Pendahuluan
Kepentingan
dan penggunaan pengadilan moral dalam penulisan sejarah memang tidak dapat
disangkal lagi berdasarkan faktor-faktor tertentu. Menurut Kamus Pelajar edisi
Kedua, pengadilan memberi maksud mahkamah yang menjadi tempat pengadilan,
dimana suatu keputusan dapat dicapai setelah mengadili sesuatu, cara mengadili
atau menjadi sidang hakim ketika mengadili sesuatu perkara. Manakala moral pula
begitu sinonim terhadap akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan,
kesantunan, sopan santun , ketertiban, adab dan abik perangai.
Manakala
ahli sejarawan barat iaitu Andrian Oldfield merumuskan bahawa pengadilan
moral adalah berbentuk penilaian baik ataupun buruk dalam bentuk pujian atau
kutukan yang dibuat berdasarkan peristiwa ataupun perlakuan seorang pelaku dalam
sejarah seperti :
“…pengadilan moral terutama pengadilan moral
berbentuk pujian atau
kutukan. Penyataan moral bergantung kepada perbezaan
tahap samaada
baik atau
buruk…”[1]
Adrian
Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk "Moral Judgements in History" menganggap bahawa masalah
pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable)
dalam penulisan sejarah.
Qasim
Ahmad pula menyatakan bahawa pengadilan
moral merupakan perlakuan-perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun mengenakan
penilaian tertentu, kepada suatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku
dalam sejarah.[2] Manakala Abdul Rahman Haji Abdullah memerihalkan pengadilan moral adalah suatu
peristiwa sejarah ataupun perbuatan atau perlakuan yang mendorong pernilaian
yang memuji atau mengeji dengan menggunakan istilah seperti baik, kejam, jahat
dan sebagainya bagi menunjukkan pujian ataupun kutukan serta label-label yang
digunakan oleh media Barat terhadap golongan muslim seperti militant, fanatic, separatist, extremist
dan sebagainya.
Ini kerana penyelidikan yang dijalankan akan
dipengaruhi oleh pengalaman serta latar
belakang penulis yang akan mempengaruhi perasaan penulis. Dalam kes ini,
penulis haruslah meletakkan diri mereka di luar ruang lingkup penyelidikannya
dan perlu bersikap neutral tetapi tidak dapat dinafikan bahawa penulis secara
semulajadinya akan menjatuhkan pengadilan moral terhadap sesuatu perkara tanpa
disedari. Ini diterangkan oleh Muhd Yusof Ibrahim yang menyatakan bahawa
“Kemampuan
untuk berbuat demikian terletak pula
kepada pengaruh yang membentuk pendirian dan pandangannya, yang diterimanya
dari masyarakatnya, pelajarannya, pengalamannya, serta juga pemikirannya. Semua
ini merupakan unsur-unsur yang merupakan tenaga pengaruh dalam penulisannya”[3]
Secara umumnya, pendirian ahli sejarahwan terhadap
pengadilan moral mendorong kepada wujudnya dua aliran pemikiran iaitu aliran
pemikiran konservertif dan juga aliran pemikiran progresif. Kedua-dua aliran
ini mempunyai pendapat yang berbeza terhadap isu pengadilan moral. Aliran
konservatif merupakan suatu aliran pemikiran yang menyokong dan menggunakan
pengadilan moral dalam penulisan mereka. Manakala aliran pemikiran progresif
pula menentang penggunaan pengadilan moral dalam penulisan mereka.
Golongan aliran pemikiran konservatif berpendapat
bahawa penggunaan pengadilan moral dalam penulisan mereka dapat memudahkan
pembaca atau masyarakat memahami sejarah atau peristiwa yang berlaku dengan
lebih tepat. Antara sejarawan yang mempunyai aliran pemikiran konservatif ialah
Voltaire, Lord Action, E.H Carr, Agnes, Livy, Arnold Toyabee dan Tatinus. Ahli
sejarawan ini mengganggap pengadilan moral penting bagi menunjukkan perlakuan
ataupun peristiwa dalam sejarah yang dapat memuji individu yang berjasa dan
memalukan orang yang berdosa.[4]
Ini dapat dilihat melalui pandangan Voltaire yang menyatakan bahawa penggunaan
pengadilan moral dalam sejarah dapat
memerangi kejahatan seperti feudalisme, kekejaman dan keganasan.
