nuffnang

Thursday, June 13, 2013

PENTAFSIRAN II

Pentafsiran merupakan satu konsep yang sangat penting dalam penulisan sejarah selepas penyelidikan dan pengkajian. Pentafsiran sejarah hanya dilakukan oleh orang yang benar-benar arif dalam bidang ini. Pentafsiran boleh didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan untuk mentafsir sesuatu peristiwa sejarah. Perkara yang ditafsir dalam sejarah hanyalah gejala atau peristiwa yang pernah berlaku sesuatu ketika yang sumber-sumber mengenainya masih lagi boleh didapati. Sikap yang teliti dan kritis harus ada pada ahli sejarawan. Pentafsiran tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya yakni mengikut kehendak ideologi, minat dan kepentingan diri sendiri.[1] Berlakunya percanggahan dan kekeliruan terhadap fakta kebenaran sejarah adalah disebabkan perbezaan pentafsiran yang berbeza dalam kalangan ahli sejarah. Hal ini telah menimbulkan prasangka terhadap sesuatu peristiwa yang dikaji dan menyebabkan berlakunya perdebatan dalam kalangan sejarawan yang berkaitan dengan kebenaran sejarah.
Definisi pentafsiran menurut Kamus Dewan ialah penerangan, penjelasan, ulasan, tafsiran, malah kajian terhadap sesuatu keadaan peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku.[2] Pentafsir atau jurutafsir dikatakan sebagai orang yang membuat penjelasan tentang sesuatu yang tersurat. Manakala Yusof Ibrahim pula mendefinisikan pentafsiran sebagai menerangkan sesuatu peristiwa sejarah itu berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.[3] Arba’iyah pula mendefinisikan pentafsiran sebagai suatu konsep pensejarahan yang telah lama digunakan tetapi diiktiraf kewujudan serta fungsinya setelah munculnya pensejarah moden di Barat.[4]
             Dari segi sejarah perkembangannya, pentafsiran sejarah itu telah dilakukan manusia sejak zaman-berzaman. Bidang ini telah bermula sejak wujudnya penulisan sejarah. Dengan berpandukan sumber penulisan yang ada tersebutlah menyebabkan sejarawan membuat tafsiran daripada pelbagai pendapat ahli sejarawan bagi mendapatkan jawapan yang benar-benar tepat. Jika dilihat karya pensejarahan tradisi zaman klasik Yunani seperti Perang Parsi, Herodotus telah memberi penerangan yang panjang lebar terhadap Perang Parsi iaitu suatu peperangan yang berlaku akibat daripada satu siri persengkataan antara bangsa Yunani(tentera Athens) dengan Parsi disebabkan perbezaan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan agama. Pengkaji-pengkaji telah menganggap  bahawa sejawan Yunani itu telah mentafsir peristiwa ini sebagai peperangan yang berlaku akibat daripada pertentangan dua budaya yang sangat jauh perbezaaannya. Jadi pentafsiran yang dibuat tidaklah terlalu berbeza dengan tafsiran Herodotus sendiri. Oleh itu, pentafsirannya boleh diterima kerana terdapat persamaan berdasarkan fakta dan sumber-sumber yang asli.[5]
            Thucydides, juga seorang sejarawan Yunani purba yang telah mentafsir Perang Pelopponesia. Beliau dikenali sebagai sejarawan sezaman kerana telah menulis apa yang telah dilalui ketika masih hidup. Peperangan ini berlaku di antara Athens dengan Sparta di Pelopponesia yang berakhir dengan keruntuhan Greek dan khususnya Athens sendiri.[6]
