nuffnang

Thursday, June 13, 2013

KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MANUSIA

Pengenalan
Penjelasan terhadap makna sejarah adalah terlalu banyak dan berbeza-beza mengikut corak pemikiran seseorang sejarawan. Namun begitu, pendefinisian makna sejarah itu perlulah relevan dengan dengan maksud  sebenar sesuatu sejarah. Berdasarkan gambaran awal tentang sejarah, ianya menjelaskan bahawa sejarah adalah satu pengkajian tentang perkara yang telah berlalu dan sememangnya telah berlaku.[1] Menurut Benedetto Croce, beliau menyatakan bahawa sejarah adalah sejarah sezaman, R.G Collingwood pula menyuarakan bahawa sejarah itu pemikiran dan seterusnya E.H. Carr menganggap bahawa, sejarah adalah suatu dialog di antara perkara yang telah berlaku pada masa lalu dengan masa kini. Sejarah juga adalah interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya.[2] Definisi yang di berikan oleh E.H Carr menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk meyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu ganerasi ke ganerasi yang berikutnya dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus.[3] Dari pandangan E.H Carr juga kita dapat mengetahui bertapa pentingnya sejarah kepada kehidupan manusia kerana dengan adanya sejarah, manusia dapat mengenal pasti sesuatu kekuatan dan kelemahan yang dialami bagi memperoleh sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang dan selain itu, sejarah juga penting dalam mempertahankan sesuatu hak individu.
Daripada beberapa takrif yang diberikan dan diperkatakan di atas tadi, nyatalah bahawa sejarah sememangnya berkait rapat dengan perkembangan manusia dan segala kegiatan kehidupannya pada suatu jangka masa yang tertentu. Keadaan ini berterusan dari satu tahap ke satu tahap perkembangan individu dan sesuatu masyarakat. Tidak dapat di nafikan juga bahawa sejarah mempunyai peranan dan fungsi yang penting dalam perkembangan kegiatan kehidupan manusia. Karl Japers mengimbaskan hakikat ini dengan mengatakan bahawa manusia kini, “…hidup dalam suatu warisan ilmu sejarah yang agung…”.[4] Akibatnya manusia menjadi lebih prihatin terhadap sejarah kerana menyedari bahawa sejarah mempunyai peranannya dalam proses pergerakan sejarah manusia itu sendiri.

Manusia tertarik dengan pengalaman lalu.
Kesedaran terhadap sejarah dan fungsi sejarah itu sendiri adalah amat penting dan berguna kepada manusia. Buktinya, secara tidak disedari sekalipun manusia sentiasa menganggap masa lalu sebagai sesuatu yang berguna dan tertarik kepadanya. Seseorang insan misalnya, apabila umurnya telah mencapai satu tahap yang tertentu, maka dia tentunya akan mempunyai pengalaman di masa yang lalu. Pengalaman yang lalu menjadi kenangan dalam hidupnya dan menariknya agar sentiasa mengekalkannya dalam ingatan sebagai tanda pengetahuan tentang kehidupan diri di masa lalu. Peristiwa manis dan pahit serta peristiwa yang menimbulkan kebanggannya seperti pencapaian, harga diri menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk mengkaji dan mengumpulkannya untuk teladan bagi masa depan buat dirinya dan orang yang rapat dengannya.[5]
Seseorang insan juga akan tertarik mendampingkan dirinya dengan pengalaman hidupnya kerana pengetahuan masa lalu membolehkannya mengenali dirinya yang merangkumi, kesukaan, egonya, kebiasaannya, cara dan pegangan dalam hidupnya. Sejarah memang mempunyai kegunaan malah nilaian tertentu dalam kehidupan manusia. Sedikit sebanyak kita akan dapat melihat bahawa sejarah merupakan sesuatu proses yang bersambungan; di mana kita dapat merasakan bahawa sebahagian peristiwa hari ini adalah sebahagian daripada peristiwa semalam dan berkemungkinan besar akan menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan datang.[6] [7]