Manakala Agnes pula menyatakan bahawa pengadilan
moral adalah bertujuan untuk menilai orang melalui perlakuan individu tersebut
yang bukan bertujuan untuk mengadili tetapi hanya untuk memperlihatkan keadaan
yang berlaku sebenarnya.
Penggunaan
unsur pengadilan moral dalam penulisan sejarah memang tidak dapat dielakkan
dalam penulisan sejarah seperti yang telah nyatakan oleh Berlin dan Oldfield.[5]
Jika pengadilan moral dikikiskan, Oldfield berpendapat bahawa “ sejarah tinggal
tidak lebih daripada cerita”[6]
Kepentingan pengadilan moral dalam penulisan sejarah
Memberi gambaran tentang tingkah laku ataupun sikap
manusia
Pengadilan
moral yang dijatuhkan terhadap seseorang ataupun peristiwa sejarah adalah untuk
menunjukan atau memberi gambaran awal terhadap sikap manusia. Ini dapat dilihat
perkataan seperti kejam, ganas, mulia,
suci dan sebagainya digunakan dalam penulisan yang mendorong kepada
gambaran ataupun penilaian untuk memuji dan menyatakan kelemahan seseorang
pelaku dalam sejarah. Pengadilan moral
yang yang dijatuhkan kepada pelaku ataupun peristiwa dalam sejarah terdiri
daripada dua bahagian iaitu pengadilan sekular dan pengadilan teologi.
Pengadilan sekular memerupakan pengadilan yang berunsurkan puji-pujian seperti
terhadap apa yang berlaku oleh pelaku sejarah yang boleh diterima dan
menunjukkan sifat yang terpuji dalam kalangan masyarakat pada zaman tersebut. Manakala pengadilan
teologi pula, ia melibatkan persoalan pahala dan dosa berdasarkan pandangan
agama Islam.
Sejarahwan
Mansor Abdullah telah memerihalkan pelaku iaitu Panglima Nayan yang berniat
untuk membantu rakyat dengan cara mencuri dan membahagikan harta yang diperoleh
dari hasil rompakan kepada rakyatnya. Ini dapat memperlihatkan bahawa Panglima
Nayan merupakan seorang panglima yang memperjuangkan nasib orang miskin agar
tidak ditindas dan diekspotasi tenaga oleh Orang Kaya. Pengadilan yang berbentuk sekular dapat
dilihat iaitu penulis mengatakan bahawa Panglima Nayan membantu orang miskin
dengan memberi harta yang telah dirompak. Pengadilan moral yang telah
dijatuhkan memperlihatkan pelaku mempunyai sikap yang terpuji walaupun telah
mencuri dan merompak harta daripada pihak lain. Ini memperlihatkan penulis
tidak bersikap bias terhadap pelaku dalam sejarah iaitu tidak mengutuk sikap
pelaku sebaliknya memuji dan memperlihatkan sikap positif pelaku.
Contoh
yang lain dapat dilihat adalah Herodotus telah memuji kemenangan Greek dalam
pentempuran Marathon dan Salamis serta mengganggap Athens sebagai penyelamat
negara-negara Greek tapi telah menuduh raja-raja Parsi sebagai seorang yang
angkuh dan kejam.
Pernyataan
yang telah dibuat oleh Herodotus telah menggambarkan bahawa raja-raja parsi
yang merupakan golongan atasaan yang bersifat tidak berperikemanusiaan, raja
yang zalim dan sebagainya. Ini dapat dilihat apabila Herodotus menjatuhkan
pengadilan moral kepada raja-raja Parsi yang telah menggambarkan tentang
tingkah laku raja tersebut melalui perkataan ‘angkuh dan kejam” yang telah
dijatuhkan. Tafsiran yang dibuat oleh Herodotus memudahkan pembaca ataupun
masyarakat menilai dan memahami sendiri peristiwa yang berlaku berdasarkan
gambaran sikap dan perilaku pelaku dalam peristiwa sejarah.
Selain
daripada itu, unsur berat sebelah dapat dielakkan dengan memasukkan unsur-unsur
pengadilan moral. Ini dapat dilihat sendiri dalam penulisan Herodotus yang
tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam penulisannya. Beliau telah menyatakan
sendiri kebaikan dan keburukan pihak yang terlibat dengan niat tidak memasukkan
unsur bias. Penglibatan unsur pengadilan moral dalam penulisan ini dapat
menggelak daripada mengutuk dan menyatakan keburukkan satu pihak sahaja.