            Manakala contoh dari peradaban Nazrani dan zaman pertengahan Eropah pula ialah St. Augustinus dengan hasil karyanya City of God. Karya ini menceritakan tentang hal ehwal manusia yang tinggal dalam dua bentuk kota yang bertentangan antara satu sama lain, iaitu yang dinamakannya “kota  tuhan” dan “kota syaitan”. Oleh kerana  karyanya menyakinkan masyarakat Eropah zaman pertengahan, maka sejak ia dihasilkan sehinggalah sekurang-kurangnya selama lapan abad yang berikutnya, karya tersebut bukan sahaja dianggap sebagai sejarah tetapi satu-satunya karya yang telah membentuk pandangan masyarakat Barat dalam jangka masa tersebut. Karya ini juga memuatkan peristiwa tersebut menunjukkan ada proses pergerakan sejarah yang berlandaskan ajaran agama Kristian.[7]
            Manakala dalam peradaban Islam pula, tokoh pentafsiran ialah Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah. Beliau telah mempelopori penulisan falsafah sejarah sejagat. Di dalam Muqaddimah beliau telah membahaskan secara terperinci mengenai konsep sejarah dan tamadun. Sumbangannya yang besar adalah dalam mengasaskan kajian sosiologi.[8]
            Sejarah perkembangan pentafsiran dalam Tamadun Melayu pula ialah dipelopori oleh Tun Seri Lanang melalui karya sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin. Beliau telah mentafsir mengenai Kesultanan Melayu Melaka dengan mengisahkan pengalaman-pengalaman sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintah Melaka dari awal abad ke-15 hingga awal abad ke-17, tetapi menggambarkan aspek kebudayaan dan nilai sosial masyarakat pada zaman tradisi. [9]   Manakala Raja Ali Haji dan Raja Ali Ahmad pula telah mentafsirkan tentang Empayar Johor-Riau dan peranan orang Bugis melalui karyanya yang berjudul Tuhfat Al-Nafis.
            Sejarawan klasik menganggap mereka bebas membuat tafsiran sejarah. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah kerana mereka tidak tertakluk kepada kaedah penyelidikan yang kritis, sistematik, jitu dan teratur sebagaimana yang terdapat pada masa kini. Faktor kedua ialah kerana mereka tidak tertakluk pada tuntutan pencarian dan penggunaan sumber –sumber yang mencukupi. Faktor ketiga pula ialah mereka dapat merasakan bahawa mereka tidak perlu bersikap kritis terhadap sumber-sumber atau pun dalam penulisan mereka, kerana bagi mereka perkara itu bukanlah suatu tuntutan yang wajib dipenuhi atau dilakukan.[10] Selain itu, sejarawan bebas mencampuradukkan cerita-cerita dongeng, khayalan, puisi dan dialog dalam pensejarahan mereka. Hal ini adalah kerana sekiranya mereka bersikap kritis maka segala cerita yang ditulis itu tidak disenangi oleh raja-raja atau pembesar-pembesar selain menyinggung perasaan orang lain. Hal ini boleh mengundang bahaya kepada mereka sekiranya diketahui oleh orang atasan kerana mereka dan keluarga akan dihukum bunuh atau disingkir oleh raja atau golongan atasan.
            Manakala tafsiran dari sudut pandangan sejarawan moden khususnya barat, mereka berpegang kepada sekularisme di mana landasan yang asasi bagi pentafsiran bukanlah lagi berdasarkan dan bertitik tolak kepada keagamaan semata-mata. Mereka menganggap bahawa unsur ketuhanan dan agama adalah lemah dari segi kesejarahannya.[11] Contohnya ideologi marxis, mereka tidak lagi mentafsir sesuatu peristiwa dari sudut tindakan tuhan. Walaupun terdapat pelbagai corak pentafsiran oleh sejarawan kini, tetapi ia tidak beerti dengan sesuka hati sahaja malah mestilah terikat dengan sumber-sumber yang berkaitan dengan sumbert tersebut haruslah menjadi landasan utama kepada tafsiran tersebut. Mereka seboleh-bolehnya mentafsir seperti yang telah terjadi. Tafsiran tentang tindak tanduk manusia bukan hanya berlandaskan pada alam nyata manusia itu sendiri tetapi ia haruslah terikat dengan sumber-sumber yang berkaitan untuk menjadi landasan utama kepada tafsiran itu sendiri.