Meningkatkan Ilmu Pengetahuan.
Sejarah juga amat penting dalam meningkatkan ilmu pengetahuan manusia. Menurut R.G Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk mendapatkan pengetahuan diri manusia.[8] Melalui pengkajian sejarah, kita akan memperolehi ilmu pengetahuan dan maklumat. Dengan ilmu dan maklumat ini, minda kita akan dapat memproses dan menganalisis pertumbuhan mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan persekitaran.[9] Menurut Arba’iyah Mohd Noor, jika kita melupakan sejarah masa lalu dan tidak menjadikannya sebagai pengetahuan kepada kita, maka kita akan lupa akan asal usul, adat istiadat, tradisi dan budaya kita sendiri.[10] Jelasnya sejarah memberikan pengetahuan kepada manusia dalam segala aspek sehingga lahirnya semangat kekitaan yang tinggi dalam diri seseorang individu. Menurut Lester D. Stephens,”…sejarah mewujudkan semangat kekitaan dan tanpa sejarah kita tidak akan tahu siapa diri kita sama ada secara individu atau kumpulan…”[11].Sejarah juga amat penting dalam pembinaan keintelektualan. Maklumat yang diperolehi daripada sejarah dan tamadun, kita boleh gunakan untuk membanding secara rasional dan mendidik masyrakat pada hari ini dan masa akan datang.

Sebagai petunjuk dalam kehidupan masa akan datang.
Setiap insan juga memerlukan sejarah sebagai petunjuk dari segi kesedaran mereka tentang segala pengalaman serta kewarasan dan juga kekuatan azam bagi merealisasikan apa jua cita-citanya. Sejarah dapat mengajarkan manusia agar sentiasa berada pada landasan yang benar dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah berlaku pada masa silamnya. Masa lalu juga dapat di jadikan petunjuk bagi seseorang untuk mengendalikan masa yang sedang di alaminya dengan penuh keyakinan dan kekuatan serta dapat merancang masa depan dengan lebih bermakna. Masa lalu yakni sejarah juga mengajarkan manusia agar lebih menghargai kehidupan pada masa akan datang dan seterusnya.[12]
Ilmu sejarah ibarat penglihatan dengan dimensi: pertama, penglihatan ke zaman silam, kemudiannya ke masa sekarang dan akhirnya ke masa depan. Atau dengan kata lain, perkataan dalam menyelidiki masa silam itu kita tidak dapat melepaskan diri dari kenyataan-kenyataan sekarang yang sedang kita alami bersama dan sedikit sebanyak juga kita tidak dapat melepaskan dari perspektif masa depan.[13] Kerana itulah, sejarah masa lampau harus kita pelajari dengan berpandukan kepada kenyataan-kenyataan perkembangan situasi sekarang selain menetapkan keinginan dan harapan untuk masa depan.

Memberikan pendidikan kepada sesuatu masyarakat.
Kepentingan sejarah juga di perluaskan sedikit dengan menyentuh lebih luas kepada kepentingannya terhadap perkembangan sesuatu masyarakat. Salah satu kepentingan sejarah kepada masyarakat adalah memberikan pendidikan yang berkaitan dengan etika dan moral. Sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau boleh di ambil ikhtibar oleh masyarakat seperti contoh kejatuhan empayar Melaka yang antara sebab kejatuhannya ialah sikap Sultan Mahmud yang memerintah pada masa itu tidak dapat mewujudkan pemerintahan yang berkesan dan mengundang kepada perpecahan di kalangan masyarakat Melaka pada masa itu.[14]
Kepentingan sejarah juga di perluaskan sedikit dengan menyentuh lebih luas kepada kepentingannya terhadap perkembangan sesuatu masyarakat. Salah satu kepentingan sejarah kepada masyarakat adalah memberikan pendidikan yang berkaitan dengan etika dan moral. Sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau boleh di ambil ikhtibar oleh masyarakat seperti contoh kejatuhan empayar Melaka yang antara sebab kejatuhannya ialah sikap Sultan Mahmud yang memerintah pada masa itu tidak dapat mewujudkan pemerintahan yang berkesan dan mengundang kepada perpecahan di kalangan masyarakat Melaka pada masa itu.[15] Kepentingan sejarah juga di perluaskan sedikit dengan menyentuh lebih luas kepada kepentingannya terhadap perkembangan sesuatu masyarakat. Salah satu kepentingan sejarah kepada masyarakat adalah memberikan pendidikan yang berkaitan dengan etika dan moral. Sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau boleh di ambil ikhtibar oleh masyarakat seperti contoh kejatuhan empayar Melaka yang antara sebab kejatuhannya ialah sikap Sultan Mahmud yang memerintah pada masa itu tidak dapat mewujudkan pemerintahan yang berkesan dan mengundang kepada perpecahan di kalangan masyarakat Melaka pada masa itu.[16] Theodore S. Hamerow juga menyuarakan pendapatnya bahawa antara lain kepentingan sejarah itu adalah untuk “pendidikan warganegara, pengurusan pemerintahan, atau pembimbing masyarakat”.[17]