.
Menghindar daripada unsur bias iaitu memihak pada
satu pihak sahaja.
Unsur
bias ataupun berat sebelah memang tidak dapat dielakkan dalam penulisan
sejarah. Ini terjadi akibat penulis tidak dapat mengawal diri dan tidak dapat
meletakkan diri mereka di luar bidang kajiannya. Contohnya, dalam penulisan
sejarah, penulis perlulah bersifat neutral agar tidak mempengaruhi cara penulisan .Namun begitu,
penulis atau ahli sejarahwan juga manusia yang mempunyai perasaan dan pendapat
tersendiri terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Secara tidak lansung atau tanpa disedari , penilaian atau
pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku akan berlaku dengan
menjatuhkan pengadilan moral.
Ini
sekaligus dapat menghindari daripada penghasilan penulisan yang bersifat berat
sebelah iaitu penulisan sejarah yang ditulis adalah bertentangan dengan
kejadian atau peristiwa dan yang lebih tepat sekali ialah ia bertentangan
dengan fakta dalam sejarah. Unsur pengadilan moral yang tidak digunakan dalam
penulisan menyebabkan pihak dalam peristiwa sejarah dikutuk dan dianggap hina
walaupun pada hakikatnya pihak tersebut tidak bersalah. Namun jika adanya
penglibatan pengadilan moral dalam penulisan sejarah, peristiwa yang berlaku
akan ditafsirkan dengan menerapkan nilai adil dalam penulisan tersebut agar
semua pihak atau pelaku dalam peristiwa sejarah tersebut dapat dibela dan tidak
dikutuk tanpa usul periksa.
Ini
dapat dilihat melalui tindakan Tun Sri Lanang yang telah menulis mengenai sejarah raja-raja melayu dalam karyanya yang
bertajuk ‘Sejarah Melayu’ yang hanya memaparkan kehebatan dan keagungan
raja-raja melayu yang memerintah. Ini jelas sekali tidak memaparkan unsur-unsur
negatif dalam penulisan beliau terhadap raja-raja melayu iaitu dalam erti kata
yang lain beliau telah menyembunyikan fakta-fakta sejarah yang boleh memalukan
dan memperkecilkan raja melayu. Tambahan pula ketika itu, Tun Sri Lanang
merupakan Bendahara yang begitu
mementingkan dan menjaga prinsip ‘pantang
rakyat derhaka raja’. Ini dapat memperlihatkan simbolik kepada nilai
ketaatan yang ada dalam setiap diri rakyat yang perlu mengganggap raja sebagai
individu yang mulia. Ini dapat disokong melalui
prinsip daulat[7]
dan derhaka[8]
yang mengatakan bahawa perintah ataupun arahan sultan perlu diikuti dan jika
tidak sultan akan murka yang menyebabkan bala[9]
akan menimpa serta hukuman dijalankan.
Secara
logiknya, jika pengadilan moral tidak dapat digunakan dalam penulisan ini,
sudah pastinya perbuatan golongan raja yang berunsur negatif akan diketahui dan
dinyatakan. Ini akan menyebabkan rakyat yang selama ini menghormati raja telah
hilang kepercayaan terhadap pemerintah tersebut. Kewujudan masyarakat yang anti kepada raja juga akan terbentuk.
Dari sudut di zaman moden pula, pendedahan ini menyebabkan orang luar ataupun
masyarakat mengganggap institusi raja merupakan hanyalah pada nama “raja” dan mempunyai taraf
yang sama dengan rakyat biasa. Peristiwa pengeboman bandar Hiroshima dan
Nagasaki di Jepun oleh British telah memperlihatkan unsur bias yang bersifat mengagungkan kuasa asing iaitu British oleh para
sejarahwan. Ini kerana sejarahwan berpendapat bahawa British telah memusnahkan
kuasa yang terkuat di Asia Tenggara bagi menjamin serta menjaga keamanan dunia.
