Dalam proses mengumpul sumber
untuk penulisan karya sejarah oleh sejarawan, boleh timbul pelbagai masalah
ketulenan atau kepalsuan sumber yang digunakan. Oleh itu, proses kritikan terhadap
sumber yang diperoleh amat penting sebagai langkah untuk mengetahui ketulenan
dan kebenaran sumber tersebut. Dalam penulisan sejarah, seharusnya perlu ada
sikap sangsi dan ragu-ragu terhadap sesuatu sumber atau punca sebelum menerimanaya
atau mempercayai kebenaranya[1].
Proses kritikan sumber dalam bidang
sejarah penting untuk mendapatkan sesuatu fakta atau sumber sejarah yang tulen
dan tepat. Sumber dalam bidang sejarah boleh dibahagikan kepada empat iaitu
sumber pertama, kedua, arkeologi dan sumber lisan.
Menurut kamus Dewan, kritikan
bermaksud proses menganalisis, menilai dan mengulas terhadap sesuatu karya
sejarah. Manakala, sumber bererti bahan yang amat luas meliputi pelbagai sifat
dan bentuk. Sementelahan pula, kritikan sumber bermakna proses pentafsiran dan
menganalisis sumber sejarah untuk menentukan kebenaran dokumen sejarah dan kemunasabahan
sesuatu isi dokumen sejarah. Istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran
bukti iaitu suatu ujian untuk mendapatkan kebenaran[2].
Menurut March Bloch, kritikan merujuk kepada kaedah menguji kebenaran
sesuatu sumber kerana adanya kesangsian
dan syak wasangka terhadap sesuatu fakta[3].
Ini disokong oleh Collingwood yang
mendakwa bahawa ‘pemikiran sejarah telah
mencipta satu tekniknya yang tersendiri’. Tanggapan bahawa para ahli sejarawan
sepatutnya tunduk kepada kewibawaan sumber-sumber ataupun bergantung ke atas
ingatan saksi-saksi, yang mendukung kajian para ahli sejarah dalam zaman Yunani
dan Rom silam atau zaman pertengahan di Eropah, kini ditolak. Sebaliknya,
timbul kesedaran bahawa gambaran saksi-saksi seharusnya disahkan oleh ahli
sejarah sendiri mengikut lunas-lunas kerasionalan. Ilmu yang dihasilkan melalui
kaedah baru ini telah disifatkan oleh Collingwood
sebagai sejarah kritikal’[4].
Kritikan sumber perlu dijalankan oleh ahli sejarah sendiri demi mencari dan
menggunakan sumber-sumber yang betul untuk memperbaiki kajian.
Terdapat dua keperluan asas yang
perlu dicari iaitu sumber (source)
dan bukti (evidence) sejarah. Sejarah
kritikan ini telah dimulakan oleh Jabal Al-Ghazalie yang banyak membahaskan
tentang persoalan kritikan. At-Tabari adalah antara sejarawan awal yang
memberikan perhatian terhadap kebenaran sumber sejarah[5].
Kemudian, dikembangkan oleh Descrates pada
zaman Renaissance di Eropah
iaitu Anti-kristian.
Pada masa ini timbul percubaan yang cuba mempersoalkan tentang dua sumber utama
ajaran kristian iaitu kitab Taurat dan kitab Zabur. Pada tahun 1795 hingga
tahun 1886, Leopold Von Ranke pula bertanggungjawab memperkem-
bangkan penulisan sejarah. Akhirnya, Ernst Bernsein pada tahun 1889 telah membahagikan kritikan sumber kepada dua iaitu
kritikan luaran dan kritikan dalaman.
Perbezaan antara kritikan luaran dan dalaman dapat
dilihat daripada pelbagai sudut. Antaranya
daripada segi definisi. Kritikan luaran bermaksud usaha-usaha yang dilakukan
oleh sejarawan untuk mengesahkan ketulenan, keaslian (authenticity) dan kesahihan (credibility) sesuatu sumber dan
dokumen. Jadi, kritikan luaran ini adalah bersifat fizikal[6].