            Pentafsiran dari sudut islam pula ialah usaha untuk memahami, menerang dan memberi penjelasan serta ulasan terhadap ayat-ayat suci al-Quran. Seorang ahli sejarawan harus berhati-hati dan arif dalam mentafsir kerana kesilapan beerti penyelewengan dalam hukum Allah. Mereka juga tidak boleh mentafsir dengan sewenang-wenangnya kerana mentafsir sejarah tidak sama dengan pentafsiran islam. Sekiranya mereka ingin membuat pentafsiran al-Quran, mereka harus arif dalam bidang tersebut.[12] Oleh itu, masyarakat lebih bebas mentafsir sejarah berbanding mentafsir al-Quran. Kelemahan yang akan timbul daripada pentafsiran mengikut perspektif pembaca ialah lahirnya kekeliruan terhadap maksud sebenar setelah fakta dan penerangan terutamanya dalam aspek sejarah, al-Quran, hadis, hukum fikah dan sebagainya.[13]
            Maksud konsep objektif ialah pentafsiran yang berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Konsep ini juga menekankan bahawa ahli sejarawan tidak seharusnya dikuasai dan dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri. Contoh sejarawan yang memperkenalkan konsep objektif ialah Leopold Von Ranke. Menurutnya, beliau melihat matlamat pengajian sejarah “sebagaimana benar-benar telah berlaku”. Untuk memepati maklumat tersebut, Ranke berpendapat bahawa sejarah seharusnya berusaha untuk membuat “satu persembahan fakta-fakta tulen” yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, serta berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber asli itu.[14] Sejarawan harus memahami, mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik dan menghasilkan karya. Proses tersebut akan memandu dalam usaha penyelidikannya. Sejarawan juga harus memeriksa, mengkaji dan menganalisis sumber itu dengan kritis dan jujur. Usaha ini penting untuk menentukan fakta yang diperlukan dan juga memberi penerangan yang berkaitan dengan fakta-fakta itu sendiri.
            Tafsiran objektif pula adalah berdasarkan sumber yang masih benar, kekal dan lengkap serta mempunyai asas yang kukuh. Tafsiran ini menekankan supaya seseorang sejarawan tidak dikuasai oleh perasaan dan prasangka. Menurut T.R. Tholfsen menyatakan setelah dapat bertahan dari kritikan, bersaing dengan tafsiran lain dan melambangkan usaha yang jujur untuk melihat masa itu seperti sebenarnya berlaku.[15] Tafsiran dianggap objektif apabila dapat dipertahankan kebenarannya sekurang-kurangnya sehingga terdapat pentafsiran baru yang dapat memaparkan kelemahan tafsiran asal. Tafsiran objektif juga perlu bersifat tepat. Pentafsir tidak boleh bersifat bias seperti sifat kepartian, memihak kepada kepercayaan, terlalu bergantung kepada sumber yang diperolehi dan gagal memahami sumber. Leopold Von Ranke menganggap pentafsiran objektif sebagai pentafsiran  sesuatu kajian sejarah itu harus memaparkan sesuatu peristiwa sejarah itu yang sebenarnya. Menurut leopard von ranke, sejarah bukan sahaja tidak di selewengkan, bebas dari gejala oengadilan moral dam tidak beloh bersifat bias juga harus memaparkan pristiwa sejarah yang dikaji.