Antara kesan daripada perbuatan ini jelas dapat dilihat melalui pembunuhan atau
mangsa pengeboman yang telah mengorbankan beribu-ribu mangsa yang tidak berdosa
hanya kerana sifat ego kedua-dua pihak yang tidak mahu menyerah kalah. Melalui
peristiwa ini, kita dapat melihat bahawa penulis hanya memuji dan mengagungkan
pihak British yang dikatakan menjaga keamanan tanpa memikirkan kesan yang
berlaku kepada Jepun yang telah mengalami kerosakan harta benda dan kehilangan
nyawa yang banyak. Pengadilan moral yang telah dijatuhkan menyebabkan pembaca
mengganggap tindakan British mengebom Nagasaki dan Hiroshima adalah tindakan
yang wajar. Kelakuan ataupun motif sebenar British telah disembunyikan oleh
penulis bagi mengelakkan pembaca berfikiran negatif terhadap British.
Qassim Ahmad yang berpendapat bahawa karya Butterfield
yang telah menjadikan ibu Hitler sebagai rujukan utama untuk menulis kisah
mengenai Hitler. Ini dapat dilihat bahawa sudah semestinya seorang ibu akan
menceritakan kebaikan anaknya sahaja. Namun, kenyataan sebenar telah disembunyikan
oleh ibu Hitler iaitu Hilter telah membunuh orang yahudi dengan cara yang kejam
iaitu mengurung mereka didalam bilik dan melepaskan gas beracun sehinggakan
mereka meninggal dunia.[10]
Menjadi teladan dan pengajaran
Melalui penulisan ini, pengadilan moral perlu kerana
pengadilan atau menjatuhkan hukuman terhadap pihak dalam peristiwa sejarah
haruslah berdasarkann penyelidikan dan kajian sebelum membuat pengadilan. Ini
dapat dilihat melalui karya Butterfield, ahli sejarahwan yang lain tidak perlu
menerima pandangan beliau secara keseluruhan kerana ahli sejarahwan lain turut
mempunyai pendapat tertentu. Ini kerana Butterfield memegang prinsip keobjektifan[11]
dalam penulisannya. Unsur pengadilan moral memang tidak
dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah , ini kerana hukuman pengadilan moral
yang dijatuhkan terhadap pelaku ataupun peristiwa sejarah akan memberi
pengajaran kepada masyarakat akan datang. Ini kerana, sudah pastinya kesilapan
pada masa lampau tidak ingin diulangi lagi. Namun begitu, seorang ahli sejarah
perlu menjalankan penyelidikan secara terperinci dan mengumpul sumber yang
boleh dipercayai sebelum menjatuhkan
pengadilan moral terhadap pelaku dalam peristiwa sejarah. Hal ini penting agar
penulis dapat mentafsir dan tidak menerima sepenuhnya sumber yang diperolehi ke rana terdapat
sumber-sumber yang cenderung kepada unsur bias atau menceritakan sesuatu
peristiwa secara objektifContoh peristiwa yang memberi pengajaran kepada
masyarakat adalah peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah
rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi
ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam
dalam sejarah negara Malaysia. Akibat daripada kejadian ini, ramai orang yang
menjadi mangsa rusuhan tersebut. Ini dapat melalui angka rasmi menunjukkan 196
mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan serta211 kenderaan musnah. Tapi
ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada
Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa
dalam peristiwa 13 Mei. [12]
Statistik tidak rasmi menunjukkan jumlah kematian orang Melayu adalah 86 orang,
Cina 342 orang dan lain-lain 3 orang. Statistik tersebut tidak begitu tepat
kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat
berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis
Jalan Travers waktu itu.
Rajah
1: Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon
yang menjadi sasaran rusuhan.
Rajah 2: Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan
jalanraya turut berlaku
Peristiwa
ini memberikan kesan yang amat mendalam dalam diri masyarakat pada ketika itu.
Ini sekaligus member pengajaran kepada masyarakat agar mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatu padu, berkerjasama dan hormat-menghormati antara satu
sama lain. Jika pengadilan moral tidak dijatuhkan dalam peristiwa atau pelaku
dalam peristiwa sejarah ini, sudah pastinya peristiwa ini hanya menjadi suatu
fakta sahaja.
Menunjukkan tujuan penulis (ideologi).