Hal ini kerana kritikan luaran yang dilakukan bukan bersifat menyeluruh dan
terperinci. Misalannya, kaedah kritikan luaran yang dilakukan ialah ujian
kimia, ujian bahasa , ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu sumber dan dokumen sejarah. Ujian-ujian
ini hanya bersifat luaran atau bersifat fizikal. Ahli sejarawan yang melakukan
kritikan luaran tidak akan melakukan lagi kritikan terhadap isi kandungan
sesuatu sumber dan dokumen sejarah atau kritikan dalaman sehingga sesuatu
kritikan luaran terhadap sesuatu sumber sejarah disahkan tulen, asli dan sahih.
Misalannya, Kritikan luaran yang dilakukan
terhadap Buku Harian Hitler. Ujian-ujian akan dilakukan terhadap buku ini iaitu
ujian kimia untuk mengetahui usia kertas yang digunakan dalam menulis Buku Harian
Hitler. Adakah Buku Harian Hitler ini
berusia lebih kurang seratus tahun?. Apabila kritikan luaran ini dilakukan dan
disahkan tulen, barulah kritikan dalaman akan dilakukan tetapi apa yang dikaji dalam
kritikan dalaman adalah aspek yang lain yang bukan bersifat fizikal. Contoh
lain ialah surat-surat Ratu Marie
Antoinette dari Perancis yang
telah dikritik. Adakah surat-surat ini palsu ataupun tulen?. Kritikan luaran
yang dilakukan adalah dari sudut bahasa yang digunakan untuk menulis surat
tersebut, ujian kimia untuk mengetahui usia kertas yang digunakan untuk menulis
surat tersebut dan ujian bahan yang digunakan dalam menulis surat tersebut
iaitu alat yang digunakan untuk menulis surat tersebut sudah wujud pada masa
itu ataupun tidak.
Manakala, kritikan dalaman bererti
menentukan kemunasabahan (credability),
kewarasan (kerasionalan) dan memastikan sesuatu sumber itu tulen ataupun palsu,
asli atau tiruan mengenai sesuatu isi
kandungan sesuatu sumber tersebut[7].
Menurut John Tosh, beliau mempunyai
pemikiran terhadap kritikan dalaman iaitu berkaitan dengan kesahihan sumber
yang memperlihatkan teknik yang perlu dipraktikkan untuk memahami keseluruhan
teks mengenai sesuatu fakta sejarah[8].
Kritikan dalaman boleh juga dilakukan terhadap sumber lisan dalam bidang
sejarah. Para sejarawan akan mentafsir terhadap
sumber lisan sama ada melalui saksi, pelaku dan individu yang hidup pada zaman
dokumen dan sumber sejarah itu dihasilkan. Dalam penulisan sejarah, langkah
yang perlu diambil untuk memahami dan mentafsir sesuatu isi kandungan adalah
dengan menghubungkaitkan siapakah yang menghasilkanya dan melakukan
penyelidikan terhadap latar belakang sama ada daripada segi sosial mahupun pendidikan
penulisnya. Kritikan dalaman juga dapat dilakukan terhadap penggunaan angka dan
darjah[9].
Dalam
kritikan dalaman, persoalan ‘siapa, bila dan di mana’ perlu dikaji dalam usaha
untuk menentukan kemunasabahan dan kebenaran kandungan sesuatu sumber sejarah
itu. Persoalan ‘siapa’ perlu dikaitkan dengan dengan
diri penulis (subjek) sesuatu karya itu[10].
Persoalan ‘siapa’ ini dapat dikaitkan dengan karya Tuhfat al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ahmad Haji dan Raja Ali
Haji. Dalam Tuhfat al-Nafis ini,
beliau telah mencatatkan tentang pembukaan Temasik atau Singapura sehinggalah pada
zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Johor yang diterajui oleh
Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya, dikenali dengan nama Sultan Abu Bakar.