             Ciri-ciri pentafsiran objektif ialah sepeti  tidak berat sebelah. Sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang sistemati dalam menghasilkan karyanya. Proses itu yang akan memandunya dalam usaha penyelidikan. Selain itu, ciri-ciri pentafsiran objektif ialah menggunakan sumber utama, benar dan tidak diselewengkan. Ia berkaitan penerangan peristiwa yang berpandukan pada  sumber semat-mata dan tidak berdasarkan ideology, motif dalam diri dan lain-lain. Ahli sejarawan juga harus memeriksa dan menganalisis sumber dengan kritis dan jujur. Motif utama yang harus dipegang oleh sejarawan dalam usaha mentfsirkan sesuatu peristiwa itu ialah mewujudkan kebenaran sejarah dan bukannya memenuhi tujuan peribadi yang neloh menyebabakan penulisa itu menyeleweng. Contohnya sejarawan barat memburukkan sistem perhambaan yang terdapat di negeri perak pada zaman melayu tradisoanl. Mereka mengatakan behawa hamba abdi di perak itu sungguh menyedihkan. Walhal, J.f.a mc nair   yang telah berkhidmat di poerak sebelum dan selepas berlaku perang perak tahun 1875  itu, pernah mengatakan bahawa sistem perhambaan di perak itu.
“…is a custom at time terribly abused there can be no doubt; but on the whole, the rejime under which the slaveslives is mild and not disadvantageous.”[16]





Konsep sujektif mengikuy kamus dewan ialah berasaskan pandangan orang atau pihak yang menilai(tiada pada cirri-ciri sesuatu yang dilihat atau di nilai) dan melihat daripada pandangan (perasaan sendiri). [17]Mengikut Ibnu Khaldun, terdapat enam punca berlakunya pentafsiran yang subjektif iaitu yang memihak kepada sesuatu kerecayaan, gagal memahami sumber, berasa yakin terhadap perkara yang tidak benar, hanya cuba untuk memuji, gemar memperbesarkan sesuatu perkara dan terlalu bergantung kepada sesuatu sumber yang diperolehi. [18] tafsiran subjektif tidaj dapat dielakkan dalam penulisa sejarah. Hal ini adalah kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut fahaman masing-masing yang difikirkan betul. Keadaan ini menyebabakan timbulnya kelemahan dalam menentukan sumber yang betul-betul asli. Diantara factor-faktor yang membawa kepada pentafsiran ialah kerana naluri atau kecenderungan seuatu pihak. Memang lumrah semulajadi manusia yang dijadikan oleh tuhan untuk memilih sesuatu yang dianggap pernting dan berguna serta mengenepikan sesuatu yang dianggap penting dan tidak berguna.[19]
            Di samping itu terdapat pula factor agama dan ideology yang membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Semakin kuat komitmen manusia kapadanya, maka semakin besar kemingkinannya bersikap objektif. hasilnya, jadilah tindakan atau penulisannya itu sebagai bersifat memihak, komited dan terlibat. Cotoh sekiranya ahli sejarawan itu beragama islam maka mereka lebih cenderung untuk menulis mengenai kebaikan tentang agama islam berbanding agama lain. Begitu juga dengan ideologi. Contonya sejarawan barat lebih memekankan idelogi yang dibawa oleh mereka iaitu imperialisme.
            Selain itu, factor tafsiran yang subjektif ialah disebabkan patrotisme dan nasionalisme. Konsep ini lebih menekankan kepada kepentingan dan keutamaan bangsa. Hasil pentafiran yang dilakukan oleh seseorang ahli sejarawan biasanya turut mempunnyai bias kerana mereka lebih banyak mempertahankan hal mengenai bangsa dan negara mereka. Contohnya ahli sejarawan barat mengatakan bahawa mereka mempunyai tamadun yang tinggi, sedangkan  masyarakat melayu tidak bartamadun dan malas. Jadi, mereka menganggap sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadikan orang melayu lebih bertamadun.
            Fator seterusnya ialah kekurangan sumber. Akibat kekurangan telah menyebabkan timbul kelemahan dalam menentukan sunber yang betul-betul asli. Contohnya pentafsiran mengenai tarikh pembukaan kerajaan melayu melaka. R.o. windstert telah mengeluarkan pendapat mengatakan melaka dibuka pada 1398. r.j.wilkinson pula mengatakan pada kurun ke 13 dam o.w wilters pula ialah pada tahun 1339 atau 1400. keadaan ini telah membawa kekeliruan dalam mendapatkan sunber yang tepat untuk dujadikan bahan utama kajian sejarah.