Warisan untuk ganerasi akan datang.
Ganerasi pada masa akan datang adalah pewaris kepada segala pengetahuan daripada masyarakat zaman silam. Sejarah lalu juga dapat di jadikan sebagai warisan untuk ganerasi akan datang dan ianya amat perlu di pelajari dan di ketahui agar sesuatu yang di pusakai akan terus kekal diwarisi dan tidak hilang daripada ingatan masyarakat moden.[18] Contoh yang paling terdekat ialah warisan adat istiadat masyarakat melayu. Sehingga kini adat melayu masih lagi di amalkan walaupun terdapat perubahan serba sedikit daripada yang asalnya selaras dengan perkembangan masyarakat moden kini. Pengetahuan daripada sejarah juga membolehkan sesuatu masyarakat dapat mengenali khazanah peninggalan serta sumbangan dan pengalaman masyarakat dahulu yang telah memberi impak kepada perkembangan sesuatu tamadun.
Penulisan juga jelas menunjukkan bahawa kecintaan terhadap sejarah dalam diri manusia itu tidak dapat disingkirkan secara azali dalam diri manusia. Ini ditambah lagi apabila sesuatu masyarakat masa lalu menulis sesuatu yang berkaitan dengan  sejarah tentang asal-usul keturunan dan salasilah raja yang membuktikan tentang kewujudan satu bangsa yang bertamadun dengan menggambarkan keadaan pada waktu itu. Ini dibuktikan apabila Sejarah Melayu(Sulalatus Salatin) dan Tuhfat Al - Nafis yang masing-masing di tulis oleh Tun Sri Lanang dan Raja Haji Ahmad serta Raja Ali Haji. Jelaslah di sini kecintaan untuk menghargai sejarah telah wujud sejak dahulu lagi di Nusantara ini. Penulisan ini membolehkan ganerasi kini mengkaji nilai dan pembawaan cerita yang dibawa dalam penulisan-penulisan sejarah ini.[19]
Memberikan pengajaran dan kesedaran kepada manusia.
Pendidikan dan pengetahuan terhadap sejarah seharusnya di gunakan sepenuhnya oleh manusia dan menjadikannya sebagai sumber kesedaran kepada seseorang individu dan masyarakat amnya. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat baru bagi memperbaiki segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah di lakukan oleh masyarkat, memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu, masyarakat dan Negara. Melalui pendedahan pengalaman masyarakat terdahulu membolehkan kita lebih berkemampuan untuk membuat keputusan yang baik.[20] Menurut Stephen Vaugh, “…dengan mengkaji sejarah, kita dapat membuat persediaan dengn lebih baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan moden…”[21]. Contohnya dalam peristiwa 13 Mei 1969 telah banyak memberikan kesan dan pengajaran kepada penduduk Malaysia. Sejarah mengajar ke arah perlunya memupuk perasaan mewujudkan perpaduan sosial dalam sesuatu masyarakat dengan melihat kepada masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia itu sendiri. Kejadian peristiwa pahit ini menuntut agar setiap masyarakat dapat mengekalkan perpaduan dan mengikis sikap perkauman dengan lebih mengutamakan aspek keamanan dalam kehidupan seterusnya mengelakkan daripada peristiwa ini akan berulang lagi.