Bagi mendapatkan fakta yang tepat dan tidak terpesong, tafsiran perlu dibuat terhadap
latar belakang penulis karya Tuhfat
al-Nafis ini. Penulis ini adalah dirujuk kepada Raja Ahmad Haji dan Raja
Ali Haji. Di samping itu, tafsiran juga dilakukan terhadap idea dan isi
kandungan yang dicatatkan sama ada benar atupun salah dalam buku Tuhfat
Al- Nafis. Perbezaan dapat dilihat daripada segi keterangan, pendekatan dan
tafsiran jika seseorang penulis itu adalah pemerintah, ketua ataupun seorang
sejarawan yang tinggal di tempat yang sama kerana konsep, matlamat, objektif
dan idea akan ditulis mengikut pandangan (world
view) mereka tanpa mengambil kebenaran sesuatu sumber. Walaupun sesuatu
kritikan luaran yang dilakukan telah disahkan tulen, tidak semestinya daripada
sudut kritikan dalaman yang dilakukan terhadap isi kandungan tersebut adalah tulen dan boleh dijadikan
sebagai sumber sejarah.
Secara mudah,
kita boleh melihat bahawa kritikan luaran dilakukan untuk menentukan ketulenan
dan keaslian sesuatu sumber sejarah.
Terdapat beberapa permasalahan yang
berkaitan dengan kritikan Luaran. Antaranya adalah berkaitan dengan kitab Injil.
Hal ini kerana terdapat beberapa versi dalam kitab ini. Adakah kitab ini yang
wujud pada hari ini adalah yang sebenarnya atau yang sudah mengalami peru-
bahan dan pindaan. Contohnya, yang terkemuka sekali
adalah berkaitan dengan ayat
yang dikenali sebagai Comma Johannium atau tiga kesaksian
langit yang menjadi 3 yang menjadi saksi di syurga, iaitu anak, bapa dan roh
kudus, maka ketiga-tiganya menjadi satu. Menurut Rev. Dr. Charles Francis Potter, ayat ini dianggap sebagai suatu
pemalsuan yang disengajakan malahan untuk semua ayat dalam fasal 21 Injil St. John itu telah disunting oleh jemaah
penyunting. Kemudiannya fasal ini telah ditambah dengan ayat-ayat yang lain[11].
Keraguan juga timbul dalam kalangan umat Islam
sendiri, iaitu dalam kalangan golongan sunni dan syiah. Bagi golongan Sunni, Al-Quran yang ada sekarang ini adalah
terdiri daripada 6, 000 ayat, adalah yang sebenarnya. Dimana Al-Quran ini tidak
terdapat sebarang petambahan atau pengurangan. Walaubagaimanapun, dalam kitab
Al-kahfi oleh Al-Kulaini, sebuah kitab yang menjadi pegangan utama golongan
Syiah, menganggap bahawa Al-Quran yang dikatakan asli sebenarnya telah hilang
dua pertiga (11,000 ayat) daripada jumlah keseluruhannya (17,000 ayat).
Perbazaan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah ini diperhebatkan lagi
apabila berlakunya persoalan dalam sumber Hadith. Bagi golongan sunni, sumber
kedua selepas Al-Quran adalah Hadith. Dalam rangkaian Hadith yanga ada, telah
sepakat bahawa dalam kalangan umat Islam telah menerima Hadith-hadith riwayat Bukhari
dan Muslim sebagai yang tertinggi darjat kesahihannya. Kemudian, ianya diikuti
oleh riwayat Nasai, Tarmizi, Abu Daud dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hadith
yang diriwayatkan oleh para sahabat seperti hadith Bukhari dan Muslim telah
ditolak oleh golongan Syiah. Malahan, mereka telah
mengkafirkannya[12].