            Selain itu, factor pentafsiran subjektif ialah disebabkan motif pentafsiran yang ingin mengekalkan kekuasaan dengan memperkecilkan keadaan. Contohnya frank swetternham mengatakan keadaan huru hara berlaku di tanah melayu begitu teruk sehinga menimbulkan belas kasihan british untuk campur tangan. Sebenarnya, motif utama mereka adalah uantuk menakluk negara ini dan bukannya ingin mententermkan huru-hara di tanah melayu.
            Factor yang terakhir ialah dipengaruhi oleh nilai budaya. Memang sejarawan tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh zamannya, masyarakat serta nilai-nilai budayanya. Keadaan ini mempengaruhi usaha penyelidikannya. Sejarawan memang tidak boleh berdiri di luar nilai-nilai budayanya dengan sepenuhnya. Contoh, penulis buku sulalatus salatin (sejarah melayu) telah cuba mentafsir tentang kesultanan melayu melaka dengan mengisahkan pengalaman-pemgalaman sejarah yang dialami oleh raja=raja ,elayu yang memerintah dari abad ke 15 hingga awal abab ke 17, tetapi juga mengambarkan aspek budaya dan nilai sosio masyarakat melayu tradisi. Jadi, pentafsiran yang di buat oleh sejarawan moden tidak banyak bezanya dengan pentafsiran yang pernah dilakukan oleh tun sri lanang. [20]
            Masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli sejarawan dalam pentafsiran ialah seperti bersikap berat sebelah. Sikap berat sebelah akan terjadi  apabila seseorang ahli sejarawan itu mengkaji tentang sumber yang berkait dengan negara atau bangsanya. Contohnya seperti r.o.winstert yang telah banyak memberikan sumbangan mereka kapeda dunia luar khususnya tanah melayu dalam bidang pensejarahan. Beliau telah cuba menulis mengikut pandangan rasional, namun, acap kali terserlah kekeliruan penderiannya yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan nilai budaya dan motif dalam dirinya. Sejrawan bebas mentafsir tetapi mereka tidak boleh sengaja bias atau tidak objektif kerana ini merupakan penyelewengan dalam sejarah. [21]

Selain itu masalah dalam pentafsiran objektif juga ialah sejarawan mentafsir sesuka hati. Seorang ahli sejarawan berhak mentafsir menurut pandangan masing2 samada dr segi okonomi ,politik,sosial dll ttp mrk sbnrnya tdk blh mntfsir sesuatu prstiwa iti semata2 dgn mngkut khndk hati, cthnya memuatkan pengadilan moral sendiri, menilai sesuatu prstiwa itu dari  nilai sudut budaya nya, mencampuradukkan fakta dagn imaginasi dan mmuatkan hujah falsafahwlpun dia x dpt membktikn dgn nyata akan kebenaran hujahnya itu. Hal ini adalah krn kekurangan sumber. [22]
            Masalh seterusnya kebebasan mentafsir. Sejarawn memang mempunyai kebebasan dalam mentafsir mengikut pandangan masing2 asalkan mempunyai sumber kajian yang mencukupi. Oleh itu, pentafsiran sesorang itu berbeza dgn sejarawan yg lain. Ahli sejarawan juga bebas mentafsir apa-apa pun asalkan ada bukiti kukuh yang dapat menyokong hujah2 karyanya.