Dalam penulisan sejarah, pengadilan moral
tidak dapat dipisahkan kerana penulis menulis bertujuan untuk mempengaruhi
pembaca. Walaupun pada dasarnya kita dapat lihat terdapat fakta yang sama,
tetapi disebabkan wujud pengadilan moral yang bertujuan untuk mempengaruhi
ideologi pembaca, maka ianya terus digunakan dan tidak dapat dipisahkan dalam
penulisan sejarah kerana dinilai dari kaca mata yang berbeza. Menurut Agnes,
pengadilan moral adalah menilai seseorang daripada perlakuan.[13]
Oleh itu, walaupun sesuatu perkara yang berlaku adalah berbeza mengikut
pandangan seseorang. Maka, pengadilan moral yang digunakan juga adalah berbeza
berdasarkan ideologi dan tujuan mereka menulis.
Sebagai
contohnya, Sarjana Mansor Abdullah telah mengatakan Panglima Nayan di Kedah
telah membantu orang miskin dengan cara merompak orang kaya yang telah
mengeksploitasikan golongan miskin dan membahagikan harta tersebut kepada
golongan miskin.[14]
Oleh itu beliau telah digelar panglima (pembela) oleh rakyat. Cheah Boon
Kheng menganggap Panglima Nayan sebagai
pembela rakyat yang ditindas oleh golongan kaya malah turut digambarkan sebagai
“bandit social” olehnya.[15]
Oleh itu pengadilan moral tidak dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah dan
selaras dengan pendapat Voltaire iaitu pengadilan moral digunakan untuk memuji
orang yang melakukan kebaikan.[16]
Cheah Boon Kheng melihat perkara ini dari sudut positif (kaca matanya) dan
mengatakan panglima nayan telah melakukan perkara yang berjasa dan memuji Panglima
Nayan. Perkara ini pula berbeza mengikut kaca mata atau ideologi Mansor
Abdullah sendiri. Beliau telah menyifatkan tindakan Panglima Nayan sebagai tindakan
yang kejam dan mengatakan panglima nayan seorang penyamun yang kejam kerana
ketika merompak harta tersebut Panglima Nayan telah membunuh Taukeh Ah Leng. [17]
Fakta ini dapat mengukuhkan lagi mengapa pengadilan moral dalam penulisan
sejarah tidak dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah. Oleh kerana wujud
pelbagai pandangan dalam sesuatu peristiwa, maka pengadilan moral perlu
digunakan bagi menunjukkan keadaan pada waktu itu berdasarkan pandangan yang
berbeza.
Selain
itu, pengadilan moral juga tidak dipisahkan dalam penulisan sejarah kerana
ianya digunakan untuk mempengaruhi masyarakat. Sebagai contohnya peristiwa
penggubalan Akta Nuremberg 1935 oleh Hilter.[18] Menurut
Lucy S. Dawidowiez, beliau mengatakan penggubalan akta tersebut adalah kejam
kerana telah membenarkan Bangsa Jerman untuk bertindak kasar termasuk membunuh
kaum yahudi yang menetap di jerman. Penulisan beliau ini mampu mempengaruhi
ramai orang dan mereka telah menyifatkan
tindakan Hitler ini melampaui batasan manusia.
Menurut
Qasim Ahmad, tiada bukti yang mengatakan bahawa perbuatan beramai-ramai ini
dilakukan dengan cara yang tidak disengajakan. Dalam erti kata lain, beliau
juga turut menyokong pandangan Lucy S.
Dawidowiez yang menganggap dan menjatuhkan pengadilan moral terhadap Hitler
sebagai seorang kejam. Oleh itu, pengadilan moral sememangnya tidak dapat
dipisahkan dalam penulisan sejarah dan dapat disokong melalui pendapat Voltaire
iaitu memalukan mereka yang bersalah.[19]
Dalam
konteks ini, kita dapat lihat bahawa
Lucy S. Dawidowiez dan Qasim Ahmad menjatuhkan pengadilan moral atas
dasar ingin menceritakan hal sebenar walaupun terdapat unsur untuk
mempengaruhi. Menurut pandangan kami, mereka ingin mempengaruhi masyarakat lain
kerana mereka ingin menceritakan hal yang sebenar berdasarkan pandangan mereka.