Golongan Syiah ini juga sangsi terhadap Al-Quran yang dihimpunkan pada zaman
Abu Bakar As-Siddiq dan zaman Umar Al-Khattab iaitu pada zaman Kulafa
Al-Rashidin. Sebaliknya hanya menerima Al-Quran dan hadith yang diriwayatkan
dan dihimpunkan oleh ahli-ahli bait yang berketurunan dan nasab Nabi Muhammad
S.A.W[13].
Kesangsian
juga berlaku dalam sejarah klasik seperti terhadap tokoh-tokoh besar seperti Socrates. Pemikiran Socrates telah diragui kerana beliau tidak meninggalkan sebarang
catatan bertulis tentang idea dan
pemikirannya. Keanyakan tentang ketokohannya hanya diketahui melalui pelajarnya
iaitu Plato[14].
Di nusantara atau kepulauan melayu, masalah ketiadaan nama pengarang telah
menjadi ciri umum dalam teks-teks klasik, baik yang bercorak sastera rakyat
ataupun bercorak hindu. Malahan sastera hindu juga menghadapi masalah yang sama
iaitu ketiadaan nama pengarang dan kandungannya pula banyak merupakan rekaan
dan tokok tambah.
Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa
kaedah yang digunakan untuk mengelakakan pemalsuan fakta-fakta sejarah,
penyelewengan atau disalahterjemahkan dan ditinggalkan mana-mana bahagian yang
tidak menyenangkan serta tidak memberikan manfaat kepada sesuatu pihak yang
terlibat. Contohnya adalah dalam kes pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 oleh golongan Paus.Pihak yang melakukan penyelewengan
ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja
Constatine. Surat ini telah dikeluarka atas nama Maharaja constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad yang ke-8 T.M. Selain itu,
ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis. Kaedah-kaedah ini adalah ujian
Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang
digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber.
Ujian
Kimia terhadap sumber dan dokumen sejarah bertujuan untuk mengetahui umur
sebenar bahan dan dokumen tersebut[15].
Ujian kimia ini dilakukan terhadap kertas, cop dan dakwat untuk menulis
dokumen. Pakar kimia akan memastikan sama ada sesuatu dokumen benar-benar
dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak yang memiliki dokumen tersebut.
Contohnya adalah Manuskrip Jernal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bulan April 1894
hingga Februari 1897 disahkan tulen oleh seorang pakar kimia yang dapat menguji
kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal tersebut sememangnya
berusia lebih kurang 100 tahun[16].
Contoh lain adalah Buku Harian
Hitler. Menurut Gerd Heidemann (
Wartawan majalah Stern) buku harian
Hitler ini dijumpai setelah hasil usahanya menghubungi bekas pemimpin Nazi yang
mempunyai maklumat tentang kehilangan dokumen-dokumen Nazi dan maklumat
peribadi Hitler yang telah dihantar
melalui sebuah kapal terbang sejurus sebelum kapal terbang ini terhempas.
Kemudian, Diari Hitler ini telah dijual kepada seorang hartawan. Pada tahun 1983, seorang wartawan majalah stern yang diterbitkan di Jerman telah membeli buku tersebut
daripada seorang hartawan dan mengatakan hasil karya ini adalah yang asli[17]. Beberapa cara lagi boleh dilakukan untuk
menentukan keaslian sumber ialah dengan membandingkan satu dokumen dengan satu
dokumen yang lain yang sezaman dengannya daripada segi jenis dakwat dan kertas
yang digunakan.
Kaedah kedua ialah ujian bahasa.
Ujian bahasa dilakukan untuk melihat ketulenan sesuatu dokumen dan disahkan
melalui bahasa. Gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu sumber dan dokumen
adalah sentiasa berubah mengikut peredaran masa dari satu zaman ke satu zaman
yang lain. Antara aspek yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa
ialah penggunaan nahu, struktur ayat, istilah dan tanda baca. Contohnya
Garragham mengatakan bahawa gaya tulisan Latin
oleh Livy yang bertarikh abad
pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin
Einhard pada abad ke-9[18].Di
samping itu, kita bleh mengenali gaya tulisan Bahasa Melayu pada awal 1960-an
berbanding gaya tulisan bahasa melayu pada masa kini. Misalannya tulisan teks
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Ayat yang terdapat dalam sejarah melayu tidak sama dengan ayat bahasa melayu
moden pada hari ini. Perkataan dalam sejarah melayu sukar untuk difahami kerana
menggunakan bahasa melayu klasik[19].
