PENGENALAN
Buku Sejarah Melayu merupakan
sumber penting dalam membuat kajian
terhadap masyarakat melayu. Pengkajian
sumber terhadap buku ini menimbulkan
perdebatan oleh para tokoh sejarah.Terdapat
32 versi atau naskah buku Sejarah
Melayu yang berbeza antara satu sama
lain yang tersimpan di perpustakaan
seluruh
dunia. Namun dalam pengkajian terhadap
sumber sejarah,keaslian sumber boleh
dibahagikan kepada tiga klasifikasi iaitu
keaslian sumber, kandungan sumber,dan
tujuan mengkaji sumber.[1]
Oleh itu, dalam membuat kajian ahli sejarah perlu peka
kepada sifat-sifat sumber sejarah yang
dirujuk. Pada peringkat awal mereka haruslah
meneliti beberapa perkara penting antaranya
bilakah masa sesuatu dokumen dihasilkan
dari segi
tarikh dokumen ditulis atau dicatat
.Tajuk asal buku Sejarah Melayu ialah
Sulalat us-Salatin.
Sejarah Melayu telah diselenggara dan
diterbitkan oleh beberapa
orang ahli sarjana
seperti, W.G.Shellabear, C.O.Blagden, R.O.Winstedt, A.Samad
Ahmad dan beberapa
sarjana yang lain. Naskah Sulalat
us-Salatin yang dikenali sebagai
Raffles Malay 18 adalah salah sebuah daripada 32
naskah Sejarah Melayu.Karya ini
memaparkan hal
bersabit asal-usul, ketulenan, dan kesahihan Sulalat us-Salatin, corak
pensejarahan
melayu serta perkembangan sebenar kesultanan Melayu Melaka.[2]
Justeru
buku Sejarah Melayu
wajar dijadikan sebagai sumber sejarah yang berwibawa.
KEWAJARAN BUKU SEJARAH MELAYU DIJADIKAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH YANG
BERWIBAWA
Hasil daripada pembacaan saya,
saya berpendapat buku Sejarah Melayu
wajar digunakan
sebagai sumber sejarah yang berwibawa. Hal ini dapat dikukuhkan
dengan adanya ciri-ciri
kesejarahan dalam buku Sejarah Melayu .Pertama terdapatnya
fakta-fakta
sejarah atau sumber sejarah. Sumber
sejarah merujuk kepada bahan-bahan
sejarah yang amat
luas meliputi pelbagai sifat mengenai peristiwa sejarah pada masa
lampau. [3] Wujudnya tokoh-tokoh sejarah dalam
masyarakat melayu yang mewakili
golongan tertentu.
Sultan Alaud Din Riayat Syah merupakan tokoh sejarah yang
mewakili golongan
pemerintah. Tokoh sejarah dari golongan bangsawan pula diwakili
oleh Tun Perak dan Hang Tuah pula mewakili golongan
rakyat. Hal ini jelas
menunujukkan buku
Sejarah Melayu wajar dijadikan sumber sejarah yang berwibawa
kerana sehinggah
hari ini tokoh-tokoh sejarah ini menjadi
contoh kehebatan orang-orang
melayu.
Selain itu, buku Sejarah
Melayiu juga menceritakan tentang asal-usul seperti
jurai keturunan
raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan raja Iskandar
Zulqarnain iaitu
anak Raja Darab yang berbangsa Rom dan berasal dari Makaduniah.
Seterusnya ada
juga diceritakan asal-usul sesebuah negeri. Ia menceritakan bagaimana
sesebuah negeri
ditemui dan mendapat namanya.Dalam Sulalat us Salatin ,
banyak peristiwa
menceritakan asal-usul pembukaan negeri seperti Pasai, Temasik, dan
Melaka. Singapura
asalnya dikenali sebagai Temasik dan sememangnya tercatat dalam
sejarah. Semasa
ketibaan Seri Teri Buana ke Temasik baginda telah melihat seekor Singa
sebesar kambing
Randuk yang tangkas dan hebat. Sempena peristiwa itu nama Temasik
ditukar kepada
Singapura sempena nama binatang tersebut.
Merah
warnanya tubuhnya, hitam kepalanya, dan putih dadanya, sikapnya terlalu pantas
dan perkasa, besarnya besar sedikit daripada
kambing randuk (halaman 91).
Walaupun kedua-dua
unsur asal-usul ini dikatakan mitos namun ia boleh diterima sebagai
fakta sejarah
kerana unsur mitos merupakan kepercayaan kepada masyarakat. .
Ia diterapkan
untuk menunjukkan ketinggian martabat raja melayu dan kedaulatan
suatu tempat.
Apabila menjadi kepercayaan secara tidak
langsung ia merupakan nilai
hidup masyarakat.
Oleh itu wajarlah buku Sejarah Melayu digunakan sebagai sumber
sejarah yang
berwibawa.
