatat yang gemar mencatatkan sesuatu apabila melihat
ada yang mencatatkannya. Ini menyebabkan karya tersebut bersambung-sambung
dalam versi yang berbeza.
Demikian juga dengan Sejarah Melayu edisi Winstedt dan Edisi
Shellabear.[62]
Bilangan bab yang terhasil berbeza walaupun tajuknya sama. Ini menambahkan lagi
kritikan terhadap manuskrip ini yang dianggap sebuah rekaan, tiada kebenaran
dalam penulisan, bercampur aduk serta tidak ditulis dengan teliti. Namun, kita
mengambil kira juga keadaan lampau. Besar kemungkinan naskah asal telah hilang
akibat peperangan, bencana alam atau juga tiada penyimpanan yang khusus
terhadap manuskrip tersebut. Maka, penyalin telah menambah atau memotong mana-mana
bahagian menurut idea mereka sendiri. Penambahan dan pemotongan ini sudah
tentulah berdasarkan kajian dan rujukan mereka terhadap sumber-sumber yang
dipercayai.
Manuskrip ini masih dianggap layak
sebagai fakta sejarah kerana walaupun terdapat pelbagai versi, ianya tetap
menjurus kepada penceritaan sejarah. Contohnya Sulalatus Salatin. Ianya memiliki pelbagai edisi dengan pengarang
yang berbeza. Namun isinya memperihalkan tentang masyarakat Melayu khususnya
keadaan di Melaka. Sudah cukup kuat bukti yang membolehkan ianya diambil
sebagai fakta.
3.0 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulan, sejarawan moden mengkritik penulisan sejarawan tradisi dengan
menganggap manuskrip yang dihasilkan tidak boleh dijadikan fakta sejarah
sejarah kerana manuskrip tersebut tidak menepati garis panduan penulisan
sejarah yang tidak dicampuradukkan dengan mitos, lagenda,tidak bertumpu kepada
sebelah pihak, tidak mengandungi unsur sastera serta hanya menulis bahan
sejarah yang telah dikaji sahaja. Walau apa pun tanggapan sejarawan Barat
terhadap manuskrip Melayu kerana ianya tetap memberi sumbangan yang besar
terhdap pengkajian sejarah terutamanya tentang masyarakat Melayu zaman silam.[63]
Walaupun
sejarawan moden yang membuat pengkajian terhadap keadaan politik, ekonomi, dan sosial
masyarakat, mahu tidak mahu mereka tidak dapat lari daripada merujuk
sumber-sumber tradisi yang boleh dipercayai akan kebenarannya.[64]
Ini membuktikan bahawa manuskrip Melayu masih layak dijadikan fakta sejarah
kerana manuskrip ini telah dirujuk oleh sejarawan moden. Tegasnya disini,
pendapat bahawa manuskrip Melayu tidak boleh dijadikan fakta sejarah sangat
tidak relevan kerana seandainya ia tidak boleh dijadikan rujukan sejarah, maka
ianya akan dilupuskan namun yang terjadi adalah sebaliknya. Sejarawan moden
masih lagi menggunakan manuskrip ini sebagai sumber rujukan utama mereka dalam
proses mencari kebenaran sejarah lampau.
Sungguhpun
begitu, kami tidak menolak mentah-mentah kritikan tersebut kerana sememangnya
kritikan tersebut terselit kebenarannya kerana beberapa naskah manuskrip Melayu
memaparkan unsur yang berlebih-lebihan dalam penulisannya. Pentafsiran yang
dibuat oleh setiap individu itu memang tidak mungkin sama walaupun sumber yang
diperolehi adalah sama. Tambahan pula sejarawan tradisi lebih mementingkan
penceritaan berbanding penyelidikan. Ianya masih boleh diperbaiki oleh
sejarawan moden yang telah diterapkan ilmu pensejarahan yang lebih baik
daripada sejarawan tradisi yang hanya mampu menulis menurut pentafsiran mereka
tanpa penyelidikan yang khusus.
4.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Fauzi Mohd. Basri
(penyelenggara), Misa Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002
Ding
Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu:
Masalah Kritikan dan Cadangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, 2003
Haron
Daud, Sejarah Melayu : Satu Kajian
daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993
Hj.