Kaedah ketiga ialah Ujian
tulisan tangan. Ujian tulisan tangan dilakukan terhadap dokumen yang ditulis
tangan bukan yang ditaip dan dicetak. Garragham mengatakan bahawa tuliasan tangan ini mempunyai gayanya yang tersendiri dan
pakar-pakar boleh mengesan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain. Walaupun
tulisan tangan antara seorang individu sama tidak mungkin sama seratus- peratus
tetapi mungkin hanya 90 peratus sahaja.Tulisan tangan seseorang akan berubah
mengikut peredaran zaman[20].
Misalannya, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, termasuk menurunkan
tandatangan pada tiap-tiap halaman telah diuji oleh pakar-pakar akan
ketulenannya. Ini dilakukan dengan membandingkan dengan dokumen-dokumen yang
pernah ditulis oleh Hitler. Tulisan berubah mengikut peredaran masa dan menjadikannya sulit bagi seseorang yang
berniat untuk memalsukan karya atau dokumen yang didakwa tulisan seseorang
tokoh yang terkenal. Antara tokoh-tokoh lain yang terkenal selain Hitler yang cuba ditiru tulisan
tangannya ialah Napoleon Bonarparte
dari Perancis, Otto Von Bismark dari Jerman, Abraham Lincoln dari Amerika
Syarikat dan Churchill[21].
Tokoh-tokoh ini mempunyai tulisan tangan yang tidak mudah ditiru oleh orang
lain.
Kaedah terakhir adalah
ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan
sumber. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada bahan yang digunakan
dalam menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada tarikh dokumen itu dibuat atau belum. Dalam
menentukan umur dan kandungan bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu sumber
tersebut, pakar kimia diperlukan untuk menguji sama ada kertas atau dakwat yang digunakan telah wujud dan seusia atau sezaman dengannya. Misalannnya, jika mengatakan bahawa
kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M memang dikatakan bahawa dokumen
itu adalah palsu kerana pada masa itu hanya kulit kambing digunakan sebagai
alat tempat menulis. Kertas hanya dicipta pada abad ke-4 di negara China.
Keputusan yang sama juga telah dibuat tentang sebuah dokumen yang dicatatkan
pada tahun 1350 M yang menggunakan alat pencetakan. Dokumen ini adalah palsu
kerana alat pencetakan hanya dicipta pada abad ke-15[22].
Pemalsuan Buku Harian Hitler juga dapat dibongkar dengan mendedahkan bahawa
benang-benang Polyester yang digunakan
dalam bahan penjilidan buku hanya digunakan selepas tahun 1945, iaitu selepas
kematian Hitler. Manakala, dalam kritikan dalaman dan
prosesnya pula menggunakan 5 tafsiran kritikan dalaman iaitu tafsiran Verbal,
tafsiran teknikal, tafsiran logikal, tafsiran psikologi dan tafsiran fakta. Tafsiran
Verbal merupakan tafsiran yang dilakukan untuk memahami perkataan-perkataan
yang terdapat dalam dokumen mahupun sumber sejarah dengan menumpukan perhatian
terhadap makna-makna perkataan untuk mendapatkan idea yang cuba disampaikan
oleh penulis. Tafsiran Verbal ini memerlukan ahli sejarah menguasai
bahasa-bahasa lain untuk memahaminya. Antarnya bahasa Latin, Tamil, Cina, Perancis dan Jerman. Tafsiran Verbal ini menekankan aspek perbendaharaan kata
untuk mengetahui ketepatan makna dari segi perkataan, sinonim dan peribahasa.