            Selain itu, masalah dalam pentafsiran ialah tafsiran yang dipesongkan. Jika dihalusi sesetengah tafsiran daripada ahli sejarawan maka kita akan mendapati beberapa pandangan yang agak sengaja mereka pesongkan untuk campur tangan politik dan ekonomi. Pemesongan ini adalah kerana motif dalam diri mereka yang ingin mengekalkan kekuasaan dan memperkecilkan keadaan. Contohnya Frank Swettenham pernah menyuarakan pandangannya iaitu orang Inggeris berada kasihan dan simpati terhadap kacau-bilau telanda T. Melayu ketika itu. Mereka beranggapan bahawa harus melakukan sesuatu untuk menolong mengamankan dan memulihkan keadaan tersebut. Sebenarnya tiada niat untuk mereka sebegitu. Tujuan utama mereka ialah ingin mendapatkan tanah jajahan dan memperluaskan kuasa di T. Melayu yang kaya dengan bahan mentah. Satu perkara hakiki yang benar-benar menolak faktor kemanusiaan iaitu British tidak meninggalkan setelah mereka berjaya mengembalikan keamanan tersebut. Jadi kacau-bilau itu merupakan helah British untuk menjajah T.Melayu.[23]
            Tugas ahli sejarah yang paling penting adalah dengan  melakukan tafsiran sumber secara rasional dari keterangan2 yang diberikan oleh pelaku atau saksi sesuatu peristiwa. Proses kritikan dalam lebih banyak menumpukan proses tafsiran ke atas kandungan sumber sejarah. Tafsiran perlu dilakukan oleh ahli sejarah semasa pada peringkat awal lagi apabila mereka terdedah kepada sesuatu sumber sejarah. Terdapat beberapa tahap pentafsiran sumber yang dilakukan oleh ahli sejarah seperti tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logic, tafsiran psikologi dan tafsiran fakta. Kesemua proses tafsiran ini adalah amat penting dilakukan oleh ahli sejarah supaya mereka dapat menentukan keaslian kandungan sumber setelah menentukan ketulenan fizikal sumber2 tersebut.
            Proses tafsiran verbal akan berlaku apabila seseorang menumpukan perhatian pembacaan ke atas perkataan2 yang terdapat di dalam sesuatu dokumen secara individu atau berkumpulan. Tafsiran ini lebih memfokuskan kepada aspek bahasa dalm usaha untuk mengetahui makna perkataan2 dalam sesuatu dokumen. Selain itu, tafsiran verbal juga dapat menerangkan berkenaan makna perkataan dan ayat bagi mendapatkan idea yang cuba ditonjolkan oleh penulis dokumen berkenaan. Proses ini amat memerlukan pengetahuan dari sudut berbahasa dan bukannya mahir dalam satu bahasa sahaja tetapi lebih kepada bahasa2 lain seperti b.Inggeris,B. Cina, b. Tamil, B. Portugis, b. Belanda dan sebagainya. Ahli sejarah seharusnya mahir dengan penggunaan bahasa dan memahami perkembangan bahasa bagi sesuatu zaman di mana sumber dan dokumen itu diperolehi. Dalam melakukan proses pentafsiran verbal, ahli sejarah juga perlu mengetahui aspek perbendaharaan kata yang terdapat dalam sesebuah dokumen kerana ia dapat menunjukkan ketepatan makna bukan sahaja dari segi perkataan, sinonim, peribahasa dan sebagainya.[24]
            Kaedah lain yang digunakan untuk mentafsir ialah kaedah teknikal. Kaedah tafsiran ini dapat menjelaskan tujuan penulisan sumber yang dilakukan oleh seseorang penulis dan mengenal pasti.Sebarang pembacaan spesifik ke atas sumber sejarah yang digunakan. Kaedah ini memfokuskan kepada 2 pertimbangan iaitu tujua penulis dan melakukan bntuk pembacaan yang betul. Kedua-dua ini akan dapatmembezakan sumber yang hanya memberi maklumat sahaja atau sumber yang bercampur kepada ahli sejarah. Contohnya ahli sejarah yang ingin mentafsir dokumen kerajaan atau dokumen awam mereka haruslah berhati-hati kerana peraturan formal dan ayat2 perundangan dalam kertas2 rasmi kerajaan sering membawa masalah dan kesilapan pentafsiran. Jika ahli sejarah tidak teliti dan cermat maka ahli sejarah akan mengemukakan tafsiran fakta2 yang salah.[25]