Bagi Rakyat Jerman pula, mereka menganggap perbuatan Hitler ini sesuatu yang
suci dan mulia. Hal ini adalah kerana, akta berkenaan digubal bagi tujuan
membentuk bangsa jerman yang unggul didunia iaitu bangsa Aryan.[20]
Oleh sebab itulah, Lucy S. Dawidowiez dan Qasim Ahmad mengatakan Hitler kejam
kerana mereka khuatir ada masyarakat lain akan melakukan tindakan yang sama
atau terpengaruh oleh bangsa Jerman yang menganggap tindakan Hitler itu sesuatu
yang mulia.
Selain itu, peristiwa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu juga dianggap kejam oleh masyarakat dunia kecuali masyarakat Jepun juga
adalah kerana wujudnya pengadilan moral yang menggambarkan peristiwa berkenaan.
Sebagai contohnya, Ghazali Mayuddin yang telah menggunakan pengadilan moral
dalam penulisannya bagi menggambarkan kekejaman jepun pada waktu itu. Sebagai
contoh beliau beliau telah menjatuhkan pengadilan moral ialah, Jepun telah
membunuh orang cina beramai-ramai sebaik sahaja tiba di Johor Bharu dan
perbuatan ini telah berlarutan ke tempat-tempat lain.[21]
Secara tidak langsung, pembaca akan terpengaruh dan turut sama menjatuhkan
pengadilan moral kepada Jepun kerana melalui pengaruh penulisan ini, mereka
dapat memahami peristiwa yang sebenarnya berlaku pada waktu itu. Maka,
pengadilan moral sememangnya perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam penulisan
sejarah atas sebab untuk menunjukkan tujuan penulis atau ideologi mereka serta
menceritakan peristiwa yang sebenar.
Melihatkan keagungan dan penghargaan
Pengadilan moral dalam penulisan sejarah juga
tidak dapat dipisahkan kerana pengadilan moral berfungsi sebagai melihatkan
keagungan dan memberi penghargaan samaada kepada individu atau organisasi.
Pandangan Agnes iaitu sudah menjadi naluri manusia akan menilai apa yang telah
dilakukan. Lazimnya, apabila seseorang itu menilai mengikut naluri sendiri,
kebanyakkan orang akan menceritakan kebaikannya berbanding keburukannya.
Sebagai buktinya, kebanyakkan penulis
akan cenderung untuk menceritakan kehebatan atau keagungan mereka. Sebagai contohnya, di negara barat, Putera Henry banyak menggalakkan penjelajahan
pada abad ke-15 untuk menjadikan abad tersebut sebagai “Tahun Penjelahan
Portugis”.[22]
Walaupun Putera Henry tidak menggunakan perkataan pengadilan moral, namun ia
jelas ia menunjukkan bahawa putera Henry telah cuba mengagungkan Portugis dalam
kalangan negara barat yang lain dengan menyatakan bahawa abad Ke-15 sebagai
tahun penjelajahan portugis. Dalam erti kata lain, pengadilan moral telah
dijatuhkan oleh Putera Henry sendiri untuk mengagungkan bangsa portugis.
Selain
itu, ketika Alfonso D’ Albuquerque berjaya menawan Melaka pada 1511, beliau
telah berucap dihadapan tenteranya dengan penuh bangga dan bertujuan untuk
menaikkan semangat tenteranya agar memusnahkan agama Islam supaya tidak muncul
lagi dimuka bumi.[23]
Pernyataan ini juga jelas menujukkan bahawa Alfonso d’ Albuquerque mengagungkan
agama kristian dan ingin memusnahkan islam. Oleh sebab itulah, pengadilan moral
tidak dapat dipisahkan dalam penulisan sejarah kerana ia perlu untuk melihatkan
keagungan seseorang atau sesebuah institusi. Selain itu, terdapat juga penulis
seperti Tun Seri Lanang yang mengagungkan Melaka sebagai pusat ekonomi yang
terkenal. Beliau telah menjatuhkan pengadilan moral terhadap Melaka dengan cara
menceritakan kehebatan melaka dan menyembunyikan keburukan melaka. Sebagai contohnya, perkembangan Melaka sebagai pusat
pelabuhan perdagangan antarabangsa semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah
(1424-1444) menjadi bertambah pesat di zaman Sultan Muzaffar Syah (1446-1458).[24]
Melaka juga dianggap sebagai pusat pengumpulan rempah di
Asia berdasarkan keagungannya menjadi pelabuhan entraport serta pelabuhannya
juga disinggahi oleh kapal dari negeri- negeri lain yang membawa barang
dagangan dari Timur Tengah, bandar-bandar pelabuhan Mediterranian, Eropah dan
sebagainya.[25] Ini adalah bukti wujudnya konsep pengadilan moral
walaupun ia tidak menggunakan kata-kata tertentu, namun ia jelas mengagungkan
melaka pada waktu itu. Inilah sebab mengapa pengadilan moral tidak dapat
dipisahkan kerana setiap penulis cenderung untuk melihatkan keagungan negara
atau individu yang berada di pihak mereka.