Wan Ali Hj Wan Mamat, Katalog Manuskrip
Melayu di Belanda, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysian, 1985
J.C.Bottoms,
“Some Malay Historical Sources:A
Bibliographical Note”(dalam Soedjatmoko, An Introduction to Indonesian Historiography), New York: Cornell
University Press, 1965
Katalog
Pameran, Manuskrip Melayu Antarabangsa, Manuskrip
Melayu: Suatu Penghayatan Minda Melayu, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia, 1995
M.Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999
Muhd. Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian, dan
Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000
Muhd. Yusuf Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997
Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah, Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, 2004
RUJUKAN
TAMBAHAN
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahyudin
Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988
Rahman Shaari, Kritikan Sastera Melayu : Pendekatan dan Pemikiran, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994
[1] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm 105
[2] Ibid.,
[3] Hj. Wan Ali Hj Wan
Mamat, Katalog Manuskrip Melayu di
Belanda, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysiam, 1985, hlm v
[4]Muhd.
Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah : Falsafah,
Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2000, hlm
165
[5] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm 26
[6] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 18
[7] Ibid., hlm 19
[8] Ibid.,
[12] Ibid., hlm 38
[15] M.Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan
Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm 4
[16] Ibid.,
[17] Ibid.,
[18] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, , 2002, hlm 20
[19] Ibid.,
[20] Ibid.,hlm 26
[21] Ibid.,, hlm 39
[22] Ibid., hlm 26
[23] Ibid., hlm 17 (lihat juga dalam J.C Bottoms,Some Malay Historisal
Sources : A Bibliographical Note (dalam Soedjatmoko, An Introduction to Indonesian Historighaphy), New York: Cornell
University Press, hlm 180)
[24] Ibid., hlm 25
[25] Ibid., hlm 37 (lihat juga dalam Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah Kritikan
dan Cadangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd, 2003, hlm 144-145)
[26] Ahmad Fauzi Mohd.
Basri (penyelenggara), Misa Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm xvii
[27] Hashim Awang, Othman
Puteh, Ramli Isin, dan Sahlan Mohd Sama, “Pembahagian
Kesusasteraan Melayu”Mendekati Kesusateraan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd,1985, hlm 61
[28] Ibid.,
[29] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 2002, hlm 18
[30] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 20
[31] Ibid.,
[32] Ibid., hlm 14
[33] Ibid., hlm 15
[34] Ding
Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu:
Masalah Kritikan dan Cadangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm 145
[35] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 2002,
hlm 26
[36] Muhd.
Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka,2000, hlm 125
[37] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 2002, hlm 34
[38] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 35
[39] Ibid., hlm 37
[40] Ibid.,
[41] Ibid., hlm 38
[42] Muhd. Yusuf Ibrahim, Pensejarahan
Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 11
[43] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 2002, hlm 39
[44] Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah Kritikan
dan Cadangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd, 2003, hlm 144
[45] Ahmad
Fauzi Mohd. Basri (penyelenggara), Misa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka,
1992, hlm xvii (pengenalan)
[46] Ahmad Fauzi Mohd.
Basri (penyelenggara), Misa Melayu,
hlm xviii (pengenalan)
[47] Ibid.,
[48] Katalog Pameran,
Manuskrip Melayu Antarabangsa, Manuskrip
Melayu: Suatu Penghayatan Minda Melayu, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia, 1995
[49] Muhd.
Yusuf Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, hlm 3
[50] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 106
[51] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 108
[52]
Ibid.,
[53]
Ibid.,
[54]
Ibid.,
[55] M.Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan
Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm 2
[56] Siri Bibliografi Manuskrip No.6, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia, 1990, hlm 67
[57] Haron Daud, Sejarah Melayu : Satu Kajian daripada Aspek
Pensejarahan Budaya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 5
[58] Muhd.
Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka,2000, hlm 173
[59] Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah Kritikan
dan Cadangan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd, 2003, hlm 108
[60] Ibid., hlm 112
[61] Ibid.,hlm 96
[62]
Ibid.,
[63] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm
117
[64] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, hlm 18
No comments:
Post a Comment