Tafsiran verbal ini boleh dibahagikan kepada tiga sudut iaitu sudut bahasa,
perbendaharaan kata, tatabahasa, dan sudut terjemahan. Tafsiran verbal daripada sudut bahasa ialah proses memahami makna satu-satu perkataan dalm
sumber dan dokumen.
Manakala, dari sudut perbendaharaan kata bermakna
keperluan memahami bahasa sebagi suatu peraturan. Contohnya ialah penggunaan
satu kamus khas, kamus sejarah untuk menjelaskan sesuatu makna kata yang
digunakan pada masa lalu. Misalannya dalam buku sejarah melayu makna radaukan.
Justeru, dari sudut tatabahasa ialah menjelaskan maksud ayat bagi penyampaian
sesuatu ayat dalam dokumen. Akhirnya dari sudut terjemahan pula bererti proses
literasi dimana satu daripada petikan bahasa diterjemahkan ke dalam bahasa lain
untuk menjelaskan pemikiran dan emosi pengarang. Misalannya, Sejarah Malaysia
yang ditulis oleh sejarawan barat tidak tepat dan tafsirannya adalah berat
sebelah. Sepatutnya sejarawan barat hendaklah menulis karya dengan bersifat objektif[23].
Ini bermakna penulisan karya itu adalah tidak objektif[24].
Tafsiran teknikal adalah satu tafsiran
yang menjelaskan tujuan penulisan sumber dilakukan oleh seseorang penulis dam
mengenalpasti sebarang pembacaan yang spesifik ke atas sumber sejarah yang digunakan.
Tafsiran ketiga ialah tafsiran logikal yang
bermakna kaedah untuk mengembangkan perbagai bahagian mengikut sumber dan
kaedah kewarasan atau kerasionalan yang
betul. Seterusnya tafsiran psikologi ialah tafsiran untuk melihat pemikiran atau
karektor penulis sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran
fizikal, sosial, dan intelektual. Ia
dilakukan untuk mengesan pengaruh fizikal, idea dan emosi ketika penulis menulis sesuatu sumber sejarah.
Tafsiran terakhir ialah tafsiran fakta. Tafsiran fakta bererti tafsiran yang
mengaplikasikan satu atau lebih kaedah tafsiran sejarah. Ia digunakan untuk
memahami makna dan kandungan sesuatu sumber dan dokumen sejarah. Kritikan
dalaman merupakan kritikan yang dilakukan secara terperinci terhadap isi
kandungan sumber dan dokumen sejarah.
Jika sesuatu kritikan
luaran yang dilakukan terhadap sumber dan dokumen sudah disahkan asli dan
tulen, belum tentu kritikan dalaman yang akan dilakukan terhadap sumber dan
dokumen sejarah yang sama itu adalah tulen faktanya iaitu dipalsukan sumber dan
dokumen sejarah disebabkan oleh pelbagai tuntutan. Antaranya adalah tuntutan
politik[25].
Misalannya, pemalsuan ‘Dokumen Donation
Of Constatine’. Pihak yang memalsukan dokumen itu telah didorong oleh niat
untuk menyokong tuntutan pihak paus keatas kawasan-kawasan yang suatu ketika
dahulu pernah diperintah oleh Maharaja
Constatine. Surat palsu ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja Constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad ke-8 T.M. dan telah
didedahkan sebagai palsu pada abad ke-15. Tuntutan lain adalah hasrat untuk
mencari dan mendapatkan wang. Gottschalk
pernah menyebut tentang pemalsuan surat-surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis
dan Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat dengan tujuan untuk
menjualkannya kepada majalah dan akhbar. Walaubagaimanapun, kes pemalsuan yang
paling besar yang didorong oleh hasrat untuk menjadi kaya secara besar-besaran
adalah Kes pemalsuan Buku Harian Hitler[26].