Dalam buku Sejarah Melayu juga
terdapat ciri-ciri kebudayaan yang boleh
dianggap sebagai
sumber sejarah. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup
manusia dan
masyarakat yang merangkumi unsur-unsur cultural
universals seperti
sistem sosial,
sistem ekonomi, sistem politik, sistem agama, moral, adat istiadat,
undang-undang,
kesenian, bahasa, ilmu pengetahuan dan sebagainya.[4]Kebudayaan
dalam
buku Sejarah
Melayu dapat dilihat dari sudut adat istiadat yang menjadi prinsip bagi
menjalankan
pemerintahan untuk mewujudkan hak-hak antara raja dan rakyat. Dari
segi adat raja
dikatakan mempunyai cara perhiasan iaitu
bahasa dalam (patik, beta)
pakaian, dan
peralatan tertentu.Rakyat dikatakan tidak boleh menggunakan benda-benda
ini kerana menjadi
larangan di raja. Selain itu ada juga istiadat tertentu seperti perlantikan
raja yang
mengamalkan sistem keturunan atau
wasiat, cara mengadap raja, adat
perkahwinan dan
lain-lain. Istiadat menjadi satu peraturan dan akan dijalankan
mengikut keadaan dan upacara tertentu. Fakta tentang
budaya dalam Sejarah Melayu
dapat dikukuhkan lagi dengan adanya adat istiadat
ini yang masih dikekalkan
sehingga sekarang.
Contohnya bahasa istana ( patik , beta ), adat persandigan dalam
perkahwinan dan
sebagainya.
Sumber sejarah berikutnya yang boleh dijadikan
bukti bahawa buku Sejarah
Melayu
berwibawa adalah berkaitan perkembangan ajaran Islam di Nusantara dan
kedudukan agama Islam dalam masyarakat
melayu Melaka. Dalam buku Sulalat us-
Salatin, Tun Bambang menceritakan tentang
kedatangan agama Islam dan tokoh-tokoh
yang menyebarkannya. Selain itu turut
diceritakan juga tentang pengislaman raja-raja
melayu. Perkembangan Agama Islam
diceritakan bermula apabila Merah Silau
diislamkan oleh Fakir Muhammad. Merah Silau
juga dikatakan telah bermimpi
didatangi
oleh Rasulullah S.A.W.
“pada
malam, maka Merah Silau pun tidur,maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan
RasululLahi sallalLahu alayhi wasallam (halaman 107)”
Bermula daripada peristiwa itu, maka ajaran
Islam diceritakan telah berkembang dan
ramai rakyat Melaka yang memeluk Islam.
Ajaran Islam juga dapat dilihat dalam sistem
pemetrintahan dan pentadbiran. Raja
menggunakan gelaran sultan, contohnya Merah
Silau
telah ditukar nama kepada sultan Malik al-Salih, istana dijadikan
sebagai pusat
ilmu
pengetahuan dan adanya undang-undang bercorak Islam seperti Hukum Kanun
Melaka, undang- undang Laut Melaka dan
sebagainya. Selain itu wujud juga hubungan
luar dengan kerajaan Islam yang lain.Contohnya
perhubungan dengan kerajaan Islam
Pasai yang wujud apabila timbul kemusykilan
berkaitan dengan syurga dan neraka dalam
kitab Duril – Maalum. Sehingga hari ini
ajaran agama Islam masih kekal dan diamalkan
dalam kalangan masyarakat melayu.
Dalam buku
Sejarah Melayu juga menceritakan tentang Melaka sebagai
pusat
perdagagan utama dan
menjadi tumpuan para pedagang serta saudagar-saudagar
dari
Negara Arab , China
dan Benua Keling. Melaka mempunyai kedudukan yang
strategik dari segi geografi. Hal ini
kerana Melaka terletak di tengah-tengah jalan sutera
iaitu jalan perdagagan antara China dan India . Melaka juga terkenal sebagai
pelabuhan
entrepot
pada masa itu. Justeru itu jelaslah menunjukkan buku Sejarah Melayu
boleh
digunakan
sebagai sumber sejarah yang berwibawa.
Dalam penulisan Sejarah Melayu
terdapat juga unsur-unsur anakronisme, yang
bermaksud kesalahan meletakkan susunan
tarikh berhubung dengan sesuatu peristiwa
orang, tempat, bahasa, dan sebagainya.
Contoh latar peristiwa yang mengisahkan
kerajaan Melayu Melaka wujud serentak
dengan kerajaan Majapahit. Mengikut sejarah
sebenarnya Melaka wujud terkemudian seratus
tahun daripada kerajaan Majapahit.
Walaubagaimanapun unsur anakronisme ini tidak melemahkan kewibawaan sumber
sejarah dalam buklu Sejarah Melayu kerana
unsur ini dimasukkan untuk meninggikan
taraf kerajaan Melayu Melaka setanding
dengan kerajaan Majapahit.