            Proses tafsiran yang seterusnya iaitu tafsiran logik. Kaedah tafsiran ini merupakan proses yang dilakukan oleh ahli sejarah untuk menyumbangkan pelbagai bahagian sumber mengikut kaedah pemikiran yang betul. Melalui pembacaan yang luas terhadap sumber sejarah dapat menonjolkan pemikiran ahli sejarah terhadap sumber yang dikaji tetapi hendaklah berasaskan kepada kebenaran peristiwa sejarah yang telah berlalu. Kebolehan ahli sejarah dalam membuat tafsiran secara lojik juga akan dapat mengemukakan fakta2 secara tepat dan sahih. Persoalan sejarah pasti akan timbul semasa ahli sejarah mentafsir dan masalah2 ini dapat diselesaikan dengan mengambil kira pandangan keseluruhan dapatan2 ke atas semua dokumen.[26]
            Ahli sejarah akan melakukan proses pentafsiran seterusnya iaitu tafsiran psikologi. Tujuan Kaedah ini ialah untuk melihat pemikiran atau karaktor penulis. Sesuatu sumber samada dipengaruhi oleh factor persekitaran, fizilal, sosial dan intelektual. Melalui kaedah ini pengkaji boleh mengesan pengaruh fizikal berdasarkan kerja2 penulis terhadap sumber yang dihasilkan. Sekiranya ahli sejarah mempunyai pemikiran yang rasional, mereka akan dapat memberikan tafsiran sumber yang baik dan berkesan tetapi jika mereka dipengaruhi emosi, mereka akan menghasilkan tafsiran sejarah yang brsiifat berat sebelah dan tidak ersifat professional.contohnya ramai dalam kalangan ahli sejarawan barat yang terdiri daripada pegawai British di Tanah Melayu menulis tentang sejarah Malaysia gagal memberikan tafsiran psikologi secara tepat dan jelas seperti J.M. Gullick yang banyak membuat tafsiran psikologi sendiri tanpa menghiraukan aspek2 umum sejarah yang perlu diketengahkan.misalnya Gullick seorang pegawai tadbir yang berpengalaman selama 35 tahun dalam pentadbiran di T. Melayu dan luar negara banyak membuat tafsiran yang bias terhadap raja2 Melayu, kelemahan raja2 Melayu dan sistem pentadbiran raja2 Melayu. Di antara karya beliau ialah “Rules an Residents: Influence and power in the Malay status 1870-1920” dan “A cardess, heather philosopher?”. Gullick pernah menggambarkan Baginda Omar, raja Terengganu tentang cara berpakaian yang tidak terurus, pembinaan balai2 rong yang agak kasar dan menunjukkan bahawa raja2 Melayu tidak mempunyai “prestij” sebagai seorang raja. Sekiranya faktor ini dijadikan ukuran dalam bidan sejarah maka aspek penulisan sejarah tidak akan mencapai kebenaran sejarahnya kerana sifat mentafsir secara psikologi adil dan bertanggungjawab. Seharusnya ahli sejarah tempatan lebih bersikap rasional berbanding dengan ahli sejarawan barat yang tidak menghiraukan perasaan dan sensiviti rakyat tempatan.[27]
            Proses yang terakhir perlu dijalankan oleh ahli sejarah ialah proses pentafsiran fakta.Kaedah ini digunakan setelah ahli sejarah berjaya memahami makna dan kandungan sumber atau dokumen yang dikaji. Menerusi kaedah ini ahli sejarah dapat mengemukakan fakta2 sejarah yang signifikan samada secara individu atau berkumpulan bagi menjelaskan sebab2 dan akibat sesuatu peristiwa. Hal ini adalah kerana sejarah tidak anya berfungsi merujuk kepada fakta semata-mata tetapi mula berusaha menterjemahkan fakta secara