Proses kritikan luaran yang dilakukan
memerlukan pakar lain diluar bidang sejarah. Walaupun
sejarawan menpunyai kepakaran dan kemahiran dalam menjalankan serta
mengenalpasti keaslian sesuatu dokumen atau sumber
sejarah seperti melakukan ujian bahasa seumpamanya, tetapi sejarawan memerlukan
pertolongan daripada pakar-pakar dalam bidang lain untuk menjalankan ujian
terhadap dokumen dan sumber sejarah. Di sinilah wujudnya kepentingan ilmu-ilmu lain
dalam pelbagai bidang. Antaranya, ialah ilmu kimia, ilmu arkeologi, numistik,
bahasa atau linguistik, sastera dan lain-lain.[27]
Dengan bantuan ilmu bantu seperti inilah, masalah-masalah tentang kepalsuan
sumber dan dokumen dapat dikurangkan, walaupun tidak sepenuhnya.
Manakala,
dalam kritikan dalaman dalam bidang sejarah hanya memerlukan pakar bahasa atau linguistik
sahaja untuk menjayakan sesuatu kritikan. Hal ini kerana kritikan dalaman hanya
berfokuskan kepada isi kandungan sesuatu sumber sejarah. Kajian atau kritikan
dalaman ini hanya akan dilakukan selepas
melakukan kritikan luaran dalam bidang sejarah. Pakar bahasa atau linguistik
ini diperlukan kerana berkaitan dengan isi kandungan sesuatu sumber sejarah.
Misalannya, Para sejarahwan juga mengkritik isi kandungan
yang terdapat dalam kitab-kitab seperti Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian
Baru (Injil). Para sejarawan meragui kebenaran kandungan yang terdapat dalam
kitab-kitab ini kerana mengandungi banyak
mitos dan pelbagai kisah dongeng. Sikap kesangsian ini disebut sebagai skeptisisme, iaitu suatu aliran yang
meragui setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu. Kemunculan tokoh-tokoh
seperti Benedict Spinoza dan Immanuel Kant yang memegang aliran rasionalisme dengan membuat kesimpulan
bahawa kandungan kitab-kitab ini tidak sahih dan bertentangan dengan kewarasan
akal.
Daripada tradisi inilah,
terbentuknya aliran Higher Critism
yang mendakwa kandungan kitab Injil adalah bertentangan (contradictory) antara satu sama lain.[28]
Dalam kalangan para penyelidik sumber dalam bidang sejarah sendiri sebenarnya
terdapat perbezaan sikap dalam menghadkan pelbagai persoalan ini. Jean Mabillon contohnya lebih mementing
dan menekankan kepada ketulenan sumber-sumber yang tulen iaitu isi kandungannya
yang tulen. Walaubagaimanapun, Fustel De
Coulages lebih mengutamakan kemunasabahan kandungan sumber, sama ada sumber
tersebutadalah tulen atau palsu adalah tidak penting baginya. Ini telah
menimbulkan masalah subjektif dan objektif terhadap kritikan dalaman terhadap
sesuatu sumber dan dokumen sejarah. Masalah objektif dan subjektif ini tidak
timbul dalam kritikan luaran kerana kritikan luaran hanya menekankan atau
bersifat fizikal sahaja. Dalam kritikan dalaman terdapat unsur objekti dan
subjektif kerana ahli sejarah tidak dapat lari daripada sentimen sendiri. Ini
menyebabkan mereka tidak boleh bersikap objektif seratus-peratus.