Hak
asasi manusia
Hak asasi manusia ditafsirkan
sebagai suatu hak manusia untuk mempunyai kebebasan bersuara dan melakukan
perkara yang ingin dilakukan tanpa
sekatan daripada pihak lain selagi tidak melanggar norma-norma masyarakat.
Penggunaan unsur pengadilan moral dalam penulisan sejarah dapat memperlihatkan
dan menyedarkan masyarakat tentang hak asasi yang dipunyai setiap individu. Ini
dinyatakan oleh R.Sutharalinggam bahawa pengadilan moral merupakan ukuran dalam
penilaian ahli sejarah yang bukan sahaja berdasarkan kepada persoalan tentang
kepentingan rakyat secara
keseluruhannya. Malah ia turut melihat kepada pihak yang manakah yang menodai
hak asasi manusia yang menjadi aspek terpenting yang perlu dititikberatkan
dalam penulisan sejarah.
Contoh
yangdapat dilihat dalam penulisan sejarah ialah peristiwa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.
Peristiwa yang berlaku ini menyebabkan penduduk di Tanah Melayu mangalami
suatu proses perubahan cara hidup yang mendadak termasuklah penerapan
unsur-unsur Niponisasi, pengekspotasian
hasil bumi, corak pemerintahan yangberubah dan sebagainya. Ini menyebabkan
penduduk merasa hak asasi mereka dicabuli kerana mereka tidak boleh menyuarakan
pendapat dan kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian kerana pihak Jepun
seringkali mengawasi tindak-tanduk rakyat di Tanah Melayu. Keperitan ini
semakin dirasai apabila ramai penduduk di Tanah Melayu telah dibunuh dengan
kejam akibat menentang Jepun.
Daripada
rekod yang tidak rasmi mengenai jumlah rakyat yang telah dibunuh ialah 6119
orang termasuklah 5493 orang Cina, 551 Orang Melayu, 44 orang India dan 31
orang Serani. Melalui rekod ini, dapat dilihat bahawa kaum Cina merupakan kaum
yang mempunyai jumlah kematian yang banyak berbanding yang lain. Ini disebabkan
Jepun tidak bersependapat dengan orang Cina. Perang China-Jepun Kedua (7 Julai1937–9 September 1945), juga
dikenali sebagai Perang Menentang Jepun,
ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa
Perang Dunia II. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai
dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan
hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan adalah
satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan
besar untuk menguasai China.
Sebelum
tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar
"peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali
sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang
dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan
antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan
tanpa bantuan. Melalui peperangan ini, China telah berjaya menewaskan Jepun.[26]
Peristiwa
ini menyebabkan Jepun menyimpan dendam terhadap orang Cina. Kaum wanita pula
menjadi sasaran untuk memuaskan nafsu mereka. Melalui penulisan yang dihasilkan
oleh para sejarahwan, kaum cina dan golongan wanita merupakan rakyat yang
paling menderita sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini menunjukkan
hak mereka telah dicabuli oleh pihak Jepun yang hanya dikatakan ingin menjaga
keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara melalui propaganda “Asia Untuk Orang
Asia” yang telah disebarkan. Pencabulan hak asasi ini dapat menyedarkan
masyarakat sekarang tentang kepentingan hak asasi setiap individu. Ini dapat dilihat jika pengadilan moral tidak
digunakan dalam penulisan ini, hak asasi manusia tidak dihiraukan dan akan
mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri sahaja.
Kesimpulan
Penggunaan
unsur pengadilan moral amat penting dalam penulisan sejarah. Ini bagi
memastikan pelaku atau peristiwa dalam sejarah dapat ditafsirkan dengan
menyatakan kebaikan dan kelemahan tanpa bersikap bias kepada mana-mana pihak.