Panduan untuk menerajui Negara.
             Sesebuah negara sudah tentu mempunyai himpunan pengalaman masa lampau atau lebih dikenali sebagai sejarah. Sejarah mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hidup matinya sebuah Negara itu. Seperti seorang insan, maka kehidupan sesebuah negara akan gelap jika ia tidak mempunyai sejarahnya ataupun tidak mempunyai kumpulan ingatan masa lampaunya.[22] Pengalaman masa lalu menjadi landasan kepada sesebuah negara sama ada timbul atau tenggelam negara tersebut didalam sesuatu arena politik, ekonomi, pembinaan masyarakat dan banyak lagi. Mereka melihat bahawa peristiwa yang berlaku dahulu boleh berlaku pada masa – masa yang berlainan ataupun sezaman dan pada masa akan datang.[23]
               Sesebuah negara mengalami zaman titik permulaan, kemudian berkembang sehingga kepada zaman kemuncak, dan pada akhirnya mengalami keruntuhan. Sebagai contoh tentang kebangkitan, zaman kemuncak atau kejayaan dan seterusnya zaman keruntuhan sesuatu tamadun atau kerajaan. Kerajaan Marxist di Russia yang muncul sebagai sebuah Kerajaan Marxist yang berwibawa selepas tamatnya revulosi tahun 1917.[24] Melalui usaha pemimpin-pemimpin seperti Lenin (1870-1924) dan Stalin (1879-1953), Rusia menjadi kuasa salah satu kuasa besar di dunia (1945). Kejayaan dan taraf ini bertahan bahagian pertama dekad 1980-an. Mulai pertengahan dekad tersebut, Rusia mengalami krisis ekonomi yang teruk dan tidak dapat bertahan lagi .Walaubagaimanapun terdapat usaha dilakukan untuk mengatasi masalah ekonomi ini, tetapi tidak berjaya seperti yang di lakukan oleh Mickhail Gorbachor melalui dasar Glanost[25]. Usaha Kerajaan Marxist berakhir pada tahun 1990 oleh gerakan politik dan ekonomi yang berjaya menghancurkan Kerajaan Marxist.[26]
                Melalui peristiwa tersebut dapat menggambarkan sesebuah negara atau kerajaan akan mengalami zaman permulaan, perkembangan, kemuncak dan zaman keruntuhannya. Menurut Ibn Khaldun (1332-1406) beliau menyatakan tamadun atau bangsa akan mengalami empat tahap iaitu tahap awal atau kelahiran, tahap perkembangan, tahap kegemilangan dan tahap keruntuhan. Teori atau pendapat yang sama turut dinyatakan oleh Arnold Tonybee (1889-1979) seoarang ahli sejarah Inggeris yang amat mengagumi Ibn Khaldun yang mengemukakan teori bahawa tamadun atau negara akan mengalami zaman kelahiran, zaman perkembangan, dan zaman kejatuhannya. Pendapat kedua-dua tokoh ini terbukti seperti yang telah berlaku kepada kerajaan Marxist di Rusia .








Kesimpulan.
                Oleh yang demikian, sejarah mempunyai nilai dan kepentingan yang besar kepada individu, masyarakat dan Negara. Himpunan masa lalu atau sejarah akan menjadi panduan dan pedoman kepada kita serta mengajar tentang cabaran dan kepayahan hidup. Kita hendaklah menyedari kenyataan kehidupan dan kemudian bertindak untuk mengatasinya. Oleh itu, masa lalu iaitu sejarah penting sebagai petunjuk kepada individu, masyarakat dan negara berkenaan untuk mengendalikan masa yang sedang dan akan dihadapinya dengan penuh keyakinan dan berkesan.
                Di samping itu, sejarah juga mengajar kita belajar dari kesilapan agar kesilapan itu tidak berulang lagi. Hal ini demikian kerana kesilapan yang berulang boleh menghancurkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan sesuatu negara berkenaan. Justeru itu, perancangan dan usaha yang jitu adalah perlu dilakukan bagi mengatasi serta keluar dari kemelut masa lampau. Walau bagaimanapun, perencanaan ini sentiasa tertakluk kepada kekuasaan, rahmat, serta limpah daripada Yang Maha Berkuasa di samping usaha daripada manusia.









Bibliografi

Arba’iyah Mohd Nor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Carr, E.H., 1988. Apakah Sejarah? (Terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail). Kuala
 Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collingwood, R.G., 1994. Idea Sejarah. (Terjemahan Mohd. Yusof Ibrahim). Kuala
 Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drs. Hugiono dan Drs. P.K. Poerwantana, 1992, Pengantar Sejarah. Jakarta: PT Rineka
 Cipta.
Mohd. Yusof Ibrahim, 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Menegenai
Teori & Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainon Binti Sheikh Ahmad, (1997). Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbit Elman.