tepat. Menurut Ibnu Khaldun, kebenaran sejarah bergantung kepada kebenaran fakta yang diperolehi. Sekiranya ahli sejarah bukan seorang pentafsir yang baik ia tidak dikenali sebaga kronologis. Kebanyakan ahli sejarah berpegang kepada prinsip dan kaedah bajawa tiada sejarah tanpa pentafsiran. Perkembangan  ini merupakan asas penting dalam kaedah pentafsiran sumber2 sejarah. Ahli sejarah perlu membina pemikiran berdasarkan kndungan dokumen yan ditafsirkan dari sudut pandangan mereka, tetapi haruslah menambil kira latar belakang serta keadaan peristiwa yang telah berlaku. Proses penyelidikan sejarah tidak akan sempurna dijalankan oleh ahli sejarah tanpa melibatkan proses kritikan sumber yang bermatlamatkan iaitu untuk mewujudkan kebenaran sejarah. Selain itu, ahli sejarah perlu bersikap jujur dan bertanggungjawab terhadap setiap sumber yang dia kaji.[28]
            Kesimpulannya pentafsiran adalah penting bagi penulisan sejarah yang objektif. Hal ini adalah kerana pentafsiran yang objektif akan dapat menghasilkan sebuah karya yang benar2 berkualiti dan mengandungi pengadilan moral. Penulisan sejarah tidak akan berlaku sekiranya sesuatu sumber itu ditafsikan dahulu. Penceritaan cerita semula sejarah memerlukan pengolahan, penjelasan dan penyusunan kata2. Sejarawan juga tidak boleh membuat tafsiran dengan sesuka hati atau semata-mata mengikut imaginasinya yang bebas sahaja. Ahli sejarawan perlu mempuyai sumber yang lengkap bagi menguatkan bukti yang kukuh. Mereka perlu melengkapakn diri dalam pelbagai bidang bgi memudahkannya mentafsir sesuatu sumber serta menjadi ahli sejarawan yang betul2 dikagumi.


                   



[1] Muhd. Yusof Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 189.
[2] Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
[3] Muhd. Yusof Ibrahim, Ibid, hlm. 191.
[4] Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 23.
[5] Arba’iyah Mohd Noor,  Ibid,  hlm. 23.
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 136.
[7] Muhd. Yusof Ibrahim, 1991. Aspek Perkembangan Falsafah Dunia Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 30.
[8] Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 143.
[9] Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 24.
[10] Arba’iyah Mohd Noor, Ibid, hlm. 24-25.
[11] Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 190.
[12] Muhd. Yusof Ibrahim, Ibid, hlm. 189.
[13] Arba’iyah Mohd Noor, Ibid, hlm. 26.
[14] Suntharalingam, R., 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd. Hlm. 120.
[15] Muhd. Yusof Ibrahim, ibid, hlm. 193
[16] Muhd. Yusof Ibrahim,  Ibid, hlm. 206.
[17] Kamus Dewan, 2005. ibid, hlm.
[18] Muhd Yusof Ibrahim,Ibid, hlm. 214.
[19] Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar ilmu sejarah.kuala Lumpur: dewan bahasa dan pustaka.         Hlm.107.
[20] Arba’iyah Mohd Noor, 2002. ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur; dewan bahasa dan pustaka. Hlm.24.
[21] Muhd Yusof Ibrahim, 1997. ilmu sejarah:falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur: dewan bahasa dan pustaka. Hlm.205.
[22] Muhd yusof ibrahim, ibid ,2007.
[23] Muhd. Yusof Ibrahim, Ibid, Hlm. 200.
[24] Rozeman Abu Hassan, 2004. Mengenali dan Mentafsir sumber sejarah. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd. Hlm. 49-50.
[25] Rozeman Abu Hassan, Ibid, hlm. 51-52.
[26] Rozeman Abu Hassan, Ibid, hlm. 52-53.
[27] Rozeman Abu Hassan,  Ibid, hlm.53-54.
[28] Rozeman Abu Hassan, Ibid, hlm. 55-56.

No comments:

Post a Comment