Penggunaan unsur ini menampakkan
peristiwa sejarah menjadi mudah difahami dan dapat ditafsirkan oleh
pembaca mengikut idealogi mereka dan peristiwa sejarah tidak menampakkan unsur
kaku. Ketiadaan unsur pengadilan moral dalam penulisan sejarah ini menampakkan
penulisan seolah-oleh hilang pertimbangan. Oleh itu, sekali lagi kami ingin
tegaskan bahawa pengadilan moral sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada
penulisan sejarah berdasarkan faktor-faktor yang telah kami huraikan.
[1] Adrian Oldfield, Moral
judgement in History, History and theory,
jilid XX, bil 3, 1981, hlm. 260.
[2] Qasim Ahmad, Pengadilan
Moral dalam sejarah: Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat, Jilid XIX, bil.6(Jun
1981), hlm 54.
[3] Muhd Yusof
Ibrahim(1975). Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
52.
[4] R.
Suntharalingam(1985). Pengenalan kepada
Sejarah. Kuala Lumpur, Marican & Son (M) Sdn Bhd,hlm 93.
[5] Ibid, hlm 97.
[6] Ibid.
[7] Daulat
dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud
“negeri”. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi
masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat
biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan
seseorang raja dan kerajaannya. http://www.geocities.com/cominglucky/, 2 Oktober 2009
[8] Konsep derhaka ini seiring dengan konsep
daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang melanggar konsep daulat didapati
menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa tulah. Kepercayaan yang
begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsep ini dibiuat
semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan
dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sacral. http://www.geocities.com/cominglucky/, 2 Oktober 2009
[10] Qassim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1991,
hlm 44
[11] Menurut Donald V. Gawronski mengatakan bahawa konsep objektif bermaksud
menggunakan fakta sejarah tanpa ada perasaan memihak dan prasangka. (Donald
V,.Gawronski (1975), History meaning and
Method, Philipine :Scott, Foresman and Company , hlm 15)
[12] Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics:
The Malaysian State under Mahathir. Institut Pengajian Asia Tenggara. hlm
88.
[13] Ishak Saat(2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publication SDN.BHD,hlm 74.
[14] Ibid,
hlm 75.
[15] Ibid.
[16] Ishak Saat(2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publication SDN.BHD,hlm 76.
[17]
Ibid.
[18] Ishak Saat(2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publication SDN.BHD,hlm 78.
[20] Ibid.
[21] Ishak Saat(2007), Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publication SDN.BHD,hlm 86.
[22] Maruwiah Ahmat, 2006, Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Keatas Asia Tenggara : Satu pengamatan
semula, Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm. 66.
[24]
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), 1998, Melaka
– Pengamatan Melalui Lukisan & Diorama, Melaka: Percetakan Surya Sdn.
Bhd. Hlm 35.
[25]
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah
Melayu 1400- 1959, 1978 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.. Hlm. 1-2.
Tulisan yang sangat berguna khususnya untuk rujukan saya. Saya ada merujuk kepada penulisan yang lain tapi kurang faham dengan penjelasan yang diberikan. Tapi saya lihat artikel ni lebih jelas. Terima kasih sebab saya memang tak tahu apa-apa tentang pengadilan moral. Kosong. Penerangan jelas, mudah difahami dengan contoh-contoh dipetik daripada topik-topik Sejarah yang memang didapati daripada sukatan pelajaran sekolah menengah
ReplyDeleteia sangat berguna kepada rujukkan saya.. terimah kasih byk...
ReplyDeleteia sangat berguna untuk rujukan saya...terima kasih byk....
ReplyDeleteTerima kasih huraian yang sangat akademik dan dapat membantu pembaca memahami pwngadilan moral. Sebagai tambahan pengadilan moral juga terkandung dalam buku "City of God" karya St. Austine yang mebgutuk hebat orang pagan Rom dengan gelaran kita mereka sebagai "The Devil" atau Kota Syaitan.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian..mohon halalkn ilmu ini yer
ReplyDeletesangat membantu saya dalam subjek ini.
terima kasih byk2 kpd penulis
Cool and that i have a dandy present: What House Renovations Can You Claim On Tax house remodel cost
ReplyDelete