Antara buku dan tokoh
yang telah dikritik dengan menggunakan kritikan dalaman ialah buku Did Marco Polo Go To China. Buku ini
telah dikritik oleh France Wood. France
Wood mengkriti buku ini kerana Marco
Polo tidak dapat memberikan bukti-bukti yang jelas bahawa dia pernah sampai
ke negara China. Antara bukti yang
jelas tentang pemalsuan fakta ini ialah
tiada nama Marco Polo yang
disenaraikan
dalam senarai orang-orang
yang pernah melawat China yang
dicatatkan dalam buku pelawat dalam istana Kublai
Khan. Marco Polo juga gagal
menerangkan tentang budaya hidup orang-orang cina. Antaranya ialah budaya
orang-orang cina yang makan menggunakan Chopstick,
tradisi membebat kaki kaum perempuan, adat meminum teh (canoyu) dalam kalangan orang-orang cina dan gagal menyatakan
sahabat-sahabat yang ditemui semasa mengembara kenegara China. Sementelahan
pula, Marco Polo juga gagal menulis
tentang Tembok Besar China yang menjadi simbol kemegahan orang-orang cina dan
tidak dapat menyatakan dengan tepat kedudukan geografi negara Chiana[29].
Walaubagaimanapun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa Marco Polo telah sampai di suatu kawasan
di negara China tetapi telah ditipu oleh orang-orang tempatan.
Kesimpulannya, Proses kritikan luaran dan kritikan
dalam bidang sejarah amatlah diperlukan. Kritikan luaran dan kritikan dalaman
dalam bidang sejarah amat diperlukan kerana membantu dalam menentukan keaslian
dan ketulenan sumber. Hal ini kerana untuk mengetahui dan membezakan sumber dan
dokumen yang dikaji itu adalah tulen atau palsu dan sahih. Kesangsian dan sikap
ragu-ragu terhadap sumber sejarah amat diperlukan supaya kita dapat fakta dan
karya sejarah yang benar-benar berkualiti sahaja. Selain itu, dengan kritikan
beginilah kita dapat mengupas dan menganalisis pemikiran serta idea-idea ahli
sejarah dalam karyanya secara kritis[30].
Kritikan karya secara kritis ini merujuk kepada sikap sejarawan, latihan, dan
amalan serta tatacaranya dalam menjalankan usaha penyelidikan dan penulisan
Sejarah[31].
Kritikan sumber sebenarnya amat berguna dalam menghasilkan sesuatu catatan dan
peristiwa dalam penulisan sesuatu. Kritikan sumber juga haruslah dilakukan oleh
ahli sejarah pada hari ini dengan berlandaskan kritikan luaran dan kritikan
dalaman. Kritikan sumber secara langsung atau tidak langsung dapat menghasilkan
sesuatu dokumen atau karya sejarah yang tulen tanpa pemakaian sumber yang sangsi.
Bibliografi:
Abdul Rahman Haji Abdullah,
1996, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arba’iyah Mohd. Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bilcher Bala, 2000, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, Shah
Alam: Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.
Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden,
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Muhd Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan
Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad, 2004, Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan Edisi
ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozeman Abu Hassan, 2004, Mengenal dan Mentafsir Sumber Sejarah,
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Suntharalingam, R. 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur:
Marican & Son (M) Sdn. Bhd.
Tosh, J. The Pursuit of Histoty,
Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.
[1] Abdul Rahman Haji Abdullah, 1996, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lummpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hal. 76.
[2] Bilcher Bala, 2000, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, Shah Alam: Angkatan Edaran Ent.
Sdn. Bhd, hal. 65.
[3] R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur:
Marican & Son (M) Sdn. Bhd, hal. 35.
1
[5] Arba’iyah Mohd. Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hal. 58.
2
[8] John Tosh, The Pursuit Of
History, Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd., hal. 58.
[9] Qasim Ahmad, 2004, Karya
Sejarah Pendekatan dan Persoalan Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hal. 68.
4
[13] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hal. 78.
[15] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, hal. 37.
8
[20] Rozeman Abu Hassan, 2004, Mengenal dan
Mentafsir Sumber-sumber Sejarah, Shah Alam: Pustaka Karisma Publications
Sdn. Bhd, hal. 43.
[23] Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd, hal. 25.
[30] Blcher Bala, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, hal. 72.
[31] Muhd Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah
Falsafah, Penertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 147.
17
No comments:
Post a Comment