[1] Teori mengenai makna sejarah dengan lebih spesifik telah dinyatakan oleh seorang ahli fakir sejarah yang terkenal dari Jerman pada pertengahan kurun kesembilan belas iaitu Lepold Von Ranke. Beliau menyatakan bahawa sejarah itu haruslah dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun “seperti sebenarnya berlaku”.
[2] Lihat Mohd. Yusof Ibrahim, 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori & Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka, hlm, 3 yang dipetik daripada E.H. Carr, What is History?. Midldlesex, England: Penguin Book Ltd., 1965, hlm, 7.
[3] Lihat Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 5.
[4] Mohd Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 28, dipetik daripada Karl Japers, 1965. The Origins and Goal of History. New Haven : Yale University Press.
[5] Ibid, hlm, 29
[6] Muhd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, pengertian, dan kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 30.
[7] Ibid, hlm. 31, dipetik daripada Arthur Marwick, 1970. The Nature of History. London : Macmillan, hlm. 14.
[8] Arba’iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, op. cit., hlm. 7, lihat juga R. G. Collingwood, 1967. The Idea Of History. Oxford : Oxford University Press, hlm. 10
[9] Ibid, hlm, 9.
[10] Ibid, hlm. 7-8.
[11] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, op. cit., hlm, 8 dipetik daripada Stephen Vaugh, 1985. The Vital Past : Writings on the Uses of History. Athens : University of Georgia Press, hlm. 76.
[12] Dalam hal ini, sejarah atau kejadian peristiwa yang lepas memberikan panduan untuk manusia untuk melalui kehidupan pada masa akan datang disamping menyedarkan kepada mereka tentang beberapa kepentingan menghargai orang, keadaan kehidupan, serta apa jua yang ada di sekeliling kita.
[13]Lihat  Drs. Hugiono dan Drs. P.K. Poerwantana,1992, Pengantar Ilmu Sejarah . Jakarata: PT Rineka Cipta, hlm, 5
[14] Perpecahan dalam masyarakat inilah yang membawa kepada bibit – bibit kejatuhan kerajaan Melaka. Pada ketika ini juga, ramai dikalangan para pembesar telah ingkar terhadap sultan yang dianggap telah menjadi lemah pada ketika itu. Perkara ini juga telah menyebabkan pihak Portugis dengan mudah dapat menawan Melaka pada tahun 1511 dan sekaligus membuka ruang kepada kuasa barat yang lain mula masuk menjajah ke tanah melayu.
[15] Dalam sejarah perjuangan Hitler, beliau telah menaikkan semangat kaumnya dengan menggunakan sejarah yang telah dialami oleh Negara mereka. Beliau turut mengakaji Perjanjian Versailles bagi meyakinkan kaumnya kononnya mereka telah dihina dan mereka perlu bangkit memperjuangkan bangsa.
[16] Lihat Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejara: Falsafah, Pengertian dan Kaedah., op. cit., hlm, 55.
[17] Ibid, hlm 56.
[18] Lihat Arba’iyah Mohd. Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, op. cit., hlm, 9.
[19] Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin telah mengatakan dalam teks ini bahawa hikayat yang di tulisnya ini bertujuan untuk di wariskan kepada anak cucunya supaya ia menjadi kenangan dan barangan berharga yang boleh dijadikan panduan dalam hidup ganerasi selepasnya. Ini juga turut di gambarkan dalam Tuhfat Al- Nafis, di mana Raja Ali Haji menulis hikayat ini bertujuan untuk memperlihatkan sejarah zamannya bagi penelitian generasi zamannya dan zaman akan datang. Jelaslah melalui kedua-dua karya ini menunjukkan bahawa manusia itu sangat mementingkan sejarah dan bukti ini menimbulkan kesedaran bahawa  kepentingan sejarah ini telah bermula sejak dulu lagi di Nusantara. Lihat Zainon Binti Sheikh Ahmad, (1997), Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Penerbit Elman, hlm,440 – 454.
[20] Ini dapat di lihat dalam peristiwa 13 Mei 1969, telah banyak membawa kesan dan pengajaran kepada penduduk. Selain itu, sejarah juga dapat memupuk kea rah kewujudan perpaduan sosial. Sejarah 13 Mei telah memperlihatkan kepada kita tentang pelbagai kemusnahan harta bena, kehilangan nyawa dan banyak lagi. Justeru itu, pelbagai kesukaran telah timbul dikalangan masyarakat sama ada dari segi sosial mahupun dalam aktiviti ekonomi. Keadaan dan peristiwa pahit ini juga menuntut agar masyarakat dapat mengekalkan perpaduan dengan mengikis sikap ‘ethno-centric’ atau perkauman supaya keamanan semua pihak dapat di capai dan mengelak peristiwa daripada berulang lagi. Lihat Arba’iyah Mohd Noor, (2002), Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 11.
[21] Ibid, Arba’iyah Mohd Noor,2002, Ilmu sejarah dan Pensejarahan, hlm, 8 dipetik daripada Stephen Vaugh, 1985. The Vital Past: Writings on the Uses of History. Athens:University of Georgia Press.
[22] Mohd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. op. cit., hlm, 47.
[23] Lihat Mohd.Yusof Ibrahim, op. cit.,, hlm, 17 dipetik daripada Wang Gungwu, The Use of History, hlm 3
[24] Ibid, hlm 45.
[25] Dasar Glanost bertujuan untuk memperbaiki keadaan ekonomi melalui beberapa pembaharuan dasar ekonomi.
[26] Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit, hlm 45.

No comments:

Post a Comment