Selain itu unsur mitos dan lagenda yang wujud dalam masyarakat Melayu
tradisional
juga boleh menjadikan buku Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang
berwibawa. Hal ini kerana unsur-unsur ini
diadakan mempunyai matlamat dan tujuan
yang tersendiri, kita tidak boleh mempertikaikan
unsur ini kerana ia sudah sebati
dengan masyarakat ketika itu. Antara tujuan
unsur mitos dan lagenda diadakan
adalah untuk menggambarkan kedudukan serta
martabat seseorang raja sebab itulah
ianya diadakan, contohnya asal-usul raja melayu berasal
daripada keturunan Iskandar
Zulqarnain diceritakan kerana baginda
seorang yang terkenal dengan
kepahlawanan dan
ketokohannya. Begitu juga dengan lagenda
Hang Tuah yang disemarakkan kerana Hang
Tuah merupakan laksamana yang cerdik dan perkasa. Lagenda Hang Tuah dan
Hang
Kasturi juga penting untuk menyatakan
bahawa masyarakat melayu perlulah
mentaati
dan setia
kepada pemerintah. Hal ini jelas menunjukkan buku Sejarah Melayu wajar
digunakan sebagai sumber sejarah yang
berwibawa walaupun bertentangan dengan
pengertian sejarah tetapi unsur mitos dan
lagenda itu tercatat sebagai suatu kebenaran
menurut pandangan dunia dan nilai masyarakat
melayu tradisional ,dalam konteks
tersebut ia adalah bercorak subjektif,
bukan kebenaran yang bercorak objek.[5]
Sindiran dan perbandingan
didalam Sejarah Melayu tidak mencacatkan
kewibawaan Sejarah Melayu sebagai sumber
sejarah. Tujuan sindiran dan
perbandingan diterapkan adalah untuk mengkritik secara
halus agar golongan tertentu
tidak tersinggung. Peristiwa peminangan
Puteri Gunung Ledang memberitahu kita
secara tidak langsung tentang keburukan
raja. Begitu juga episod Sultan Mansur
yang
beristeri lagi bukan untuk kasih sayang
tetapi untuk mempamerkan kelebihan dan
kekuasaannya. Hal ini jelas menunjukkan
buku Sejarah Melayu berwibawa untuk
dijadikan sebagai sumber sejarah kerana
sindiran tidak mencacatkannya tetapi
memberitahu kita bahawa masyarakat melayu
kaya dengan budi bahasa .
PENUTUP
Setelah mengkaji nilai- nilai
kesejarahan dan tujuan karya penulisan yang
dilakukan, kita boleh membuktikan bahawa
buku Sejarah Melayu wajar diterima sebagai
sumber sejarah yang berwibawa. Hal ini
bersesuaian dengan pendapat Caldwell
yang
mengatakan bahawa sejarah adalah peristiwa
yang pernah berlaku pada masa lalu dan
juga ingatan yang tercatat tentang masa
lalu itu.[6]
Bottom bersama beberapa orang sarjana
lain menekankan Sejarah Melayu adalah karya atau sumber sejarah yang
penting, fakta
yang ditulis oleh sejarawan melayu dapat
dicungkil oleh seseorang yang pakar serta
mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang oleh periode berkenaan.[7]
Karya
historiografi melayu tradisional tidak
menolak bahawa sejarah melayu memang
boleh
digunakan untuk menyusun sejarah
kemasyarakatan kerana karya tersebut merupakan
sumber sejarah yang penting. Buku Sejarah
Melayu juga memberikan satu gambaran
yang jelas tentang kehidupan di Melaka pada abad ke-15.[8]
Secara konklusinya
jelaslah bahawa buku Sejarah Melayu boleh dijadikan sebagai
sumber sejarah yang
berwibawa.
[1] Rozeman Abu Hassan, 2004, Mengenali
Dan Mentafsir Sumber Sejarah Shah Alam, Karisma Publication Sdn Bhd, hal 11
[2] Cheah Boon Kheng, 1998,Sejarah
Melayu ,Perepustakaan Negara Malaysia , The Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society dan Academe Art and Printing Services Sdn Bhd, hal 8
[3] Rozeman Abu Hassan ,2004, Mengenali Dan Mentafsir Sejarah ,Shah
Alam , Karisma Publication Sdn Bhd, hal 8
[4] Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala
Lumpur ,
Dewan Bahasa dan Pustaka Dan USM.
[5] Dr.Ismail Hamid 1987, Perkembangan
Kesusasteraan Melayu Lama, . Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdh
Bhd hal 191.
[6] Mohd. Yusof Ibrahim, 2000,Ilmu
Sejarah Falsafah,Pengertian, dan Kaedah Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
[7] Haron Daud, 1989,Satu Kajian
Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Kuala
Lumpur ,Dewan Bahasa dan Pustaka
[8] Ibid, hal 4
i dont get it!!!!!!got it??????
ReplyDelete